my medulla oblongata

Monday, December 5, 2011

Home » Entry Rojak. hamiiik ko

Entry Rojak. hamiiik ko

SALAM

3 bulan yang buatkan aku tak senang duduk. dok busy buat preparation kakak aku kahwin. oh congrats to my sis! dah kahwin dah dia ni. aku rasa sangat la havoc sebab mungkin kenduri kahwin ni kakak aku punya, so aku rasa macam aku ni orang penting jugak la. tak kesah la kalau orang kata

"eh eh, nama je adik, tapi takde nak menolong langsung.kesian mak dia buat kerja sorang2"

kalau ade la cakap2 macam ni, semoga orang tu dapatlah hidayah. sebab apa yang aku tolong bukan untuk menunjuk2. so chill baby. 

[source : pixelpro]

masa abang ipar aku lepas lafaz akad, aku pulak jadi sebak. *kemain* sebab ye la, lepas ni aku tak boleh nak tidur sebelah kakak aku. ataupon dengar kakak aku cakap "feera, jom main lukis2". haha. so, tinggal lah nanti aku dengan abang aku je yang akan ke hulu ke hilir dengan parents aku. tapi lama2 nanti abang aku pulak naik pelamin, tinggal la aku pulak. lepas tu aku pulak naik pelamin.. eh eh.. jap, dah merepek pulak.

lepas majlis akad petang sabtu, 26th tu, kitorang bertolak ke homestay dekat shah alam. ye la, sedara2 aku ni kan ramai. dan ade yang duduk jauh2. so nak bagi rest sikit, rehat dulu di homestay dekat shah alam yang kakak aku dah sediakan tu. rumah pretty big. tapi seriously aircond bermasalah. hey, macam ni orang sediakan homestay? kesian betul aku tengok. bayar mahal2 kau bagi macam tu je homestay? dengan kau tak sapu rumah tu dulu, kau terus bagi kunci?? memang sh*t sungguh.

malam tu majlis berinai. pihak lelaki datang berkenal-kenalan dengan keluarga sebelah pihak perempuan. kakak aku duduk atas mini pelamin dan salam2 dengan keluarga belah mentua dia. 1st time aku tengok majlis macam ni for real. kitorang yang perempuan2 ni... semua dok kat tangga tengok je.. agak2nye bila pulak turn aku.? ok aku merepek lagi. then esok nye majlis persandingan kakak aku dan abang ipar aku dekat dewan tabung haji. pakaian pengantin pink putih. family..peach. everything runs smoothly. alhamdulillah.

majlis berinai.

next story is MAAF. bukan nak rahsia2. tapi kalau aku bg taw dekat SEMUA ORANG like.. oh WEH AKU DAPAT FAST TRACK UITM WEHHHH. sat lagi ade yang kata aku ni bangga, bongkak, takabbur, belagak. dan aku decided untuk diamkan diri, tak bagi tahu orang lain melainkan orang yang betul2 rapat dengan aku. selebihnya, biar dorang tahu dari mulut ke mulut. tapi bila aku buat macam tu ada jugak bunyi2 kata

"SAMPAI HATI HANG TAK BAGI TAHU AKU" then touching.

weh hang nak aku buat lagu mana weh? tok sah nak buat aku rasa seqeba salah la kan. bukannya aku tak nak bagi tahu, kan aku dah kata, kang satg bila aku bagi taw ampa kata aku riak. haish. pening aihhh.

apa2 pon seriously aku mintak maaf for those yang aku tak bagi tahu. aihh statement retisss pulak aku ni. ok whatever it is, aku mintak maaf sangat2 dekat ampa smua. seriously UiTM Penang is the best la.. sebab mungkin kampus kt penang ni tak besaq mana, tapi aku rasa macam eventhough tak besaq, tapi aku rasa mcm unite la jugak. macam tengok bola ramai2 dekat LP hari tu. siap ade bawak bendera berkibar lagi. memang terbaeeeekk la. 

and kenangan aku dengan kawan2 aku dari sem 1 sampai sem3 seriously sangat2 la bermakna. aku jatuh terduduk ke, aku sedih ke, aku gembira ke, aku bahagia ke, semua dengan kawan2 aku. zaman universiti la bagi aku zaman paling the best, zaman sekolah..errrrrr  =,=



dan dekat uitm penang ni jugak la aku start bercinta. like REALLY falling in love. bila aku pikiaq2 balik, ada hikmah kot aku berpisah dengan dia. yela, kalau kitorang still on sampai sekarang la kan, tak ke rasa macam nanti kitorang akan hadapi hubungancintajarakjauh? kan dah derita disitu? LOL. but seriously to my dearest ex, aku appreciate gila kau sebenarnya. walaupon kadang2 blog aku ni ada jugak dok sarkastik pasal kau, sebenarnya adalah protes kepada aku tak boleh lupakan kau. ada kemungkinan jugak kau adalah first love aku. tu yang susah sangat nak lupakan tu. tapi takpe, aku boleh moving on. dan kau pon boleh teruskan hidup kau.  ada jodoh, kita jumpa lagi alright?

to those lecturers, seriously lecturers best gila. aku masuk university, baru la aku paham betol calculus ni. kalau tak, idokleee teman nak paham dok dekat mrsm dulu.

sorry guys for whatever i have done. we'll meet sooner or later. so chill out dude!

6 comments:

  1. Sis dah kawin, bila pula adiknya??

    Tajuk entri terbaru di blog JR:

    "Terima Kasih Mat Bangla, Terima Kasih!!"

    ReplyDelete
  2. ko dpt fast trak??? congraaaaatttssssss! XD

    ReplyDelete
  3. @fatin farzana hamid a'ar alhamdulillah aku dpt jugak. ;) thanks.

    ReplyDelete
  4. congrates fiera...xsempat nak jumpa ko aritu,,,xtw lak aq time aq lambai ko aritu,last day ko kt cni...hm t jgn lper try abc freedo ek kt cner,,best tu-cikinot

    ReplyDelete
  5. @Anonymous haha mcm tu la gamaknye cikin. eh abc freedo tu nk dpt kt mne?

    ReplyDelete