my medulla oblongata

Thursday, August 2, 2012

Home » Wanita dan Cintanya.

Wanita dan Cintanya.

SALAM


Andai hadir kau semata untuk menyakiti,
harap dapatlah kau undur diri,
sabar, kata hati,
tak sanggup melawan diri sendiri,
banyak yang telah cuba dihindari,
makin sukar pula dikaburi,
mengapakah perjalanannya mesti seperti ini?

Andai berumah di tepi pantai,
relakanlah jiwa kau tersadai,
bukankah kau cerdik lagi pandai,
mengapa masih takut hati kau digadai?
andai takut melihat masa hadapan,
 usah kau cuba mengukir senyuman,
metafora hati cuba disimpan,
alangkah dungunya cuba menyimpan harapan?

Keluar kemari,
kiranya kau berani,
usah kau bersembunyi,
seolah sedang bermain tarik tali,
katanya, hati kau sedang dicuri,
tunjukkan padaku dimana bukti?
usah kau fikir aku memahami,
selagi dirimu masih tercari cari,
adakah dia atau aku yang berada di hati?


Tersenyum kelat melihat kondisimu,
bahagia yang dirampas dari senyumanku,
 walau gagah berdiri  hati ku masih sayu,
berjalan jauh, namun hati masih disitu,
bersilih ganti yang datang membantu,
namun yang lekatnya tiada yang satu,
datang pula yang setia menunggu,
langkah seterusnya terasa dicatu,

pesan diriku pada saudara,
usahlah kau bermain hati si dara,
andai teringin mengujinya sahaja,
dendam si dara jangan sekali dilupa,
sayang mungkin pada mulanya,
bila terasa hati dipersia,
jangan kau lari dari dendam si dia.

pesanku diriku pada gender senjenisku,
andai dia memberi harapan dan berlalu,
usah kau berpaling melutut merayu,
terus menerus lalai menunggu,
ingatlah hadirnya setakat melihat dirimu,
andai bukan, berlalunya dari situ,
pedih bukan, begitu?

Fahamilah,
akan dirimu berjumpa yang terbaik,
yang berani akan cuba mendapatkanmu,
si pengecut pula pasti pantas berlalu,











0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment