my medulla oblongata

Monday, January 10, 2011

Home » BEST WEEKEND!

BEST WEEKEND!

SALAM.

Rutin aku sekarang ni AGAK pelik, which is, tidur petang and berjaga malam. Tapi jangan risau mama, abah.. fira berjaga malam sebab blog study. Hari jumaat lepas aku lepak + tidur + buat macam rumah sendiri dekat rumah kawan aku. I mean, rumah SEWA. banyak GILA benda2 gila yang berlaku., nak tahu? jom baca!

1) Masak gulai lemak udang

Lepas dah memborong bermacam2 jenis barang dekat Carrefour, kitorang pon berhajat untuk masak gulai ni. penat aku menumbuk cili padi. Walaupon begitu… agak MASIN. Tapi sedap. Sebab kitorang tambah lemak santan! Syabas behteee!

2) Prosperity burger.

[ini la hasilnya]


Yang ini kitorang pergi beli black pepper.. chooooi! Housemate kawan aku ni, memang suka makan pedas. So, memang SANGAT pedas la burger kitorang ni..kaya dengan LADA.

3) Sinki tersumbat

Semua TERDIAM + TERNGANGA. Macam mana sinki boleh tersumbat ni? ok, maybe sink ni terkejot kot, sebab sebelum ni, jarang orang2 dekat rumah tu masak. Tiba2 masak, haaa, hamiik! Teros tersumbat.. setelah dipam2 berulang2 kali, tetap gak air tak nak turun. Ataupon daya perempuan sebenarnye lemah? Tu yang dapat pressure rendah? Choooi! Everywhere + anything is PHYSICS! Selepas dah TAK BOLEH jugak nk FIX kan, PLUMBER pon dipanggil bagi membantu misi mengepam.

Housemate tu pon tanya la,

“berapa ringgit ,semuanya ye?”

Then abang PLUMBER tu ckp dengan selamba gajah bertanduk nye,

“ RM130”

mak aih!!! Mahal gila! Padahal die tak tukar apa2 pon.

*Orang penang, selalunye panggil plumber, kena berapa henget ye?

Then, divide la harga tu kepada 4 orang. So, sorang dalam 40 henget lebih. Terima kasih abang PLUMBER kerana Berjaya menghabiskan duit2 keempat2 orang ni.


PLUMBER Penipu+gatal+cekik darah!!!!!

[cekik darah la kau plumber]

4) Anugerah Juara Lagu.

Erkkk! Kitorang tak sabar gila2 nak tengok AJL ni.

Erin- HAFIZ

Qiqi- faizal tahir

Wana-shahir

Aku? Aku mestilah either HUJAN, A.P.I tak pon BUNKFACE.

Semua dah excited gila nak tengok ajl, tapi kenapa setiap persembahan ade gimik? Ok, gimik sometimes OK, tapi kalau dah banyak sangat gimik, aku rasa ajl Nampak SANGAT lame. Pengacara pon agak syiook sendiri je,. Maaf kak Cheryl samad. Mungkin nerve aku tak dapat nak kesan humor dorang.,

Cis! Hujan tak menangf, cis! Bunkface tak menang! Cis, A.P.I tak menang!

Walaweeeehh, ana rafali menang pulak? Ok, no comment!

[noh, saya tetap sokong awak. nyah mereka2 tu semua!]


Kalau aku duduk kolej tak lepak rumah kawan aku, mungkin aku dah jadi kutu bamboo kebosanan tunggu kelimumur. Aduh~ nasib baik aku pergi rumah kawan aku. Thanks wana, erin, qiqi and thirah.

Overall, weekend aku kali ni,. memang SUPERB best! Hoooi! Tak reti nak study ke ape? Pergi study sekarang! Baik.

(bubbye!! Jumpe next entri pulak! Thanks for reading!)

8 comments:

  1. wah,rasa lapar lak tgk burger tue...huhuhu:)

    ReplyDelete
  2. Lain kali curah air panas pastu baru pam...baru senang nak bagi air lalu, tak pasal2 jea terbang 40hinggit...

    ReplyDelete
  3. @RuSh D sama la, now, memang aku dh start lapa balik. hehe

    ReplyDelete
  4. @Nasriq itu la pasal. TERsilap disitu. thanks. =)

    ReplyDelete
  5. Lenkali tengok bawah singki tuh, tadah pakai baldi, bukak cup die. Slalu memang sangkut situ jer! Tapi gua suspek lu kasi sinki lu makan prosperity burger jugakk nih beb! Haha

    ReplyDelete
  6. @Hasan Suyat masalahnye tak boleh nk bukak cup. die ade sambung 3 paip teros. aku pon tak paham ah sistem paip kt umah tu..tu la pasal, haha, rse nye sinki tu kenyang sgt mkn burger tu..

    ReplyDelete
  7. mmg cekik darah pnye plumber la..rasenye die nak cekik korang pnye makanan tp terlmbt tu yg cekik duit plak..haha..lg satu, masa Mj tggl umah sewa, evrthng dbyr oleh tn.umah if ade rosak pape..haha..amcm,best tak?hehe..

    ReplyDelete
  8. @MJ haha. tapi kan mj, plumber tu serius gatal! aduh~~
    serius????? best gla!! mj nye umah sewa area mana?

    ReplyDelete