my medulla oblongata

Friday, May 27, 2011

Home » Diri Sendiri atau Diri Orang lain?

Diri Sendiri atau Diri Orang lain?

SALAM

"ok nampaknye ini la last day aku nak update entry dekat rumah. lepas ni aku update entry dekat penang pulak. tsk..."

ok, sebenarnye, aku saja nak menggunakan dialog ni nak bagi sama dengan kawan2 facebook aku yang dok kata 

"ini last status update aku sebelum berangkat ke penang".

tu pon nak sama ke? die boleh la ckap cam tu, sebab kat facebook, hang tu apa ada? update kt blog ja! opppss! so, itu la tajuk yang aku nak cakap sekarang ni. sama kan diri dengan orang lain. like whhhhaaaattt? copy and photostat? yeah! that's it..kopi copy and photostat.

ramai antara kita yang suka tiru cara tu la, cara ni la...well, tak salah nak meniru cara orang. ops...salah2.. apa2 pon meniru tetap salah. apa yang patut korang buat adalah mencontohi cara orang yang korang rasa betul2 boleh dicontohi.. bukannye mencontohi orang yang duduk dekat kaki lima, tarik jarum. oh no... 

tapi..tapi tapi..entry aku kali ni, tak nak cerita pasal "mencontohi orang lain". aku nak bercerita pasal "tiru orang lain" 



disini aku nak tekankan tentang peniruan SIKAP. ramai sangat orang sekarang ni, especially remaja. suka meniru sikap/gaya orang lain. ok, aku faham kita memang dikurniakan sifat ingin tahu yang mendalam dan ingin mencuba sesuatu yang baru. apatah lagi kita yang masih remaja yang masih mencari2 identiti sebenar kita. kerana kita sendiri pon tak kenal sebenarnya dengan diri kita sendiri. kita cuba nak jadi diri orang lain, sebab kita rasa kalau kita tonjolkan sikap kita yang sebenar, takut orang sekeliling tak boleh terima ataupon takot diri sendiri tak diterima masyarakat. well, itulah dilema kita, remaja sebenarnya. perasaan TAKUT.

bagi pendapat aku, kita kenalah jadi diri sendiri. tapi tak bererti jadi diri sendiri macam ni.

Makcik Peah : eh Piah, anak sapa tu? dok pakai skirt, p kenduri arwah. buat malu ja!
Makcik Piah : a'ar, eh..tu bukan anak si Joyah ka? awat dia jadi lagu tu?


mentang2 nak jadi diri sendiri, sampai tak reti nak sesuaikan diri pada satu2 keadaan. itu dinamakan lain. itu dinamakan, kurang didikan. lain maksudnya dengan menjadi diri sendiri. 

kalau kau jenis yang sopan santun, lemah lembut, pendiam, baik hati. tapi, bila kau berperangai cegitu, kau rasa kau macam tak diberi perhatian. so, kau ubah diri kau jadi orang lain supaya orang lain beri perhatian pada kau. 

sebenarnya, tak payah nak ubah diri semata2 untuk jadi center of universe. cukup la kalau korang jadi diri sendiri. tak payah ubah2. kadang2 rimas aku kalau orang yang suka sangat tiru gaya orang lain. oh..orang nak jadi lady gaga, kau pon teringin lah jugak nak jadi macam lady gagap. oh pehlisss... jadi diri sendiri. itulah unik nye korang, tak perlu nak jadi diri orang lain untuk dapatkan keunikan. jadi diri sendiri dan unik tu akan datang dari pemerhatian orang sekeliling. 

kalau kau tengok si Bujang tu handsome. padahalnye, kau sorang je yang kata die handsome. orang lain kata dia biasa je.  ah sudaahh aku dok bagi contoh ala2 pasal couple pulak. contoh lain contoh lain...


ok, contohnya cegini.. kalau kau tengok Tipah tu cara die sangat best. buat sudoku, sambil dengar lagu. p kelas pakai sport shoes dengan baju kurung cotton. perangai slumber je.. kau suka tengok cara dia. kau nak jadi macam dia. 

tapiiiiiii......

bagi orang lain, cara si Tipah ni macam budak kerek. tak cool langsung! tah papa. 

padahalnya, cara korang sendiri dah cukup cool. takpayah nak jadi macam cara/gaya orang lain. lain orang lain pendapatnya. jadi diri sendiri dan biar orang judge korang disebabkan diri korang sendiri. bukan disebabkan korang dah jadi diri orang lain.



nak contoh lagi? ok.

"eh lawa la style kau sekarang ni..macam Fana Hajima dah aku tengok"

ermm..kenapa korang tak nak create your own style? tak payah orang lain nak cakap korang macam die ni la, macam die tu la.. create your own style. be unique as what you are. 

akhir penulisan, aku nak bagi taw, jadilah diri sendiri. kalau nak unik, biarlah unik tu datang dari diri sendiri. tak payah sangat nak dok ikot orang lain. diri korang tu sendiri yang dah unik. tak percaya? p amik ink cop tu, cop kat ibu jari angpa, lepas tu, amik ibu jari kawan anda pulak, cop die punya pulak. tengok , sama tak? tak kan? macam tu jugak dengan diri kita. masing2 ada keunikan masing2.noktah.


_thank you baca entry nohfee_

2 comments:

  1. hehe..jgn2 mrh2 sis..bese la 2 manusia..xpernh bersyukur nxpernh nk puas rt ngn ape yg dorg ade..:)

    ReplyDelete