my medulla oblongata

Wednesday, December 29, 2010

Home » SEBAB dan MUSABAB

SEBAB dan MUSABAB

SALAM.

Di keheningan malam, tatkala aku terjaga dari lena hai blogger-blogger!! Wo, terjaga teros aku dari tidur dok excited pikir nk balek penang.. oh yes! Lagi 2 hari je lagi, penang akan ku jejak! Dan.. dan.. lagi 2 hari jugak aku akan tinggalkan tahun 2010.


[keadaan aku di plkn. =.=]

Best sangat ke 2010 ni smpi aku nk sedih2 tinggalkan? Huih! Gila tak best? 2010 ni la aku kena dera berlatih dalam khidmat Negara. Waduh waduh waduh… sunburn teros muka aku. 2010 gak tahun pertama aku kerja kt secret recipe as waitress.

“hi, welcome,”

“may I take ur order now, sir?”

“would u like to add anything else?”

“ok, may I repeat ur order sir?”

“thank you, please come again”

Takkan aku lupa pengalaman kerja kat secret recipe..baru taw mcm mana rasa nk dapatkan duit. Tapi, duit gaji aku, aku p beli buku twilight, new moon, eclipse, breaking dawn belanja family aku whole cake chocolate indulgence. Merasa gak la family aku dengan duit aku.

Eh eh, nohfee ni, dh melalut pulakkkkk! Sebenarnye aku bukan nak cerita pasal ni la!!! Aku nak cerita pasal blog! Ya blog! Panjang lebar pulak pembukaan cerita aku kali ni. ok, stop!

Proceed. . . . .

Ape sebab aku buat blog? Erm.. aku dh bg taw. Tapi, sekarang ni aku nak bg taw ape sebab bin musabab aku letak nama NOHFEE, LIVE.LAUGH.LOVE dan sebagainya…jom baca nak? Ok , good! Let’s go..

1st) kenapa aku letak shoutmix?


Ok, mungkin dulu2 aku ni mana la reti berblogwalking bagai ni.. even aku tak pernah taw pon ade blogwalking. Hehe. aku letak shoutmix kt sblah kanan ni haa. Sebab ingtkan ni boleh jadi tmpt chatting. Ala.. mcm dekat kampungchat, mirc , ym chat tu…. ;) naif betol aku.. then, baru la aku tersedar fungsi menatang ni 2bulan lepas aku letak kat blog aku.


2nd) kenapa aku letak follower kat bahagian bawah?

Erm.. bukan bererti aku tak menghargai follower2 aku sekalian.. aku sangat2 la m’hargai, walaupon follower aku tak de la mcm hanis zalikha ke, ben ashaari ke, theotherkhairul ke….. banyak mana pon. Aku letak kat bahagian bawah sebab aku nak korang baca dulu entri aku. Kalau dah habes baca, boleh la follow-follow blog aku ni. tapi kalau tak best. Uhuk uhuk.. follow je… tak dosa pon.


3rd) kenapa LIVE.LAUGH.LOVE?

Kenapa ek? we LIVE in this whole life to experience everything with LAUGHter, together with LOVE. Aku letak ni sebab aku rasa hidup kalau kita tak nikmati(LIVE), tak ketawa(LAUGH) dan tiada kasih sayang(LOVE), akan jadi sangat HAMBAR. Sebab tu aku letak LIVE.LAUGH.LOVE.


4th) kenapa NOHFEE?


“semua lelaki, lonely soldier boy..katakan pada dunia, lonely soldier boy!”
ha.. teka la sape pnyanyi lagu ni..? aku minat gila tahap dekat penyanyi ni dulu , kini dan selamanya .so disebabkan keFANATIKan aku yang terlampau….aku pon gunalah nama pena ni atas dasar penggabungan nama 2 insan. Aceeehhhh!


5th) kenapa LIFE IS SIMPLE?

Mesti akan ade yang kata,

“hoi, sape kata life is simple?”

Aku kata. Ok? Life is simple. Tapi kita, MANUSIA, INSAN.. suka sangat complicated kan kehidupan ni dengan pelbagai cara la. Bukan perempuan je yang complicated… malah lelaki pon sme je.. alaaahai!


6th) kenapa tak leh nk highlight n right click?

Waaaaa! Aku bukan nye takot orang copy hasil kerja aku. Tiada niat langsung seperti itu.. tapi…. Tapi..ianya disebabkan curiosity aku yang tinggi. Aku ni rajin sikit mencuba sesuatu yang baru. Aku pergilah blog yang ada kasi tutorial nk halang right click ni. pastu aku pon try. Sekali, MENJADI pulakkk!! Ish, mcm mana aku nk undo blek ni wehhh? Anyone..?


7th) kenapa aku letak nuffnang?

Ok menatang pe ni wehhh? First aku nengok.. seram pulak nk join. Takot menipu ke, ape ke.. aku first tengok kat blog bro ben ashaari.walaweeeh, mcm best je menatang ni, nak gak kasi try. So, aku pon sign up la nuffnang ni. tak tahu pon tujuan nye untuk ape.. m’ceriakan blog kot? Hehe. ok2, aku taw la.. untuk pendapatan sikit2. Tapi aku tetap tak tahu, ble aku Nampak ade blogger cte pasal BE la.. free ticket la.. jadahnye tu weeh??


[aku tak pandai IT, jangan tgkp gmbr aku!!]

Konklusinya, aku memang tak pandai sangat dlm bidang IT ni sume. Aku belajar dari hasil aku travel satu blog ke blog yang lain…lepas tu aku try to aplikasikan dalam blog aku pulak.. oh, buta IT rupenye nohfee ni . aku suka mencuba something new. Though, aku start blogging bulan disember 2009, tapi di awal entri aku dulu2.. semuanya bersifat peribadi SEMATA-MATA, yang bile aku baca balik… eiw! Geli gila aku ni!!!! tapi aku decided tak nak buang entri2 lama.. ade sentimental value di situ. Hahah. Blog aku, suka hati aku la… ;)


To all blogger, enjoy reading my blog! =)

4 comments:

  1. Hye, followed anda!
    Nanti jenguk-jenguk la blog saya pulak tau kalau free. Teehee. :)

    Latest Entry - http://negative46.blogspot.com/2010/12/dalam-hati-tanam-azam-nak-buang-tabiat.html

    ReplyDelete
  2. sebab dan munasabab la feera..hehe..
    aku ingat ang nk citer sal memori 2010..hehehe..nak new year dah feera...:)

    ReplyDelete
  3. @Kiyopta thanks perbetolkan, tapi aku tetap nk MUSABAB jugak. hehe. dah 31 dis nanti baru leh cerita sal memory. ;)

    ReplyDelete