my medulla oblongata

Friday, January 21, 2011

Home » kokurikulum itu bosan. tidur itu nikmat. test 1 phy esok itu....maaak aihhh!

kokurikulum itu bosan. tidur itu nikmat. test 1 phy esok itu....maaak aihhh!

SALAM..

Again..setiap kali aku balik kokurikulum, mesti aku akan update blog. Ye! Blog itu satu kemestian. Tiada facebook yang lain. pagi tadi je.. aku dikejutkan dengan muzik alarm tone handphone aku lagi.. again… which is aku rasa macam nak lempar je kat luar tingkap.

Tapi..bila fikirkan muka ustazah aku, terus sejuk hati aku. bercakap pasal sejuk2 ni.. semalam time tidur.. phew~~ sejuk sampai ke tulang! Tak pernah2 rasa sejuk macam tu before this..mungkin ade kaitan dengan aku baca yasin beramai2 semalam tu tak? HEHE

Dengan penuh kelam kabut nye, aku pon bersiap2..mencari baju kurung yang tak perlu diIRONkan memandangkan masa begitu mencemburui aku. aduh~ aku pon main sarung je baju kurung kedah kaler hitam aku dengan shawl. Ya, kawan2 SHAWL.

Terlupa seketika yang aku ade kelas CTU.

CTU=agama

Dengan penuh bangga nya aku pon menapak ke bilik kuliah. Dan seperti biasa, aku dan rakan2 ku, akan diperli.. erm.. perli ke? Sebenarnye, mungkin nak bagi kesedaran kat kitorang. Tapi kata2 ustazah aku tu sangat menusuk + menikam ke jantungku.

[uwaaa!.mak, nohfee TERmakan cili tadi! ]


Sometimes we need to be FAKE, isn’t it? Takpe, pasal fake ni, akan aku jelaskan di next entry nanti ye.

Speaking about next entry.,.. next day, aku ade TEST physics! Oh.. test physics JEEE.. lek ar derrr.

[chill... blogging dulu]


Ok sambung…

sejak belakangan ni, masa tidur aku seperti disingkatkan. Aku rasa aku baru je tidur.. tapi..tibe2 handphone aku dok melalak bunyi alarm dah. Terpaksalah aku bangun… satu tabiat aku ialah, aku suka suki je nak snooze kan alarm tu.. dah la aku snooze within 30 minutes. Memang cari nahas. Kalau dulu, kelas pukol 8, bangun pukol 7.30 pon sempat lagi nak terhegeh2 dan boleh jalan sorang2 pergi kelas. Tapi sekarang…. Kolej aku dengan bilik kuliah SANGAT jauh…

dah la jauh.. lepas tu kena pulak melintas depan kolej budak laki. Haiyaaa. Kalau melintas tu boleh terima lagi.. tapi kalau dah duk suwiit suwiiit.. aih, memang kau mintak penendang aku lah kan. aku memang akan naik kolej dorang dan bagi penendang penalty dekat dorang sorang sorang

[sape yang buat bunyi time aku kat bawah tadi?!!]


*ok2, aku hiperbola je tadi tu…I wish I could…hehe.. takkan la aku nak naik kolej lelaki semata2 nak tendang dorang? Tak pasal2 aku pulak yang kena tendang dari kolej.

sambung balik…

bukan itu sahaja… kalau aku jalan sorang2.. self confidence aku dengan tidak semena2 akan menjadi kurang. Jadi.. aku lebih prefer jalan ramai2..so, kalau nak jalan ramai2 dengan kawan2 aku… aku kenalah bangun seawal yang boleh dan bersiap sepantas yang bisa. Supaya aku tak ditinggalkan. Hehe. jadi konklusinya… terima kasih ALARM tone linkin park aku..sebab dok annoying kan aku pagi2 dan secara tak langsungnya buat roh aku kembali ke jasad aku.. walaupon dalam keadaan tidak tenang dengar muzik tu. ;)

5 comments:

  1. hahahah..adakah shawl tidak dibenarkan..kekeliruan di situ ye..BTW gud luck dior...

    ReplyDelete
  2. @Wanie Affandi tu la pasal... shawl itu jarang. tapi tak kuar pekeliling lagi.. dengar cakap2 mulut je.. kui3

    ReplyDelete
  3. @Wanie Affandi tu la pasal... shawl itu jarang. tapi tak kuar pekeliling lagi.. dengar cakap2 mulut je.. kui3

    ReplyDelete
  4. btol2..kdg2 self confidence msti kurg kalau jln sorg2..kalau ramai2 mcm rase: 'suka hati akulah'..haha..

    ReplyDelete
  5. @MJ betol betol... haha. jalan dengan geng memang best!

    ReplyDelete