my medulla oblongata

Wednesday, June 1, 2011

Home » Kamus Baru untuk Pelajar universiti/sekolah. ; troll

Kamus Baru untuk Pelajar universiti/sekolah. ; troll

SALAM

blogging! yes.. akhirnya aku dapat jugak bukak blogspot.com dan klik "new post" setelah beberapa hari terpaksa menghadap barang2 yang aku belum unpack lagi. freedom! yeahhhh~~ oh no, ade lagi 1 luggage aku yang roda tercabut kat rumah kawan aku

masuk balik UiTM Penang sem 3 akhirnya! cepat nyewwww masa berlalu.. pejam celik pejam celik, dah masuk sem 3 rupanya aku ni. oh tak kesah tak kesah. kali ni blog aku tak nak la cerita pasal isu budak 14 tahun mengaku diri die tak virgin dah ataupon pasal subjek sem aku kali ni yang memang sumpa tough gile! tapi, kali ni, aku nak bercerita pasal istilah yang sesuai digunakan untuk student macam aku korang




1) PEN
apa tu pen? pen tu adalah alat yang digunakan untuk melukis muka orang, matahari dengan pasu bunga dengan bunga atas buku text bila student mula rasa mengantuk dengan masa pembelajaran subjek tu. apetah lagi kalau lecturer dok bercakap sorang2 kat depan, yang lain tidur. at least! pen adalah alat yang bagus untuk hilangkan rasa mengantuk! conteng meja~~


2) Masa Senggang
masa senggang tu atau dengan kata lain nya adalah masa terluang antara satu subjek dengan subjek yang lain, contohnya kelas ECM pukul 10.00 am sampai 11.00 am. lepas tu free. 12.00 smpi 1.00 pm kelas ECG pulak. so, masa free tu dipanggil masa senggang. masa senggang tu merupakan SUBJEK paling digemari oleh student! 


3) Klinik/ Unit Kesihatan
ini la tempat paling best untuk berlatih jadi pelakon filem mahupun teater.masa ni la, buat muka sakit , suara lemah longlai, jalan huyung hayang, tak larat, semata2 nak dapat MC, skip kelas Lukisan Kejuruteraan  yang tak best/cikgu, lecturer yang garang


4) Skema
student Skema ni la merupakan kawan karib masa exam. wahhh~~~


5) Belajar
merupakan pil tidur yang paling berkesan berbanding dengan pil tidur yang disyorkan oleh mana2 farmasi di sekitar rumah anda. paling bagus kalau subjek yang tengah study tu subjek yang memerlukan pembacaan yang berterusan. 
contoh; sejarah, GEOLOGY


6) Kad Matriks.
alat yang paling bagus menggantikan pembaris semasa terdesak untuk menggunakan pembaris.





yang number 4 tu aku tak buat ye, tapi most of my friend did that. yang lain...setakat ni, aku buat semua kecuali NO 4. wahahah. number 6 aku buat masa jawab exam last sem. terlupa bawak ruler, kad matriks jadi mangsa, sangat berguna rupanya kad matriks ni, multi-purpose! siapa la yang cipta kad matriks ni ye? hehehe


ps; penat wooo minggu ni! sampai aku pergi kelas pakai selipar je. tak larat nak pakai kasut lawa2. melecet kaki aku cari kelas tak jumpa. eh budak sem 3 sesat lagi kat kampus sendiri. oh shut up~~ kampus aku sedang pesat membangunkan bangunan2 baru yang aku sendiri belum pernah explore.



_thank you baca entry nohfee_

4 comments:

  1. hahahahaha....ak pon guna no 6 tu,,,!!

    ReplyDelete
  2. bukan cuti sem ke sekarang ni?

    ReplyDelete
  3. @Nasriq nasriq...tu untuk budak degree la.. saya diploma. ;)

    ReplyDelete