my medulla oblongata

Friday, March 25, 2011

Home » tips pembubaran lemak

tips pembubaran lemak

SALAM

hi to all bloggers! hari ni, aku nak berkongsi tips sikit macam mana nak kurus. ok, aku tak de la kurus mana pon. tapi...well..nama pon share. tak semestinya kena kurus baru boleh share..betol tak? this is not based from my own experience. tapi ni from others experience. so, let's give it a try!

1) secawan teh tiap2 pagi
ni bukan teh jamu semua tu ye! contoh teh..lipton, boh, camomile, green tea, earl grey..dan macam2 lagi. aku dapat source ni dari website ptptn..laman kesihatan tak silap aku. dah lama aku search menda ni. so, agak dah lupa website die. mengikut kata website tu, secawan teh ni bukannya yang diletakkan dengan gula. no sugar at all. just a cup of tea, ok. 

remember, NO SUGAR

2) do not skip meal.
oh..yang ni, setelah aku tanya kawan aku yang dulunya gemok, sekarang ni..pergh~ mantop! die kata..never ever skip meal. wajib makan ikot masa. tapi, jangan la pulak melantak. at least, breakfast makan biskut oat crunch tu ke... then tengah hari makan nasi. tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. petang makan biskut. malam makan nestum. memang tak kenyang. tapi at least kita alas perut kita dengan makanan. kesian perut kalau korang tak sumbat makanan dekat die.



3) baring/tidur selepas makan.
orang dulu2 selalu kata..jangan baring lepas makan. tapi, aku agak degil dulu..aku baring je...kire nak buat experiment la. so conclusion yang aku dapat..kalau kita baring lepas makan, perut kita akan rasa senak. kenapa? sebab makanan tidak dapat dihadam dengan betol. korang bayangkan..korang start enjin kereta, teros nak berjalan. takke semput kereta tu nanti. patotnye, lepas start enjin kereta, bagi enjin tu panas dulu..then baru bawak., get the idea?

4) buah-buahan
orang melayu suka sangat jamu buah-buahan selepas hidangan makanan berat. itu style barat la kawan! jauh bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W. cikgu biology aku time aku form5 dulu ade bagi tahu.. sepatutnye, kita makan buah-buahan sebelum makan nasi/makanan yang berat. kenapa? sebab kita akan dapat menyimpan kandungan vitamin dan zat dalam buah-buahan tersebut. tapi kalau kita makan nasi dulu, kandungan vitamin dan zat dalam buah yang kite makan selepas makan makanan berat akan menjadi kosong. konklusinya? makan buah dulu, baru makan nasi...

jadikan buah-buahan sebagai kawan baik.


5) air
kalau minum air tu... beli la air yang masam2 sikit. bagi pecah kandungan lemak dalam badan. jangan la order carrot susu. dahla makan masak LEMAK cili api, pastu order air carrot SUSU,. macam mana la lemak tu nak dihapuskan? jadi, pilihan terbaik adalah air2 yang ada unsur masam., macam fresh orange( no sugar, pure one) dengan air limau. 


agak2 cukup tak 5 tips? sebabnya..aku rasa kalau aku share tips yang lain..akan nampak cliche. ramai sangat yang buat tips nak kuruskan badan dengan idea2 yang sama. so, pape hal, selamat mencuba kepada aku dan korang semua! =)



0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment