my medulla oblongata

Wednesday, January 26, 2011

Home » Apabila berjumpa dengan mangkok hayun dengan mangkuk jamban, ini la RESULT nya.

Apabila berjumpa dengan mangkok hayun dengan mangkuk jamban, ini la RESULT nya.

SALAM

Baru tadi je aku keluar dengan entri baru. Kali ni aku nak letak lagi entri baru. Sighs~=.=”

Bukan ape, entri sebelum ni aku ade cakap pasal BUDI BAHASA sikit kan? lagi sekali…aku nak cakap pasal budi bahasa SISWA SISWI kita. Tadi, aku dengan penuh kegesaannya, nak pergi cc..print lab report. Mak aih.. ramai pulak yang beratur.. takpe takpe.. aku tunggu. Aku kan PENYABAR.. lepas tu, orang pertama…settled. Orang kedua…settled. Masuk orang ketiga… tak settle2 jugak.. siap boleh bukak internet pulak dekat cc nak print tu.. walaweeehh, lain kali bawak sekali printer tu masuk bilik sendiri eh… amik sekali pc pc tu.. panas je perot aku tengok dorang.

[tak cukup printer tu? nah, haamiik printer ni sekali]

So, without thinking twice, aku pon bergegas balik ke bilik, terpaksa batalkan hajat aku nak print memandangkan jam dah nak dekat pukol 2. Ye la, kelas Bel aku pukol 2. So, kena la siap2. Lepas habis kelas bel, aku pon dengan happy nye nak pergi print dekat library. Aku baru je kot duduk… lepas tu ade la seorang ni kat belakang aku.

Die dok buat muka ketat. Aduh. Aku pon kata dengan die.

“eh awak, kat sebelah ni, pon boleh guna jugak”

Lepas tu, die pergi jeling aku…360 darjah punya. Terbaeeek la perangai kau kan.. Pastu die kata,

“kat sebelah tak boleh nak read pendrive”

Dari aku senyum dekat die, teros aku tarik muka masam macam buah oren. Aku pon keluarkan pendrive aku, aku kata..

“nah, KAU guna la pc ni”

Aku taw die budak sem 4 dan ke atas. Sebab tu aku guna kan KAU. Ade aku kesah kau sem berapa sekalipon? Bila kau tak hormat orang, kau juga tak layak untuk dihormat, no matter how old are you.

[caya la nenek sorang ni!]

aku pon pergi la ke pc lain nak print. (sebenarnye, pc yang aku guna tadi tu pon tak boleh nak baca pendrive aku. haha)

lepas aku dah habis print, aku tengok die tengah buat muka sebal die lagi…sebab tak boleh nak print jugak. ha, padan muka kau! Puas hati aku.

[macam ni kot muka die time tu]

tu la.. cik kak.. lain kali berbudi la sikit. Kalau kau berbudi sikit…sikit je.. dengan aku pon, aku boleh bagi tahu dekat kau

“pc ni pon tak boleh nak read pendrive”

At last, sempat jugak aku submit lab report geology aku, tepat pukol 5pm. Phew~~ lega.

Habis cerita. Thanks for reading. =)

10 comments:

  1. beli jea la printer...bukan mahal pun sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. @Nasriq dalam planning nak beli la ni. heheh

    ReplyDelete
  3. Kenape tak email kat email sendiri? takyah susah2 bawak pendrive. Haha

    ReplyDelete
  4. @Hasan Suyat kalau email pon.. still kena bukak dekat pc printer tu.. adeh~

    ReplyDelete
  5. Masing2 tgh tension,, biasalah tu.

    ReplyDelete
  6. then kenape tak curik jer printer tuh bawak balik umahh. Pastu ko bukak pulakk cc printer kat umah kau..Haaa, kan senang. Hahahahhaa

    ReplyDelete
  7. @Hasan Suyat hahaha. kalau boleh, dah lama aku buat wehh. takpe2, next time, aku buat ek. idea bernas tu... kui3

    ReplyDelete
  8. budi bahasa budaya kita klau dh org tu kerek mmg ptt ajar mcm tu x de la nmpk cam penakut n snang kene buli dri senior nnt kan...

    ReplyDelete