my medulla oblongata

Monday, December 24, 2012

Home » Cinta atau Penambah Rasa?

Cinta atau Penambah Rasa?

Bila kau single, seorang pon tak pandang kau. tapi bila kau dah berpunya. pap! sekelip mata ramai yang cuba mencuba kau. kau tinggalkan mereka yang cuba sailang kau dari dia. tapi kau yakin, pada kesetiaan kau. kata kau, 'kesetiaan aku jangan diuji'. masih berpegang teguh kau pada kata kata tu. kau lupa yang seteguh kata-kata kau, akhirnya lemas juga dalam layanan perasaan.

Datang seorang lagi, cuba menyapa kau. sanggup kau rahsiakan status, agar tidak diketahui. bukan berniat untuk menipu. tapi cuba membiarkan diri kau tenggelam dengan 'love bubble' ciptaan kau sendiri. kau cuba mencari yang lebih baik dari yang sedia ada sehingga lupa pada percaturan yang kau kira tidak mengikat kau dan dia. tiada komitmen kata kau. ah sudah.

kata orang "kalau kau dah ada pasangan, tetapi pada yang sama kau minat pada orang lain, pilih yang kedua, kerana kalau kau betul mencintai yang pertama tak mungkin kau berpaling pada yang kedua".

kata aku "semua itu bullshit". pernah kau dengar "tak cukup"? kau tak dapat apa yang kau nak bersama orang yang kau sayang. pasangan kau tak menghargai kau sebagaimana yang kedua menghargai kau. kau rasa sangat selesa dengan perhatian yang diberikan. tapi kau lupa, itu bukan cinta. tapi itu adalah penambah rasa. yang kedua tu hanyalah sebagai ajinamoto dalam masakan kau. jangan... jangan kau anggap tu cinta.

tiba masa, kau mulai bosan dengan pembawakan Si Kedua. kau mula rasa mual dengan caranya. kau mula menjauhkan diri. teringat pada yang masih menanti. kasihan dia, sudah berapa banyak kali , dia telah kau sakiti?

sudah. jangan sesekali kau mengungkit hal ini. biar ianya cermat disimpan dalam hati. pulang pada si dia yang masih menanti. memang kau nampak jahat menduakan dia dalam diam. tapi sudah kau rasakan penangannya bukan? sekurang-kurangnya kau sudah mengambil iktibar dan tahu dimana silap kau. kata orang ambil yang jernih buang yang keruh.




0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment