my medulla oblongata

Monday, December 20, 2010

Home » RAHSIA TERBONGKAR!!

RAHSIA TERBONGKAR!!

Ehem. Ehem.. apa rahsia terbongkarnye ni nohfee? Opsss lupe.

SALAM..

Ok, baru boleh mula. Cerita ni dah berlaku 3 hari lepas. Tapi baru sekarang aku tiba2 rasa nak update pasal ni.. sebab aku mimpi pasal ni pagi tadi. Cerita nye mcm ni, 3 hari yang lepas time cousin aku dengan aku sedang mentedarah melepak kt meja makan, kitorang pon bersembang2 hal2 rahsia. Kire mcm lagu all American rejects tu la..“I’ll keep u my dirty little secret, don’t tell anyone or u’ll be just another regret”

Sedang dok asyik mentedarah, cousin aku tanya aku

Cousin aku: “feera, kau memang suka pakai aksesori ke?”

Feera: “ tak la. Aku suka pakai cincin,dengan jam je. Kenapa ek??”

Bermulanya kebongkaran rahsia yang selama ini tidak diketahui…….

ok la, aku tak nak suspen2 dah.. jom kita tengok rahsia2 yang patot korang ketahui gak.

1) Asksesori

Ramai yang suka pakai aksesori kan? Aksesori tu termasuklah cincin, jam, gelang tangan, gelang kaki, subang, rantai dan macam2 lagi la.. for those yang suka pakai BANYAK aksesori dekat badan dia, bermakna orang tu suka dikongkong oleh orang lain. berlainan pula dengan orang yang tak suka pakai aksesori ni, dorang jenis yang tak suka dikongkong oleh orang lain. dorang lebih suka BEBAS.




2) Rambut

Ada apa pada rambut? Pada rambut ada apa? Hehe. Cepat tengok rambut masing2..ha. lurus ori ke lurus rebond? Ok, kat sini, kalau siapa2 yang rambutnye lurus..bermakna hati mereka ni mcm hati batu sikit. Degil. Kalau rambut tak berapa nak lurus sangat ni… mereka jenis yang hati lembut. Marah2 mcm mana pon, hati dorang tetap akan rasa serba salah sebab marah pada orang lain.




3) Bau Cik Keti.

[kau busuk]

ini tips yang diturunkan daripada opah aku kepada aku. Kalau korang ada masalah dengan bau cik keti..eh, eh silap..KETIAK, senang je. Pagi2, sebelum mandi.. usap kat Cik Keti tu, pastu selawat 3 kali.. insyaAllah.. dah tak de masalah. Aku amalkan. Tapi jangan la harapkan amal sekali, nak terus hasil. Amalkan berpanjangan ye. =)




4) Kelimumur

Guna la hair anti-dandruff . kalau rambut korang ada masalah kelimumur, apa kata korang pergi beli limau nipis..lepas tu gosok2 kat bahagian kepala yang ada kelimumur. Kalau satu kepala tu ada kelimumur, gosok la satu kelapa kepala. Ini pon sama gak. Kena la buat berterusan ye.. bukan buat sekali, teros nak hasil., memang tak la kannn.




5) Teh ‘o’

[minum la aku!!]

Teh ‘o’… wah, tbe2 teringat camomile tea, earl grey, mint tea, jasmine green tea, lipton pon ok gak! Kalau nak tahu, teh2 ni sume kalau kita minum tiap2 pagi secawan, dapat mengawal berat badan kita. Cuba la! =)

Rahsia aku dengan cousin aku terhenti dekat situ je..sebab die kena balik..kena siapkan assignement dia yang bertimbun2 tu. Thx maisara for the info!

4 comments:

  1. rambut aku ikal mayang la..mcmne ae nohfee? hehe...anyway, point keti tu yg plg penting @ secara general kesihatan. Sebab, kalo keti dan nafas berbau, kita dah tau mcmner latar belakang seseorang tu dan paling pantang kalau kuku panjang berjela. Amalkan cara hidup sihat walaupun kita x cantik/ensem. So ikut la saranan dari cik nohfee kita ni. live laugh love...hehe.

    ReplyDelete
  2. bagus petuanya...nenek aku pn slalu gak ckp mcm ko ckp ni...sila amalkan kawan2..

    ReplyDelete
  3. @Akram ikal mayang? hehe . means, kau nye hati lembut la tu.. sebab
    ikal mayang=tak berapa lurus.
    heheh.
    betol tu, x cantik/hensem tak pe, janji kne jaga hygiene =)

    ReplyDelete
  4. @mr shah eh?? nenek kita satu sekolah kot dulu. tu yang petua sama. hehe

    ReplyDelete