my medulla oblongata

Wednesday, February 16, 2011

Home » ek eleh....bowling tu bola je la....

ek eleh....bowling tu bola je la....

SALAM...

hai to all bloggers! semalam aku keluar, hari ni, baru aku nak update. semalam....aku dengan kawan2 aku semua ramai2 plan nak p pacific. uhuk uhuk...menatang ape pulak tu nohfee? ok ok, pacific tu kira macam mid valley, sunway pyramid, one utama, the curve,  Semua House dekat jalan tar tu ha... walaupon aku tengok keadaan dalam tu memang style romantik terbaeeek dari ladang punya...tapi kedai2 dalam tu jual barang2 murah murah ok!

ok before that..aku nak mulakan cerita aku dengan  masa nak naik bas ke pacific. kitorang plan dah nak pergi dengan kawan2 aku. sekali tu, kawan2 perempuan  nak pergi jeti dulu. nak jumpe family kawan aku sorang ni. so, aku dengan kawan aku sorang ni pon plan bertolak dulu..dengan dak2 lain. time kitorang dah nak sampai ke bus stop tu, tiba2 nampak ade van putih, kawan2 aku dok sebok soh kitorang naik van putih tu.. dah la ade 1 seat kosong je. ade pulak dorang dok soh aku dengan kawan aku p duduk share2 satu kerusi? hello??? kalau badan kitorang dua kecik macam liyana jasmay tak pe la gak! entah2 kalau double badan liyana jasmay dengan juliana evans pon takkan dapat duduk dekat 1 seat kosong tu. hiyaaa.!

lepas van tu berjalan..berlambak pulak bas yang datang. aku dengan kawan aku main masuk je bas yang mana yang kitorang nampak. dah masuk bas, kitorang agak tak confident 'adakah bas ni pergi pacific?' lepas aku dah tanya kawan aku, betol la..bas ni memang pergi pacific. thank you!

sampai2 je..aku teros p melantak kfc. ye ye.. dalam minggu ni je.. lebih dari 2 kali aku makan kfc . tu la Mr A pon cakap, muka aku dah nak jadi cm muka ayam kfc dah. ok, fine fine.. kfc je la menu yang paling sesuai untuk aku makan kalau pergi keluar/hang out. tapi bukan untuk dating. sebab setiap kali aku makan ayam, mesti ayam aku terpelanting. adakah ayam aku hidup? 

lepas dah habis menternak lemak, kitorang pon bersukan la..ye! majulah sukan untuk negara! ramai2 pergi serbu tempat bowling. last aku main bowling time aku form2. ingat lagi? hell no! aku tak ingat pon aku main macam mana. yang aku tahu, aku selalu hempas bola je time main bowling dulu. tu pon sebab aku kena teman kawan aku pergi dating dengan admirer die. aku paling la suka keluar dengan depa time tu..sebab 1 sen aku tak yah keluar. wow!

so, aku dengan muka confident nye, jadi la orang pertama untguk campakkan bola bowling tu. ek eleeehh.bola je pon! aku main campak je. nasib baik tak pecah je lantai tu haa..well, biase la kan..first time'er..adat la tu.. mula2 aku tengok aku satu pon TAK strike. cisss! siot punya bola. tak de ong betui! kawan2 aku dah start up. aku baru 27. depa dah 50 lebih..memang terok betol aku main!

ade gaya pemain bowling negara tak? of course yes!

tiba2.... disebabkan bola kaler PINK! aku strike semua!! walaweeehhhhh.. next round pon sama! i love pink and yellow man!! campak punya campak..aku dapat la 68. while depa yang speed aku tu dapat bawah sikiiit je dari aku. ni la yang dikatakan strategi di akhir perlawanan. ha ha ha.sorry la ek zaty n wani. =p

tengah dok window shopping semalam..aku nampak skirt labuh. aku teringin gila nak pakai! aku nampak orang yang tinggi2 ni lawa bila pakai. nak gak aku try. nak tengok lawa ke tak. tapi....aku tak tahu nak sepadan kan dengan apa. aku takot pulak dah nak pakai p kelas. takot orang kata
"eh eh die ni..nak pergi kelas ke, nak pergi clubbing?" chhhhoooiiiiii!

tiba2 kawan aku cakap
'feera, nak pakai ni boleh, tapi orang tu kena berani la'.
ok, next sem aku pakai. this sem aku nak kekalkan penampilan baju tradisional untuk ke kelas!

at last, aku beli handbag. murah murah murah! jom la ke pacific! *good promoter*


sempat la tangkap gambar sekilo dua sebelum kena tegur dengan orang kedai ni. hahaha



bila aku cakap aku pergi pacific, ini la antara2 pendapat2 yang aku dapat tentang pacific. hehe







balik2 dari pacific je.. kena menghadap lab report ini. phew~~ berasap otak aku.


ok la... tu je la kot aku nak bercerita dekat sini... bai bai! =)


8 comments:

  1. Ala...campak je bola tu... yang penting kena... kalau nak tepat, gunalah kelapa... confirm semua pin jatuh...

    ReplyDelete
  2. waa..bestnyerr g main boling... cik moon dah lama x g nie.. huhu

    ReplyDelete
  3. @Nasriq kalau main guna kelapa..memang out of line la kan.. =p

    ReplyDelete
  4. Nak main jugakkk...aduh bznyerr..

    ReplyDelete