my medulla oblongata

Wednesday, December 21, 2011

Lifeless.

SALAM

bila bercerita tentang lesen. aku terdiam. 

"eh, kau amik berapa kali lesen weh?"

ahh aku punya suka la aku nak ambil berapa kali pon. ada aku kesah? 

duduk rumah, makan, tengok tv, goyang kaki, pergi pasar malam, tweet benda merepek adalah diantara perkara lumrah yang aku lakukan kalau musim cuti terlampau. dan paling bagus untuk proses hibernisasi. bak kata jiran aku, duduk rumah ni, kita hanya mem'bear'kan diri kita. oh sungguh kiut perumpamaan kau itu. ye, sekarang ni aku dah jadi bear di rumah.


dalam proses mem'bear'kan diri aku di rumah,syukur alhamdulillah ada jugak rakan aku yang masih prihatin pada aku. jadi dengan itu, mereka dengan baik hatinya menghadiahkan digi easy prepaid!! 

wah *tepuk tangan*. pada yang ada boypren boleh la menggunakan digi easy prepaid ni bukannya apa, panggilan percuma nya kemain lama dari 12 am sampai 6pm. so, bergayut la dengan kawan2 ataupun lagi advantage pada yang ade boypren girlpren ni. segala aktiviti dekat uitm penang, rasanya aku khatam jugak la. dengan reporters kawan2 aku ni. baguih depa ni. 

dan yang paling best duduk rumah ni adalah belajar memasak. dulu aku pandang kuali, nak tak nak je, tapi kalau bab makan.. memang aku orang pertama duduk bersila atas kerusi dulu. dan sekarang bakat mak aku turun ke aku le gamaknye.

amik lesen kereta pon best sebenarnya. kau kena bangun pagi2 dalam pukul 7, terus mandi dan terus pergi dengar ceramah. paling best kalau repeat test berkomputer jpj dan kena bayar 50 henget. kau hado? 

ini membuktikan, kalau kau cerdik mana sekalipun amik medic sekalipun, kalau kau tak study untuk test, tak adanya kau boleh jawab. kau repat la berapa puloh kali pon. 

dan sebenarnya apa yang aku nak tulis dalam blog kali ni?? aku pon tak tahu. mungkin sekadar nak menceriakan suasana blog aku yang dah kusut masam dengan entry seminggu lepas. erm, barangkali dua minggu lepas... 



Tuesday, December 6, 2011

How To Propose a Girl?

SALAM

Bila dah masuk musim2 kahwin, musim2 couple dan tak lupa musim2 break up ni, aku pon tergerak nak update entry pasal cara untuk propose a girl untuk korang jadikan girlfriend. ada sorang kawan aku tanya, like... macam mana nak propose perempuan tu untuk jadi lebih dari seorang kawan?

well, sebenarnya aku pon tak arif sangat. tapi aku perempuan dan aku rasa aku layak share pendapat aku sebagai seoarang perempuan *ececece*. sebenarnya mana2 perempuan pon memang kalau boleh nak la cara hubungan percintaan tu berputik sama macam dalam siri korea yang berpuluh2 episode dalam hard disk diorang tu. tapi, sebenanya perempuan ni berpijak jugak di bumi yang nyata. dorang tahu jejaka2 Malaysia ni tak akan ade nye la nak buat macam dalam siri2 korea tu semua. so, we prefer like these...


1) KAWAN.
sebelum nak menjalinkan apa2 hubungan, akar tunjangnya adalah kawan. be a friend first. kenal dulu perempuan yang korang minat tu macam mana perangai dia? dia ni tak suka apa? dan suka apa? tapi make sure, kenal tu jangan la sampai perempuan tu anggap korang ni best friend dorang sebab perempuan ni kadang2 perasaan die lain sikit. bila dah berkawan terlampau lama, perasaan romantik tu akan hilang. perasaan sayang sebagai kawan adalah perasaan yang berbeza dengan perasaan sayang sebagai kekasih. jadi , guys out there..kalau perempuan tu dah kata die anggap korang sebagai kawan dorang sahaja..she really means it.

duration kawan tu biarlah cukup macam mana korang kenal die, perwatakan dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. kalau kena dengan taste korang, make a move. kalau tak, boleh remain as a friend kan?


2) Don't be such a Lurus Guy.
apa tu Lurus Guy?? Lurus Guy ni adalah bila perempuan tu dah bagi hint(s), die still kayu lagi. tak tahu nak buat apa. terus die ubah topik. padahalnye die memang nak pon perempuan tu. tapi die buat bodo je pada setiap hint(s) yang perempuan tu bagi. tak ke rasa membazir kat situ?

 so, grab any chances. kumpul dulu chances yang ada. tapi jangan pegang chances tu lama2 sebab kalau dah lama, perempuan pon reti jugak erti bosan ni tahu? so, bila perempuan tu dah start bagi 2, 3 hints dan korang pon dah sedia untuk get involve in this love story, so make a move!


3) Jealous?? nahh...hold on.
memang la kalau dah suka dekat perempuan tu, kalau tengok je dia even BERCAKAP JE dengan lelaki lain, akan hadir satu gelombang api panas yang datang bergolek2 tunggu nak sambar je dekat lelaki tu.  but wait!!! at the very first place, fikir dulu WHO ARE YOU? WHAT'S YOUR RIGHT? jangan terus kongkong perempuan tu. perempuan ni jenis yang cepat buat penilaian pertama (First Impression). so kalau baru je kawan dah mula kongkong, apa tah lagi bila dah in relationship. confirm perempuan tu reject awal2. 

tapi kan, kalau dah rasa diri sendiri tu tak sanggup nak tahan tahap curiosity sendiri tu. aku faham.. kaum gagah ni kan memang penuh dengan tanda tanya kan? so, kalau dah teringin sangat nak tahu siapa lelaki yang perempuan tu bercakap. tanya je la. tapi jangan tanya marah2 pulak. boleh tanya like..

"eh tu bf u ke?"

or

" eh macam kenal la lelaki tu.. but seriously i lupa. kawan sekuliah kita masa kat diploma dulu ke ek?"



4) Her Problems, Your Problems.
ye la, kalau nak tambat hati perempuan ni, tambat dulu masalah dia. kalau dia tengah ada masalah, try la join sekaki. masa tu la bergunanya ayat2 yang manis ni. bagi je ayat2 manis supaya perempuan ni boleh chill up. kalau boleh tolong, bagi la dia idea untuk dia selesaikan masalah tu. masa tu perempuan dah boleh tersangkut dah dengan lelaki. 


5) Make a Move.
ok, bila dah betul2 kenal. make a move. kalau nak propose jangan la buat benda yang common. cari kreativiti. perempuan ni jenis yang akan ingat moment penting yang berlaku. so make it sweet. cari kelainan? how to make it difference? ok ce try macam ni...


ok then suruh die selesaikan. kalau die blur2 ayam, korang pon boleh la buat mcm ni pulak


nampak tak kat situ? kalau nampak, GOOD. kalau tak nampak, cuba tengok2 lagi apa yang cuba aku sampaikan kat gambar tu...

that is the easiest way for you to say I LOVE YOU to her.  ok fine, aku cilok idea ni dekat tumblr. tapi tak salah pon kalau korang nak try... then cakap dengan girl tu

" I Love You + You Love Me = In relationship... will you..?"



amacam?? ok boleh la try macam ni nanti ye. itu je la kot tips yang aku boleh bagi.. selamat mencuba! *wah dah macam Jalan2 Cari Makan pulak trademark 'selamat mencuba' tu"


let say kalau kena reject, jangan terus tak contact dia. taw. kan korang kawan? so kawan je la... buat macam biase je. kalau korang buat kekok, perempuan tu akan jadi lagi kekok. well actually perempuan ni jenis yang just go with the flow. kalau korang ok, kitorang pon ok je sebenanrnya. chill guys. :)




Monday, December 5, 2011

Entry Rojak. hamiiik ko

SALAM

3 bulan yang buatkan aku tak senang duduk. dok busy buat preparation kakak aku kahwin. oh congrats to my sis! dah kahwin dah dia ni. aku rasa sangat la havoc sebab mungkin kenduri kahwin ni kakak aku punya, so aku rasa macam aku ni orang penting jugak la. tak kesah la kalau orang kata

"eh eh, nama je adik, tapi takde nak menolong langsung.kesian mak dia buat kerja sorang2"

kalau ade la cakap2 macam ni, semoga orang tu dapatlah hidayah. sebab apa yang aku tolong bukan untuk menunjuk2. so chill baby. 

[source : pixelpro]

masa abang ipar aku lepas lafaz akad, aku pulak jadi sebak. *kemain* sebab ye la, lepas ni aku tak boleh nak tidur sebelah kakak aku. ataupon dengar kakak aku cakap "feera, jom main lukis2". haha. so, tinggal lah nanti aku dengan abang aku je yang akan ke hulu ke hilir dengan parents aku. tapi lama2 nanti abang aku pulak naik pelamin, tinggal la aku pulak. lepas tu aku pulak naik pelamin.. eh eh.. jap, dah merepek pulak.

lepas majlis akad petang sabtu, 26th tu, kitorang bertolak ke homestay dekat shah alam. ye la, sedara2 aku ni kan ramai. dan ade yang duduk jauh2. so nak bagi rest sikit, rehat dulu di homestay dekat shah alam yang kakak aku dah sediakan tu. rumah pretty big. tapi seriously aircond bermasalah. hey, macam ni orang sediakan homestay? kesian betul aku tengok. bayar mahal2 kau bagi macam tu je homestay? dengan kau tak sapu rumah tu dulu, kau terus bagi kunci?? memang sh*t sungguh.

malam tu majlis berinai. pihak lelaki datang berkenal-kenalan dengan keluarga sebelah pihak perempuan. kakak aku duduk atas mini pelamin dan salam2 dengan keluarga belah mentua dia. 1st time aku tengok majlis macam ni for real. kitorang yang perempuan2 ni... semua dok kat tangga tengok je.. agak2nye bila pulak turn aku.? ok aku merepek lagi. then esok nye majlis persandingan kakak aku dan abang ipar aku dekat dewan tabung haji. pakaian pengantin pink putih. family..peach. everything runs smoothly. alhamdulillah.

majlis berinai.

next story is MAAF. bukan nak rahsia2. tapi kalau aku bg taw dekat SEMUA ORANG like.. oh WEH AKU DAPAT FAST TRACK UITM WEHHHH. sat lagi ade yang kata aku ni bangga, bongkak, takabbur, belagak. dan aku decided untuk diamkan diri, tak bagi tahu orang lain melainkan orang yang betul2 rapat dengan aku. selebihnya, biar dorang tahu dari mulut ke mulut. tapi bila aku buat macam tu ada jugak bunyi2 kata

"SAMPAI HATI HANG TAK BAGI TAHU AKU" then touching.

weh hang nak aku buat lagu mana weh? tok sah nak buat aku rasa seqeba salah la kan. bukannya aku tak nak bagi tahu, kan aku dah kata, kang satg bila aku bagi taw ampa kata aku riak. haish. pening aihhh.

apa2 pon seriously aku mintak maaf for those yang aku tak bagi tahu. aihh statement retisss pulak aku ni. ok whatever it is, aku mintak maaf sangat2 dekat ampa smua. seriously UiTM Penang is the best la.. sebab mungkin kampus kt penang ni tak besaq mana, tapi aku rasa macam eventhough tak besaq, tapi aku rasa mcm unite la jugak. macam tengok bola ramai2 dekat LP hari tu. siap ade bawak bendera berkibar lagi. memang terbaeeeekk la. 

and kenangan aku dengan kawan2 aku dari sem 1 sampai sem3 seriously sangat2 la bermakna. aku jatuh terduduk ke, aku sedih ke, aku gembira ke, aku bahagia ke, semua dengan kawan2 aku. zaman universiti la bagi aku zaman paling the best, zaman sekolah..errrrrr  =,=



dan dekat uitm penang ni jugak la aku start bercinta. like REALLY falling in love. bila aku pikiaq2 balik, ada hikmah kot aku berpisah dengan dia. yela, kalau kitorang still on sampai sekarang la kan, tak ke rasa macam nanti kitorang akan hadapi hubungancintajarakjauh? kan dah derita disitu? LOL. but seriously to my dearest ex, aku appreciate gila kau sebenarnya. walaupon kadang2 blog aku ni ada jugak dok sarkastik pasal kau, sebenarnya adalah protes kepada aku tak boleh lupakan kau. ada kemungkinan jugak kau adalah first love aku. tu yang susah sangat nak lupakan tu. tapi takpe, aku boleh moving on. dan kau pon boleh teruskan hidup kau.  ada jodoh, kita jumpa lagi alright?

to those lecturers, seriously lecturers best gila. aku masuk university, baru la aku paham betol calculus ni. kalau tak, idokleee teman nak paham dok dekat mrsm dulu.

sorry guys for whatever i have done. we'll meet sooner or later. so chill out dude!

Thursday, November 10, 2011

Stalking Ex. Perlu Lagi ke?

SALAM

kebanyakan daripada kita pernah la sekali dua bercinta seumur hidup kita. kalau tak sekali dua. mungkin beberapa kali. dan mungkin beberapa kali tu jugak la kita terkandas tengah jalan. alasan?

jodoh i bukan dengan dia la

dia tak pandai. aku mintak break

dia main kayu tiga!

nak tumpukan pada study laa

masing2 tak sedia lagi sebenarnya.


alasan break up, kemain banyak. padahalnya masa nak mintak couple tu ayat kemain berbunga2. masa sebulan dua tu la masa paling kritikal. masa tu la korang akan start pergi bukak facebook ex korang tu. tak pon stalking twitter dia sampai la no post to show anymore. betapa telitinya kita stalking ex kita. sebab kita nak tahu apa perkembangan hidup dia. dia dengan siapa. dia masih ingatkan lagi kat kita ataupun dengan kata lainnya adalah KITA RINDU PADA DIA.

so, pendapat aku senang sahaja....


bulan pertama, bulan kedua..bulan ketiga berlalu. 
hubungan masih lagi macam dulu
masing2 tiada hati nak kembali. 
mengapa perlu ditangisi?
mengapa perlu dikesali?

adat dunia, yang datang akan pergi,
tidak sesuai,membawa haluan diri,
kiranya jodoh yang hakiki,
pasti bertaut kembali.

facebook, twitter habis dicari,
bagi melepaskan rindu dihati,
namun tidakkah kau sedari?
dulu, kau pernah dia sakiti.

biarlah dia meniti kehidupannya sendiri
tidak perlulah kau terus dibayangi,
kehadirannya kembali disisi, 
itu semua hanya la mimpi di siang hari.

biarlah dia gembira,
jangan kau berduka,
ianya pasti sementara,
jodohmu sentiasa ada.

tiada salah mencari pengganti,
bagi mengubat luka dihati,
membaca komennya yang menimbulkan iri hati,
kerna hatinya kini sudah dimiliki.
dan kau bila lagi?

sampai bila harus kau menunggu?
terus menge'stalk komen satu persatu?
kelebihan apa yang kau terima dari itu?
menyakitkan hati, menambahkan dosa disitu.

bukanlah maksudku untuk menyuruh kau memadamnya dari senarai rakanmu,
aku pasti suatu masa,kau ingin mengetahui keadaan dirinya selalu,
adakah sihat seperti selalu,
atau masih berduka keranamu?


aku ada sekali stalk page twitter ex aku guna account kawan aku dengan harapan aku tahu tentang hidupnya. tiba2 aku nampak update dia


"kau tak payah la nak stalk twitter guna account kawan."

ok, aku TERFAKTAB. 






Friday, October 28, 2011

Something that you should know about me.

SALAM

hari ni, aku bangun awal la kann. well, mungkin sebab aku malu dengan sorang ni. dah 3 hari kot, dia asyik mesej aku around 7am or 7.20 am "selamat pagi". yang aku pulak tiga-tiga hari dok reply around pkol 12 tgh hari.. cakap "selamat tengah hari" wuihhhh awkward gila! so, aku dengan gagahnya kunci jam pukol 6 lebih. lepas solat pe semua terus tertido. then dapat mesej 'selamat pagi' tepat pkol 7pagi. selamaaaatt sempat aku nak reply. takdela malu sangat aku hari ni. =)

ok done with sebab2 bangun awal aku. now, aku nak cerita pasal kawan. apa tu kawan? scolds like father, screams like a mother, fights like brothers sisters is it? 

pada pandangan aku, kawan yang baik adalah kawan yang memahami situasi kita.memahami dengan erti kata yang lain, MEMASUKKAN KEADAAN DIRI MEREKA DI SITUASI KITA. *yes, i found one. 

masa aku sem 2 dulu la kan, aku rapat dengan kawan aku ni. like..seriously RAPAT. but then bila dah masuk sem 3 mmg well APART. sangat jauh.. eventhough kadang2 jalan sama2 pergi kelas pon, i couldn;t feel the same way like the sem's before.

apa yang aku nak kawan2 aku faham kat sini adalah :

aku bukan la jenis kawan yang jealous kalau kawan2 aku kawan dengan orang lain. woo that is sooooo not me. aku jenis yang independent. kalau, tak ok dekat sini, aku akan try kat sana. actually i treat my friend all the same. tak kesah la kau bestfriend ke, kau kawan rapat ke apa ke.. semua sama. kecuali family. yes, except family. i'd do anything for my family...ANYTHING




bukan bermaksud aku tak boleh buat apa2 untuk kawan2 aku. tapi, aku rasa everything has the limit right? so do friendship. 

don't misunderstands me if i care too much for you. this is the way i am.

sebab mak aku nurse.so the way she taking care of us, we can FEEL it. mungkin aku dah terikut cara mak aku.

dari aku sekolah rendah lagi..kawan yang selalu dengan aku akan bertukar tiap2 tahun. macam kalau masa form 1 dengan orang lain, dengan form 2 aku p rehat dengan  orang lain, form 3 pon dengan orang lain. so aku memang jenis macam ni, suka discover. and i love making friends. like REALLY friends. kalau aku rasa dia ni 1 masa nanti jenis yang tak boleh nak mintak tolong, well, aku awal2 jauhkan diri. 

motif aku buat entry ni... mungkin sebab aku agak terasa jugak la dengan kakak aku cakap

my sis : eh feera, kau nak berapa kad jemputan kahwin aku ni? *nak edarkan
me : tak payah la. kawan2 aku duduk kat utara sana.
my sis : kau tak ada kawan ke kat area pj ni? masa kau sekola dekat sri permata dengan teknik setapak takkan kau takde kawan kot? takkan mrsm dengan uitm je?


aku terdiam. aku ade. tapi too awkward to invite them. the conversation will not be exciting as before.




Friday, October 14, 2011

Signs He Love/Like You.

SALAM

kalau dulu aku ade update Signs She Love/Like You. so, sekarang ni aku rasa macam nak update pasal sign lelaki suka dekat perempuan. ni hasil aku tanya kawan2 lelaki aku. plus aku baca sikit2 dekat internet dan buku. aku taw, kalau aku membebel panjang2 pon bukannya ada yang nak baca mukadimah aku. semua teros p tengok bnde yang aku highlight kn? yea yea.. aku taw tu... jadi ini lah hasilnya. check it out!


1) Mesej/Call
1st step..to be a friend. tak gopoh2 terus confess. dia akan start berkenalan dengan girl yang dia minat dengan mesej/call.
selalu sangat kita dengar orang akan tanya dekat kita
"mesej dengan siapa tu? dengan pakwe letteww?"
then kita akan marah2 manja like
"eh mana ade. kawan je"
padahalnye.. yes. 24 jam mesej. ade je benda yang nak diborakkan. dari bangun tidur, sampai masuk tidur, tangan tak lekang dengan handphone. ralit reply mesej, takpon asek call. *tak semua lelaki mcm ni


2) Privacy.
kaum lelaki ni akan start tanya your privacy thing ...about your life. sebab dorang nak taw pasal girl yang dorang suka. macam mana dorang nak tanya? yes by mesej/call. 



3) Berubah Perangai.
kalau dengan kawan2 dia, lain cara dia layan., kalau dengan perempuan yang dia suka, dia akan jadi lain cara yang dia layan. takkan sama. mungkin dia dengan kawan2 dia, dia mungkin jenis yang suka menyakat atau menyakitkan hati orang. tapi bila dengan perempuan yang dia suka, karakter die automatically akan berubah. suka sakat mungkin..but maybe in proper way. ;)




4) Pendapat
lelaki tu akan kerap mintak pendapat pada perempuan yang dia suka. kenapa? sebab dia percayakan perempuan tu dan rasa rapat dengan perempuan tu. *tak semua lelaki macam ni.


5) He's happy with you.
jangan confused pulak. yes kawan jugak akan rasa happy bila dengan kita. tapi kalau with a guy who is attracted to a girl, dia akan setting muka dia with a wide grin, no matter what he's doing. ( referring site) .


6) Ingat
lelaki akan ingat setiap perkara yang perempuan tu cakap. walau sekecik mana pon perkara tu.






7) Looking at You
he will keep on looking at you while you're around. and feel shy when you look at him directly.



ok tu je la kot tanda2nya. so? ade tak lelaki2 dekat sekeliling korang yang berperangai macam ni? so, take note .  lagi satu, macam aku cakapkan dari awal tadi, all these SIGNS aku dapat dari hasil pertanyaan aku dekat kawan2 lelaki aku dengan baca dekat internet and a few books here and there. so, to all Mr out there, sorry la kalau ade yang salah ye. tak semua lelaki sama kan? girls out there, take note starting from now! cheers.


_thank you baca entry nohfee_



Wednesday, October 5, 2011

This Drama.is..really..really...

SALAM

waaa tinggal 1 lagi paper! macam tak percaya aku dah buat final exam. yang paling aku tak percaya nya, aku dah jawab exam. walaupon masa sebelum final tu, aku rasa... apa sebenarnya yang aku dah belajar? ok, sangat la student....masa dekat nak final baru nak pulun. baru nak call lecturer, kata nak jumpa. baru la nak tanya lecturer itu ini. kesian Miss Farah kena layan soalan aku yang bertimbun macam guni tu semalam. 

jgn tanya aku, apa dia tulih. haram aku nak faham


korang pernah tengok cerita 1 liter of Tears tak? alaaa... yang cerita perempuan ni ade satu penyakit yang tak boleh nak disembuh tu. serious cerita tu sangat la memberi impak pada aku. ni la cerita kedua yang aku tengok yang aku rasa sebak sangat. dan adalah cerita pertama aku menangis tengok. 

aku kagum gila dengan Aya(watak utama) yang struggle gila2 untuk hidup. walaupon dia dah tak boleh nak hidup, tapi, die cuba jugak untuk berjalan sebab die takot kalau die tak praktiskan berjalan, die takkan sembuh. in fact, memang penyakit tu tak boleh nak diubati pon. dalam masa tu jugak, kawan die, Haruto datang bantu die. ada dengan dia, bila dia sangat2 perlukan si Haruto ni. sampaikan at one part ni, Haruto confess yang die suka dekat Aya. tapi Aya cakap, die mintak maaf sebab tak boleh nak return back anything to him. sangat kesian.

part yang lagi menyedihkan bila tengok parents Aya ni, yang sangat supportive. family Aya yang jaga die sampai la saat die mati. adik perempuan dia yang jenis macam tak ambik kisah hal keluarga berubah jadi seorang yang lebih bertanggungjawab. teruskan cita2 Aya yang tak kesampaian.

tiba2 aku fikir2, kalau orang macam tu....die mesti nak sangat peluang untuk berjalan, peluang untuk hidup, peluang untuk luahkan kasih sayang, peluang untuk menangis. tapi aku? dah ada peluang, tapi sia2 kan. so azam aku kali ni, aku akan hargai setiap apa yang aku ade dalam hidup ni. aku takkan sia2 kan apa2 yang ada dekat sekeliling aku. 


dan.... ok, OST lagu ni sangat la best, bukan yang Only Human tu, tapi yang Konayuki. sangat la best. try dengar ekkkkk

aku dengan penuh rasa curiosity nya, terus pergi cari dekat 4shared lagu ni. dengan bantuan kawan aku yang memang tengok cerita ni, aku pon dapat la download lagu Konayuki ni. then tak puas hati takat dengar je buat apa... so, aku pon pergi search lirik lagu ni dalam english punya. woooaahhh so sweet! ini bukan macam lagu korea yang sorry sorry sorry ataupon yang ding ding dong ke apa tu sume k. ni lagu yang rock. 

then aku tak puas hati lagi, aku pon pergi bukak lirik jepun punya, start nyanyi bahasa jepun. wow! nohfee nyanyi jepun? walawehhhh. aku pon tak tahu la asal dengan aku ni. dah gila nak belajar bahasa Sarawak, Sabah. excited tetiba. sighs. 

ok la, apa2 pon, siapa yang belum lagi tengok cerita 1 Liter Of Tears ni, p la tengok. yang dah tengok. ok, good! #aku taw, cerita ni dah lama. aku taw aku lame sebab baru taw crita ni..aku taw..aku taw.. tak yah cakap.


_thank you baca entry nohfee_

Wednesday, September 28, 2011

Signs She Love/Like You

SALAM

hari tu aku bermesej dengan kawan aku. dan dia ada tanya pasal

"perempuan ni suka lelaki macam mana ek?"

ok, pada sesiapa yang tak tahu lagi, aku ade update pasal benda ni dulu. tapi, itu dulu, sekarang ni aku nak update lain. perempuan suka lelaki yang jenis macam mana ek? ok, aku nak ubah sikit persoalan kat situ. agak2 nya macam mana ek nak tahu perempuan tu dah falls in love with you. madly in love with you? agaknye2... macam mana ek?

ok, itu baru mencabar. so, here it is! ada hint nak tengok sama ade perempuan tu dah mula suka kat lelaki tu, atau tak.


1) Cara Pandang
obviously, orang kata, dari mata turun ke hati. so this is it! tengok cara die pandang macam mana. ada 2 cara pandang. pandang, then kalau lelaki tu pandang die balik, die terus pandang tempat lain. another one is pandang... well, macam Bella Swan pandang Edward Cullen. ;)
so, kalau yang dekat case pertama tu, girl tu die takde confident untuk cakapkan yang dia suka dekat boy tu. tapi die tahu, die memang suka boy tu. another one. girl tu memang confident dengan hati dia yang die suka korang. dan jangan terkejut, if she make a move! 


2) Kawan.
tengok pulak dekat kawan2 perempuan ni. selalunya perempuan ni, dia akan cerita semua love story die dekat kawan2 dia. sebab perempuan sangat mudah percayakan kawan2nya. jadi, guys, look at her friends. kalau terserempak dengan a group of her friend, cuba tengok, ade tak kawan2 perempuan tu senyum "ada makna" ataupon tengok...kawan2 die ade pandang korang balik tak? kadang2 kalau ade kawan yang jenis cakap lepas, die mungkin akan tersebut stuff like this

"eh.. Mira punya doe!"

let say kalau nama die Mira la kan... ;)


3) Jealous.
yes memang betul . cemburu tandanya sayang. cuba tease die. try ckp pasal perempuan2 lain, make up a story. a really good story, and make she believes you. tengok, die  akan go on with the stories, ataupon die akan terkedu kejap. lepastu die akan bagi respon sekejap. lepas tu seboleh2 nye dia nak ubah topik. so, take note masa tu.




4) Special Days.
she remembers that guy's special day. ataupon hari special kedua2nya. contohnya, hari macam mana dia dan korang boleh kenal. obviously, she'll take notes. sebab kalau boleh die tak nak terlepas dari jadi speciaal girl untuk lelaki yang dia minat. kalau die terlupa, she'll find multi ways to overcome it. 


5) Laughs at your joke.
even kalau lawak kau bodoh macam mana sekalipon, tetap dapat menggelikan hati dia.


6) Terima je laaaa
ok, apa yang aku maksudkan dengan "terima je laaa". means die ni tak kesah korang cerita pasal bola ke, pasal life korang ke.. die dengar je. and, she will gives her best to acknowledge all of your boring stories. die takkan tunjuk yang sebenarnya cerita kau tu bosan, lapuk. ade pulak cerita pasal bola dengan perempuan yang bukan kaki bola? kalau kawan2 biase, well, mereka akan cakap 
"bosan doe dengar cerita bola. aku tak suka bola. ubah cerita la.."
tapi kalau perempuan tu suka dekat korang. she'll listens to you. 


7) dress/make up/looks in her best!
lumrah...kalau suka dekat seseorang, kita nak kita nampak kalau boleh perfect depan orang tu. kalau boleh tak nak ade cacat cela. so, perhatikan, die ada tak betul2kan tudung dia (pada yang pakai tudung) tak pon betulkan rambut die(yang tak pakai tudung). benda ni natural. tak jangka pon nak buat, tapi automatically kalau this situation happened, she'll stands in her best!


8) You + me = perfect together! You + her = WTF is that?
talking about other girls. like..
"howwt gylewwrrr la perempuan tuww. mesti ramai yang sukeww dieww kan?"

so this girl yang minat korang tu will be saying like this

"hot cannot be a substitution to BEAUTIFUL ok. lagi satu, tak hot mana pon die."


9) Try to show that she cares
die akan tunjukkan as if she really cares about you #she really mean it when she ask you
"are you ok?"
seboleh2 nye dia nak korang taw yang die ambil berat pada korang..


10) Stalking.
yang ni memang payah nak kesan la kan. sebab korang takkan taw yang die tengah stalk korang.unless kalau kantoi. tapi kalau dah nama pon stalking. memang korang takkan taw la... she's remain as ANONYMOUS. remain the same. cuma apa yang aku nak bagi taw, perempuan ni.. kalau die suka lelaki tu, die akan stalk laki tu terutama facebook. twitter., kalau yang gila stalking punya...die akan stalk sampai la dari hari pertama korang buat facebook. gila kan?


so, itu je la kot hint yang aku boleh bagi korang dan bantu korang supaya senang nak detect perempuan yang syok kat korang ni.  tapi kan, ade jugak some girls yang tak jalan dengan hint ni semua. maksud aku, dorang bukan la macam ni. ataupon memang lumrah dorang suka amik berat dekat kawan2. so, apa yang aku tulis kat atas ni, tak semua perempuan buat benda macam ni.. so, all the best guys out there! for girls out there, next entry aku try buat pasal how to know if a guy falls in love with you! ok? fair and square!

_thank you baca entry nohfee_



Tuesday, September 27, 2011

My Twenty Sixth.

SALAM

instead of write is as My Birthday, i'd like to write it as My Twenty Sixth! semalam adalah birthday aku. and yes, seperti yang aku jangkakan, ramai yang membanjiri wall aku dengan wish selamat hari jadi. thanks facebook friends!! dan tak lupa jugak yang wish dekat twitter, terima kasih kawan2 twitter!dan tak lupa jugak yang wish dekat phone aku. thanks a lot! dan tak lupa jugak pada yang tak wish. yang ni serious thanks gila2 sebab tak mengingatkan aku pada kemeningkatan umur aku. thanks sebab tak wish, Mr H.

semalam la hari yang paling aku tak nak hadapi. sebab semalam adalah hari yang membuatkan aku lebih tua, lebih berfikiran matang, lebih memahami situasi sekeliling. 

tahun ni, aku dapat hadiah dari kawan2 aku. Yana and Waniey, aku dpat hadiah beg, oh goshhh thanks sangat2. macam taw2 je aku ni gilakan beg. haha. thanks friends.

kad birthday gmbr kitorang bertiga dan beg..hadiah birthday. so sweet! <3


kalau masa aku darjah 5 ke 6 tah, aku celebrate birthday dengan abang dengan kakak aku p tengok cite Cinta Kolestrol dekat pawagam, tapi birthday aku semalam, takde kakak or abang aku, tapi aku bukak laptop tengok cerita kabi kushi kabi gham.. aku pon tak tahu asal aku layan sangat hindustan ni. bosan agaknye. sebab hirthik roshan kot..sebab shah rukh khan kot.. oh no no.. sebab saif ali khan kot.. mak aihhh hafal semua hero hindustan ek kau ni.. ceh

dan hari ni, 27th september, right after CSC paper..aku dengan Mr H terus menuju ke pondok bas. yes, kita naik bas lagi untuk ke Sunway Carnival pulak kali ni. FYI, Mr H ni tak pernah naik bas. naik kenderaan sendiri je.. so, apa kata kalau kali ni, die naik public transport? haaa.. baru romantik! so, dengan pertolongan kawan aku, Waniey dan Yana..kitorang pon sampai la ke Sunway Carnival. memang dah planned woiii nak tengok cerita abduction!


serious abduction best! cerita ni pasal Nathan yang cuba mencari identiti sebenar diri dia lepas dapat tahu yang butir2 diri dia ada dalam senarai kanak2 yang hilang pada satu masa dahulu. kemuncak nya apabila ade 2 pihak yang memburu Nathan semata2 untuk mendapatkan code list yang Nathan ada. dia cuba selamatkan diri dia... dan.... ok sila tengok cerita tu kt pawagam ok? best!

lepas tengok wayang, again.. macam biase singgah foodcourt, minum petang dan cerita segala kisah yang diceritakan. mood aku tak berapa nak ok sangat hari ni. mungkin sebab tempat kot. aku tak suka datang Sunway Carnival ni sebab akan ingatkan aku pada tempat aku dengan ex aku. semua tempat yang aku jalan, semua aku penah jalan masa dengan ex aku. so, it;s a lil bit awkward.

tunggu bas memang la lama. al maklumlah.. susah nak dapat bas en. at last pukul 5 lebih tunggu. pukol 6 suku baru dapat bas. pukol 8 lebih baru sampai UiTM. yang dia ni, tak habis2 dok kata bas ni ikut jalan jauh. memang la ikut jalan jauh woii. nak amik penumpang dulu. apa kau ingat die nak amik kau sorang je? haha. 

at last sampai jugak kampus. perut aku pulak asek dok buat breakdance je.. berdentam dentum bunyi perut aku lapar. so, aku pon beli 2 biji burger. what? 2? wehh tu untuk roomate aku la.. takkan aku nak makan 2 kot? LOL

so, sambutan birthday aku kali ni, memang jauh dari parents aku. tapi aku tetap ingat mak and ayah aku. sebab dah berjaya besarkan aku sampai sekarang ni, i'm 19 years old! and to my sister n bro. hey, adik korang ni dah besar wehhhh. macam tak percaya je, aku sekarang ni dah 19, dah jadi remaja. dah jadi student universiti, dah jadi student diploma engineering. sangatlah aku tak sangka! dah besar aku rupanya.


ahhhh edward cullen, cedric diggory.

overall. thanks n thanks n thanks for those who remembered my birthday yesterday. i love you!


_thank you baca entry nohfee_

Friday, September 23, 2011

My Birthday, Your Birthday.

SALAM

pernah tak rasa yang korang study bagai nak gila untuk that particular subject, tiba2 bila masuk exam..semua yang korang study tak masuk exam dan soalan jauh lebih susah dari past year lepas2...? 

pernah rasa? ok, kita sama. gimme five!

dan aku rasa sangat la PFFFFFFFFFFTTTTTTTTT!

ok done with that. aku mulakan tajuk entry aku kali ni dengan MY BIRTHDAY, YOUR BIRTHDAY. sempena dengan 23 haribulan ni, adalah birtday my junior..yang rapat gak dengan aku masa dekat sekolah dulu, aku nak buat satu entry tentang BIRTHDAY.




bila birthday je, mesti kita akan wish orang tu. wish benda baik2. paling tidak pon takat wish "HB" dekat wall orang tu. dan yang sedang sambut. kemain mintak hadiah itu ini la... demand orang treat dia macam raja, celebrate dekat tempat2 mahal. 

well, tak salah untuk kita sambut birthday. tapi aku rasa la kan, yang paling layak sekali kita cakap HAPPY BIRTHDAY adalah pada MAK KITA. why? because she is the one who struggled herself to make sure YOU safe. so, the credit should be given to our mother instead of us. ni... mak kita yang susah2 lahirkan, kita pulak yang setiap tahun dapat hadiah dari usaha yang mak kita dah lakukan. well, TAK SALAH dapat hadiah. the present could stimulate us to bear with our upcoming life.




bila aku dah besar ni, aku rasa Birthday adalah satu hari yang sangat penting pada mak aku masa dulu. sebab pada hari itu la, mak aku bertarung nyawa untuk melahirkan aku. dan, i should be saying THANK YOU MAMA. dan bila aku dah besar ni, aku rasa it's good for people to say HAPPY BIRTHDAY ONLY. no need chocolates, flowers. kalau tak wish pon, lagi ok. because i wanna still stay at this age. i don;t wanna grow any older. more age, more problem, more disease, more influence.

apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila kata 

"HAPPY BIRTHDAY"

ingat, birthday tu bukan sebagai kejayaan kau hidup kat dunia je. tapi ini adalah kejayaan mak kau bertarung nyawa melahirkan kau. so, bukan kau sahaja yang patut celebrate. it should be the one who gives you birth!

jadi, tak payah la nak ber'DEMAND demand sangat masa birthday sendiri.
kan dapat free call?kalau maxis dapat sehari free call. kalau celcom dapat seminggu free call. so apa lagi? call our mom, and say "Thank You Mama.".
instead of calling your boyfriend/girlfriend, tak habis2 planning nak sambut birthday dekat Jaya Jusco ke, Sunway ke, Mid Valley ke, Genting ke.. oh no... no need that.




cool isn't it? apa kata sambutan hari jadi kita tahun ni, kita buat lain dari yang lain?? jadikan birthday kita kali ni, bermakna bukan sahaja pada diri kita, tapi pada mak kita. dan bukan untuk tahun ni sahaja, mungkin tahun2 yang akan datang. bila lagi kita nak berterima kasih pada mak kita sebab lahirkan kita? OUR BIRTHDAY should be the exact date to thank our mother. 

so, itu je la kot aku nak membebel dekat entry aku kali ni. so, pada sesiapa yang sambut birthday pada hari ni, 

HAPPY BIRTHDAY!!!

and do remember to say "thank you", to your mother. :)

_thank you baca entry nohfee_




Sunday, September 18, 2011

Kejayaan aku melupakan "EX"

SALAM

ohhh mood exam dah mai. esok paper bel, semua orang tak habis2 dok bukak buku soil mechanics. tension punya pasal, aku pon bukak la segala laman sosial yang aku ade kecuali facebook. oh damn. semalam aku activate kejap facebook nak menjalankan misi penting. dan yang paling best nya aku rasa aku baru je on untuk 3 minit, tapi tengok2 dah pukol 3.50 am. facebook..facebook. kenapa la subjek yang aku study ni takde daya tarikan macam facebook? bertuah betol!

masa dok tengah study2 ecg, layan kejap lagu2 lama.. almaklumlah bunga kat taman dah menguntum dengan segar bugarnya. so, aku pon melayan lagu Entah-Afgan & lagu Yesterday-The Beatles. wait.. itu lagu break up la nohfee!!! whatever nohfee whatever..

speaking of love, lama jugak aku tak update pasal love. and now, aku nak start updating pasal LOVE balik. betul la orang kata, 
"WE NEED TO FIND NEW LOVE IN ORDER TO FORGET THE OLD ONE"



yes, sangat la betul. kalau masa aku break up dulu, kemain sedih dah diri aku ni. sampai kawan aku marah2 aku sebab asek dok ingat benda2 lama. see? KAWAN2 jugak memainkan peranan dalam melupakan kisah cinta tak kesampaian. seriously FRIENDS, YOU GUYS HELPED A LOT. kenapa aku tiba2 nak cerita pasal ni ? sebab dah 1 sem berlalu. kalau tak, masa sem lepas, masa2 macam ni la, aku tengah bertarung dengan sakit hati putus cinta. ceeeewwwaahhh. 

bila sekarang ni pikir2 balik. 
"bodo gila ang ni nohfee! dok jadi gila sebab dia psaipaaaaa???"

ok pause.

right after aku break up, aku keep on ym'ing dengan kawan aku. he gave me loads of advises. seriously in need that time. dan dia la satu2 nya kawan lelaki aku yang tahu everything about my story. i told him everything. mood bercerita pasal love dengan kawan perempuan lain dengan kawan lelaki. why? sebab bila kita bercerita dengan kawan perempuan. kawan perempuan akan  bagi pendapat according to our emotion. tapi lain pulak cerita kalau kita bercerita dengan lelaki. sebab bila kita bercerita dengan lelaki, dorang akan bagi pendapat berdasarkan pendapat dorang as lelaki. 

so, dari situ..aku rasa aku dapat bezakan pendapat dari kaum lelaki dan pendapat dari kaum perempuan. 

and the best thing about him, he always have time to listen to all my crappy stories about "love story". seriously. kau kawan yang best la.

ade jugak jenis kawan aku yang sorang lagi ni. die ni budak baru dalam kelas aku. sem ni baru masuk. tapi, kitorang still boleh masuk air je satu kelas dengan die. but then bila sentuh bab hati dan perasaan, aku mesti tak akan setuju langsung dengan dia. asal pon aku tak tahu lah. lain kot interpretation sayang dia dengan sayang aku. sampaikan masa dalam kereta , tengah bersembang2 pasal ni semua, tiba2 masuk pulak bab2 LOVE semua ni. teros aku diam, bukak mp3 kuat2.. 

after all, orang kata

" kalau dah break up, memang tak boleh nak jadi kawan dah lepas tu". 

masa aku break up dengan ex skola menengah aku dulu. aku boleh je berkawan lagi dengan dia. in fact aku rasa he could be my best friend. because he knew loads about me. siap boleh keluar hang out lagi. but then, bila aku break up dengan ex aku masa kat universiti ni, aku rasa ..

"hell no aku nak berkawan dengan dia".

haha. dah macam masa sekolah rendah dulu.. gaduh sikit, tak nak kawan, gaduh sikit tak nak kawan. bak kata Mr.H, Toya. but yes, aku memang toya. aku tak nak kawan dah. pandang pon aku tak nak dah kot....? hurmmm.. inilah hasil dari usaha kawan2 aku bagi melupakan dia. so hasil usaha kawan2 aku ni macam dah nak mendatangkan hasil je..? oh well.. di mana ada kemahuan disitu ada jalan.




kalau dulu, aku fobia betul bila dengar lagu2 6ixth Sense. tapi sekarang ni, aku rasa aku dah boleh siap karoake lagi lagu2 6ixth Sense. selain dari tu, aku jugak jenis yang suka bukak tumblr masa aku break up dulu. sebab gambar2 dekat tumblr ni seriously sangat "heal my wound". so, aku dengan bangganya pon create la satu account tumblr. semata2 nak tengok gambar2 cantik tumblr. dan aku sendiri boleh bermuhasabah bila tengok gambar2 tu. aku nampak kelemahan aku sendiri dalam  Cinta2 ni semua. dan aku rasa Tumblr la sebenarnya SIFU, KAMUS BERGERAK aku sebelum aku terlibat kembali dalam kes2 percintaan ni. waaaa.

wait.. cerita macam ni, pon nak masuk dalam blog nohfee oi??

yes! aku dalam masa terdekat ni, aku nak update pasal diri aku je. lepas final mungkin baru aku nak update pasal umum. macam entry2 aku sebelum ni...tips, funny stories.

anyway, jom la kita ramai2 buat tumblr!! dan jugak... doakan aku boleh jawab soalan2 exam aku dengan jawapan yang betul. =)

_thank you baca entry nohfee_

Friday, September 16, 2011

Poem #2



In youth when I did Love, did love
Methought it was very sweet,
To contract O the time for a my behove,
O methought there was nothing meet



***************************************


Doubt thou, the Stars are fire, 
Doubt that the Sun doth move,
Doubt Truth to be a liar, 
But never doubt, I love.


***************************************


Hamlet-Shakespeare. 

Thursday, September 15, 2011

Poem of the day.



And will he not come again,
and will he not come again?
Go to thy death-bed,
He never will come again,
His bear was a white as snow,
All flaxen was his poll,
He is gone, he is gone,
And we cast away moan,
Gramercy on his soul


-Shakespeare-

Cerita yang tak habis2 lagi

SALAM

lama jugak aku tak bukak blog ni since aku update pasal hari raya hari tu. al maklumlah, aku dah deactivated facebook aku. aku tumpukan perhatian aku pada twitter study. dah nak dekat final la katakan. minggu depan je dah final. so, aku perlu mengambil langkah2 berjaga2 sebelum melangkah ke final.

huuiiish takot la sembang pasal final. jap2, kita sembang pasal story yang dah lama aku tak update ni. ahad hari tu, aku dengan classmate aku semua berkonvoi ramai2 ke rumah kawan aku dekat pulau. aku macam biasa, kena la tumpang kereta budak kelas aku. sebab dorang je pon yang bawak kereta dekat kelas aku, which is afiq luncai dan rahim. 


baju biru dan baju kotak adalah the driver on that day. they were osemmm!


konvoi 4 buah kereta dan bilangan motor yang tak terkira banyaknyewww




masa nak pergi tu seriously perut tengah berkeroncong plus tunggu kawan2 nak sampai. al maklumlah janji malaysia...kata pukol 12, alik2 pukol 1 baru nak bertolak. makkk aiiihhhhh. aku dengan penuh jakonnya pon asek dok ralit tangkap gambar dalam kereta tu..tangkap gambar tempat2 yang aku rasa aku takkan dapat jumpa dekat tempat aku. yang kawan aku si ilman tak habis2 tanya "apa perasaan kau dapat pergi penang?"


aku blank bila dia tanya soalan tu. almaklumlah teruja sampai speechless. so now i would like to answer the question, aku sangaaaaattt la happy sebab dapat naik ferri. last aku naik ferri masa aku umur 3 tahun. masa tu pon entah aku ingat lagi ke tidak. mengikut kata mak aku, aku naik ferri last umur 3 tahun or 4 tahun. so memang dah lamaaaa gila aku tak naik ferri. dah lupa dah pon feeling masa nak ferri kecik2 dulu. 

macam PI kat uitm je. hurmmm

seriously that sunday was a happy sunday. everything happened just in a day. so, let us seize the day! aku tahu lepas ni, budak2 kelas aku dah tak nak sekelas dah dengan budak perempuan. ok fine disitu. nak cari awek lagi cun ek? fine lagi disitu. haaakkk tui. hahaha. 


ok, next story. aku selalu kata yang 14 hb adalah tarikh yang paling teruk dalam hidup aku. start teruk masa bulan 4. actually 14 february. tarikh aku officially broke up dengan ex aku yang first dan tarikh officially aku couple dengan ex aku yang last. so, bagi aku, 14 hb ni sangat2 la mendatangkan masalah dalam hidup aku. aku sangatla tak suka 14 hb. sangaaaaat tak suka. setiap kali 14 hb, aku akan jadi semacam fobia...fobia dengan tarikh ni. 

tapi, semalam. 14 hb. for the first time, aku keluar dengan kawan yang aku kenal die masa aku form 4/5. aku kenal die masa dekat zaman2 myspace lagi.. then drag to ym. then drag to facebook. dan tak sangka pulak kitorang satu universiti. masa sem 1, memang la aku tak pernah nak amik tahu langsung yang die ade satu u dengan aku. sebab excited dapat masuk u kn. then sem 2, baru la aku start the conversation back. cakap nak pinjam buku CTU. 

so, now dragging on. semalam kitorang p tengok cerita Nasi Lemak 2.0 superbbbb ok cerita tu! memang at first rasa macam seriously RACIST. tapi bila dah half timeline, nampak die punya community kat situ. and i wonder, kenapa cerita tu tak publish dekat iklan. at least aku boleh katakan, cerita tu, lebih bagus mesej dia dari cerita2 bodoh yang mesej yang nak disampaikan hanyalah seciput which is DENDAM. seriously LAME. takkan disebabkan die pernah create trouble, sebab tu die tak layak jadi film maker?  oh cmonnnn. 


memang filem ni sebenarnye banyak perli. perli kita dalam tak sedar. tapi itulah hidup kita. kita terasa, sebab itu adalah hidup kita. kenapa kita nak bising bila orang cakap2 pasal keburukan kita. kenapa tak kita cuba bangkit dari keburukan kita tu, jadikan ia sebagai motivasi untuk kita terus maju ke hadapan. buka minda kita. so, kat sini, pada mana2 bloggers yang belum lagi tengok cerita nasi lemak 2.0 ni// sila2 la pergi ke pawagam tengok cerita ni. 

memang 80% audiences adalah kaum cina.but who cares? kau punya duit, kau dah dapat tiket, kau masuk pawagam, kau tengok, kau hayati mesej yang nak disampaikan, kau komen. easy right? bukannya tak tengok lagi tapi bagi komen mengalahkan orang yang dah tengok!

ok, done wit nasi lemak 2.0

apa yang aku tengok, kebanyakan kawan2 aku kebanyakannya sebelum kenal dengan aku adalah seorang yang pendiam. tapi, entah kenapa bila dengan aku, dia jadi banyak mulut pulak. oh goshhh i created a monster! LOL


i'm sorry buddies, i know all of you looks prettier than this. LOL


ok to Mr H, thanks sebab ajak aku tengok wayang cerita tu buat kali kedua. and the time spent. and the moment naik bas... al maklumlah asek naik motor besar je en. cuba la pulak naik bas. best kan naik bas? naik public transport bagi aku, lagi save dan lagi safe. spend save, ride safe. =)

to my classmates pulak, korang nak berpecah kelas? ha..pecah la korang. tapi kalau dah jumpa kat luar, aku akan lari dulu la kan. memang takkan tegur dah. sebab itu la yang aku selalu buat dengan ex skola lama aku. kalau terserempak dekat pasar malam ke, pasar seni ke, pasar uptown ke apa ke, mesti aku akan tutup muka dulu. tak tahu kenapa. tapi tu la aku. tak leh nak buat apa dah. till then. aku nak tidur. wish me the best for my exam's preparation.


#i don't really like people saying GOOD LUCK because in the end, i'll never get the GOOD, but the BAD. so, better wish me ALL THE BEST. hurm that's even better.

#i love once, i friend once. but once you broke them, u'll never be neither one.

#Love is not a mistake. but YOU were the mistake. 

quotes , i created. have a blessing Thursday peeps!

_thank you baca entry nohfee_