my medulla oblongata

Sunday, January 16, 2011

Home » Malu.

Malu.

SALAM.

Semalam, entri pertama aku bercerita pasal MALU. Hari ni pon aku rasa nak jugak bercerita pasal MALU. Korang tahu tak ape itu malu? Ok, aku tak rajin nak pergi bukak kamus dewan bahasa edisi ke bla bla bla… tapi aku nak bagi tahu definisi malu aku setelah 18 tahun 3 bulan aku hidup. Bagi aku, malu ni adalah universal. Tengok tempat jugak la kita malu… kadang2 aku tak terasa malu. Sebab ape? Sebab malu aku tu sangat universal.

Sesetengah orang malu nak bagi speech kat depan. Malu depan orang ramai. Aku pulak, pantang Nampak microphone, selagi boleh, aku akan sambar. Tapi tak bermakna aku ni jenis muka yang TAK TAHU MALU. aku malu pada tempat2 yang kadang2 bagi korang ‘eleh, takat tu je kot..? takkan tu pon nak malu?’. ok, aku MALU.

Aku paling malu dengan lelaki. Adeh~~ ini fakta. Aku memang SANGAT pemalu dengan lelaki.

Nak dijadikan cerita, dulu..time 1st sem, aku duduk dekat kolej Baiduri nama nya. Kat bawah kolej tu memang ade café. Aku memang akan makan situ je bila balik kelas. Melainkan kalau kawan2 aku ajak aku pergi foodcourt. Café kat Baiduri ni, hanya perempuan sahaja yang dibenarkan makan kat situ. Lelaki tak boleh masuk. Tapi, kalau foodcourt, boleh campur. So, memang agak jarang la aku nak pergi foodcourt untuk makan.

Tiba2 pulak..sem aku sekarang (sem 2), tak de system café dah. Semua dah jadi foodcourt. Campur lelaki dengan perempuan. Ahhh, sudah! Dah la aku tak suka campur2 ni. bukannye aku mengamalkan sikap berkecuali. Tapi… kan aku ni pemalu sikit (eiw eiw).

Start jadi foodcourt ni la.. aku dah jarang nak turun makan kalau takde kawan lebih dari 2 orang. Mesti ade yang kata ‘eiy, poyo gile budak ni, gedik..makan je lah’. Ah, ape aku kesah dorang nak cakap ape, ape yang penting aku MALU. bukannye aku ni bajet hot ke ape tak nak lalu depan lelaki. Tapi, ini la kelemahan aku.

Pada kawan-kawan lelaki aku…aku sebenarnye malu nak bercakap dengan korang, kalau nak tahu. Tapi aku KENA gak cakap dengan korang. Sebab aku tahu, mana boleh survive doee dok kat uitm penang ni kalau takde lelaki. Engineering. Paham paham je la. Kebanyakan nye lelaki.

Apa yang aku cuba nak sampaikan disini adalah.. cara MALU aku lain dengan cara MALU orang lain. aku malu tang ni. angpa malu time nak bagi speech. Aku tak de pon kata angpa gedik ke apa ka sebab MALU nak bagi speech kat depan.

So, tolongla jangan kata aku GEDIK sebab tak mao jumpe segerombolan lelaki dekat dewan makan. Aku MALU, please ngertik dong.

*aku pernah BERPULUH kali jatuh sebab pakai wedges. Jatuh depan orang ramai. Tapi aku tak malu. sebab aku pikir, macam la orang laen tak pernah jatuh. Aku tak suka tengok orang lain berasa MALU. kalau orang tu jatuh kerusi, aku dengan pantasnye , akan palingkan muka aku dari tengok situasi tu. Bukan style aku nak gelak guling2 tengok orang jatuh.

16 comments:

  1. moral of the story..pakai la sneakers...ngeee~~~~cam aku...tapi..malu itu iman!!kn3..?

    ReplyDelete
  2. @Wanie Affandi weh wani, kau taw, dulu aku pakai sport shoes dengan baju kurung taw g kelas. ade la dalam 2 bulan mcm tu.. lepas dari tu, baru aku tukar fesyen sikit. pakai wedges. hehe

    ReplyDelete
  3. tutup mata tu...tak nampak orang lelaki dah pasni...



    huhu...

    ReplyDelete
  4. @Nasriq weh weh , kalau tutup mata, cm ne nk berjalan? adeh~

    ReplyDelete
  5. mj malu dgn laki gak masa skolah rendah+menengah nak pergi rehat..tp masa kolej dah tak pedulik,haha..mj redah je..nohfee mmg jenis high confident la..bgus nye..hehe..
    dan anda di TAG..http://itamputehduniaku.blogspot.com/2011/01/ulang-tahun-pertama-blog-sembang-hari2.html

    ReplyDelete
  6. bagus ler malu drpd x taw malu..hahaha;)

    ReplyDelete
  7. Malu itu perlu pada ketika tertentu. Tak malu dan tak tau malu pula dua karektor yg berbeza. Biar jadi tak malu, tapi jangan jadi tak tau malu seperti sebahagian artis kita.

    ReplyDelete
  8. @MJ kan best of dpt perangai cm mj. redah je.. hehe.

    ReplyDelete
  9. Lu tulis blog tak maluuu lakk derr? Ramai nih laki lepak sini nihhh! Malu lahh cepat..! Hehe

    ReplyDelete
  10. Ala bro, blog lain, realiti lain. Hehe

    ReplyDelete
  11. malu sebahagian daripada iman..
    serabut jgk dok kat cafe..kdg2 leh la..

    ReplyDelete
  12. Malu itu permata seorang muslimah...:) ni memang tak suke lepak kat cafe...suke lepak kat kedai mamak..:D

    ReplyDelete
  13. @Pembawa_Wacana wahhaha,. cafe dengan kedai mamak mcm tak de beza je..? hehe

    ReplyDelete