my medulla oblongata

Wednesday, March 2, 2011

Home » cover cun? eiwww!

cover cun? eiwww!

SALAM.
ha....hachhum! hachhum! *sedut hingus* aih... dah berhabuk dah blog aku ni ha..lama tak update. minggu azab dah lepas which is minggu test. sekarang ni tengah tunggu minggu merana pulak. minggu nak dapat result. terbaeeekkk. ok2, aku tak nak la cerita yang aku main hentam buat TEST LK hari tu ataupon aku duduk sebelah orang yang aku suka time buat TEST LK tu, ataupon mata aku kena love byte dari menatang charlie tak guna tu... tapi aku nak bercerita tentang pengembaraan aku ke Jaya Jusco Penang. yeah bebeh!

ahad hari tu, lepas aku balik dari test physics, aku dengan kawan aku plan p jj. release tension la konon. mostly classmates aku melepak main bowling dekat PACIFIC. alaaa...yang aku penah cerita kat entri before this tu... he he he 

[klik pada gambar untuk ke link pasal PACIFIC tu]

so, aku dengan kawan aku ni pon pergi la melepak ke Jaya Jusco.sampai2 jaya jusco ni je, kitorang p tengok tiket wayang yang available. macam biase. aku memang la sangat support cerita2 melayu ni. so, aku decide nak tengok cerita KEMBAR SIANG. so, kitorang pon beli la tiket tersebut without student price. cis!!! sementara nak tunggu cerita tu start. kitorang pon pergi la menternak lemak dekat kfc. WHATTT? kfc again? yeah...kfc. tu kan makanan favourite aku kalau nak pergi berHANG OUT hang out ni. tak pon secret recipe. tapi. memandangkan duit ptptipu aku ni flow macam air terjon yang kite boleh tengok kat lebuhraya ke utara tu... jadinye, aku pon plan la makan kt kfc. kfc is the best walaupon aku taw akan ade AYAM YANG TERBANG.

dah habis bayar, tiba2 boleh pulak aku p angkat tray letak makanan tu. aduh~~ patutnye kawan aku tu la angkat! sebab die lebih gagah dari aku. terlupa pulak aku... takpe2..buat kerja amal bukan selalu. masa ni la nak tunjuk amal aku. hehe

sempat jugak la aku p kedai POPULAR. terliur aku tengok novel THE LAST SONG by NICHOLAS SPARK. waahhh, aku baca sinopsis kat belakang buku tu je la.. nak beli..memang duit dah nak sengkek dah. kalau harga buku tu 10sen 2, memang dah lama aku beli buku tu masalahnye, harga buku tu boleh bagi aku makan untuk satu minggu kot! 

nasib baik aku tak nampak ade adegan2 cm gini dalam pawagam.

masuk masuk je pawagam tu, memang dah start la kan cerita tu. memang gelap gelita la kan pawagam tu. memang aku tak nampak la kan jalan nak pergi tempat duduk aku tu. nasib baik tak jatuh je. dah la aku ni rabun2 ayam sikit. meh sini, nak bagi tahu. cerita ini LAWAK. erm...disebabkan aku tak berapa sangat nak suka cerita HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG, so aku nak bagi rating cerita KEMBAR SIANG ni up sikit dari hantu kak limah. cerita ni memang kemas die punya edit. kembar KAMAL ADLI. kembar INTAN LADYANA. serius agak kemas edit yang dorang buat. 

cuma..aku tak berapa nak faham motif cerita ni. next!!! aku pergi menternak lemak lagi. aku dengan kawan aku ni pergi la makan abc., wah....lama gak x mkn abc yang sedap ni. tengah nak bangun dr tempat duduk tu, tiba2 terserempak pulak dengan classmate(s) aku. memang masing2 gelak je la kan. mana tak nye? JJ...laa.. ni kan port lepak budak2 uitm penang! ha ha. mana2 pergi mesti nampak muka yang sama je. no wonder,.,.dan aku sampai bilik aku tepat jam 9 malam. keluar pukol 11am. balik pukol 9pm. terbaeeekkk!

seriously memang lepas tension gila la kan bila dapat tengok movie ni... makan pon boleh release tension. so, lepas ni, kalau aku tension, aku cari makanan dengan movie,. pergh~~layaaann. ok la, aku nak mengeprint lab geology aku, bye bye! thanks for reading. =)



*best jugak first date yang tak cover2 cun ni. 




6 comments:

  1. dah lps eh azab test..gudluck utk sesi merana pulak..hihi..beselah tu keluar pukul 11am balik 9pm..mj balik paling lewat pukul 9.30 sbb tggu bas (ni kalau keluar dgn bas)..kalau dgn kereta member, ehem2..lg lewat la..hihi

    ReplyDelete
  2. ternak la lemak banyak yea... nanti dah maju boleh jual sekilo dua...

    ReplyDelete
  3. @MJ wahahaha. kereta member kompem lg lewat? terbaeeek!

    ReplyDelete