my medulla oblongata

Sunday, January 2, 2011

Home » Bila orang Selangor masuk penang…..

Bila orang Selangor masuk penang…..

SALAM,

Hai, hola.. hello semua! Pagi aku kali ni, diganggu lagi! Kenapa nohfee? Kenapa? Aku dipaksa balik ke penang. Kebahagiaan aku telah diragut! Eh eh, bukan hari tu, aku dok gedik geleman ke nak balik uitm penang dah? Ok2, aku memang gedik geleman nk balik penang. Disebabkan keadaan perot aku yang bermasalah, aku tak dibenarkan makan oleh mulut aku. Walaupon kakak aku dah beli breakfast nasi lemak. Aku terpaksa PANDANG SAHAJA. Tak boleh makan.

So, aku mulakan..eh eh, bapak aku yang mulakan perjalanan dengan bacaan bismillah. Ye lah, takot2 jugak kalau keadaan macm dulu berlaku. Nak tahu ape die? klik di SINI.

Aku pon beli la air soya. Orang kata kalau minum air soya boleh kenyang? So, aku pon buat experiment untuk minum air soya. Nak tengok kenyang ke tak…

“frrrrp” (bunyi air tin soya dibukak)

Aku pon minum dengan penuh yakin. Dah tinggal half, aku baru perasan, eh eh…kenapa air soya ni masam sangat????? Oh no!! again! Aku terminum air soya basi. Tak pe tak pe..

[soya memang penuh dengan vitamin, tapi kalau dh basi...?]


Setelah dua jam perjalanan, kitorang pon singgah la kat petronas simpang pulai. Sambil bapak aku p isi minyak, aku pon p la beli minuman kat dlm petronas tu.. aku beli 3 air botol. O’oh…lupa pulak. Hari ni, hari tak de beg plastic! So, aku pon dengan muka yang penuh innocent nye kuar dari petronas dengan membawa 3 botol air tanpa beg plastic. Aku jalan dengan penuh yakinnya menuju ke tempat letak kereta ayah aku isi minyak tadi.

Cop cop!! Mana kereta?????????


[kereta, mana kau?!]

Waaaaa…aku ditinggalkan ke?? Dah la aku sehelai sepinggang ni. aku bawak wallet aku je. Walaweeh. Sampai hati mak bapak aku tinggalkan aku kat sini.. tinggalkan anak mereka yang comel lagi kiut ni..

Tiba-tba..

Aku Nampak abang aku. Abang aku dok gelak2..tengok aku cari kereta. La… parking kat belakang rupenya! Aku masuk2 je kereta., semua gelak. Tak cukup column rupenye tadi, tu yang berhenti. Adeh~~ nasib baik lah aku mak bapak aku perasan aku tak de.. kalau tak.. aku tinggal je la kat simpang pulai tu. Jadinya, hanya beg2 aku sahaja yang akan dibawa ke penang, tanpa tuannya.

Aduh! Sakitnya kaki aku!!

Tu la…. Orang suh pakai stoking , tutup aurat tak nak! Tengok, kaki sendiri yang dah melecet. Hehe. aku pakai kasut baru. Ala… kasut yang suka buat kaki aku melecet tu.. errr.sebenarnye, bukan salah kasut aku. Tapi slah aku sebab kaki besar sangat. Disebabkan kaki aku yang dah melecet, aku pon tukar la pakai selipar.. teka lah selipar ape? Apa??? Yes, betol tu, selipar jepon!

Aku masuk ke jaya jusco dengan memakai selipar jepon. Package! Aku pakai baju kurung cotton dengan selipar jepon kaler merah. Nak buat cm ne? aku sendiri yang cari nahas . dengan muka penuh ketebalan setebal buku matematik tingkatan 3. Apa kata kuncinya? Ye, berjalan dengan penuh yakin! ;)

Kalau entri sebelum ini. Aku ada cerita yang aku beli kasut dekat kedai X.E.S dekat Carrefour subang dengan harga 50sen setiap pembelian kedua kan? dekat penang ni lagi advance! Beli satu, percuma satu! Ni dah mcm jual lambak dah ni. advance betol penang ni!

Sedang dalam perjalanan nak balik ke kampus,

Tiba-tiba…

“abah, kunci bilik fira hilang!”

Alamakkk! Macam mana ni? so, mak aku, abang aku , ayah aku, serta AKU sendiri keluar dari kereta..cari kunci bilik aku. Cuak nye aku time tu , tak terkata! Abang aku cakap

Abang aku: feera, kau baca surah al-fatihah 4 kali, sapu dekat muka, cuba ingat balik, kat mana kau letak.

Memang aku dah gelabah gila la ni.. baru hari pertama kunci dah hilang. Cuai betol nohfee ni! so, aku pon patuh la kata2 abang aku tadi. Ini antara misi pencarian.

Bapak aku: bonet kereta

Abang aku: beg sekolah kampus aku.

Mak aku: bag laptop aku

Aku: handbag aku.

Cari cari tak jumpa. Last2 aku terdiam. Aku dengar bunyi..

“kecing kecing kecing” (bunyi kunci, aku tak reti buat bunyi sound effect)

Aku cek balik… la.. rupenye dekat dalam zip handbag aku. Istighfar je family aku.. hahaha. Sorry krol, abah n mama! ;)



Aku pon masuk ke dalam bilik KRISTAL ni. walaweeeh! Canggih bangat! Nak tahu apa yang ada dalam Kristal? tunggu entri aku seterusnya ye!

Ps: aku masuk2 je bilik, tbe2 aku Nampak housemate aku dok try nk bukak pintu bilik dorang., eh, kenapa ni? la… kunci patah! Kunci patah tersekat kat tombol pintu! Waaah! Dasat betol budak rumah aku ni.

4 comments:

  1. hahaha..nseb ade..kalau x?hehe..hmm,ade sorg blogger yg study kat penang gak..

    ReplyDelete
  2. @MJ hhehheh. kalau tak? kalau tak, g buat kunci baru la.. ape lagi en? hehe
    oh yeke? sape?

    ReplyDelete
  3. andai kata kena tinggal betul2 dekat simpang pulai macam mana?

    ReplyDelete
  4. @Nasriq andai kata ek?? waaa, akan jadi sedih cket. tapi nohfee akan pinjam fon sape2 nk kol family, soh berhenti jap. nk g lari kt lebuh raya. heheh

    ReplyDelete