my medulla oblongata

Sunday, August 21, 2011

Home » Puasa...ohhh Raya..!

Puasa...ohhh Raya..!

SALAM

siapa dah beli baju raya????

#oh c'mon...aku tak beli lagi baju raya. 

tapiiiiiiiiiii

aku dah beli tudung raya. nampaknye, baju raya aku tahun ni mestilah dalam lingkungan coulour ungu atau pink2 cerah sikit. #hope dekat jalan TAR tak kan habis baju kurung. sighs. 

TAR? oh deeemmm. teringat kisah lama. Tajudin And Rahman.

semalam,aku dengan kawan2 aku pergi la ke uptown. oh no no no..bukan uptown kat damansara tu ok. ini dekat Perda punya uptown. well...memang baju kurung ni mahal2 ke? adoi. memang la best, aku bawak  limapulohhenget , ade hati nak beli baju kurung. beli pashminar dengan inner je la jawabnye. tak pe, sabar sabar...

kalau ikutkan hati, memang segala jenis pashminar aku nak beli. sebab memang cantik2. tapi harga die..seriously..buat aku rasa macam "ok, sabar, aku boleh dapat harga lagi murah dekat jalan tar." lepas ni aku kena belajar cakap penang la woiii. kalau aku cakap bahasa aku ni, kompem SUSAH nak dapat murah., adoi..adoi...

thanks jugak kat budak2 kelas aku yang jugak turun padang teman aku dengan kawan2 aku "bershopping" mata dekat situ. thanksss noohh. ok lah berbalik pada cerita hari puasa dan raya aku.




tiba2 aku teringat masa aku kecik2 dulu, masa umur aku 6, 7, 8 tahun.. aku suka main bola sepak dengan jiran2 aku ni. al maklumlah, jiran aku yang perempuan ni pon jenis kasar2 jugak. then main dengan lagi sorang jiran aku. aku panggil die 'abang'. sebab die tua 2 tahun dari aku. dan jugak adik kepada abang ni..aku panggil die 'adik' sebab dah die memang adik. kitorang ade 4 orang dan buat team 2-2. aku pon memang akan group dengan 'abang' ni la..sebab aku tak pro sangat main bola sepak ni. takat tendang free goal boleh la.. so die la yang akan skor banyak. then bila dah letih, kitorang pon akan rehat jap.bersembang sembang. errr dan pada waktu itu la, aku akan cakap

"eh jap, nak balik rumah jap, nak pergi tandas".

padahalnyeeee...aku bukan pergi tandas, aku balik rumah nak minum air. plan mula2 nak minum air dekat peti sejuk. tapi aiseyyymannn mak pak aku ade pulak dekat ruang tamu. takot kantoi, aku pon minum la air sinki. legaaa anak tekak aku. then sambung balik main dengan penuh bertenaganya! 

pernah tak korang tengok cerita SPANAR JAYA masa dulu2? ala....yang wardina safiyyah dengan ahmad idham berlakon tu. pasal mechanic..? ok ingat? ha..aku pon bosan2 main la macam tu jugak. tapi kat rumah aku takde kereta nak dibaiki. so, aku akan cari kasut2 bapak takpon mak aku...takpon kakak  aku or abang aku punya kasut. kasut2 or selipar depa ni selalu tersekat batu kat tapak. batu2 kecik macam tu la..so, aku akan buat macam..tengah ada dekat bengkel..ala2 macam cerita spanar jaya tu..korek selipar dengan spanar. habis bogel bunga dekat tapak selipar/kasut depa. yang penting, aku buat benda tu dengan jiran2 aku. awww. sungguh bahagia kami semua.


#macam biasa , bila dah letih, aku akan masuk rumah... dan buat la 'kerja' aku tu.

bila dekat2 nak bukak posa, tengok jejak rasul. oh..lamanya aku tak tengok jejak rasul ni. bila dah besar sikit, waktu tunggu bukak posa, aku tengok cerita ANAK-ANAK RAMADHAN. lepas tu, 2 tahun or 3 tahun lepas tu, muncul pulak cerita DIARI RAMADHAN RAFIQUE. masa tu aku dah besar la jugak.tapi layan je la cerita budak2 tu. al maklumlah, nak mengisi masa lapang sebelum bukak posa. hilangkan rasa tak sabar nak minum air oren/sirap/limau/carrot susu atas meja tu. 

bila dekat nak raya, seminggu or 2 minggu sebelum raya, parents aku akan bawak kitorang pergi shopping dekat jalan tar. kiranye, memang dari aku kecik sampai la aku dah besar panjang ni, jalan tar tu memang favorite place nak shopping raya la. masa shopping tu la..aku memang tak tahan nafsu betol. apa tah lagi, bila banyak pulak jual air2 tin yang sejuk2 dan sedap2 pulak tu kat tepi jalan. teros aku pujuk rayu mak aku nak beli air tu. tapi bila dah beli..mak aku tanya 'fira dah betul2 tak tahan dah ke?'. masa tu aku dah berbelah bahagi. aku teros tak jadi minum air tu. alamatnye tunggu je la masa bukak posa nanti.

dan perkara yang sama berulang la sampai aku dah masuk darjah empat. fikiran pon dah matang sikit. opss. matang BANYAK. 

tapi sekarang ni..jangan haraplah nak dapat semua tu lagi. sekarang ni, jangan kata nak main bola sepak, nak main badminton pon aku dah malas. nak pegang reket tu..tok sah cite la...dah berhabuk dah reket belakan pintu bilik aku. #wait, betol ke belakang pintu? entah la kat mana tah reket tu..

kalau masa kecik2 tunggu azan maghrib sambil tengok cerita jejak rasul..sekarang ni tunggu azan maghrib depan laptop..menghadap laptop. kalau tak facebook, aku tumblr, kalau tak tumblr, aku blog. tak pon, aku tidur sampai bunyi azan. 

kalau masa dulu2 aku pergi shopping dengan family aku, sekarang ni shopping dengan abang aku je la nampaknye. shopping last minute la kan..dah aku pon balik rumah dekat2 nak raya. tapi yang best nye shopping last2 minute ni, baju raya..makkk aihhh serious murah2 gila. especially malam raya. sebab aku selalu shopping masa malam raya. percaya atau tak, last year baju raya aku cotton harga RM32 henget je..termasuk dengan tudung aku. jimat kosss.. last2 nak bagi perabih duit jugak, aku beli cardigan. yang best nye shopping malam raya ni,  masa tu la akan ade lintas langsung salam lebaran tv3 dekat jalan tar. sesak tak yah cerita la. sebab tu la kegunnannya LRT! nampaknye, tahun ni pon aku kena bershopping macam tu jugak la. shopping last minute. 

well, raya dekat KL pon best je kot.. it depends on how you'll seize the day. 


tapi raya kat kampung, kurang sikit warga asing. tu yang nampak kemeriahannya. rasa macam dekat negara sendiri. tapi kalau raya dekat KL ni, rasa macam raya dekat oversea. awwww! yeahh..raya dekat indonesia! yeaah bebeh!


_thank you baca entry nohfee_


7 comments:

  1. haha...xsngka nohfee cmtu masa kechik..ingtkn nofee feminin macam sekarang..wow... haha...pape pown nice ntry sis =)

    ReplyDelete
  2. waa weee~.. raya dah dekat nak seminggu lagi kan.. tahniah ye dah beli2 persiapan raya.. saya dan famili mungkin esok dah nak gerak ke bandar membeli belah.. aha

    ReplyDelete
  3. tak penah shopping kat kl..rse mcm nak shopping sane je..tp since mj tak gemar kan jln2 kl,mmg tak p la kan..haha..(tggu laki i bwk i p kl..haha)

    ReplyDelete
  4. @Gen2Merah wahh smoga selamat smpi ke destinasi. ;)

    ReplyDelete
  5. @MJ
    mj, sebb tu la kegunaanya public transport. heheheh

    ReplyDelete
  6. haha.
    kita geng ar.
    dulu air paip pun jadi lepas main bola dengan member depan rumah. haha!
    btw, selamat hari raya! (:

    ReplyDelete