my medulla oblongata

Wednesday, October 5, 2011

Home » This Drama.is..really..really...

This Drama.is..really..really...

SALAM

waaa tinggal 1 lagi paper! macam tak percaya aku dah buat final exam. yang paling aku tak percaya nya, aku dah jawab exam. walaupon masa sebelum final tu, aku rasa... apa sebenarnya yang aku dah belajar? ok, sangat la student....masa dekat nak final baru nak pulun. baru nak call lecturer, kata nak jumpa. baru la nak tanya lecturer itu ini. kesian Miss Farah kena layan soalan aku yang bertimbun macam guni tu semalam. 

jgn tanya aku, apa dia tulih. haram aku nak faham


korang pernah tengok cerita 1 liter of Tears tak? alaaa... yang cerita perempuan ni ade satu penyakit yang tak boleh nak disembuh tu. serious cerita tu sangat la memberi impak pada aku. ni la cerita kedua yang aku tengok yang aku rasa sebak sangat. dan adalah cerita pertama aku menangis tengok. 

aku kagum gila dengan Aya(watak utama) yang struggle gila2 untuk hidup. walaupon dia dah tak boleh nak hidup, tapi, die cuba jugak untuk berjalan sebab die takot kalau die tak praktiskan berjalan, die takkan sembuh. in fact, memang penyakit tu tak boleh nak diubati pon. dalam masa tu jugak, kawan die, Haruto datang bantu die. ada dengan dia, bila dia sangat2 perlukan si Haruto ni. sampaikan at one part ni, Haruto confess yang die suka dekat Aya. tapi Aya cakap, die mintak maaf sebab tak boleh nak return back anything to him. sangat kesian.

part yang lagi menyedihkan bila tengok parents Aya ni, yang sangat supportive. family Aya yang jaga die sampai la saat die mati. adik perempuan dia yang jenis macam tak ambik kisah hal keluarga berubah jadi seorang yang lebih bertanggungjawab. teruskan cita2 Aya yang tak kesampaian.

tiba2 aku fikir2, kalau orang macam tu....die mesti nak sangat peluang untuk berjalan, peluang untuk hidup, peluang untuk luahkan kasih sayang, peluang untuk menangis. tapi aku? dah ada peluang, tapi sia2 kan. so azam aku kali ni, aku akan hargai setiap apa yang aku ade dalam hidup ni. aku takkan sia2 kan apa2 yang ada dekat sekeliling aku. 


dan.... ok, OST lagu ni sangat la best, bukan yang Only Human tu, tapi yang Konayuki. sangat la best. try dengar ekkkkk

aku dengan penuh rasa curiosity nya, terus pergi cari dekat 4shared lagu ni. dengan bantuan kawan aku yang memang tengok cerita ni, aku pon dapat la download lagu Konayuki ni. then tak puas hati takat dengar je buat apa... so, aku pon pergi search lirik lagu ni dalam english punya. woooaahhh so sweet! ini bukan macam lagu korea yang sorry sorry sorry ataupon yang ding ding dong ke apa tu sume k. ni lagu yang rock. 

then aku tak puas hati lagi, aku pon pergi bukak lirik jepun punya, start nyanyi bahasa jepun. wow! nohfee nyanyi jepun? walawehhhh. aku pon tak tahu la asal dengan aku ni. dah gila nak belajar bahasa Sarawak, Sabah. excited tetiba. sighs. 

ok la, apa2 pon, siapa yang belum lagi tengok cerita 1 Liter Of Tears ni, p la tengok. yang dah tengok. ok, good! #aku taw, cerita ni dah lama. aku taw aku lame sebab baru taw crita ni..aku taw..aku taw.. tak yah cakap.


_thank you baca entry nohfee_

2 comments:

  1. cerita ini mmng amat sedih.. laki pun boleh nangis kalo tgk sume siri.. http://miahahahahaha.blogspot.com/

    ReplyDelete