my medulla oblongata

Friday, December 31, 2010

Home » 5 perkara penting yang berlaku pada tahun 2010.

5 perkara penting yang berlaku pada tahun 2010.



SALAM.

31 disember. Tarikh keramat. Oh, selamat hari jadi rakan2 yang sambut pada hari ini. Tahniah! Anda sudah sebaya dengan rakan sebaya anda, walaupon lewat banyak sikit.

Sepanjang tahun 2010, banyak betol dugaan+kemanisan hidup yan ish ish ish, dah habis rupenye 2010 ni! sedih betol aku nak tinggalkan. Banyak perkara berlaku.. dalam sekelip mata! Macam tak percaya yang esok, aku akan jadi seorang NOHFEE yang berumur 19 tahun! ALHAMDULILLAH.. terima kasih mama, abah, siti, khairul!

Aku suka, aku duka, aku gila, semua dikelilingi oleh rakan2, tak kira la rakan ALAM MAYA mahupon rakan seKAMPUS tak lupa, rakan seFB. ;)

Aku teringin nak buat entri ni untuk share dengan korang sume tentang perkara2 penting yang dah berlaku pada aku. Tapi, aku letak 5 je la. Kalau banyak sgt kang, letih pula nk membacanya… bukan korang je yang letih, aku pon letih…letih nk menaip. Hehe.

1st) PLKN

Pengalaman yang takkan aku lupakan. Walaupon aku tak suka, tapi tetap tarikh keramat. Bukan keramat apa sangatnye, keramat sebab itu la tarikh keputihan kulit aku diragut oleh matahari yang memancar sinarannya. =)

2nd) SECRET RECIPE

Aku pekerja disitu ye. Ya, nohfee bekerja, jangan terkejot!! Ini la pengalaman aku. Kena marah dengan customer, salah hantar order, salah order, salah bagi info. Sume salah je ke nohfee? Eh tak la! Sedap makan cake secret recipe free, sedap mkn keropok free, sedap! Sedap! Eh eh, aku kerja la, bukan mentedarah. ;)

3rd) UiTM

Aku kenal dengan kawan aku, roommate aku, classmate aku, soulmate aku . aku rasa aku jadi budak baik dok kat uitm sebab roommate aku adalah kawan2 yang baik! Yang paling best nye, bad habit aku, aku suka bukak loker. Aku jarang kunci loker..biarkan terbuka. Aku percaya kan dorang, dan Alhamdulillah. Tiada kes kecurian. Aku sayang korang sangat sangat dan sangat. Saat paling aku tak boleh lupa, a day before exam CTU(agama), aku dengan roommate aku melalak2 smpi 2 3 pagi. Hbes keluar semua lagu2 sekolah. (w’pon lagu skola pon tak hengat lirik, kira nasib la kitorang still ingt melodi, kan nadia?)

4th) kakak aku bertunang

At last, kakak aku bertunang gak pada umur 28 tahun! Ini la saat2 yang dinantikan!!! Walaweeeh,. Tak sabar nk dpt anak buah. Eh eh nohfee, dorang kawen pon belom..ni kan pulak nk ada anak.. insyaAllah… amiin.. ;)

5th) putus

Putus? Putus ape ni? putus tali ke putus rambut? Oh tidak..tidak.. nohfee putus cinta ke? Alamak! Hehe. betol la tu. Putus cinta suka. Pernah involved dlm dunia percintaan persukaan. Saat tu agak sedih. Tapi.. mati la aku kalau asek fikir je kan? let’s move on, nohfee! Enjoy the life! Ini la time nak beromatik dengan diri sendiri. Hehe


[welcome 2011, bubbye 2010!]

Ini la 5 perkara yang penting dalam hidup aku. Disebabkan 5 perkara ni, yang buat 2010 aku menjadi sedap! Ade masin sikit, manis sikit, masam sikit. Kan sedap ikan bawal masak 3 rasa tu? Mcm tu la jugak hidup. Kalau happy memanjang…jadilah mcm sambal belacan pedas tak de rasa. Eh eh nohfee ni, banyak sebut pasal makanan pulak. Ye tak ye jugak en? oh, aku tak makan lagi rupenye.. jumpe tahun depan di entri yang lain plak! Bubbye!!!

4 comments:

  1. smoge kngan yg lepas akn jd 1 memori yg xkn d lupekn smpai bile2....

    hapy new year!! :)

    ReplyDelete
  2. @AiN5zOL betol tu! thanks! happy new year too

    ReplyDelete