my medulla oblongata

Tuesday, April 12, 2011

Home » Cobaan.....

Cobaan.....

Testing, Testing 1,2, 3... ok cun!

SALAM..

makin dekat final ni, makin banyak pulak dugaan dan COBAAN yang datang. mak aiihhhh. kalau dulu time aku nak masuk uitm, COBAAN yang aku dapat bila aku diberi kunci kolej lelaki. and, sekarang ni, cobaan tu datang lagi. tapi takde kaitan dengan kolej lelaki mahupon perempuan mahupon dwisexual.

nak dijadikan cerita..dari kelmarin ade je benda yang tak kena. pelik gak aku. apahal semua benda macam tak kena je dengan aku ni. oh ye..sebelum tu.. kite sedekahkan la al fatihah kepada arwah ayah kepada kawan aku..bapa die meninggal kelmarin. masa aku nak pergi test LK. sedih sangat bila aku dapat mesej dari die yang mengatakan "abah aku dah takde". 

"al-fatihah"

Test Lukisan Kejuruteraan aku ahad lepas? oh... man! terok gile. aku ingatkan aku sorang je pk soklan tu macam mintak penumbuk, rupenye, kawan2 aku yang pro dalam LK ni pon berpendapat sama dengan aku. so, tak de la nampak sangat kebodohan aku dalam LK ni kan? hehehe. yang paling best nye, lepas masa dah tamat, pengawas peperiksaan(lecturers) boleh pulak dok main kira2
"saya kira sampai 10 kalau siapa tak hantar lagi lukisan die, saya takkan terima dah lukisan die". 
semua pon tahap gabra la kan nak pergi bagi lukisan semua. aku pon dengan muka penuh confident nye, pergi hantar kertas lukisan aku. dan dengan penuh bangga nye, aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan. 

dah halfway jalan...tiba2
"Tika, kita tak hantar 1 lagi lukisan kita!!! macam mana ni? OMK!!!"
aku dengan muka penuh cuaknye teros berlari, rempuh je segala jenis manusia yanga de dekat depan aku. menjerit hidung aku bila rempuh manusia yang ade kat depan dewan tu yang rata2nya lelaki. bau..pergh~~~ tok sah cakap la.. kalau nak tahu bau ape, p cium perfume laki. pedih hidung aku. ok2 sambung balik. lepas dah rempuh tu, aku main amsuk je dewan tu..yang dah mula diisi dengan budak2 fakulti lain yang nak buat test pulak dekat situ. terbaeeeek. merah padam muka aku tahan malu. tapi, nak buat macam mana? daripada aku dapat kosong, baik aku tahan je malu aku ni. 

kau busuk, kau OK.

dah habis hantar lukisan aku tu, aku dengan kawan aku ni plan la nak pergi makan McD. yes, McD. mengada-ngada betol. bila lalu depan FoodCourt je, teros juih bibir. "tak nak ah makan sini". padahal, tiap2 hari kat FC ni jugak la kitorang ternak lemak. dasar baju lupakan seterika betol! then, kitorang pon berjalan la sampai ke pintu pagar hadapan uitm aku. tiba2 kawan aku cakap

" feera, kau ade duit pecah tak nak naik bas karang?"
"tak de. kau?"
"aku pon."
"weh nak tukar kat mana ni? kat luar kedai semua tutup... "

bila dah macam gitu, jawapannya kena patah balik la pergi FC balik. at last , kitorang BERmcd di FoodCourt je la. sadis betol.

mengidam aku dengan makanan ni


itu cerita kelmarin. now aku nak cerita pasal semalam. hadddoooooooiiiii. mengeluh jap.

semalam aku kena hantar autocad (see, LK lagi! memang LK ni mnyusahkan hidup aku je). lepas dah print out semalam, kitorang kena la pergi binding pulak. kat tempat aku ni..ade 2 tempat je untuk binding. 1 dekat kolej lelaki yang diberi nama BAIDURI. 1 lagi dekat kolej LELAKI JUGAK yang diberi nama ZAMRUD. aku dengan kawan aku pon call la kawan2 lelaki nak mintak tolong. sekali..hampeh~~ semua malas nak tolong binding kan. cis! time korang mintak tolong, aku tolong je... (ni yang nak mengungkit tiba2 ni). so, aku pon patah balik pergi library, siapkan muka depan autocad folio. lepas tu, aku dengan kawan aku ni dah nak putus asa dah. rasa macam nk stapler je assignment folio ni. then tiba2, kawan aku sorang ni.. DAYAT namanya.. nak tolong kitorang tolong binding kan folio. dari library, kitorang patah balik pergi kolej ZAMRUD. kalau tak memikirkan carry mark aku dan kawan aku yang rendah ni, dah lama aku stapler je folio ni. tak payah letak cover bagai.

dugaan aku nak siapkan kau, folio autocad!


at last, kitorang hantar la assignment AUTOCAD ni. phew~~~ lega! selepas 1 bulan hidup aku diselubungi dengan kehadiran autocad. lepas balik je...kitorang pergi lah ternak lemak dekat FC. haammiik. 1 nasi ayam, 5 pisang goreng, 2 roti sardin. ini akibat lapar tak makan dari pagi..sampai lah pukol 4 petang. at last, sume kerja settled! terasa satu kepuasan yang tak terhingga dalam diri aku, walaupon agak penat.

kepada kawan2 lelaki kelas aku, terima kasih la sebab BANYAK membantu. lepas ni, mintak la bantuan penyepak aku lagi. surely aku boleh bagi. jangan malu2 nak mintak pulak.
 to DAYAT, thanks a bunch dude! you helped a lot... 

to all, thanks baca entri yang macam kebudak-budakkan ni. ye la.. nama pon aku baru je amik Lukisan Kebudakteraan kan? hehe =)


6 comments:

  1. heh..takpe.dugaan time blaja lagi sronok dari dugaan time keje..uhuk! uhuk!

    neway ...good luck nohfee.

    ReplyDelete
  2. hahahaha...sakit ati+marah+lapar+penat+sakit kaki=submit dgn jayanye.....yuhuuuuu

    hope this the last test that we get....after thiz focus on final k...:)

    ReplyDelete
  3. @Cik Bib thanks cik bib. dugaan kerja? huihhh. takot dahhh

    ReplyDelete
  4. I read both of your story. Personally, I think you really can write. Im not a professional writer, but I do read malay novel sometimes. You did a good job. Lepas citer ni ada citer lain lagi tak? :)

    ReplyDelete
  5. @Aishah Rahman for serious? hehe. thanks a lot eh. will be. bt not in a meantime. seb nk exam dh. hehe thank you so much ek./ =)

    ReplyDelete