my medulla oblongata

Monday, December 24, 2012

Cinta atau Penambah Rasa?

Bila kau single, seorang pon tak pandang kau. tapi bila kau dah berpunya. pap! sekelip mata ramai yang cuba mencuba kau. kau tinggalkan mereka yang cuba sailang kau dari dia. tapi kau yakin, pada kesetiaan kau. kata kau, 'kesetiaan aku jangan diuji'. masih berpegang teguh kau pada kata kata tu. kau lupa yang seteguh kata-kata kau, akhirnya lemas juga dalam layanan perasaan.

Datang seorang lagi, cuba menyapa kau. sanggup kau rahsiakan status, agar tidak diketahui. bukan berniat untuk menipu. tapi cuba membiarkan diri kau tenggelam dengan 'love bubble' ciptaan kau sendiri. kau cuba mencari yang lebih baik dari yang sedia ada sehingga lupa pada percaturan yang kau kira tidak mengikat kau dan dia. tiada komitmen kata kau. ah sudah.

kata orang "kalau kau dah ada pasangan, tetapi pada yang sama kau minat pada orang lain, pilih yang kedua, kerana kalau kau betul mencintai yang pertama tak mungkin kau berpaling pada yang kedua".

kata aku "semua itu bullshit". pernah kau dengar "tak cukup"? kau tak dapat apa yang kau nak bersama orang yang kau sayang. pasangan kau tak menghargai kau sebagaimana yang kedua menghargai kau. kau rasa sangat selesa dengan perhatian yang diberikan. tapi kau lupa, itu bukan cinta. tapi itu adalah penambah rasa. yang kedua tu hanyalah sebagai ajinamoto dalam masakan kau. jangan... jangan kau anggap tu cinta.

tiba masa, kau mulai bosan dengan pembawakan Si Kedua. kau mula rasa mual dengan caranya. kau mula menjauhkan diri. teringat pada yang masih menanti. kasihan dia, sudah berapa banyak kali , dia telah kau sakiti?

sudah. jangan sesekali kau mengungkit hal ini. biar ianya cermat disimpan dalam hati. pulang pada si dia yang masih menanti. memang kau nampak jahat menduakan dia dalam diam. tapi sudah kau rasakan penangannya bukan? sekurang-kurangnya kau sudah mengambil iktibar dan tahu dimana silap kau. kata orang ambil yang jernih buang yang keruh.




Friday, December 14, 2012

Dear Diary 1.

punya pening nak letak headline apa. main taram je la. oh ye,
hye bloggers!!!

woaahh i am so not into blogging anymore. ah twitter kau ni dasar perampas. merampas kebahagiaan aku berblogging sejak setahun yang lalu. takpe, aku bahagia sekarang. kehkeh

sebenarnya life dekat shah alam ni tak ada la teruk sangat yang macam aku bayangkan masa sem lepas. kalau semester lepas memang disaster habis. terumbang ambing jugak la hidup aku. dengan nak kejar perka nye lagi, dengan nak belajar nye lagi. memang tunggang langgang. sampai ada satu masa aku rasa give up. atas nasihat kawan aku dok bebel bebel suruh aku bersabar, now here i am!

via tumblr


aku mengambil pendekatan untuk rapat dengan budak2 satu kelas, so takde la aku lifeless sangat. tapi bila dah rapat satu kelas ni, akan ada yang mula ambil kesempatan terhadap kebaikan kau. tak kisahlah sama ada kawan kau sendiri mahupun yang tak pernah2 rapat dengan kau. tapi aku fikir, ini lah peluang aku untuk seize the moment! kalau aku tak buat sekarang, masa masa yang akan datang aku akan menyesal kalau tak buat. tapi.....



bila terlalu banyak kesempatan aku yang mereka ragut, aku seakan2 tak ada masa untuk diri aku sendiri. perihal keluarga toksah cakap la.. memang dah tak balik rumah dah... tiap2 minggu bila parents aku tanya balik tak? aku jawab tak. ahh kalau aku jadi parents aku, memang dah maki anak aku. tak reti nak jaga hati orang tua langsung! tapi, apa boleh buat, tanggungjawab aku tak terlaksan laksana. how about my responsibilities toward my parents? ahh berat otak aku untuk memikirkannya.

kawan kawan dekat uitm penang dah mula takut nak contact aku. kata dorang, takut ganggu masa aku. ahh serba salah dibuatnya. aku yakin, se sibuk sibuk aku ni , mesti akan ada hikmah nya jugak. akan nampak jugak hikmah yang terselindung. aku yakin tu.  

bila imbau balik kenangan aku dekat penang dulu, serius awesome! ada geng aku nak cari pasal dengan orang lain, ada geng back up kalau aku tak lepas nak kenakan orang tu, dan yang paling best, ada 3 4 orang yang aku boleh takrifkan sebagai soulmate aku. ikhlas dengar masalah, bantu dan sabar. i miss us. ahh kau ingat ni mesen masa ke apa? takkan dapat la kau nak kembali ke masa lama balik, walaupun sekarang kau terasa macam bodoh sebab pilih fast track sebab nak lupakan kisah silam kau dengan ex. gila punya kerja!

it's okay feera, u'll find your own trademarks soon. biarkan orang sekeliling kau nak gelakkan kau ke apa, kau teruskan dengan cara kau, kasi upgrade diri kau. kau pandang mereka dengan sebelah mata je nanti. seriously sebelah mata?? SERIOUSLY? yes.


"there're reasons why we met. either a blessing or a lesson."

till then, bye bye. 

Thursday, August 2, 2012

Wanita dan Cintanya.

SALAM


Andai hadir kau semata untuk menyakiti,
harap dapatlah kau undur diri,
sabar, kata hati,
tak sanggup melawan diri sendiri,
banyak yang telah cuba dihindari,
makin sukar pula dikaburi,
mengapakah perjalanannya mesti seperti ini?

Andai berumah di tepi pantai,
relakanlah jiwa kau tersadai,
bukankah kau cerdik lagi pandai,
mengapa masih takut hati kau digadai?
andai takut melihat masa hadapan,
 usah kau cuba mengukir senyuman,
metafora hati cuba disimpan,
alangkah dungunya cuba menyimpan harapan?

Keluar kemari,
kiranya kau berani,
usah kau bersembunyi,
seolah sedang bermain tarik tali,
katanya, hati kau sedang dicuri,
tunjukkan padaku dimana bukti?
usah kau fikir aku memahami,
selagi dirimu masih tercari cari,
adakah dia atau aku yang berada di hati?


Tersenyum kelat melihat kondisimu,
bahagia yang dirampas dari senyumanku,
 walau gagah berdiri  hati ku masih sayu,
berjalan jauh, namun hati masih disitu,
bersilih ganti yang datang membantu,
namun yang lekatnya tiada yang satu,
datang pula yang setia menunggu,
langkah seterusnya terasa dicatu,

pesan diriku pada saudara,
usahlah kau bermain hati si dara,
andai teringin mengujinya sahaja,
dendam si dara jangan sekali dilupa,
sayang mungkin pada mulanya,
bila terasa hati dipersia,
jangan kau lari dari dendam si dia.

pesanku diriku pada gender senjenisku,
andai dia memberi harapan dan berlalu,
usah kau berpaling melutut merayu,
terus menerus lalai menunggu,
ingatlah hadirnya setakat melihat dirimu,
andai bukan, berlalunya dari situ,
pedih bukan, begitu?

Fahamilah,
akan dirimu berjumpa yang terbaik,
yang berani akan cuba mendapatkanmu,
si pengecut pula pasti pantas berlalu,











Wednesday, August 1, 2012

Pulih.


Dahulu aku bebas,
aku bebas tersenyum,
aku bebas tertawa,
namun aku terkedu seketika,
mengenangkan parut kisah lama,
kisah lama bersama dia,
alunan lagu melankolik bersuara di jiwa,
nostalgia bangkit bersama duka,
atmosfera hitam menyelubungi lingkungan anganku,
sekali lagi aku terkedu,
percaturan yang ku kira benar pada mulanya,
kian berdarah, menghiris parut lama,
melutut ke bumi akhirnya,
makin galak hujan bumi membasahi memori,
memori dangkal yang ku kira suci.


Permulaan akan tiba pengakhiran,
alpa memikirkan kemungkinan,
aku terseliuh, terseret dijalanan,
luka angkara sendiri,
dituduh pula khilaf memori,
berbekalkan pemikiran keji,
terus berfikiran diri disakiti, 


Hari demi hari,
terus sahaja aku berlari,
tidakku mahu lihat kebelakang kembali,
bagai menjemput luka lama hinggap sekali lagi,
tidak tahu kemana arah langkahku,
pandanganku makin kabur,
terasa diriku longlai,
hampir terjatuh, terjelopok
lantas saja disambut terus,


parut lama kian pulih pudar,
kini, mula aku tersedar,
kisah lama seolah dongengan,
memori lama kubiarkan berkeliaran,
andai tersesat dalam perbicaraan,
ku biarkan ianya berlalu tanpa memberi kesan,
sudah ku reti memaafkan,
antara, aku dia dan perhubungan,
tiada lagi pertemuan,
mungkin juga Tuhan ingin buktikan,
bukan dia yang menjadi pilihan,


Tidak ku takrifkan kau sebagai pengganti,
jika itulah takdir nanti,
mungkin kau yang bakal kumiliki,
bukan autaliti, tetapi hakiki,
aku berserah,
andai kau jodohku,
akan kuhadirkankau disegenap bicara doaku,
agar kau dan aku bersatu,
membimbingku ke akhirat kelak,
andai kau jodohku,
didiklah hatiku,
agar dapat menikmati kemanisan hidup,
bukan sahaja didunia,
bahkan di akhirat sana.
amin.





Saturday, July 28, 2012

Lagu Lagu yang Boleh Dilayan Lepas Break Up.

SALAM

post aku kali ni, aku tak nak panjang panjang. cuma 

well

well

siapa siapa yang baru lepas break up, aku teringin nak sarankan engko orang dengar lagu lagu ni..


*bukak youtube*

1) Who Says- Selena Gomez

2) Pretty Girl Rock - Keri Hilson

3)Takdir -The official

4) Over It - Katherine McPhee

5) Memory- Sugarcult

6) Tired of Being Sorry- Enrique Iglecias 

7) Pergi - Couple

sama ada lagu ni bagi engko muhasabah diri sendiri sikit, takpon engko boleh bangkit balik dari rabak engko tu, boleh la dengar lagu lagu ni. bagi yang masih rabak tu, come on, this is not the end of the world. cinta sebelum ni, adalah guru kepada cinta masa depan. learn from your mistakes. engko dah ada pengalaman, jangan ulangi kesilapan lama unless kalau sampai sekarang engko masih rasa yang 'orang lama'; (baca sebagai 'ex') engko tu salah 100%

nasihat dari aku, sekarang ni jangan cari salah dia. cari salah kita, betulkan. dan jangan ulangi di masa hadapan. selagi kita nampak semuanya berpunca dari 'orang lama', sampai bila bila engko tak akan dan tak boleh maafkan dia. well bila tak boleh maafkan, sama la jugak erti macam engko tak move on. apa guna?


mungkin ada yang macam tak masuk lagu lagu ni. tapi aku sarankan je, nak dengar, dengar la. xD

okay, itu saja. bye bye




Sunday, July 22, 2012

Dear Sdare Sdari yang Cintakan Diskriminasi,

SALAM


ohayoo, konnichiwa, konbanwa, oyasumi semua! 

sekarang ni banyak betei produk yang bertemakan 1 Malaysia. ada tepung, gula, susu.. yang terbaru aku tengok taska 1 Malaysia. jyeaaaahhh! jadi tak heran lah kalau ada dekat bazar bazar ramadhan kali ni, ada yang dok jual murtabak 1Malaysian, Apam Balik 1Malaysia, dan seterusnya...

alhamdulillah, selepas 4 tahun tak dapat nak berpuasa penuh dengan family due to school days, university life.. at last! ramadhan kali ni aku dapat fully puasa dengan family aku. awesome! untung betei jadi budak degree ni. kehkehkeh.

bukak sem ni, aku tahu banyak lagi benda aku kena settle kan. banyak program anjuran PERKA. so , makin banyak lah surat yang akan aku produce. hebak hebak...bukan tu je, well, aku tak dapat kolej. ah kompromi apa ni aku tak dapat kolej? first time rasa kena reject woi. kurang asam betei tapi takpe, aku akan tetap cari jalan untuk aku duduk dalam.

apa sebenarnya focal point untuk entri aku kali ni? ah lantak. aku pun tak dapat nak kesan focal point nya dimana. aku bedal je lah cerita semua benda ye?

next! 

nak dijadikan cerita aku tak berapa nak baru balik dari satu kem ni. kem kepimpinan ABATA katanya. banyak jugak input yang aku terima. misalnya, apa peranan pemimpin. oh jadi pemimpin ni bukannya senang macam engko tanak nasi. jadi pemimpin ni berat tanggungjawabnya. bukan saja 'dihisab' oleh orang orang sekeliling, bahkan akan dihisab oleh Allah satu hari nanti. baik pimpinannya, ganjaran yang diperolehnya. buruk pimpinannya, maka sebaliknya lah yang diperolehi. nak tahu rasa jadi pemimpin, cuba cuba lah jadi pemimpin, lepas tu baru boleh mengata sini sana. 

mulut manusia ni sini sana dok kata 

"oh dia ni tak buat kerja ke?"


sedak betei mulut mulut kalian menyoalkan sedemikian rupa. adui. semua buat kerja lah. haish. kesian pemimpin kena tanggung 'hisab' dari kalian semua. tak kesian ke? tak kesian? ok.

lepas kem, cerita pasal bulan ramadhan. erm, bukan mahu mengutuk, tapi tolong pokcik mokcik sekalian, janganlah pandang enteng pada usaha remaja2 sekolah menengah/rendah yang datang ke surau/masjid untuk solat tarawikh. sesedap hati je pokcik mokcik kata 

"oh dorang budak2 je.. dorang tak tahu apa2 yang kat belakang tu solat kat depan"

tahu tak, "dorang" tu dah baligh?dah wajib macam pokcik mokcik untuk menunaikan solat. apalah hak kalian untuk merendahkan hak budak2 tu untuk 'berhubung' denganNya? itu secara tak langsungnya boleh mematikan semangat mereka untuk ke surau untuk berjemaah. asyik kena diskriminasi je. siapa tak marah yedak pokcik mokcik?

next berkenaan engineering. siapa kata civil engineering senang? meh bagi satu sem duduk bukak buku statics dynamics, calculus, solid mechanics, soil mechanics. ha.. tengok, senang ke idok?








ah kata senang? kenapa ternganga je bukak buku tu?? nah..




engko electrical ke, engko mechanical ke, mechatronic ke, chemical ke, civil ke.. kalau dah namanya engineering, takde benda yang senang tahu? ye ada la yang senang. subjek BEL, CTU yang kompem2 sdara sdari boleh skor A+ tu. tapi janganlah diskriminasi sangat. keji betei sikap.

bila kata oh budak civil tu dapat dekan lah. terus ada yang akan kata

"ah civil je. boleh la dapat dekan.."

cuba istighfar sikit sdare sdari sekalian. cuba lah sdare sdari ambik subjek dorang tu.. petik jari boleh terus jawab ke sampai kata civil tu senang? muhasabah diri sikit ye? 

konklusinya, teringin aku nak kata, cuba jangan diskriminasi terhadap sesuatu benda yang berada dalam persekitaran kita. orang sekeliling pandang keji pada awak awak semua yang suka diskriminasi. ingat, kita bukanlah hebak mana pon. hidup kita saling berharap pada orang lain. tak percaya? cuba tengok siapa yang pergi jumpa doktor dekat hospital. doktor sahajakah? atau ada pesakit dalam kalangan engineer, architect, businessman. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing. alright awak awak?

Tuesday, June 5, 2012

Nohfee's Life

SALAM

aku dah makin hari makin addicted nak tulis panjang2 ke dalam blog sejarah aku ni. hari ni, no tips, no whatever that can benefit you if you read this. tapi.......tapi... ah sudah. aku nak berblogging pasal aku.

barangkali aku terlalu memanjakan twitter. aku rasa twitter makin merepek dengan trending2 reality show korea la, nama penyanyi korea la. errrr... bukan aku marah ke artis korea ke apa. oh mereka langsung takde buat salah ke aku. tapi yang buat aku meluat adalah peminat2 hardcore artis2 korea yang tak boleh orang jentik sikit pasal artis kesayangan dorang. sekali orang jentik, habis trending nama dia dekat twitter. ahh noob!

well, dah 3 bulan aku belajar dekat shah alam. kiranya, kalau aku ni masuk plkn, dah kira layak dapat sijil plkn dah ni. satu jangka masa yang sangat lama bila dikira dengan jam mahupun minit apatah lagi saat. tapi sangat sekejap bila dikira dengan minggu ataupun bulan. 


kelas D(perempuan) awesome! -ihsan -amy.



pantang aku bila orang tanya 

"eh feera sem berapa?"

kaki mahu?

barangkali aku terlalu meletakkan high expectation pada  sesuatu yang aku akan dapat. bila dapat, terus jadi macam

"ohh wadda F? dah kenapa lain dari apa yang aku expect?"

tapi tahukah engko orang expect ni adalah benda paling bahaya sekali dalam hubungan cinta? bila engko expect pasangan engko untuk buat sesuatu..tapi end up dengan tak jadi, engko akan rasa kecewa. bila kecewa, engko dah bukakan satu point untuk ianya menjadi punca break up satu masa nanti. ah sudah. kenapa aku berbicara berkenaan cinta lagi? sudah sudah. 

tapi expectation ni penting jugak. bagi aku, aku expect future aku would be better than today. jadi disebabkan expectation aku tu, aku bekerja keras untuk capai expectation yang aku inginkan. 

well, kita boleh expect, tapi yang mengukur tahap buruk dari 'expectation' ni adalah sama ada engko meletakkan over expectation ataupun in moderate mode. betei kan mode expectation. jangan terlalu high, jangan terlalu low.  modesty is the best. 


-ihsan gambar facebook aku-



husnuzon. 

tahu apa itu husnuzon? mengikut kata seorang dari member aku, katanya husnuzon ni adalah bersangka baik. yes. bersangka baik. bersangka baik itu perlu. engko nak jadi seorag yang positif, mulakan dengan husnuzon. kebanyakan couple yang break up pasal cemburu ni kenapa? yes disebabkan kurangnya sikap Husnuzon dalam diri mereka. am i talking about love again? ok ok cuba la bersangka baik sikit ... ni sikit2 duk pikior ke arah lain. think out of the box, but still in the right lane. 

komitmen.

masa zaman diploma aku, aku sangat terikat pada komitmen. dan aku betei betei akan komited pada segala2nya. termasuk cinta. bila terlalu komited pada cinta, bila dah putus, satu rasa serupa fobia datang dalam diri mengatakan 

ahh aku tidak mahu komitmen!

disebabkan hal itu wujud satu hubungan dimana perasaan suka antara lelaki dan perempuan yang terhenti hanya disitu tanpa dilanjutkan ke fasa 'couple'. kenapa? kerana aku tidak sukakan komitmen. jangan salah sangka. komitmen yang aku tidak mahu terlibat adalah komitmen percintaan. selain itu, aku masih komited dengan komitmen kerja aku sebagai timbalan setiausaha *goncang pokok kelapa kuat kuat* PERKA ni.

entah macam mana lah aku boleh jadi salah seorang dari majlis tertinggi perka? padahalnya aku datang annual grand meeting sebab nak makanan free. almaklumlah, budak2 yang tak dapat duit ptptn ni memang sengkek sikit. dengan aku langsung tak pernah ada pengalaman jadi setiausaha. tapi aku tahu, ada hikmah. ada hikmah. look for the positives. bak kata member aku, husnuzon feera husnuzon....


wall of reminder aku


panjang pulak aku membebel. ada apa aku kesah? sebab aku tahu, ramai yang akan skip baca part ni. ahh sudah. aku hanya ingin meluahkan. engko engko di luar sana dibenarkan mengadili aku. tapi bukan didepan aku, tapi dibelakang aku. aku benci orang yang mengadili diri aku dihadapan aku. secara amnya, aku akan bangkang segala benda yang engko engko orang luar sana yang adili di hadapan aku. ada aku kesah?


aku tahu aku degil. aku 20 tahun. masih berdarah panas. lama lama dah suam, aku akan ok.


bye!



Friday, June 1, 2012

Apa Itu 'Friendzone'?

SALAM

hey hey hey feera datang lagi. banyak pulak aku update blog kebelakangan ni. barangkali tension punya pasal. oh tension apa? tension tengok drama jepun barangkali.

aku bedal je panggil dia ni Haruto


ok dah dah. kalau cerita pasal cerita jepun, sampai besok pun belum tentu habis.  tapi kalau cerita tentang Friendzone, mungkin hari ni boleh habis kalau engko orang baca sampai habis. 

so, apa itu Friendzone?

Friendzone adalah keadaan di mana engko orang mengehadkan batasan perasaan engko orang kepada seseorang atas sebab sebab tertentu.

contohnya?

aku tak boleh la suka kat dia sebab dia classmate aku

ha bila engko orang dah sebut perkataan tu, secara tidak langsungnya engko sebenarnya sudah friendzone kan kawan engko tu. faham tak?

kebanyakan orang akan friendzone kategori kategori seperti ini

- Classmate
- Kawan Baik
-Jiran
-Lelaki yang lebih muda dari perempuan tu
-Perempuan yang lebih tua dari lelaki tu
-Pasangan yang tak ada cita-cita
-Lelaki rendah
-Perempuan tinggi lampai
-Perempuan seksi
-Lelaki merokok

kenapa kena friendzone?

well kalau untuk lelaki, jawapan common mereka, 

"aku nak cari yang terbaik untuk jadi ibu kepada anak-anak aku nanti"

kalau perempuan pulak,

"aku nak cari Mr.Perfect!"


how's that?


ok bye!


Thursday, May 31, 2012

#10 Rules for You.

sweet talker atau betei ada hati?
sudah move on? atau berpura-pura move on?

SALAM

hari ni aku mulakan blog aku dengan persoalan. sweet talker atau betei orang tu ada hati pada engko. bukannya aku pro sangat sampai nak bagi tahu ke engko orang tips nak tahu pesen manusia yang sweet talker. oh tidak. aku pun belum sampai tahap pro seperti itu.

Rules #1
whenever a guy gives you a hope, gives you the sweetest word, doesn't mean he really means it. layankan je dan anggap 

"oh barangkali dia tengah mamai. ignore this"

Rules #2
 girls, don't misjudge guys. dorang sweet talk adalah sebagai tanda hormat pada engko orang sebagai seorang perempuan. kang kalau dia cakap serupa dia cakap dengan kawan2 lepak mamak dia, engko tafsir lain. ahh sudah

Rules #3
don't ever easily fall into someone else. bak kata bruno mars, easy come, easy go. senang dia dapat, senang dia tinggalkan. lagi lama dia nak dapatkan engko, lagi susah dia nak lupakan engko. trust me. 

Rules #4,
jangan sesekali kembali ke ex engko orang. walau engko sayang ke ex engko orang lagi, bila dah dapat balik..feel masa mula mula couple dah takde. hilang feel. faham tak? maksud aku...bila engko panggil 'sayang', well deep inside, you don't really mean it, don;t you?


[gambar hiasan-ihsan google]


Rules #5
Move on. banyak kali dah aku merapu pasal move on ni. jangan ishtiharkan diri sendiri bebas dari jajahan ex kalau engko orang masih menangis atau tak boleh dengar lagu2 tema masa couple dengan dia dulu dulu. it takes time. belum tentu jangka masa setahun cukup untuk lupakan orang yang engko pernah sayang

Rules #6
berkawan selepas putus adalah sangat tidak cool. engko cuba buang dia dari hidup engko/dia buang engko dari hidup dia, dan engko orang masih boleh berkawan. seksa hati sendiri buat apa? takes your time. fikir dan tenangkan diri engko orang dulu. kalau dah bersedia, takde masalah untuk berkawan semula

Rules #7
bila terserempak dengan ex, cuba buat muka move on sikit., jangan tunjukkan engko tak boleh hidup tanpa dia. walaupun deep inside engko sebenarnya tak move on lagi. tapi cuba buktikan ke dia yang

"aku boleh hidup tanpa kau!"

Rules #8
bila dah bercinta, tak perlu rasanya sebarkan ke twitter, ke facebook. oh ke blog juga. bukannya apa. rata-rata pesen yang aku tengok suka show off kisah cinta mereka ni tak kekal lama. akhirnya mati enjin tengah jalan. apa cer? 


Rules #9
bagi password ke pakwe makwe adalah tindakan paling bodoh tegar. bila break mula lah hack facebook makwe/pakwe. stalking tak payah cakap. sampai ke hari pertama bukak facebook. ha yang pesen stalking pakwe makwe ni pulak adalah double bangang. aku tahu ramai yang buat macam ni. tapi tahukan engko orang, engko orang sebenarnya cuba meningkatkan kebarangkalian putus tengah jalan tahu?


Rules #10
elakkan selalu sebut 'i love you'. even ke mak pak engko orang pun engko orang idokle memanjang nak sebut i love you tu kan? kenapa perlu untuk makwe pakwe? cinta tak perlu disebut. cinta perlu bukti. bukan perlu kata. mata pun boleh berdusta apatah lagi dengan kata yang belum tentu dapat diterima akal.




aku rasa cukup lah aku bagi #10 je. aku bagi lebih pon bukan ada yang baca pongg yedak? alright. bye.

Tuesday, April 24, 2012

Edisi Love Eiw Eiw : Give and Take.



assalamualaikum

lama betei aku tak menjejakkan kaki ke dalam dunia blogging ni. aku kurang pasti kenapa setiap kali aku bukak je www.blogspot.com, aku hanya mampu melihat posts blogger2 lain dan aku masih kaku untuk menaip panjang panjang lebar tanpa ada had 140 aksara. barangkali aku terlalu melebih lebihkan twitter dan facebook sampai menganaktirikan blog aku sendiri. ahh sudah, jenis blogger apakah aku ini? keh keh keh.

untuk berlaku adil, hari ini, aku dengan rasa kekok  kaku nya menulis ingin mengupdate sedikit blog aku yang dah lama terbiar ni.. engko nampak keadilan aku disitu?

macam mana pulak dengan keadilan dalam bercinta?

pernah dengar perkataan "give-and-take-"? kalau pernah dengar, bagus. yang belum pernah dengar, aku teringin nak berkongsi serba sedikit. dalam percintaan, adakah engko orang atau pasangan engko orang adalah pesen pesen pesen manusia yang hanya tahu meminta tanpa pernah memberi? kalau ye, cuba fikir-timbang kembali hubungan engko orang.



[gambar hiasan-google image]


agak agak bosan jugak kalau pesen lelaki je yang bagi kuderat nak bagi makwe dia happy memanjang. yang makwe dia? hanya tahu senyum, terharu, cakap terima kasih, menangis. bagi yang lebih power, barangkali akan cium pipi pakwe dia sambil menangis nangis manja. ahh sudah lelaki pon sama, jangan tunggu makwe je yang belikan jam tangan, purse, tali pinggang dan seumpamanya ke engko orang.

 *kunyah sireh, mulut 360 darjah*

awal awal hubungan tu, barangkali benda benda cenggitu dikategorikan sebagai benda benda sweet, tapi kalau dah selalu seorang tu je yang buat benda benda sweet, dan pasangan dia hanya mampu menerima, aku yakin suatu hari nanti akan jadi kes ungkit mengungkit masa bergaduh. tak pon, salah seorang daripada mereka ni akan bosan. dan tentunya pihak yang memberi ni lah yang akan rasa bosan. kalau si penerima tu pulak yang lebih2 rasa bosan, memang makan maki.

yang si pemberi ni pon satu, jangan lah terlalu manjakan pasangan engko orang tu dengan pelbagai hadiah engko orang belikan, kalau engko orang tengok dia tu takde kuderat nak buat benda sama ke engko orang. bila banyak memberi, tanpa sedikit penerimaan dari orang tersebut, banyak jugaklah benda benda yang dapat diungkit. lama lama belum sampai tahun pertama, engko orang senang senang boleh dump pasangan engko orang tu.

common sense itu perlu. cakap cakap serupa "la, semalam u merajuk ke?" atau "kenapa u tak cakap u jeles i keluar dengan dia semalam?" pesen pesen ayat macam ni, mungkin mintak kaki kalau ditanya tak kena gaya. kita nak orang treat kita baik baik, tapi kita treat orang tu macam sampah. tak ke rasa diri tu mintak penampor sedas? engko orang tahu makwe/pakwe engko orang tu kuat jeles orangnya. lagi engko orang nak keluar senyap senyap belakang dia dengan orang lain. lepas tu tanya "u jeles ke?" soalan apakah ini? soalan nak mintak kena dump ke macam mana ni?

nasihat aku, bila makwe/pakwe tu dah treat engko elok elok, engko treat lah dia elok elok jugak. hargai dia. hargai bukan sahaja dengan hanya reti, senyum terima kasih, terharu, menangis sahaja tahu? cuba hargai dengan belikan pasangan engko orang barang yang dia suka. kalau dah sayang, coklat kopiko pon orang tu terima je. untung untung, dia simpan coklat kopiko engko orang tu sampai bila bila. nilai sentimental katanya. cuba reti menghargai. dan janganlah terlalu banyak memberi dalam satu satu hubungan tu, takut takut, silap hari orang yang banyak memberi menyinga, mengungkit  segala yang pernah diberi. cuba dalam satu satu hubungan tu amalkan sikap memberi dan menerima, atau dalam bahasa omputeh ringkasnya give-and-take.

itu sahaja kot bebelan aku kali ni, insyaAllah, ada masa lagi aku update lagi blog ni. :)



Sunday, February 12, 2012

SAYANG mengikut persepsi aku.

SALAM


lama beno aku tak update blog ni. entah ada yang perasan ke tidak aku pun kurang pasti. hari ni (12 febrary), ok debau pulak rasa nak test jpj ni ha... aiseyyyy ok2 aku back to the topic.

adalah lagi 21 hari sebelum aku masuk uitm shah alam dan start study aku. otak pun dah naik lemau. buku tak baca, in fact tak sentuh pun. bayangkan, buku novel cecelia ahern pun aku boleh jadi tak habis baca, apatah lagi nak baca buku ecg, ecs, ecm, dan latihan calculus? memang tak lah kannn. 

sebenarnya aku banyak je cerita nak diceritakan dekat blog. tapi sejak aku kemain aktif twitter ni blog dah jadi serupa anak buangan. eh kurang sopan betei aku mengutuk blogspot depan depan ni. kehkeh.

aku cuma nak explain kasi betei sikit erti sayang sayang ni. alaaa... yang sayang engko orang kemen dok kata dekat pakwe makwe engko orang tu. ohh tak panggil sayang? ayang? oh ok ayang. 
ni aku nak tanya sikit, engko orang betei sayang ke pakwe makwe engko orang? engko orang boleh jadi gila kalau pakwe makwe engko orang tinggalkan engko orang? kalau rasa rasa boleh jadi gila, tu bukan sayang namanya. tu saiko.

macam ni lah. sayang ni serupa engko sayang ibu bapa. walau macam mana annoying pon engko rasa nasihat depa, engko tetap sayangkan mak pak engko orang jugak kan? sayang tu takkan hilang pudar atau mengecut rasanya. sentiasa maintain. 

bila engko dah kata ke pakwe makwe engko yang engko sayang dia, make sure betei betei engko maksudkannya. adakah lepas engko putus, rasa sayang tu pun boleh hilang dalam masa se jam dua. kalau nak lagi power mungkin sebulan dua. tak tak...

sayang ni serupa menanam benih. engko baja, siram, jaga elok2.. makin rimbun ianya menjadi pokok. walaupun semakin kurang engko membaja dan menyiram pokok tu, pokok tu masih mampu berdiri di atas tanah walaupun kebanyakan daun dah gugur ataupun mula kekuning-kuningan.

macam tu jugak sayang. walaupun engko putus dengan dia, engko tetap akan rasa seronok bila tahu yang dia bahagia. cemburu? perasaan tu normal. jangan engko risau. perasaan tu tak akan hilang macam tu je. mungkin engko kata yang engko dah get over, atau move on dari kehidupan engko bersama dia yang lepas, tapi belum tentu engko dapat get over/move on dari perasaan yang satu ni-cemburu.

kenapa? sebab engko masih sayangkan dia. kalau engko dah move on, tapi masih cemburu sikit2 ke ex engko. dan pada masa yang sama engko rasa seronok tengok dia happy teruskan hidup dia. tahniah aku ucapkan. sebab engko tahu apa itu sayang. menyayangi tak semestinya memiliki. tengok dia gembira pon boleh menimbulkan  rasa satu perasaan lega dan seronok pada engko. 

tak salah engko sayangkan dia tanpa boleh memiliki. bak kata leplep, cinta tu takde law. dan aku pasti selagi engko sayangkan dia, engko tak kan rasa dah nikmat percintaan seterusnya. kecuali kalau engko jumpa yang lebih baik segalanya dari ex engko. 

sebab tu bagi aku, bila kita dah sebut perkataan 'sayang' tu, ianya dah mengikat kita untuk selamanya menyayangi.  'sayang' boleh jadi nikmat, boleh jadi baler. boleh jadi benci. semuanya bergantung pada diri kita sendiri bagaimana kita letakkan darjat perkataan sayang dalam diri kita.