my medulla oblongata

Tuesday, December 6, 2011

Home » How To Propose a Girl?

How To Propose a Girl?

SALAM

Bila dah masuk musim2 kahwin, musim2 couple dan tak lupa musim2 break up ni, aku pon tergerak nak update entry pasal cara untuk propose a girl untuk korang jadikan girlfriend. ada sorang kawan aku tanya, like... macam mana nak propose perempuan tu untuk jadi lebih dari seorang kawan?

well, sebenarnya aku pon tak arif sangat. tapi aku perempuan dan aku rasa aku layak share pendapat aku sebagai seoarang perempuan *ececece*. sebenarnya mana2 perempuan pon memang kalau boleh nak la cara hubungan percintaan tu berputik sama macam dalam siri korea yang berpuluh2 episode dalam hard disk diorang tu. tapi, sebenanya perempuan ni berpijak jugak di bumi yang nyata. dorang tahu jejaka2 Malaysia ni tak akan ade nye la nak buat macam dalam siri2 korea tu semua. so, we prefer like these...


1) KAWAN.
sebelum nak menjalinkan apa2 hubungan, akar tunjangnya adalah kawan. be a friend first. kenal dulu perempuan yang korang minat tu macam mana perangai dia? dia ni tak suka apa? dan suka apa? tapi make sure, kenal tu jangan la sampai perempuan tu anggap korang ni best friend dorang sebab perempuan ni kadang2 perasaan die lain sikit. bila dah berkawan terlampau lama, perasaan romantik tu akan hilang. perasaan sayang sebagai kawan adalah perasaan yang berbeza dengan perasaan sayang sebagai kekasih. jadi , guys out there..kalau perempuan tu dah kata die anggap korang sebagai kawan dorang sahaja..she really means it.

duration kawan tu biarlah cukup macam mana korang kenal die, perwatakan dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. kalau kena dengan taste korang, make a move. kalau tak, boleh remain as a friend kan?


2) Don't be such a Lurus Guy.
apa tu Lurus Guy?? Lurus Guy ni adalah bila perempuan tu dah bagi hint(s), die still kayu lagi. tak tahu nak buat apa. terus die ubah topik. padahalnye die memang nak pon perempuan tu. tapi die buat bodo je pada setiap hint(s) yang perempuan tu bagi. tak ke rasa membazir kat situ?

 so, grab any chances. kumpul dulu chances yang ada. tapi jangan pegang chances tu lama2 sebab kalau dah lama, perempuan pon reti jugak erti bosan ni tahu? so, bila perempuan tu dah start bagi 2, 3 hints dan korang pon dah sedia untuk get involve in this love story, so make a move!


3) Jealous?? nahh...hold on.
memang la kalau dah suka dekat perempuan tu, kalau tengok je dia even BERCAKAP JE dengan lelaki lain, akan hadir satu gelombang api panas yang datang bergolek2 tunggu nak sambar je dekat lelaki tu.  but wait!!! at the very first place, fikir dulu WHO ARE YOU? WHAT'S YOUR RIGHT? jangan terus kongkong perempuan tu. perempuan ni jenis yang cepat buat penilaian pertama (First Impression). so kalau baru je kawan dah mula kongkong, apa tah lagi bila dah in relationship. confirm perempuan tu reject awal2. 

tapi kan, kalau dah rasa diri sendiri tu tak sanggup nak tahan tahap curiosity sendiri tu. aku faham.. kaum gagah ni kan memang penuh dengan tanda tanya kan? so, kalau dah teringin sangat nak tahu siapa lelaki yang perempuan tu bercakap. tanya je la. tapi jangan tanya marah2 pulak. boleh tanya like..

"eh tu bf u ke?"

or

" eh macam kenal la lelaki tu.. but seriously i lupa. kawan sekuliah kita masa kat diploma dulu ke ek?"



4) Her Problems, Your Problems.
ye la, kalau nak tambat hati perempuan ni, tambat dulu masalah dia. kalau dia tengah ada masalah, try la join sekaki. masa tu la bergunanya ayat2 yang manis ni. bagi je ayat2 manis supaya perempuan ni boleh chill up. kalau boleh tolong, bagi la dia idea untuk dia selesaikan masalah tu. masa tu perempuan dah boleh tersangkut dah dengan lelaki. 


5) Make a Move.
ok, bila dah betul2 kenal. make a move. kalau nak propose jangan la buat benda yang common. cari kreativiti. perempuan ni jenis yang akan ingat moment penting yang berlaku. so make it sweet. cari kelainan? how to make it difference? ok ce try macam ni...


ok then suruh die selesaikan. kalau die blur2 ayam, korang pon boleh la buat mcm ni pulak


nampak tak kat situ? kalau nampak, GOOD. kalau tak nampak, cuba tengok2 lagi apa yang cuba aku sampaikan kat gambar tu...

that is the easiest way for you to say I LOVE YOU to her.  ok fine, aku cilok idea ni dekat tumblr. tapi tak salah pon kalau korang nak try... then cakap dengan girl tu

" I Love You + You Love Me = In relationship... will you..?"



amacam?? ok boleh la try macam ni nanti ye. itu je la kot tips yang aku boleh bagi.. selamat mencuba! *wah dah macam Jalan2 Cari Makan pulak trademark 'selamat mencuba' tu"


let say kalau kena reject, jangan terus tak contact dia. taw. kan korang kawan? so kawan je la... buat macam biase je. kalau korang buat kekok, perempuan tu akan jadi lagi kekok. well actually perempuan ni jenis yang just go with the flow. kalau korang ok, kitorang pon ok je sebenanrnya. chill guys. :)




9 comments: