my medulla oblongata

Monday, May 16, 2011

Home » jaman buta IT aku masa dekat sekola dulu2

jaman buta IT aku masa dekat sekola dulu2

SALAM

yahhhoooo! at last aku ade gak tumblr. dah lama aku asyik usha tumblr orang je. sekarang ni masa aku untuk ada tumblr sendiri. dulu kawan aku ade tanya aku
"weh, kau tak nak ade tumblr ke?"

dengan bongkak, angkuh, riak, takabbur nye aku jawab

"tunggu followers blog aku capai seribu"

apa? 1000? like whaaaat? SERIBU? ada haku kesah?


hahaha. kau nak korek mana 1000 tu cik nohfee oi? memang kena berkerja keras la kalau nak 1000. nak dapat 100 dulu pon, ke hulu ke hilir aku berblogwalking. ni kan pulak 1000...dengan berukband ihsan abang dengan kakak aku. tapi untuk dapatkan follower cecah beriban ni...insyaAllah akan aku dapat gak nanti.. jangan risau. 

kenapa aku nak buat tumblr? sebenarnye, kalau macam dekat blogspot ni...bila aku post je..aku teros tempek link blog aku dekat shoutmix page orang lain. la ni...untuk tumblr..aku nak biar orang sendiri yang datang tengok page aku. without knowing.."hey, she's nohfee la!" now, this is really my diary. hehe

tapi..apa2 pon, first tab yang akan aku bukak dekat laptop aku...

1- blogspot
2- facebook
3-twitter (twitter aku macam hidup segan mati tak mahu je aku tengok)
4- tumblr
5- formspring.

banyak tu tab aku bukak dalam satu masa, oh..lupa..tambah satu lagi. GOOGLE. kalau takde encik GOOGLE, macam mana aku nak cari gambar2 cantik bawak mai masuk dalam blog aku kan? hehe.

teringat aku..masa aku form 2 dulu..aku ada belajar KDP ataupon dikenali (among us) LK. bukan lukisan kejuruteraan ok! tapi Literasi Komputer. Komputer Dalam Pembelajaran. dekat sekolah lama (harian) aku, ade subjek ni. tapi terhad untuk budak2 tingkatan 1 dan 2 je.

nak dijadikan cerita, masa aku form 2, haram jadah aku tak tahu pasal komputer ni.. masa form 1, lagi laaaa... buta IT. masa form 2, tak silap aku...aku belajar macam mana nak buat BOOKMARK n HYPERLINK. aku ni pulak bagos betol. pergi duduk antara budak2 yang computer-maniac. aku duduk la tengah2..antara Zul dengan Puteri. memang meradang je la dorang ni bila time LDK. mana taknya, satu habuk pon aku tak tahu. bayangkan, aku nak bukak email sendiri pon tak tahu. nak eject pendrve dari komputer pon tak tahu. friendster aku (dulu jaman friendster) pon, kawan aku yang tolong buatkan. aku budak petaling jaya? serious NOHFEE BUDAK PEE JAY? HAHA. 
FINE.

yang aku tak boleh lupa masa aku sekolah (harian) dulu...aku selalu bertekak dengan budak2 laki kawan aku. cerita die cegini.. aku ni dulu kira kipas susah mati adam af2 tu ha.. hape? tak kenal? ok fine. die budak af masa musim kedua tu ha.. kan masa tahun 2004-2006..dok kecoh pasal fenomena af ni sume. aku la salah sorangnye. yang kawan2 laki aku ni pulak dok gila dekat mawi af3 tu. dok berbalah la aku dengan depa suma..dok backup budak af pooojaan hati masing2. bila sekarang ni aku pk2 balik.. mak aiihhh loser betol aku ni. haha

ini lah dia adam af2. phew..letih google

tapi..once in a life time. bila lagi aku nak backup mati2an untuk ADAM AF2 kn? siap aku ade pin gambar adamaf2, lepas tu tempek dekat pensil box aku. paling best, aku beli majalah manga dengan HAI (nw, terkenal sebagai majalah porn. HAHA), then kerat gambar adam af2, lekat belakang file. bila jalan, semua orang nampak. wahhhh. bangga eden! 

tapi..benda paling lawak aku rasa aku penah buat adalah.. kawan aku si Puteri ni dok sembang dengan aku..betol2 depan muka aku. aku pulak tengah minum air..die pulak sembang benda yang gila lawak..sekali tersembur betol2 dekat muka die. pehhh. terbaeeek! haha.

SMK SRI PERMATA.

serious aku rasa pengalaman aku yang paling susah untuk aku lupakan masa aku dekat sekolah SMK SRI PERMATA. kat situ la, aku kenal MY REAL FRIEND. kat situ la aku jumpa first love aku. kat situ la aku dilabelkan ADAM AF2. kat situ la the only tempat yang aku berani nak skip kelas, lepak dalam bilik cikgu displin. sayangnye, masa for 4, aku kena pindah... nomad pergi sekolah teknik dan habiskan sisa2 masa sekolah menengah aku di mrsm merbok,, kedah. huhuhu. 

ahhh... my young-teenage-time... rindu sangat2..


_thank you sudi baca my entry_
=)

9 comments:

  1. aku selalu bawak gambar ve dekat belakang file. bangga gila tayang gambar lah. haha.

    ReplyDelete
  2. @Siti Nur Fakhira Masrom hahha. ve. a'ar2.. dorg pon popular gak time tu. wahahah

    ReplyDelete
  3. Lain kali kalau datang sri permata, singgah la taman melati...

    ReplyDelete
  4. @Nasriq wah jauh tu..dr pj nk ke tmn melati. tp tmn melati... rumah kau ke? aku ade cousin kt sne. =)

    ReplyDelete
  5. cousin tu laki ke perempuan? hoho...

    ReplyDelete
  6. huishh..awat la hang buta sgt..hehe..(gurau eh)..
    owh, mj xblaja kot buat hyperlink dolu2..blaja word,excel je..haha..
    eh,da ade tumblerr..sng tak nk buat??best tak best best tak??hehe

    ReplyDelete
  7. @MJ
    hahah. tu la pasalnye..dlu mmg tahap la buta it. tok sah cte la.. hahah excel? erk, smpi skg...still x reti nk gne lg excel tu.. hehe
    tumblr? mudah saja... follow orang lain then, reblog. tu je. =)

    ReplyDelete
  8. @nohfee
    haha..same la kite..xreti p0n gne excel..nme je stdy bisnes..haha..
    ohoh, gtu je..mj kene stdy lg pasal tumblr2 nih..(tgh pk2 rajin ke nk on9 skrg nih..haha)

    ReplyDelete