my medulla oblongata

Saturday, December 25, 2010

Home » 1, 2, 3, Tadaaaa!

1, 2, 3, Tadaaaa!

SALAM,

Aku baru je lepas usha group facebook untuk intake uitm student dis 2010. Wah, masing2 excited nak masuk UiTM. Tahniah pada yang terpilih, pada yang tak terpilih, tidak bermakna, and tidak bagos, tapi mungkin bukan rejeki rezeki anda. Cuba lagi. Nasihat berbayar dari nohfee. ;) kenapa berbayar? Oh.. sebab berukband aku tak berbayar lagi untuk month ni.. PTPTN, tolong la msuk dgn kadar yang cepat. Hehe.

Ok, smbung balik pasal intake UiTM ni.



Aku teringat pulak time aku nak msuk uitm bulan jun hari tu. Ada yang berunsur lawa, lawak, geram, tragis … aku ingat kan aku tak dapat UiTM.. so, plan nk p matrix da.. tapi aku tak jadi nk p matriks, nak gak la uitm. Tak sanggup aku nak msuk matrix. Dah la aku ni jenis yang malas nk study. Kompem2 aku kena tendang 1st sem kalau p gak matriks tu.

Cop2. Aku tak mao cte sal matriks la. Aku nak cte sal uitm. Yes! Uitm!

Tbe2, kwn aku sms aku

“feera, kau dapat uitm penang, diploma kejuruteraan awam, tahniah!”

Oh, sebenarnye, aku soh kawan aku tolong cek kan sekali. Sebab time tu, line internet dipotong disebabkan tak bayar hal tertentu.alhamdulillah.. penantian yang membuahkan hasil. Dapat gak masuk uitm. Aku di’invite masuk ke group fb uitm penang kemasukan 2010 oleh cik caza. Semua pon style excited tahap cipan la dapat masuk penang ni.

[betol ke aku dpat uitm ni?!]



Nak dijadikan cerita. . . .

Time hari pendaftaran tu, abang aku yang drive. aku, n mak aku dok kt belakang. Bpk aku dok kt depan. Kitorang pon melepasi pondok guard uitm penang. Waah, pelajar2 baru disambut meriah gla! Rasa mcm dihargai pulak. Hehe. Thanks PM-PM sekalian! Then, aku dapat kertas kaler pe tah.. aku dapat kolej Kristal! Happy + excited nye! Sedap gak nme kolej aku ni.. KRISTAL Aku teros kol kwn aku,

“wana, aku dpt kolej Kristal weh! Kau kolej ape? Jom jumpe!”

Aku kol kawan aku teros.. nak tunjuk betapa excited nye aku! Lepas dah parking kereta.. aku pon keluarkan beg-beg aku. Ye BAG-BAG. Bukan BAG. Aku bawak 2 luggage. 1 bantal. 1 baldi. (perlu ke, aku nk list out kn?) oh haruslah aku list out kan nak menunjukkan yang aku bwk BANYAK gila barang, style nak duduk penang, tak nak balek2 umah dah.

Then, kitorang sume pon menuju la kea rah kolej Kristal. aku Tanya PM tu,

“bang, kolej Kristal kat mana ek?”

Abang tu agak pelik dengar soalan aku. Ke, muka die memang mcm gitu. Aku pon tak tahu. Aku teruskan lagi perjalanan yang berbatu-batu (under construction site). Waah!! Lawa gile kolej KRISTAL aku!! Abang aku pandang dengan muka tak puas hati. Ah, mesti die nk menangkan puncak alam die. Tak kesah la.. then, aku , mak aku, bpk aku, n abg aku berasak2 nk menuju ke lif. Nak nek lif. Tapi, aku musykil . aku Tanya abang aku. . .

Nohfee: “krol, asal rmai sangat laki ni weh?”

Khairul: “la.. nama pon tempat dak2 kejuruteraan. Memang la ramai laki”

Nohfee: oohhh. Ok.

Bila sampai depan pintu lif kolej, aku tak puas hati, aku Tanya lagi abang aku.

Nohfee: khairul, kau biar betol? Aku Nampak semua lelaki kt sini pakai baju kemeja je semua..takkan dorang 1 kolej ngn aku kot?

Khairul : mungkin dorang hantar adik kot.

Nohfee: tak kan la weh.. ni dh mcm siswa je sume… x npk satu jenis dengan aku pon(perempuan)

Khairul: jap2, aku p Tanya PM .

Aku pon usha je la.. ‘bakal2 housemate’ aku ni yang SEMUANYA lelaki. Ah, ok je kalau aku nak duduk kat cni. Boleh rambang mata aku ni haaa. Tiba2 aku teringat cerita HANAZAKARINO KIMITACHIHI. Ala.. cerita ni pasal budak perempuan ni berlakon jd laki, and duduk kat dlm hostel lelaki seb nk kenal ngn laki yang die minat tu. Wooo. Kembali ke dunia nyata, nohfee.

Abang aku pon bagi tahu, yang sebenarnye, ni kolej untuk lelaki.

[whaaat?!!]

Kolej perempuan kt sne. PM tu pon bawak la kitorang g kolej perempuan. Mak bapak aku dah start membebel cakap banyak. 1, 2, 3, TADAAAAA! Walaweeeh! Asal kolej perempuan ni jauh beza dengan kolej tadi? Nmpk OLD la.. tadi npk BARU! Nk KRISTAL balek ah mcm ni! gatal eh kau, nohfee!

Then, aku pon jumpe la bilik BETOL aku. Kat BAIDURI. Waduh waduh waduh.. nasib baik ada lif. Kalau kena naik tangga, tak pasal aku kena korbankan lemak yang TERlekat kat badan aku ni.

Ini la pengalaman masuk uitm aku. At least aku dapat gak la jejak kaki kt KRISTAL tu en? En? En? Gatai bertuah betol nohfee ni.

4 comments:

  1. apesal x masuk je kristal... eh tp skang impian dah jd nyata... kristal perempuan pnye kolej meh skang

    ReplyDelete
  2. @syazalina ridzuan hahah. kalau aku msuk kristal, aku jadi paling hits plak kt sne kang.haha

    ReplyDelete
  3. @..tapi bukan aku.. waaaaaa. tak sesuai dengan nohfee. hehehe

    ReplyDelete