my medulla oblongata

Wednesday, December 21, 2011

Home » Lifeless.

Lifeless.

SALAM

bila bercerita tentang lesen. aku terdiam. 

"eh, kau amik berapa kali lesen weh?"

ahh aku punya suka la aku nak ambil berapa kali pon. ada aku kesah? 

duduk rumah, makan, tengok tv, goyang kaki, pergi pasar malam, tweet benda merepek adalah diantara perkara lumrah yang aku lakukan kalau musim cuti terlampau. dan paling bagus untuk proses hibernisasi. bak kata jiran aku, duduk rumah ni, kita hanya mem'bear'kan diri kita. oh sungguh kiut perumpamaan kau itu. ye, sekarang ni aku dah jadi bear di rumah.


dalam proses mem'bear'kan diri aku di rumah,syukur alhamdulillah ada jugak rakan aku yang masih prihatin pada aku. jadi dengan itu, mereka dengan baik hatinya menghadiahkan digi easy prepaid!! 

wah *tepuk tangan*. pada yang ada boypren boleh la menggunakan digi easy prepaid ni bukannya apa, panggilan percuma nya kemain lama dari 12 am sampai 6pm. so, bergayut la dengan kawan2 ataupun lagi advantage pada yang ade boypren girlpren ni. segala aktiviti dekat uitm penang, rasanya aku khatam jugak la. dengan reporters kawan2 aku ni. baguih depa ni. 

dan yang paling best duduk rumah ni adalah belajar memasak. dulu aku pandang kuali, nak tak nak je, tapi kalau bab makan.. memang aku orang pertama duduk bersila atas kerusi dulu. dan sekarang bakat mak aku turun ke aku le gamaknye.

amik lesen kereta pon best sebenarnya. kau kena bangun pagi2 dalam pukul 7, terus mandi dan terus pergi dengar ceramah. paling best kalau repeat test berkomputer jpj dan kena bayar 50 henget. kau hado? 

ini membuktikan, kalau kau cerdik mana sekalipun amik medic sekalipun, kalau kau tak study untuk test, tak adanya kau boleh jawab. kau repat la berapa puloh kali pon. 

dan sebenarnya apa yang aku nak tulis dalam blog kali ni?? aku pon tak tahu. mungkin sekadar nak menceriakan suasana blog aku yang dah kusut masam dengan entry seminggu lepas. erm, barangkali dua minggu lepas... 



3 comments:

  1. Are you still in holiday? I don't see the date bila entri ini diposkan. But hell, saya nak cuti! :[

    ReplyDelete
  2. amiin...dptla dean list hendaknya..by the way nice blog. happy to be ur follower..feel free tgk my blog baitijannatijamilah.blogspot.com!

    ReplyDelete
  3. nanti da dpt lesen 4 sure akan jadi gile besi ;)

    ReplyDelete