my medulla oblongata

Saturday, September 3, 2011

Home » HARI RAYA.HARI RAYAAAAAA!!

HARI RAYA.HARI RAYAAAAAA!!

SALAM

and a big big hello to all.. 
berlalu lah sudah ramadhan. baru hari ini aku nak update. aku straight to the point je la. ok, shopping raya aku kali ni, sangaaaatttt la "takat dannn ja".  baju raya aku tahun ni? jubah hitam bunga pink. dengan baju biru. yang baju biru ni sebab nak bagi sedondon satu family tahun ni pakai kaler biru. tak pe la..bagi can la tahun ni boria dengan family. tahun depan kakak aku dah tak boleh nak boria dengan kitorang dah. al maklumlah, dah nak kawen. opssss!

nak dijadikan cerita. 3 hari berturut2 aku bershopping di jalan tar. seriously banyak betul umat dekat sana. hari sabtu, aku p shopping malam. masa tu, aku rasa macam 
"eh eh, orang kl ni tak reti nak tidur ke apa?"
seriosuly pack macam ikan sardin. apatah lagi aku ni pendek. lagi la rasa macam lemas duduk dalam kelompok manusia2 yang berebut2 beli baju raya. 3 kali jugak lah aku pusing2 tempat yang sama dengan abang aku. sebab nak cari baju untuk dia. last2 aku dulu yang beli baju. bertuah betol. 

aku rasa la kan, kalau korang berada di tempat yang sesak macam jalan tar masa malam raya ni, tips untuk korang tak terpisah dengan kawan/adik/kakak/abang/bf/gf adalah pegang tangan. seriously, bila dorang pegang tangan kau, takde siapa yang berani nak putuskan pegangan tangan korang tu. dan untuk kau mendapat space yang besar supaya kau tak lemas masa tengah berjalan tu, sila lah besar2 kan badan tu. buat macam kau perlukan banyak space. ;)



hari raya pertama. 
tunang kakak aku datang beraya dekat rumah aku dengan adik beradik sekali. lepas dah habis makan pe semua, aku dengan kakak aku join venture dengan depa p beraya dekat rumah PM dekat putrajaya. seriously heaven gila makanan2 kat situ. sangat banyaaaakkk jenis. tak jumpa pulak aku dengan PM kita. yang aku jumpa Dato shahrizat dengan Dato hisyamudin. itu je la kot menteri yang aku kenal. duh~~ no wonder sejarah aku dulu tak dapat a+. LOL




rumah terbuka PM kat putrajaya






hari raya kedua..
.masih berada dirumah. sangat la membosankan. aku dah mula bukak buku calculus, study untuk test yang akan datang ni. biaselah, orang takde kampung macam aku ni, hanya beraya di bandar je la kan~~ =="

hari raya ketiga. pon sama. bukak buku. habiskan assignment(s).

hari raya keempat cousin aku datang rumah. aiman. seriously lama jugak la die tak tidur rumah aku. and, semalam, we have a very good night. buat pillow talk. bersembang2 dengan adik angkat dia la boyfriend dia la.. well, girls kalau dah ade geng, mestilah akan bercakap tentang life with their partner. and i was like.... ok, i don't have any. so shut up. LOL. 
dan malam tu, aku pergi rumah pak andak. which is abang kepada mak aku. bersembang2, makan2 dan tengok babies yang sedang membesar, seriously i want kids! seriously cool gila tengok cousins aku main dengan anak2 dia. awwwww 

so, hari raya yang ke lima dan seterusnya adalah hari untuk aku fokuskan diri aku pada assignment yang BERLAMBAK. and there's only ONE DAY LEFT before i'm going back to penang. oh goshhhh tolonglah panjangkan lagi cuti ni. suffer doe cuti2 ni. ingatkan masa dekat mrsm je kalau cuti bagi homework melambak2. rupe2nye universiti pon sama jugak. noob noob...

ok la, aku rasa aku nak start buat novel balik la for the next entry. dah ade cerita baru! <3


_thank you baca entry nohfee_

6 comments:

  1. hoho... selamat hari raya ke... hari ni ke berapa ha?

    ReplyDelete
  2. @Tukang Karut hr ni hr raya ke lima la tukang karut, ni mesti sibuk sgt mkn lemang smpi lupa hr raya ke berapa dah. hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha, g rumah PM ey? dpt duiet raya x? huhuhu

    ReplyDelete
  4. @Azham Vosovic xdpt. sob .. dpt kerepek bawang je. tp bungkusan die lawaaaa. haha

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya...eh saye dah terdoakan awk dpt list dean lah. :)

    ReplyDelete
  6. @sitihanisahali selamat hari raya. hehe. terima kasih.. =)

    ReplyDelete