my medulla oblongata

Wednesday, January 5, 2011

Home » CUTI, lagi??

CUTI, lagi??

SALAM.

Semalam, lepas kelas BEL, aku dengan segerombolan budak perempuan kelas aku p serbu pejabat P.A.

*P.A ni kira mcm orang yang akan tolong kita, kalau kita ade pape masalah. *

Tapi buat ponat kaki den berjalan jo.. rupenye p.a semua ade mesyuarat. Choooi! Semua tunggu depan bilik PA bagai nak rak lama nye.

So, kitorang pon masuk la kelas calculus dulu. Adoi~~ 1st day dh kena bukak buku? Lemah betol aku nak m’refresh balik otak2 karat aku ni. kan best, kalau otak aku ni stainless steel. X la berkarat.

At last! Jumpe jugak PA! yeay.. ya, PA kitorang sporting! Itu yang best nye. Die cakap yang dak2 fakulti civil engineering kena rombak balik kelas. Kena pergi kelas lama. Tak boleh tukar2. So, kena drop subject and daftar baru. Alaaaaaaaaaaa!

Memang la aku suka, sebab dapat gather balik ramai2.. tapi melepas la peluang aku nak kenal dengan class rep aku! Menyusahkan la nak kena register balik.

So, secara rasminya, hari ni, (hari rabu) kitorang tak yah g kelas. Dan kelas akan start esok(khamis). Yeay! So, aku sedang bercuti lagi!!! ;)

4 comments: