my medulla oblongata

Monday, February 21, 2011

Home » time bila korang boleh tengok muka tak de confident aku?

time bila korang boleh tengok muka tak de confident aku?



SALAM,
Hai, selamat sejahtera semua. Macam biase, setiap kali hari isnin menjelma, update aku takkan putus2 bercerita pasal…..

Lukisan kejuruteraan

Ahh..bila lah aku nak pandai buat menatang ni?? dalam banyak2 subject, subject ni la yang paling aku tak reti LANGSUNG! At least kan , biology dulu lebih berjuta kali OK dari LK ni ha… ye, minggu ni aku belajar pasal orthographic. Ape die? oh ok, memang la..ramai yang kata

“ala..senang je ni weh, kau tarik2 n lunjurkan je garisan tu”

Ye, memang la nak tarik garisan, tapi nak tarik garisan mana? Aku tersangat la blur. Tiap2 hari aku subuh, aku doa…tolongla bagi aku ‘nampak’ sikit apa yang aku nak buat untuk LK. Tapi sampai sekarang aku tak ‘nampak2’ lagi apa yang aku nak buat.

Aku sangat la terharu dengan kawan2 aku yang seriously dorang sangat la banyak membantu. Thanks a lot mek, zaty! Seriously aku sangat hargai apa yang korang dah tolong aku. tak lupa gak kat faizul. Pergh~~ die ni memang penyabar gila la ajar aku. baik gila tahap! Seriously thanks. Kalau korang2 yang nak cari calon suami, boleh la kenal2 dengan c faizul ni. =)

Chhhhooooiiii! Apehal dok sedih2 ni pulak nohfee oi? Eh eh gila tak sedih? Test LK aku ni hari ahad ni. memang sedih la kan aku, sampai sekarang masih blur. Kalau korang sume nak tahu. Muka aku ni sangat2 la confident all the time. *padahal dalam hati..kalau lempar paku, boleh meletup jantung aku.

Tapi kalau nak tengok time muka aku SANGAT tak confident, resah gelisah macam aku hilang anak, ataupon kalau nak tengok muka aku berminyak..boleh la tengok aku time aku tengah buat LK. Sebab bila aku tension, secara tak sengajanya….everything turns bad. Macam mana aku nak letak minat dekat subjek ni weh???? Serius aku dah blur tahap. Setiap kali hari isnin menjelma je, mesti aku akan cakap…
“damn! LK hari ni!!!”
Tipu la semua iklan ubat gigi tu..bangun2 tidur je teros tersenyum sampai ke rahang. Aku try nak gak buat senyum pada pagi isnin. Tapi bila tengok je peralatan LK aku kat sebelah katil aku ni ha, aku punya mulut ni teros bertukar jadi bentuk DOME SHAPE. Ape tu dome shape? Ala..macam bentuk diaphragm kita bila kita tarik dan hembus nafas. Nak clear? Jap2, aku cari gambar kat google jap…
Ok jumpa!


Ni ha… Nampak tak yang aku bulatkan tu? Itu namanya diaphragm. Macam tu la bentuk mulut aku bila Nampak alat lukisan aku ni. sadis gile kan?

Tapi lepas kelas LK, aku ade kelas BEL. Ape tu BEL? Bel tu kelas English. Kalau kat skola menengah aku dulu. Kelas English la paling paling aku tak suka. Aku mengantuk tahap! Tapi dah dok kat university ni, kelas English la kelas paling fun…*depends on the lecturer. Diikuti dengan kelas calculus. LK? U are SO fun, that I dun really feel like want to be friend with u.

Ok la, kali ni aku tak de sajian gambar2 aku time buat LK ni. sebab kali ni aku betol2 fokus buat LK. Even ade sms masuk pon, aku biarkan je……. 


ok la..serabai je aku ni cerita panjang2. tunggu update aku seterusnya ye. yang pasti BUKAN pasal LK ok. bye!

*ade tips tak untuk sukakan LK ni? anyone....?

8 comments:

  1. wahhahaha,,,wlcime my fren,,aq tlong ape je la kn td??

    ReplyDelete
  2. Sapa yg pandai lukis kartun tentu anggap LK ni mcm kacang ajer kan?? Kalau payah sangat minta tolong Doremon pun boleh gak!!

    ReplyDelete
  3. @JR Shoppe taw xpe JR. doraemon? aduh~~kalaua de, dh lme nohfee bela satu. hahah

    ReplyDelete
  4. LK tu macam tak guna jea... dengar la cakap engineer yang dah berkerja ni...


    buat asal boleh sudah...

    ReplyDelete
  5. alahh, bru nk tgk muke nohfee time buat LK..takde rpenye..hehe..

    ReplyDelete
  6. @Nasriq tak berguna ke? la.... hbe stu ape fungsi study menda alah ni?

    ReplyDelete