my medulla oblongata

Wednesday, January 5, 2011

Home » bedilan MENCARUT

bedilan MENCARUT

SALAM.

Hai semua!! Wah, dah macam opening cerita telletubies dah. Dulu, kecik2 aku suka tengok cerita ni. balik balik je dari tadika, tak mandi, tak tukar baju, teros aku ambik botol susu lepas tu pergi depan tv, bukak tv2. Ade telletubies pukol 12tgh hari! Yeay!! Aku suka poo. (betol ke ejaan die ni?hehe). dari kecik sampai la umur aku form 2. Aku asek dengar orang dok mencarot dalam bahasa melayu je. Ye la, aku kan sekolah yang majoritinya budak melayu. So, mencarutnye pon dalam bahasa melayu la jugee, ye dak?

Ape sebenarnye kepuasan mencarut ni? definisi MENCARUT bagi aku adalah

= suatu perkataan yang hanyalah PERKATAAN yang akan buat orang lain sakit hati.

Mencarut adalah salah satu kepuasan yang tak terkira. Dulu time kecik2 aku ingat lagi kawan+jiran+sedara aku selalu ckp

“tak baik cakap aku aku, nanti jumpa hantu paku”

See? Even cakap AKU pon tak boleh. Itu kecik kecik dulu la.. dah besar, tak kesah sangat pon. Hehe. ade jugak yang kata mcm ni,

“ tak elok cakap babi izinkan aku guna perkataan ni,berdosa!”

[apa sebut2 nama aku ni ha?]


Tapi sekarang, jangan cakap bab1, bab2 bab 3 bab 4 pon orang dengan slumber nye boleh cakap.dulu2 telletubies tak pernah ajar aku mencarut taw! Sekarang ni, aku tengok CSI, CHUCK, tu yang kadang2 aku pon terikot sama. Aku ingat lagi, kawan aku ada cakap.

“eh abang aku ade cakap dulu dekat sorang ni. sorang ni asek2 mencarot omputeh je.ala, mcm shit, fuck , so abang aku cakap, nak mencarot, carot omputeh je, kau carot dalam bahasa melayu la! Nak mencarot high class je!”

Sebenarnye, ape yang kita dapat kalau kita mencarut ye?


Kelebihan,

1) Dapat kepuasan

2) Nampak cool

3) Nampak up-to-date


Kekurangan,

1) Hina gila!

2) Buat orang naik meluat

3) Orang pandang pelik je.

4) Tak senonoh



Bukan nak kata aku tak pernah mencarut, selalu je aku mencarut bodoh,bengong, kepalaotak,

Tapi sekarang ni, aku ubah gaya sebutan dan ejaan

Kepala hotak kau = hot kau

Bodoh= begok

Bengong=mengong

shit = shoot

fuck = fayk

Tak de la Nampak kasar sangat kn? Though, kata dasarnya masih tergolong dalam list mencarut. Tapi, tak de la sakit hati sangat orang yang terkena bedilan carutan kita tu. Kan? kan? kan?

Hehehe.

8 comments:

  1. erkk mulut org mmg payah nak cover kot. heee

    ReplyDelete
  2. satu lagi gua tambah cilakak = silakan makan.
    boleh ke macam tu? ehe...

    ReplyDelete
  3. macam2 gaya mencarut pun ada gak ek...

    ReplyDelete
  4. @MIMIE AIZA agak la...termasuk la mulut nohfee sendiri. hehe

    ReplyDelete
  5. @Phat Lee cilakak tu mksudnye, sila makan ke? wahaha, bahasa mana tu?

    ReplyDelete
  6. @Nasriq agk la.. mencarot tak nak bagi orang sakit hati daaa. hehe

    ReplyDelete
  7. ahahaha..sudah bace...ehem ehem . bergune jugak tuh..hehehe

    ReplyDelete