my medulla oblongata

Wednesday, August 1, 2012

Home » Pulih.

Pulih.


Dahulu aku bebas,
aku bebas tersenyum,
aku bebas tertawa,
namun aku terkedu seketika,
mengenangkan parut kisah lama,
kisah lama bersama dia,
alunan lagu melankolik bersuara di jiwa,
nostalgia bangkit bersama duka,
atmosfera hitam menyelubungi lingkungan anganku,
sekali lagi aku terkedu,
percaturan yang ku kira benar pada mulanya,
kian berdarah, menghiris parut lama,
melutut ke bumi akhirnya,
makin galak hujan bumi membasahi memori,
memori dangkal yang ku kira suci.


Permulaan akan tiba pengakhiran,
alpa memikirkan kemungkinan,
aku terseliuh, terseret dijalanan,
luka angkara sendiri,
dituduh pula khilaf memori,
berbekalkan pemikiran keji,
terus berfikiran diri disakiti, 


Hari demi hari,
terus sahaja aku berlari,
tidakku mahu lihat kebelakang kembali,
bagai menjemput luka lama hinggap sekali lagi,
tidak tahu kemana arah langkahku,
pandanganku makin kabur,
terasa diriku longlai,
hampir terjatuh, terjelopok
lantas saja disambut terus,


parut lama kian pulih pudar,
kini, mula aku tersedar,
kisah lama seolah dongengan,
memori lama kubiarkan berkeliaran,
andai tersesat dalam perbicaraan,
ku biarkan ianya berlalu tanpa memberi kesan,
sudah ku reti memaafkan,
antara, aku dia dan perhubungan,
tiada lagi pertemuan,
mungkin juga Tuhan ingin buktikan,
bukan dia yang menjadi pilihan,


Tidak ku takrifkan kau sebagai pengganti,
jika itulah takdir nanti,
mungkin kau yang bakal kumiliki,
bukan autaliti, tetapi hakiki,
aku berserah,
andai kau jodohku,
akan kuhadirkankau disegenap bicara doaku,
agar kau dan aku bersatu,
membimbingku ke akhirat kelak,
andai kau jodohku,
didiklah hatiku,
agar dapat menikmati kemanisan hidup,
bukan sahaja didunia,
bahkan di akhirat sana.
amin.





0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment