my medulla oblongata

Friday, December 14, 2012

Home » Dear Diary 1.

Dear Diary 1.

punya pening nak letak headline apa. main taram je la. oh ye,
hye bloggers!!!

woaahh i am so not into blogging anymore. ah twitter kau ni dasar perampas. merampas kebahagiaan aku berblogging sejak setahun yang lalu. takpe, aku bahagia sekarang. kehkeh

sebenarnya life dekat shah alam ni tak ada la teruk sangat yang macam aku bayangkan masa sem lepas. kalau semester lepas memang disaster habis. terumbang ambing jugak la hidup aku. dengan nak kejar perka nye lagi, dengan nak belajar nye lagi. memang tunggang langgang. sampai ada satu masa aku rasa give up. atas nasihat kawan aku dok bebel bebel suruh aku bersabar, now here i am!

via tumblr


aku mengambil pendekatan untuk rapat dengan budak2 satu kelas, so takde la aku lifeless sangat. tapi bila dah rapat satu kelas ni, akan ada yang mula ambil kesempatan terhadap kebaikan kau. tak kisahlah sama ada kawan kau sendiri mahupun yang tak pernah2 rapat dengan kau. tapi aku fikir, ini lah peluang aku untuk seize the moment! kalau aku tak buat sekarang, masa masa yang akan datang aku akan menyesal kalau tak buat. tapi.....



bila terlalu banyak kesempatan aku yang mereka ragut, aku seakan2 tak ada masa untuk diri aku sendiri. perihal keluarga toksah cakap la.. memang dah tak balik rumah dah... tiap2 minggu bila parents aku tanya balik tak? aku jawab tak. ahh kalau aku jadi parents aku, memang dah maki anak aku. tak reti nak jaga hati orang tua langsung! tapi, apa boleh buat, tanggungjawab aku tak terlaksan laksana. how about my responsibilities toward my parents? ahh berat otak aku untuk memikirkannya.

kawan kawan dekat uitm penang dah mula takut nak contact aku. kata dorang, takut ganggu masa aku. ahh serba salah dibuatnya. aku yakin, se sibuk sibuk aku ni , mesti akan ada hikmah nya jugak. akan nampak jugak hikmah yang terselindung. aku yakin tu.  

bila imbau balik kenangan aku dekat penang dulu, serius awesome! ada geng aku nak cari pasal dengan orang lain, ada geng back up kalau aku tak lepas nak kenakan orang tu, dan yang paling best, ada 3 4 orang yang aku boleh takrifkan sebagai soulmate aku. ikhlas dengar masalah, bantu dan sabar. i miss us. ahh kau ingat ni mesen masa ke apa? takkan dapat la kau nak kembali ke masa lama balik, walaupun sekarang kau terasa macam bodoh sebab pilih fast track sebab nak lupakan kisah silam kau dengan ex. gila punya kerja!

it's okay feera, u'll find your own trademarks soon. biarkan orang sekeliling kau nak gelakkan kau ke apa, kau teruskan dengan cara kau, kasi upgrade diri kau. kau pandang mereka dengan sebelah mata je nanti. seriously sebelah mata?? SERIOUSLY? yes.


"there're reasons why we met. either a blessing or a lesson."

till then, bye bye. 

0 orang doakan nohfee dapat Dean List. amiinnn:

Post a Comment