my medulla oblongata

Thursday, November 10, 2011

Home » » Stalking Ex. Perlu Lagi ke?

Stalking Ex. Perlu Lagi ke?

SALAM

kebanyakan daripada kita pernah la sekali dua bercinta seumur hidup kita. kalau tak sekali dua. mungkin beberapa kali. dan mungkin beberapa kali tu jugak la kita terkandas tengah jalan. alasan?

jodoh i bukan dengan dia la

dia tak pandai. aku mintak break

dia main kayu tiga!

nak tumpukan pada study laa

masing2 tak sedia lagi sebenarnya.


alasan break up, kemain banyak. padahalnya masa nak mintak couple tu ayat kemain berbunga2. masa sebulan dua tu la masa paling kritikal. masa tu la korang akan start pergi bukak facebook ex korang tu. tak pon stalking twitter dia sampai la no post to show anymore. betapa telitinya kita stalking ex kita. sebab kita nak tahu apa perkembangan hidup dia. dia dengan siapa. dia masih ingatkan lagi kat kita ataupun dengan kata lainnya adalah KITA RINDU PADA DIA.

so, pendapat aku senang sahaja....


bulan pertama, bulan kedua..bulan ketiga berlalu. 
hubungan masih lagi macam dulu
masing2 tiada hati nak kembali. 
mengapa perlu ditangisi?
mengapa perlu dikesali?

adat dunia, yang datang akan pergi,
tidak sesuai,membawa haluan diri,
kiranya jodoh yang hakiki,
pasti bertaut kembali.

facebook, twitter habis dicari,
bagi melepaskan rindu dihati,
namun tidakkah kau sedari?
dulu, kau pernah dia sakiti.

biarlah dia meniti kehidupannya sendiri
tidak perlulah kau terus dibayangi,
kehadirannya kembali disisi, 
itu semua hanya la mimpi di siang hari.

biarlah dia gembira,
jangan kau berduka,
ianya pasti sementara,
jodohmu sentiasa ada.

tiada salah mencari pengganti,
bagi mengubat luka dihati,
membaca komennya yang menimbulkan iri hati,
kerna hatinya kini sudah dimiliki.
dan kau bila lagi?

sampai bila harus kau menunggu?
terus menge'stalk komen satu persatu?
kelebihan apa yang kau terima dari itu?
menyakitkan hati, menambahkan dosa disitu.

bukanlah maksudku untuk menyuruh kau memadamnya dari senarai rakanmu,
aku pasti suatu masa,kau ingin mengetahui keadaan dirinya selalu,
adakah sihat seperti selalu,
atau masih berduka keranamu?


aku ada sekali stalk page twitter ex aku guna account kawan aku dengan harapan aku tahu tentang hidupnya. tiba2 aku nampak update dia


"kau tak payah la nak stalk twitter guna account kawan."

ok, aku TERFAKTAB. 






1 comment:

  1. check mine ,
    http://nurulannajihan.blogspot.com/2011/11/stalking-do-we-have-to.html

    HEHE ^^

    ReplyDelete