my medulla oblongata

Saturday, February 16, 2013

Iceberg

assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatu.

dunia blogging dah semakin tidak mendapat sambutan dari golongan muda since kita ada twitter, facebook, tagged, apa lagi? so tinggal lah bloggers yang blogging bukan sekadar untuk hiburan tetapi untuk duit. no offense. untuk kali ni, biarlah aku berbicara berkenaan perihal hidup yang agak lama aku tak ceritakan di blog ni. aherherher

banyak pulak cerita nak diceritakan ni, tapi nak mulakan yang mana satu ye? okay, berkenaan situasi aku sebagai JKK Perka dulu la. so, apa tu PERKA? Perka stands for Persatuan Kejuruteraan Awam  UiTM Shah Alam. entah macam mana, aku boleh get involved perka ni. semua disebabkan makanan. takpe lupakan.

1st time dilantik menjadi timbalan setiausaha, memang sangat busy. dengan aku sangat tak reti nak menulis surat. hello? aku tulis blog bukan tulis surat. surat tu terlalu formal bahasanya. kalau dalam blog, lain la kan. life aku masa semester satu ibarat pokok bergoyang dilanggar arus angin. wah menangis cikgu bm aku baca ayat ni. satu perkara berkenaan aku, aku lebih suka habiskan dulu kerja berkenaan PERKA then baru start belajar. oh ye, mungkin disebabkan tu la, result semester 1 aku tak berapa nak memberangsangkan. dengan kata lainnya. ah bodohnye aku! tak pernah aku tahu aku bodoh seperti ini!

masuk semester 2, hamik kau, hilang segala kemaluan aku. oh ye, saya seorang pemalu, tapi kalau dah lama kenal, boleh hilang kemaluan. lol. but seriously as time passing on, ukhuwah antara JKK perka makin kuat, dan honestly aku tak rasa menyesal dah masuk fast track. at least aku tahu, ada jugak budak civil yg perangai macam kawan kawan aku dekat penang. mungkin aku rasa inferior sebab aku tak rapat dengan budak budak batch aku. i guess so. masuk sem 2 barulah aku rapat dengan budak budak batch. mungkin disebabkan aku fikir, banyak info aku perlu sebarkan pada budak2 batch, jadi apa salahnya rapatkan diri aku dengan mereka? ye tak?

semester 2 sangat menguji kesabaran aku. baik permasalahan Perka mahupun kemehuan pelajaran aku sendiri. aku banyak menggunakan dialog dalaman untuk berfikir dengan elok. walaupun semester 2 ni memang heaven la aku cakap. sebab kawan kawan kelas yang makin awesome. tapi masih meninggalkan titik hitam. disebabkan terlampau banyak main, dan berfikiran "ah aku mampu buat" dengan penuh yakin. aku akhirnya kecundang pada subjek yang aku agakkan boleh diteruskan. sedih memikirkan perihal tu.

tapi tu la kan, atas nasihat senior, Hassan dengan Madi, Ammar dan Imran, oh ye Imran, berkenaan dia tak mampu aku nak ceritakan pada semua orang. hahaha. okay sambung balik. dengan adanya dorang, semangat aku untuk belajar tu datang balik. dan aku harapkan sangat sangat perubahan ni akan berterusan sehingga aku mencapai kejayaan selari dengan maksud nama aku, mencapai kejayaan. gituuuu!

masuk semester 3 ni, aku berazam, bukan sahaj untuk berubah gaya studi, malah berubah dari segi fizikal atau appearance serta rohani. mungkin kejayaan tu payah untuk aku lihat disebabkan jauhnya hubungan aku dengan Maha Pencipta. InsyaAllah, semester mendatang aku cuba berubah sedikit demi sedikit. aku akan cuba untuk beristiqomah dalam perubahan aku. so sekarang ni aku perlu kutip cara cara study yang elok. oh ye, aku kena cari balik buku , hadiah dari kakak aku berkenaan gaya studi yang cemerlang. i need to follow em.

satu lagi. kawan jugak memainkan peranan yang penting. insyaAllah aku boleh atasi godaan hidup. hahah.


kata akhir aku,

"i won't let anybody become the iceberg to my Titanic"

chao!