my medulla oblongata

Monday, July 11, 2011

Home » Futsal! futsal!

Futsal! futsal!

SALAM

jyeeaaahhh. at last satu kelas aku semalam ramai2 berkumpul p main futsal dekat futsal mak mandin *ini la kot nama tempatnya*

bangun pagi2. macam biase la.. tak de la pagi sangat aku dengan kawan aku bangun semalam. dalam pukol 8 suku kitorang bangun, siap2 nak p main futsal. dan teka la aku dengan kawan2 aku ni semua pakai baju apa? yeaaahhh betol tu! aku dengan kawan2 aku pakai baju macam nak p mid valley, one utama, klcc, jaya jusco seberang perai la. cmon feera, kau kat penang, bukan dekat kl. 

ini kira macam family day untuk kelas aku la. disebabkan ade la beberapa orang kawan aku yang dah pindah kelas, so...motif utama adalah untuk jumpa balik kawan2 yang dah pindah kelas dan kenal dengan lebih "rapat" dengan kawan2 baru yang baru masuk kelas kitorang. 

"rapat" hang la feera oi! depa tu ada awek dah semua. 

betui ka?? ok fine. 

oh kenalkan..ini la kawan aku, Faizul yang paling suka tiru gaya aku senyum. errrkkkk. 

budak2 lelaki kelas aku datang mai amik kitorang dekat kolej *budak laki mostly duduk luar dan bawak kenderaan sendiri*, dan ramai2 pergi dekat tempat futsal tu. masuk masuk je kereta, aku dah baca bismillah dah.. bukannya apa.. tapi.. err,, aku hanya percayakan 3 orang je dalam hidup aku kalau nak naik kereta..which is bapak aku, abang aku dengan kakak aku. in fact aku bawak kereta sendiri pon aku tak percaya kat diri aku sendiri.

waittt feera? sejak bila kau reti bawak kereta? lesen motor pon tak ade lagi!

ok fine.

lepas dah bayar court, kitorang tunggu giliran. after budak laki main, kitorang pulak main. makkkk aiiihhh.. psaipa depa dok p tengok kitorang main, ni yang aku nak pengsan ni. angpa kalau tak tengok kami main bulih dak? sebab....... 

dulu, aku dengan jiran2 kawasan rumah aku ni dulu, waktu kecik2 suka main bola sepak. setiap kali main bola sepak je, mesti aku akan lari, dan bila aku lari je, mesti jatuh sebab terpijak bola ataupon nak berebut bola.



dan benda yang aku nak jauhi tu la yang terjadi, akhirnya bontot aku menyondol juga ke tanah. gedebuuuukkk! masa tu tak pkiaq sakit dah. dok pkiaq, ramai tak yang nampak aku? tiba2 aku dengar kawan2 lelaki aku dok sebok gelak dan buat pertanyaan stereotype

"eh, dia ni ok tak?"


"maaaaaakkkk cheqqq malu!! awat dok jatuh depan depa! ohmaigooddd"

eh feera, kau memang bukan selalu jatuh depan orang ka?

==" yeah yeahhh

sempat posing walaupon penat lari . ulang balik semula BERLARI, bukan nye tendang bola. hahah

lepas dah penat main 1 game *baru 1 game je* terus kitorang melantak spagethi dengan mihun yang kawan2 aku bawak. wowww! dah boleh jadi menantu dah dorang ni. 

lepas dah main futsal punya la lama ... kitorang satu kelas pon gerak pergi makan dekat Gelas Besar. well, at first..aku tengok apa yang besar nye kan kedai ni. rupe2nye gelas die seriously BESAR. dan harga segelas RM1-RM1.20 je. wow wow. jom ramai2 p makan dekat Gelas Besar depan Politeknik seberang prai ni. oh lupa nak bagi tahu. apahal la dalam kereta kawan aku tu, dok pasang lagu cintan cintun ni. ini yang aku lemah ni...dok ingat kisah silam, nasib baik tak kluaq lagu Cinta Matiku, kalau tak Mati aku nak dengar lagu tu! thank God, depa tukaq stesen radio. traxx fm pon traxx fm la... afiq oi.. 


berlepak ramai2. yeaahhh kelas D., huihh assabiyah betui. oh hye budak civil. ;)

lepas dah buat kecoh, makan dan minum dan lepak, aku dan kawan2 aku dihantar pulang oleh mereka. seriously korang baik woiiii. duit minyak tak yah bayar. thanks a lot guys!

then tadi.......kelas pukol 8 am.


"feera bangun feera! dah pukul 7.30!" kawan aku kejut aku.

"whaaaaatt?? weh kau mandi dulu, aku gosok baju...auchhhh!!! weh peha aku wehh! "

"peha aku pon sama jugak feera"

well, masa ni la baru teringat..oh semalam before main futsal, kitorang tak buat regangan pon. errm tapi kalau buat regangan pon sure akan sakit jugak.al maklumlah, budak2 yang jarang beriadah ni, muscle kami memang manja sikit.

kitorang pon pergi la kelas. la... rupe2 nye semua budak perempuan pon sakit kaki jugak ke? wahh, memang bertuah betul. budak laki buat relax je. al maklumlah tiap2 hari practice futsal. =="

woi! next family day aku tak nak main futsal dah! aku nak pergi berkelah! SEDIM jom? ;)

overall, aku dah mula rasa something dengan budak2 kelas aku. bukan rasa love eiw eiw tu ke hape.. tapi aku rasa sayang gila dekat depa semua. sebab entah..aku rasa aku rapat sangat dengan dorang. dan, next sem aku masuk kelas D lagi ye.. ;)

betapa ramai nya bdak kelas aku, bawak satu kampung .


classmate perempuan .. 




classmate. oh yea, aku lagi tinggi dari budak laki tu kan? oh well, i knew it. ;)

ok. itu saja entry aku kali ni. thank you baca entry nohfee.

kalau suka, boleh LIKE


4 comments:

  1. yeahhh terbaik kelas d...lps ni jgn lper invite ktorg lg ek..he2

    ReplyDelete
  2. gambar yang 1st tu... gaya senyuman sama la...

    ReplyDelete
  3. @Anonymous hehehe. arrasto! ;)
    oh anda siapa? macam mana nak invite? LOL.
    *len kali letak nama sendiri ye. ;)

    ReplyDelete
  4. @Nasriq tu la psl. dh die meniru. hehe

    ReplyDelete