my medulla oblongata

Thursday, June 23, 2011

Home » Facebook~~You're the angel, You're the devil.

Facebook~~You're the angel, You're the devil.

SALAM


wahhh. seminggu jugak la aku tak update blog ni. entah sarang binatang apa yang bersarang dektat blog aku ni. for those yang berBLOGWALKING kat page aku ni,sabaq noohhh ..cheq sedang mengalami sedikit tekanan dengan subjek2 yang cheq ambik ni. maaf lambat berkunjung ke blog angpa balik.

ok start!



kalau kita tengok, ada segelintir pasangan couple....kalau tanya

"eh macam mana korang couple ek?"

mesti depa akan jawab

"kitorang kenal dekat facebook. guess what? kitorang satu campus kot.. tapi tak pernah tahu kewujudan dia! nasib baik ada facebook"


yes. dapat gambaran disitu? facebook yang menyatukan couple ni. ada jugak tu yang kalau kita tanya apa punca break up..?

"kau tahu, pagi tadi sebelum aku pergi kelas, aku teringin la nak pergi dekat page die, nak tengok wall die, sekali tu die comment seronok gila dengan perempuan lain!!! so aku decided, mintak break up. aku tulis dekat message, post kat die"

see? break up pon melalui facebook. kadang2, facebook jugak adalah medium untuk cipta dan putus persahabatan. kenapa jadi macam ni?

c'mon .... facebook. 

"what's on your mind?"



ayat tu suruh kita tulis apa yang berada dalam minda kita.. so, kita pon tulis la segala jenis bentuk maki hamun, perli/sarcastic, tak pon post teros je kat wall die;

"kau perempuan/lelaki gampang"

erkkkkkkk. 

lain feel bila kita menulis dengan bila kita bercakap. bila kita menulis, segala perasaan takut akan dunia yang sebenar hilang, lesap. nervous semua tak ada. maki hamun la sesuka hati, lantak la orang tu terasa ke tak. tapi..bila nak bercakap,mula suara keluar jadi macam suara tikus. masing2 soksek kat belakang. takut menyuarakn pendapat secara lisan. kenapa? bukan kah kalau dah berani tulis, berani jugak la untuk berkata-kata..?

berbalik kepada "what's on your mind" tu, kita tulis perasaan yang sedang bersarang dalam kepala kita pada masa tu. tapi..cuba fikir lepas 1 jam atau sehari atau seminggu lepas tu, perasaan yang sama, sebijik, sejibik tu akan datang balik tak? mungkin masa tu rasa macam 

"ish, apa la yang aku fikirkan masa tu sampai aku buat status macam tu"

"ish, apa la yang aku fikir masa tu sampai mintak break up dekat dia"

"ish apa la yang aku fikir masa tu sampai boleh jatuh cinta dekat die yang padahal nye gambar default edit semata2"  

masa tu, baru otak kita sebok nak berfungsi menyoalkan kembali apa yang telah diluahkan oleh hati menerusi medium jari-jari yang tangkas mengetuk keyboard. orang kata, kalau ikutkan hati, makan diri. yes,aku sangat setuju.

mudahnya teknologi mempengaruhi diri kita. atau kita yang senang untuk dipengaruhi? sehinggakan PERASAAN pon dibantu oleh teknologi? 

hebat betul. tapi..tapi tapi...aku bukan nak condemn teknologi ke apa. kenapa? sebab.....disebabkan oleh teknologi macam facebook ni la kita boleh tahu siapa sebenarnya diri orang tu.

"oh...die marah kalau orang buat die macam tu"

"oh..die tengah sedih sekarang ni"

"oh, ini la perangai die.. boyfriend/girlfriend tak guna!"

dari situ kita boleh tahu activity yang dilakukan oleh orang tu. sama ada die baik ataupon tak. ada kawan aku letak status dekat facebook

"boleh nilai orang melalui fb die ke?"

jawapan aku yes. depends on for how long she/he spent her/his time on facebook compared to her/his own life.






"

5 comments: