my medulla oblongata

Wednesday, July 20, 2011

Home » Rokok dan Flat 3A

Rokok dan Flat 3A

SALAM

hai. friend, enemis, frenemies. errr. wujud tak frenemies? lantak la. oh btw, kali ni, aku bukan nak keluarkan pasal isu ye kawan2. tapi ini adalah topik yang aku nak cerita dekat korang.

pergi mid valley. yes mid valley. dah lama tak pergi sini. sebab dok busy pergi jusco seberang prai dgn sunway carnival tak pon pacific dekat penang tu. errrr. ok sambung. aku dengan kawan2 aku ni pergi ke mid dengan dipandu oleh kawan aku, akina. she's the one who drove the car! kitorang pon nak pergi amik la kawan aku sorang lagi, fatin dekat rumah die dekat puchong., dekat koi kinrara. at last kitorang terlepas simpang, terussssss je pergi ke astro. wow wow wow. baju dah meletup dah ni. macam nak p audition af. =="

nasib baik la kawan aku yang driving tu jenis yang cool. seriously cool gila. kitorang pusing2. akhirnya sampai la jugak dekat rumah si fatin ni. kitorang sampai ke mid dalam pukol 1 lebih selepas habis round2 cari tempat parking, oh goshhhh, aku nasihatkan siapa2 yang nak p mid valley tu, tak payah nak drive sangat la kannnn. naik public transport je laaa. serious nak cari parking susah. 

next, aku dengan kawan2 aku pon plan nak p tengok harry potter. as usual, filem2 blockbuster ni mesti la ramai gila peminat dia kan? so, tinggal 4 tempat kosong kat depaaaaannnn sekali. oh , memang tak la aku nak sakitkan tengkok aku semata2 nak tengok emma watson kan? oh sangat tak berbaloi.

kitorang pon tengok la cerita...Flat 3A. ok cerita melayu, pengarah baru. nak jugak tengok apa hasilnya. disebabkan kawan aku yang fatin ni dah kempunan sangat nak tengok cerita melayu, so kitorang pon masuk la pawagam , tengok cerita tu.

ok, firstly aku nak bagi taw.... at first, cerita tu sangaaaaattt la stereotype! hantu ju onn memang takkan lari dari menjadi hantu dalam filem2 seram tempatan. tak faham aku. lepas tu ade je lagi taktik lama nak terserempak dengan hantu....wave radio tu berubah2. errrm..tak nak kupas banyak2. sila ke link ini nak baca. 

tapi yang minit2 terakhir masa dekat atas bumbung tu ok la. tak pernah lagi kot ada ustaz lawan "hantu" dekat atas bumbung rumah. yang lain dari lain jugak. ini la antara filem yang aku tengok ustaz nya tak pakai WHOLE baju putih + serban.  ustaz dalam cerita ni..cool. pakai baju kaler biru, dengan kain merah. 

ini la ustaz nya. cool!


dan diakhir cerita jugak, ada twist . orang yang kita tak sangka , boleh jadi anak kepada bomoh. kira berkait la cerita ni.. boleh la pergi tengok. 

out of 10, aku bagi rate cerita ni 4 la. 4/10. 4 disebabkan ade twist character diakhir cerita. itu aku puji. dan pasal pakaian ustaz tu dan scene atas bangunan tu. yang lain.... ermmm..? biase2 la. hantu merangkak.. errr, itu part yang sangat spoil mood aku nak tengok cerita2 seram tempatan ni. hantu merangkak. c'mon la...guna idea lain la... kalau tak melekar kat dinding, mesti merangkak. haiyooooo

"hantu" filem ni.


bila bercerita pasal rokok ni,  tadi masa aku nak balik rumah, aku naik la satu lif dengan lelaki ni. makkk aiihhh, die merokok dalam lift. woi, tak nampak ke dah tertera dekat situ, no smoking? awat dok smoking jugak? ni bahasa inggeris dapat pangkat berapa masa spm dulu cheqqq? awat dok teqok sangat english tu? simple english pon tak boleh faham ka? =="

err aku ni memang pantang sikit kalau ade orang smoking duduk kat sebelah aku. lagi best kalau dok semboq asap dia. rasa macam nak suruh dia kunyah ja batang rokok tu. sighs.

apa yang best sangat rokok ni?

kalau suka entry ni, boleh LIKE 

4 comments: