my medulla oblongata

Saturday, November 13, 2010

Home » local versus international

local versus international



VERSUS





assalamualaikum.

ape beza antara lagu2 yg dinyanyikan oleh artis malaysia dgn yang dinyanyikan oleh artis luar negara? kenapa kita sendiri (rakyat malaysia ) malu nak mengaku yang kita sebenarnye dgr jugak lagu2 malaysia.. lyn je band2 malaysia... kenapa ye? next, kenapa ble org tny..'eh ape movie the latest yang kuar kt pwagam skg ni eh?' dgn pantasnya kite akan sebut ' harry potter, 27dresses'. erm... kenapa x sebut 'cuti2 cinta'? ataupon cte2 tempatan ynag lain?

bila aku tanya dorang sendiri..(kawan2 aku), kenapa dorang x ske tgk cte melayu? dorang akan kata yang cte melayu x de modal. WTH? byk kot modal yg dikuarkan untuk terbitkan 1 filem.. ape yg dorang merepek.. hurm... bukan itu jwpn sebenarnye.. dorang nak kata filem o lagu kt malaysia sekarang ni dh x de modal idea. ketandusan idea la mksudnye. fine!

ape yang tandusnye idea2 penulis kite?ok, let me blurt out some of my curiosity.. first, kite tgk lagu2 di negara kite. " tak setanding" itu yang aku selalu dgr. ye la tu. yg berckap tu ade dgr lagu underground malaysia x? or indie band? ok.. aku bukan nak totally back up indie band atau ape. tapi, kalo dgr lagu2 indie.. kite sendiri rasa bangga dengan muzik2 baru yang diutarakan dlam perjalanan seni dorang. aku support local band. fine. 30 seconds to mars , MCR, NIRVANA, ALL AMERICAN REJECTS.. memang tiada tandingan. tapi pernah tak korang dgr STATIK, ONE BUCK SHORT, HUJAN, BUNKFACE? jgn compare. seb memg ade kekurangan, tapi kita sendiri perlu cuba menerima aliran muzik baru. bukan mengkritik secara emosi. mungkin ade jugak band2 malaysia mahupon penyanyi solo yang masih berada di satu aliran yang lama. disebabkan oleh itu kita memandang BAWAH dunia hiburan kita. seterusnya MENGAGUNGKAN dunia hiburan luar. jikan dibandingkan muzik indonesia.... pheww~ lagi la jauh baik kite dr mereka. ini pendapat aku semata-mata.

next....


filem? disini aku ingin memberi pendapat. knpe international film...hasil dorang sgt memuaskan, berbanding filem kita? pada pendapat aku. filem kita terlalu mengutarakan sentimen2 atau idea2 yang sgt cliche'. sikit2 cte sedih. kalau cte sedih cket.. yang perlu kan pengaliran air mata, pasti ada wan maimunah, fauziah nawi. penonton akan jadi naik bosan dgn jalan penceritaan yang bermotifkan kesedihan.. w'pon mesej yang cuba disampaikan adalah bernas dan menginsafkan. namun, adegan air mata tidak lepas dari penceritaan filem2 melayu. mengapakah hal ini berlaku? perlu kah kita dibayangi oleh watak bawang merah dan bawang putih dalam siri bawang putih bawang merah versi indonesi? watak2 yang penuh dengan sifat hasad dengki. bukan itu sifat kita.
cuba pula kita mengalih pandangan kita ke bahagian barat. filem2 luar negara yang sangat mendapat sambutan hangat.sebahagian besar filem mereka tiada pula dibayangi dengan unsur2 fitnah mahupon dengki. OK, memang tetap ade jugak. namun x la sebahagian besar ye tak?namun, ade juga pengaruh kurang enak dari filem2 barat yang tidak sesuai dicontohi. ok. itu tolak ketepi. kite.. filem melayu tak perlu nk amik adegan2 SX dr negara luar. kite jadikan filem mereka sebagai bahan rujukan untuk kita menarik semula minat rakyat malaysia.
seperti sudah dirancang. apabila tibe musim penerbit ingin menerbitkan filem bermotifkan LUMBA.. berebut2 la kite ke pawagam untuk menontonnya., syabas! salah satu anjakan paradigma yang sgt memberansangkan. namun, mengapa perlu diterbitkan LAGI filem yang berlandaskan tajuk utama-LUMBA? 2, 3 boleh diterima. masuk 4.. penonton pon muak. bermula la musim filem2 seram.... lepas satu penerbit, satu penerbit yang akan menerbitkan filem2 seram. bukan x nak tgk.. tapi filem yang sepatutnye seram , akhirnye bertukar menjadi lawak. ade plak hantu kite cuba menyerupai cerita ju on?? merangkak.....? ok. idea lain plak ye. seolah2 disini, filem kita bermusim. ade musim lumba.. semua penerbit pon berlumba2 untuk buat filem yg bermotifkan LUMBA,. kalau musim HANTU dtg... cerita seram menjadi tatapan BERTERUSAN. alahai.. berubah la...

ape yang aku coretkan di atas hanya la pendapat seorang insan kamil. tiada niat untuk menyiggung mana2 pihak yang terbabit. tetapi berniat untuk mengubah persepsi rakyat malaysia terhadap dunia hiburan kita yg semakin nazak ditimpa beban yang bertimpa-timpa.

kita juga, selaku rakyat malaysia, perlu lah menyokong muzik kita.. muzik kita tidaklah seteruk mana. cuba explore.. dan kita akan dapt lihat, betapa bagusnye muzik2 yang berada di aliran ini. bukan bermakna, kita langsung x boleh nk dgr lagu luar.. mestilah boleh.WE HAVE TO PRIORITIZE THE QUALITY, OK? semoga kita sama2 dapat menyokong industri muzik hiburan tanah air kita. =)

0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment