my medulla oblongata

Monday, December 6, 2010

Home » 5 jenis REPLY sms yang DIBENCI aku.

5 jenis REPLY sms yang DIBENCI aku.

aku SANGAT suka bermesej time cuti ni. though, yang aku mesej tu ade la dlm 2 3 orang je. tapi, once dgr bunyi "ttteeet" phew~~ nikmat gla la bagi orang mcm aku yang dah mati kutu bosan dok kt rumah ni. asek m'hadap laptop pon bosan gak. henfon adalah salah satu cara yang paling best tok relieve kan KEBOSANAN melampau.



[beeep! BACALAH AKU WEH]




sedang aku dok melayan blog, tbe2 aku dapat 1 mesej. OK, nikmat gak la dgr bunyi mesej tu. aku dengan happy mcm budak 3 tahon dpt coklat, teros p lari kat henfon, n bukak mesej.

"weh.."

walaweeehh... aku punye la semangat berlari2 p amik henfon n bersusah payah nak bukak mesej tu (memory aku full, kne delete dulu mesej2 lain. amik mase la gak), tengok2, die mesej "weh" je..?? !@#$%&*

SANGAT jengkel. kalau setakat nak bg mesej "weh". "kau"."kau x kuar?"
eh, bosan la......baik chatting kat facebook chat tu haaa. free je. x yah la membazir 1 sen aku nk kne reply. so, kat cni aku nak list kan beberapa REPLY sms yang SANGAT DIBENCI aku.




[aku bosan la]



1) 1 patah perkataan.
grrr. ini aku SANGAT sakit hati kalau menerimanya. bila aku tanya, 3 soalan, die jwb 3 soalan dlm 1 patah perkataan such as;

"bolehla.."

lepas aku x reply, tbe2 boleh plak die antar message, "eh, kau busy ke?" soalan die tu mintak jawapan ke mintak penyepak laju-laju? *aku konfius nk bg jwpn ke penyepak*

oleh yang demikian, aku dengan rasa senang hati nye, akan delete sms tu dan buat dunnoe. x message dh dengan die.

2) passive
hajat dihati dia dh elok da...nak mesej dengan aku. aku pon dengan jantung terbuka sudi bermesej dengan die. tapi. . . . . . . .

aku : eh aku ade blogsite baru weh....
dia : oh...
aku : cm ne last paper td? ok x?
dia : bolehla...
aku : wish u get the great result, dude.
dia : thanks. tgh buat ape?

*kesalahan pertama : reply 1 perkataan
*kesalahan kedua : x reti nak tanya aku balik. asek aku je dok tny soklan
*kesalahan ketiga : "tgh buat apa". sebab die dah x de idea, sebab tu dia reply mcm tu.

untuk kes mcm ni, for the next time(itu pon kalau ade), aku plak yang akan passive.


[eh, x fhm bhse? aku BOSAN!]




3) cakap kotor.
please do respect me, as a girl. jangan la ckap bnde2 kotor dengan aku. sebab aku naif. tolong jangan cemari memory otak aku yang memory status selalu full. untuk mengelakkan aku memberi ape2 tazkirah made by me. better jangan cakap kotor. HORMAT.. is the perfect word.

4) lepas geram
dok melepas geram dekat aku, time aku pon tengah geram kat orang lain. aku dok geram kt sorang ni, tbe2 mai plak sms.. mula2 bagi salam dah ok dh.. tbe2 teros cte masalah dia. yang lagi best, teros kol aku. ha... jap g aku bagi "nasehat" terbaeeek aku baru taw!


[ Grrrrr!!!]



5) "kau dah lupa kat aku eh??"
bila aku x de kredit/masa/battery/coverage, mestilah aku x dapat nak mesej kau. bukannye aku lupa dekat kau. (padahal baru semalam o mgu lepas je kot aku mesej kau)
lagi 1, kadang2 kalau aku asek bermesej pon, aku akan BOSAN. so, please, untuk
m'elakkan aku rasa bosan + meluat nak mesej kau. better jgn hit fb/ym/msn semata2 nak ckp "kau dh lupa kat aku eh". jangan smpi aku betol2 lupa kat kau sudah la....



konklusi, kita memang suka mesej dengan orang tu, tapi.. orang tu, suka tak bermesej dengan kita? tujuan kita bermesej adalah untuk mengenali orang tu, x pon untuk mengelakkan lost contact dan yang berkaitan. jangan sampai disebabkan cara korang mesej, boleh buat korang lagi dijauhkan diri dari orang tu. nak ke?



4 comments:

  1. betol3 haha,.. best arh bce k.fira nye blog. serious!

    ReplyDelete
  2. perghhh...
    terasa lak doe!!!
    huhuhuhu:(
    nice blog!!!

    ReplyDelete
  3. @PHOEnix waaa. tiada kaitan dengan yang hidup mahu pon mati. selamat beramal! =p

    ReplyDelete