my medulla oblongata

Sunday, February 12, 2012

Home » SAYANG mengikut persepsi aku.

SAYANG mengikut persepsi aku.

SALAM


lama beno aku tak update blog ni. entah ada yang perasan ke tidak aku pun kurang pasti. hari ni (12 febrary), ok debau pulak rasa nak test jpj ni ha... aiseyyyy ok2 aku back to the topic.

adalah lagi 21 hari sebelum aku masuk uitm shah alam dan start study aku. otak pun dah naik lemau. buku tak baca, in fact tak sentuh pun. bayangkan, buku novel cecelia ahern pun aku boleh jadi tak habis baca, apatah lagi nak baca buku ecg, ecs, ecm, dan latihan calculus? memang tak lah kannn. 

sebenarnya aku banyak je cerita nak diceritakan dekat blog. tapi sejak aku kemain aktif twitter ni blog dah jadi serupa anak buangan. eh kurang sopan betei aku mengutuk blogspot depan depan ni. kehkeh.

aku cuma nak explain kasi betei sikit erti sayang sayang ni. alaaa... yang sayang engko orang kemen dok kata dekat pakwe makwe engko orang tu. ohh tak panggil sayang? ayang? oh ok ayang. 
ni aku nak tanya sikit, engko orang betei sayang ke pakwe makwe engko orang? engko orang boleh jadi gila kalau pakwe makwe engko orang tinggalkan engko orang? kalau rasa rasa boleh jadi gila, tu bukan sayang namanya. tu saiko.

macam ni lah. sayang ni serupa engko sayang ibu bapa. walau macam mana annoying pon engko rasa nasihat depa, engko tetap sayangkan mak pak engko orang jugak kan? sayang tu takkan hilang pudar atau mengecut rasanya. sentiasa maintain. 

bila engko dah kata ke pakwe makwe engko yang engko sayang dia, make sure betei betei engko maksudkannya. adakah lepas engko putus, rasa sayang tu pun boleh hilang dalam masa se jam dua. kalau nak lagi power mungkin sebulan dua. tak tak...

sayang ni serupa menanam benih. engko baja, siram, jaga elok2.. makin rimbun ianya menjadi pokok. walaupun semakin kurang engko membaja dan menyiram pokok tu, pokok tu masih mampu berdiri di atas tanah walaupun kebanyakan daun dah gugur ataupun mula kekuning-kuningan.

macam tu jugak sayang. walaupun engko putus dengan dia, engko tetap akan rasa seronok bila tahu yang dia bahagia. cemburu? perasaan tu normal. jangan engko risau. perasaan tu tak akan hilang macam tu je. mungkin engko kata yang engko dah get over, atau move on dari kehidupan engko bersama dia yang lepas, tapi belum tentu engko dapat get over/move on dari perasaan yang satu ni-cemburu.

kenapa? sebab engko masih sayangkan dia. kalau engko dah move on, tapi masih cemburu sikit2 ke ex engko. dan pada masa yang sama engko rasa seronok tengok dia happy teruskan hidup dia. tahniah aku ucapkan. sebab engko tahu apa itu sayang. menyayangi tak semestinya memiliki. tengok dia gembira pon boleh menimbulkan  rasa satu perasaan lega dan seronok pada engko. 

tak salah engko sayangkan dia tanpa boleh memiliki. bak kata leplep, cinta tu takde law. dan aku pasti selagi engko sayangkan dia, engko tak kan rasa dah nikmat percintaan seterusnya. kecuali kalau engko jumpa yang lebih baik segalanya dari ex engko. 

sebab tu bagi aku, bila kita dah sebut perkataan 'sayang' tu, ianya dah mengikat kita untuk selamanya menyayangi.  'sayang' boleh jadi nikmat, boleh jadi baler. boleh jadi benci. semuanya bergantung pada diri kita sendiri bagaimana kita letakkan darjat perkataan sayang dalam diri kita. 



0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment