my medulla oblongata

Friday, December 31, 2010

5 perkara penting yang berlaku pada tahun 2010.



SALAM.

31 disember. Tarikh keramat. Oh, selamat hari jadi rakan2 yang sambut pada hari ini. Tahniah! Anda sudah sebaya dengan rakan sebaya anda, walaupon lewat banyak sikit.

Sepanjang tahun 2010, banyak betol dugaan+kemanisan hidup yan ish ish ish, dah habis rupenye 2010 ni! sedih betol aku nak tinggalkan. Banyak perkara berlaku.. dalam sekelip mata! Macam tak percaya yang esok, aku akan jadi seorang NOHFEE yang berumur 19 tahun! ALHAMDULILLAH.. terima kasih mama, abah, siti, khairul!

Aku suka, aku duka, aku gila, semua dikelilingi oleh rakan2, tak kira la rakan ALAM MAYA mahupon rakan seKAMPUS tak lupa, rakan seFB. ;)

Aku teringin nak buat entri ni untuk share dengan korang sume tentang perkara2 penting yang dah berlaku pada aku. Tapi, aku letak 5 je la. Kalau banyak sgt kang, letih pula nk membacanya… bukan korang je yang letih, aku pon letih…letih nk menaip. Hehe.

1st) PLKN

Pengalaman yang takkan aku lupakan. Walaupon aku tak suka, tapi tetap tarikh keramat. Bukan keramat apa sangatnye, keramat sebab itu la tarikh keputihan kulit aku diragut oleh matahari yang memancar sinarannya. =)

2nd) SECRET RECIPE

Aku pekerja disitu ye. Ya, nohfee bekerja, jangan terkejot!! Ini la pengalaman aku. Kena marah dengan customer, salah hantar order, salah order, salah bagi info. Sume salah je ke nohfee? Eh tak la! Sedap makan cake secret recipe free, sedap mkn keropok free, sedap! Sedap! Eh eh, aku kerja la, bukan mentedarah. ;)

3rd) UiTM

Aku kenal dengan kawan aku, roommate aku, classmate aku, soulmate aku . aku rasa aku jadi budak baik dok kat uitm sebab roommate aku adalah kawan2 yang baik! Yang paling best nye, bad habit aku, aku suka bukak loker. Aku jarang kunci loker..biarkan terbuka. Aku percaya kan dorang, dan Alhamdulillah. Tiada kes kecurian. Aku sayang korang sangat sangat dan sangat. Saat paling aku tak boleh lupa, a day before exam CTU(agama), aku dengan roommate aku melalak2 smpi 2 3 pagi. Hbes keluar semua lagu2 sekolah. (w’pon lagu skola pon tak hengat lirik, kira nasib la kitorang still ingt melodi, kan nadia?)

4th) kakak aku bertunang

At last, kakak aku bertunang gak pada umur 28 tahun! Ini la saat2 yang dinantikan!!! Walaweeeh,. Tak sabar nk dpt anak buah. Eh eh nohfee, dorang kawen pon belom..ni kan pulak nk ada anak.. insyaAllah… amiin.. ;)

5th) putus

Putus? Putus ape ni? putus tali ke putus rambut? Oh tidak..tidak.. nohfee putus cinta ke? Alamak! Hehe. betol la tu. Putus cinta suka. Pernah involved dlm dunia percintaan persukaan. Saat tu agak sedih. Tapi.. mati la aku kalau asek fikir je kan? let’s move on, nohfee! Enjoy the life! Ini la time nak beromatik dengan diri sendiri. Hehe


[welcome 2011, bubbye 2010!]

Ini la 5 perkara yang penting dalam hidup aku. Disebabkan 5 perkara ni, yang buat 2010 aku menjadi sedap! Ade masin sikit, manis sikit, masam sikit. Kan sedap ikan bawal masak 3 rasa tu? Mcm tu la jugak hidup. Kalau happy memanjang…jadilah mcm sambal belacan pedas tak de rasa. Eh eh nohfee ni, banyak sebut pasal makanan pulak. Ye tak ye jugak en? oh, aku tak makan lagi rupenye.. jumpe tahun depan di entri yang lain plak! Bubbye!!!

BILAMASA AKU AKAN LANGGAR PERATURAN?

SALAM…

HAI, hello, holaa.di pengakhiran cuti ni, aku dah start buat revision. Haaa. Revision ape tu nohfee? Mestilah aku buat revision buku2. Buku physics, calculus, ECM buku ECLIPSE. Eclipse..ala.. yang vampayar-vampayar ni laaa… hilang sikit bosan aku asek dok online memanjang. Aku pon study la satu2 ayat yang dilontarkan oleh Edward sambil berangan jadi bella jap. Waduh~ pang pang pang. Sepakan penalty untuk nohfee kejap!

Ok, sambung balik..sedang aku dok baca2, aku Nampak ayat ni…


[Jacob : a little trouble makes life fun uh?]

Dari situ, aku tertarik untuk buat entri pasal ni. bilamasa aku akan langgar peraturan?? Aku ingat lagi, time aku kat sekola dulu.. time subuh la paling liat nk p surau. Smpi kena warden dtg kejutkan. Aku? Aku dengan budak2 bilik aku lari p bilik study. Mengantok punya pasal… agak2nye sebab tu la aku tak dpt straight a spm kot? Adeh~~

Bilamasa aku akan langgar peraturan?

here are some lists…ikhlas dari hati yang suci dan murni.



1) “ish., dah lewat ni…! baik tak yah pergi! Kang kena denda pulak…”

Ini adalah aku. Aku sebenarnye budak baik. Budak yang takotkan peraturan. Aku takotkan peraturan hingga buatkan aku langgar peraturan. ;)

[tengah jalan? tak de hal! aku nak gak gmbr mcm ni! hammiiik!]


2) “ bosan la! Asek2 buat benda yang sama je!!”

aku tak suka buat benda yang sama tiap2 hari. Ok fine, aku buat bnde yang sama tiap2 hari, tapi kita perlu ‘manfaatkan’ setiap detik tu. Contohnye, kalau semalam aku pergi prep petang awal. Hari ni, aku pergi la pulak prep petang lmbt. Asek pergi awal je.. bosan jugak! Betol tak? betol tak?



3) C.L.A.S.S è Come Late And Start Sleeping

Ketahuilah, bahawasanya, kami bukan sengaja nak tidur dalam kelas. Ade 3 sebab je kalau kami tidur dalam kelas

- Tidur lewat (tak kesah la dengan ape sebab sekalipon)

- Pengaruh rakan

- Haaa, ni satu lagi.. kalau LECTURER/CIKGU nye presentation tak best. Asek fakta, tiada humor.


Aku tido dulu noooh. Assalamualaikum. =)



4) Saman.

Aku rasa ramai yang kena saman kat kampus kan? kan? kan? jangan tipu la weh.. betol kan? ok good! Ramai yang kena saman sebab tak ikot peraturan. Hurm, kenapa setengah kena saman, setengah lagi pak guard tutup mata je? Mengapa kah? Mengapa kah??



5) S.C.H.O.O.L è Seven Crappy Hours Of Our Life.

Nak kata lagu mana dah? Cuba Tanya sape yang suka bila nk bukak sekolah ni? 7 out of 10 will say NO. a big NO. kenapa ek? sebab malas+gedik. Bagi aku, mungkin sebab peraturan. Sebab peraturan dan hukuman yang buat kita malas nk pergi sekolah. Bila

Malas + memberontak = langgar peraturan

(Berlagak bagos) x (berlagak bagos) = langgar peraturan

Malas / sifat ingin mencuba = langgar peraturan.

Jadi, memang sampai bila2 la pelajar akan berterusan langgar peraturan. Sebab lumrah remaja ingin mencuba sesuatu yang baru.

Semakin lama die berada disekolah, semakin banyak peraturan dilanggar.sebab pengaruh kawan

Jika lama die bertapak di sekolah / kampus (senior), maka lebih banyak masalah yang akan direka.


[jangan marah ye lecturer/cikgu]

So, bagi aku… langgar peraturan ni adalah salah satu TROUBLE yang dicari oleh pelajar untuk mendapatkan FUN dalam kehidupan.

Remember?

A LITTLE TROUBLE MAKES LIFE FUN

Ini pendapat aku yang berusia 18 tahun 3 bulan setengah.. Tiada kena mengena dengan hidup mahupon yang mati

Thursday, December 30, 2010

5 ciri2 lelaki yang kompem aku tak kan dapat..

Salam,

Hai u ols (ops ops, gedik gleeman pulak aku). Hai blogger2 sekalian! Dah 2 hari otak aku jam. Stuck kejap. Dok pikir banyak sangat. Pagi tadi(actually tak de la pagi sgt., tgh hr) aku dikejotkan dengan panggilan telefon oleh kawan aku. Katanya, aku dpat kolej.. waduh waduh waduh.. rumah sewa aku nak campak mana? Di atas, desakan nasihat ibu bapa aku, aku pon memilih untuk duduk di kolej. Nak taw kolej ape? Kolej Kristal wehh!! Yang aku penah bagi taw dlm entri dulu.. dulu, kolej ni kolej lelaki. Tapi tak tahu la tang mana silap boleh bagi perempuan pulak duduk. Alhamdulillahh.. merasa jugak aku duduk dekat kolej Kristal yang serba serbi BARU tu.. phew~

[gmbr dibelakang tu adalah kolej saya! yeay!!]


Entri aku kali ni, aku berhajat nak bercerita psal ciri2 lelaki idaman. Ok, ini adalah angan2 aku. Dan secara tak langsungnya, angan2 aku tak pernah kesampaian..so, aku tambah sikit perkataan kat tajuk tu.. 5 ciri2 lelaki YANG KOMPEM AKU TAKKAN DAPAT. Ye, aku tak kan dapat! Sebab apa? Sebab ini hanyalah angan2 semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahu pon yang dah pergi meninggalkan kita..

[ada tak yang mcm aku ni?]


Let’s go to the first one!

1) Tak jiwang, tapi romantic

Oh oh oh.. lain ye romantis dengan jiwang ni. disebabkan aku ni jenis yang heartless sikit kadang2, so aku nak la lelaki yang romantic sikit. Supaya takde la aku BATU, die pon BATU. X best x best. ;)


2) Tak minat main GAME ONLINE

Ye, nohfee tidak menyukai game online! Bila lelaki dah dapat game online.. semua dah tak ingat dah.. perempuan jugak yang makan hati berulam pancrease. So, aku nak lelaki yang tak suka main game online. Eh eh, ade k eek? Bukan semua lelaki suka main game ke? La….kan aku ckp, ini YANG KOMPEM AKU TAKKAN DAPAT. Ape laaa


3) Pandai

Kalau boleh aku nak la die pandai macm albert enstein. Hehe. tapi aku tahu, mana ade kan? pandai ni general. To be precise, aku nak yang pandai. Tak kesah la pandai buat tom yum ke, buat kek ke, pandai lukis ke.. tak kesah, janji pandai.


4) Boleh nyanyikan aku lagu2 Couple band (indie band) dengan guitar/drum.

Wah, best nye kalau orang tu tahu lagu2 couple band. Ini la salah satu wishlist aku time birthday aku.. someone nyanyi kan lagu2 couple untuk aku. Tapi… hampa.. tak de pon, so, aku masukkan wish aku ni dlm list ciri2 laki idaman. Sebab aku taw, sangat mustahil. Kecuali la kalau aidil couple band sendiri yang nyanyi kan kat aku. Walaweeeh..taik telinga aku pon leh cair dengarnye… hehe

5) Boleh layan aku.

Haa..aku tak reti memujuk orang,. Kalau merajuk, merajuk la sorang2, 3 kali pujuk kalau x jalan jugak.. lantak kau la. Dah reda nanti baru datang cari aku balik ok?

[agak2 nye, mcm ni kot muka orang yang kuat merajuk?]


Di akhir pembacaan, mesti akan ada yang ckp, tah pape la nohfee ni..ingat hot sgt ke die macam fasha sendat sandha tu? Oh, sya memang tak hot. Sebab tu saya tulis,

YANG KOMPEM TAKKAN DAPAT.

In real life, memang aku takkan dapat la… demand betol nohfee. Tapi kalau dpt gak. Wah, BERTUAH gila aku!!! Eh eh nohfee ni, hbeskan lagi 4 sem dulu ekkk. Ok, bos!


SAMAN KESALAHAN LALULINTAS DI…..

SALAM.

Wah, Malaysia menang dengan agregat 4-2. Caya la bro bro bola sepak kita. Walaupon dicerca baeeek nya oleh peminat2 fanatik, kita tetap no 1! Yes! Oh, tapi aku bukan la nak bercerita psal bola sepak ni semua? Eh jap jap, kenapa tadi cameraman banyak sangat focus kan kat cewek2 indon ek? eh,, dah dah dah.. bukan ini topic nya…

Sedang aku dok godek2 kertas atas meja kaca depan tv aku ni, aku pon terjumpa la sehelai kertas yang bertulis SAMAN KESALAHAN LALULINTAS. Ya, dengan ini nohfee mengumumkan jenis-jenis saman kereta di uitm.

Mari kita mulakan.

1) Meletakkan di tempat yang dikhaskan kepada staff

2) Meletak di luar petak/petak kuning

3) Meletak di tempat larangan

4) Meletak di tempat Kosongkan

5) Menghalang laluan

6) Tiada lessen memandu/tamat tempoh

7) Lessen (L) membawa pembonceng

8) Melanggar jalan sehala/ dilarang masuk

9) Tidak memakai topi keledar/pemandu/pembonceng

10) Tiada pelekat uitm sesi…..

11) Tiada cukai jalan yang sah/tamat tempoh

12) Meletak di koridor.

Oh oh….tahun depan aku duduk luar. Dengan kawan aku, and kawan aku pulak bawak kereta. Adakah kami akan mematuhi nya? Hehehe. insyaAllah.. wana, kau kena patuh. Aku tak de duit nak layangkan ke pak guard. Harap maklum. Dan pada sape2 yang teringin nak bawak kereta/kenderaan sendiri, sila la patuh pada peraturan kenderaan yang telah ditetapkan. Baik betol nohfee bagi nasihat. Jom lah kita ikot!!! ;)

Thanks to abang aku, sebab kalau aku tak jumpe surat saman ni, mesti aku tak dapat nak update mlm ni. heheh.

P/S: pernah tak korang bayar saman yang korang dpt kat kampus?

Wednesday, December 29, 2010

sepetang bersama Edward Kulim.

SALAM.

Hari tu, time aku tengah window shopping kat mid valley (aik, window shopping je? Diam! La, aku tak de duit!), tiba handphone aku berbunyi. Trrrut trrruuut. E’eh, Edward Kulim telefon la!! Aku pon angkat la…

Edward Kulim: hai nohf, apa khabar?

Nohfee: sihat..sihat..u dekat mana ni?

Edward Kulim: I dekat Malaysia ni, I dengar ada year end sale, tu yang I dtg sini.

Nohfee: oh. U shopping dekat mana?

Edward Kulim : I shopping dekat pavilion ni. eh you, kenapa I tengok fashion dekat tempat u pelik?

Nohfee: pelik? Apa yang pelik nya?

Edward Kulim: tak de la, tadi I jalan2.. ternampak pulak ada sorang ni pakai tudung tapi I Nampak warna kulit badan die

Nohfee: eleh you ni, tempat you pon sama je, I tengok. Tengok si lady gagap tu, nak tercabut bijik mata nengoknye haa.

Edward Kulim: eh, ye tak ye juga la.

Nohfee : u ada tengok football match itu hari tak?

Edward Kulim : yang mana? Indonesia lawan Malaysia tu ke? I ada la jugak dengar-dengar. Kenapa dorang nak bising2. Dah kalah tu kalah je la..

Nohfee: I pon tak faham la. Apa masalah dorang. Depa dok kata yang kami dok main laser.. tahu sakit mata?tahu pulak nak ngadu? Yang time pemain kami kat sana kena laser, idak lee puleee kami nak ngadu

Edward Kulim: yeke nohf? Pemain Negara u pon kena jugak ke?

Nohfee: ye la..

Edward Kulim: tak pe, I sebelahi u. I tahu pemikiran orang you macam mana. Pemikiran orang you memang high standard! I suka! Sebab tu la I kawan dengan you. I kawan dengan orang yang sama standard dengan I je.

nohfee: apa kata you bawak vampire-vampire you datang mai sini jual utomen? Mesti lumayan.

Edward Kulim: ala.. I dah bersara la dari vempayar-vempayar ni semua. Eh, I kena pergi dulu la, I kena bertukar jadi cedric diggory. Ok la, esok lusa kita sembang lagi.

Perbualan kitorang berhenti dekat situ je. Handphone aku pulak koma 3 hari. Mungkin dalam masa 3 hari ni, dia ade call lagi kot.. tak pe, nanti bila handphone aku dah sembuh, kitorang boleh calling calling lagi !

SEBAB dan MUSABAB

SALAM.

Di keheningan malam, tatkala aku terjaga dari lena hai blogger-blogger!! Wo, terjaga teros aku dari tidur dok excited pikir nk balek penang.. oh yes! Lagi 2 hari je lagi, penang akan ku jejak! Dan.. dan.. lagi 2 hari jugak aku akan tinggalkan tahun 2010.


[keadaan aku di plkn. =.=]

Best sangat ke 2010 ni smpi aku nk sedih2 tinggalkan? Huih! Gila tak best? 2010 ni la aku kena dera berlatih dalam khidmat Negara. Waduh waduh waduh… sunburn teros muka aku. 2010 gak tahun pertama aku kerja kt secret recipe as waitress.

“hi, welcome,”

“may I take ur order now, sir?”

“would u like to add anything else?”

“ok, may I repeat ur order sir?”

“thank you, please come again”

Takkan aku lupa pengalaman kerja kat secret recipe..baru taw mcm mana rasa nk dapatkan duit. Tapi, duit gaji aku, aku p beli buku twilight, new moon, eclipse, breaking dawn belanja family aku whole cake chocolate indulgence. Merasa gak la family aku dengan duit aku.

Eh eh, nohfee ni, dh melalut pulakkkkk! Sebenarnye aku bukan nak cerita pasal ni la!!! Aku nak cerita pasal blog! Ya blog! Panjang lebar pulak pembukaan cerita aku kali ni. ok, stop!

Proceed. . . . .

Ape sebab aku buat blog? Erm.. aku dh bg taw. Tapi, sekarang ni aku nak bg taw ape sebab bin musabab aku letak nama NOHFEE, LIVE.LAUGH.LOVE dan sebagainya…jom baca nak? Ok , good! Let’s go..

1st) kenapa aku letak shoutmix?


Ok, mungkin dulu2 aku ni mana la reti berblogwalking bagai ni.. even aku tak pernah taw pon ade blogwalking. Hehe. aku letak shoutmix kt sblah kanan ni haa. Sebab ingtkan ni boleh jadi tmpt chatting. Ala.. mcm dekat kampungchat, mirc , ym chat tu…. ;) naif betol aku.. then, baru la aku tersedar fungsi menatang ni 2bulan lepas aku letak kat blog aku.


2nd) kenapa aku letak follower kat bahagian bawah?

Erm.. bukan bererti aku tak menghargai follower2 aku sekalian.. aku sangat2 la m’hargai, walaupon follower aku tak de la mcm hanis zalikha ke, ben ashaari ke, theotherkhairul ke….. banyak mana pon. Aku letak kat bahagian bawah sebab aku nak korang baca dulu entri aku. Kalau dah habes baca, boleh la follow-follow blog aku ni. tapi kalau tak best. Uhuk uhuk.. follow je… tak dosa pon.


3rd) kenapa LIVE.LAUGH.LOVE?

Kenapa ek? we LIVE in this whole life to experience everything with LAUGHter, together with LOVE. Aku letak ni sebab aku rasa hidup kalau kita tak nikmati(LIVE), tak ketawa(LAUGH) dan tiada kasih sayang(LOVE), akan jadi sangat HAMBAR. Sebab tu aku letak LIVE.LAUGH.LOVE.


4th) kenapa NOHFEE?


“semua lelaki, lonely soldier boy..katakan pada dunia, lonely soldier boy!”
ha.. teka la sape pnyanyi lagu ni..? aku minat gila tahap dekat penyanyi ni dulu , kini dan selamanya .so disebabkan keFANATIKan aku yang terlampau….aku pon gunalah nama pena ni atas dasar penggabungan nama 2 insan. Aceeehhhh!


5th) kenapa LIFE IS SIMPLE?

Mesti akan ade yang kata,

“hoi, sape kata life is simple?”

Aku kata. Ok? Life is simple. Tapi kita, MANUSIA, INSAN.. suka sangat complicated kan kehidupan ni dengan pelbagai cara la. Bukan perempuan je yang complicated… malah lelaki pon sme je.. alaaahai!


6th) kenapa tak leh nk highlight n right click?

Waaaaa! Aku bukan nye takot orang copy hasil kerja aku. Tiada niat langsung seperti itu.. tapi…. Tapi..ianya disebabkan curiosity aku yang tinggi. Aku ni rajin sikit mencuba sesuatu yang baru. Aku pergilah blog yang ada kasi tutorial nk halang right click ni. pastu aku pon try. Sekali, MENJADI pulakkk!! Ish, mcm mana aku nk undo blek ni wehhh? Anyone..?


7th) kenapa aku letak nuffnang?

Ok menatang pe ni wehhh? First aku nengok.. seram pulak nk join. Takot menipu ke, ape ke.. aku first tengok kat blog bro ben ashaari.walaweeeh, mcm best je menatang ni, nak gak kasi try. So, aku pon sign up la nuffnang ni. tak tahu pon tujuan nye untuk ape.. m’ceriakan blog kot? Hehe. ok2, aku taw la.. untuk pendapatan sikit2. Tapi aku tetap tak tahu, ble aku Nampak ade blogger cte pasal BE la.. free ticket la.. jadahnye tu weeh??


[aku tak pandai IT, jangan tgkp gmbr aku!!]

Konklusinya, aku memang tak pandai sangat dlm bidang IT ni sume. Aku belajar dari hasil aku travel satu blog ke blog yang lain…lepas tu aku try to aplikasikan dalam blog aku pulak.. oh, buta IT rupenye nohfee ni . aku suka mencuba something new. Though, aku start blogging bulan disember 2009, tapi di awal entri aku dulu2.. semuanya bersifat peribadi SEMATA-MATA, yang bile aku baca balik… eiw! Geli gila aku ni!!!! tapi aku decided tak nak buang entri2 lama.. ade sentimental value di situ. Hahah. Blog aku, suka hati aku la… ;)


To all blogger, enjoy reading my blog! =)

Tuesday, December 28, 2010

Putihnya…. iklan?!

SALAM 1 DUNIA. =)

Ape ni?!! kenapa tv 4 (astro ria) banyak pulak dah iklan time tayang cte BUKAN DIRIKU. Walaweeeh, aku nk tengok cerita tu, bukan tengok iklan. Sabar je la aku! Tiba2 aku tertengok pulak iklan pad roti. kenapa cliché sgt eh, sume iklan roti ni?? mesti ade pompuan pakai seluar kaler putih. Ermmm. Takpe, tutup kes!

Aku tak nak la cerita pasal tu.. just curious je.

Ok2, move on.. cerita pasal iklan-iklan ni.. aku tengok sekarang ni, semakin banyak pulak iklan luar Negara.. iklan ralph laureen la.. sumenye rambut style ala2 perang sikit. So, aku pon Tanya abang aku.

Nohfee: weh, apasal banyak sgt iklan2 luar Negara ni?

Abang nohfee: banyak ke? Dulu lagi banyak. Siap ada iklan arak lagi! Dari luar Negara pulak tu.. x pon iklan rokok.

Ohhhh. Rupe2nye iklan dulu2 lagi terok dr iklan sekarang ni. kenapa aku kata iklan sekarang terok?? Sume nak putih! Kesian orang hitam kulit tak berapa cerah. Meh sini aku bagi hint iklan2 ni. teka la ekk


[usia? bukan penghalang!]

1) Reunion? Macam mana nak pergi reunion dengan kulit mcm ni?

2) Dengan G******, tiada lagi kulit yang kusam.

Tak tambah lagi dengan iklan fair&lovely, nivea whitening, rexona yang nak cerahkan ketiak cik keti la.. lepas tu, x masuk lagi iklan hong kong…SK2, Lagi 1, yanga dik bradik botox tu.. ape nama? Haaa. NEUTOX. Waduh3.. banyak betol la iklan pencerahan kulit. Dari muka, smpi la ketiak cik keti., ape la yang cantik sangat putih ni?? ade je yang cantik + handsome dengan kulit yang gelap kurang cerah. Tak percaya .. cuba try test tengok..

[louis koo]


[hitam itu menawan!]


Ha, handsome + cantik je kan dorang kulit macam ni? tak de la org nk panggil kita albino! ;)

Aku takot nanti , bila aku bukak2 je tv.. tengok iklan pon dah tak de warna.. putih je semua..

Monday, December 27, 2010

Mari belajar Matematik YEAR END SALE!

SALAM.
Penat betol kaki aku melangkah ke mid valley tadi..dengan pakai wedges yang baru beli semalam. Wah, semangat betol aku pakai kasut baru. Dengan confident nye aku pon melangkah ke mid valley. Fuiyooo! Kaki aku dah mula meragam. Bukan meragam nak shopping! Tapi meragam nak balik.. waaaaa. Kaki melecet. Al maklumlah, kasut baru en? orang dulu2 kata, kalau tak nak kaki melecet bila pakai kasut baru, kena gigit dulu kasut baru beli tu.. betol ke?? Oh… mungkin sebab aku tak gigit, sebab tu la kot kasut tu gigit aku dulu. Waduh, parah..parah..
Dengan kaki aku yang melecet ni, aku pon masuk la g jusco dengan abang n ayah aku. Mata aku rambang tengok spot baju2 yang perfect! Hehe. eh eh, aku bukan nak cerita pasal baju2 yang murah smpi 70% ni semua. Tapi aku nak ajar korang sume cara nak kire discount. For those yang tak tahu lagi cara nk mencongak dengan berkesan, sila la scroll ke bwh ye..tak perlu kalkulator 350 ke, 570 ke, 720 ke.. ape yang anda perlu, hanyalah otak. Ya! Otak sahaja! ;)
Ok katakana la.. harga barang tu RM90 dan discount pulak 30%. Cm ne agak2 nye nk kire without calculator? Ok macm ni.
Darabkan 3 dengan 9.
27 en? pastu tolakkan 90 dengan 27. Haaa, itu la harga selepas discount! RM63. Dapat tak? ok2, another example
Harga sebelum discount : RM 70
Less: 40%
Cara2 nya: 1) 7 x 4 =RM28

2) harga sebenar – RM28
RM70-RM28 = RM42

3) so,harga selepas discount adalah RM42.


another way

1) contoh harga = RM 70
2) discount= 30%
3) so, 100%-30%=70%
4) jadikan 70 dengan 70 akan dapat 490 kn? itu bermakna RM49 la jawannya.

contoh seterusnya,,,

contoh harga= RM60
discount=70%

so, the calculation like this 

100-70=30

so, 

30 x 60 =180.

so harganya RM 18 selepas dicount 70%

Senang kan? kan? kan? aku saja nak share..sebab aku baru taw cara mudah ni dari ayah aku. Thanks, abah!
So, kalau korang tak tahu sebelum ni, kan sama2 dh taw sekarang ni? Jom praktikkan, dan boleh la kite pergi shopping tanpa bwk kalkulator!

PENYET itu AYAM!!!

SALAM 1 BLOGGER

First of all, thanks to abg ben ashaari sebab aku top ten 500 blog. Tahniah gak la untuk aku. Hehe. ok la, semalam, birthday abg aku 26disember. Wah!! 6 tahun dulu .. berlakunya tsunami pada tarikh ni. dan terusan menghantui diri kita apabila muncul nya tarikh ni lagi. Al fatihah buat yang terkorban..

Amiin..amiin ya rabbalalamin..

Ok proceed.

[x dpt i phone betol, iphone kek pon jadilaaa, gmbr hiasan]


Disebabkan oleh birthday abang kesayangan aku semalam, so aku dan famili aku pon keluar berjalan2. Nak tahu tak? Ade kasut 50 sen harga nya!! Jom baca lagi..

Promotion promotion! Sila la kunjungi kedai kasut jenama X.E.S kt carefour subang. 2nd purchase with only RM0.50!!! caye x? percaya la.. aku tak suka kelentong.


[source, google]

Aku beli kasut sekolah nak p kelas untuk next sem tadi. Harga die RM!@#$%^&*? So, aku pon nk byr la.. then npk banner die.. rm0.50 untuk next purchase. Ape lagi.. aku pon rembat satu lagi heels. Walaaaweeeh! Aku pakai heels taw! Berani pulak aku. Aku sebenarnye gerun pakai heels sebab berjuta kali jatuh

Then, pergi melepak ke IOI Mall, mkn hidung ayam penyet. Penah makan tak? kosong je aku tengok restoran ni.. romantic ke tak laku? Oooh. Bola! Lupa pulak orang p tengok bola. Malaysia lawan Indonesia en? Tahniah Malaysia, saya bangga menjadi rakyat Malaysia… oh… baru nak bangga jadi rakyat Malaysia.. bila Malaysia lwn dgn kelab bola sepak MU dulu, tak pula bangga. Dok kutuk tahap.. ini la malaysian nohfee.


Ayam penyet ni serius sedap! Kenapa?

1) Ayam lembut!

2) Perawan sup-daging lembu yang SANGAT LEMBUT! Sup pon sedap!

3) Air teh Indonesia

4) Smbal die yang phew~~~(tak terkata terTYPE)

5) Timun yang rangup!

6) Tempe yang sedap!

7) Nasi yang ciput melazatkan!


[nyum nyum!]


Wah, boleh la lepas ni restoran ayam penyet tu bagi kredit kat aku, promote restoran dorang!

Jadi konklusinye disini, moh le kite ramai2 meriahkan kedai kasut X.E.S di cwangan carefour subang dan ayam penyet yang memang penyet sedap gila lah!!! Moh sumee!

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG !






Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..

-nohfee

- a good friend but a bad enemy.

- tak suka berangan sebab tak pernah dpt apa yang diangankan.

tujuan jadi blogger,

- lebih rmai kenalan

-dapat share byk perkara

- blogger..kenal melalui hasil tulisan, bukan rupa. ;)


ok done~!

COMPLICATED kah WANITA. (2nd version)

Round 2.

SALAM. . .

Hari tu, time aku tengah dok berbalas comment dgn kwn aku kt facebook, tbe2 kawan aku punya kawan ni(haaamik, byk betol relation) cakap perempuan bukan complicated in that way. Ok2. So, perempuan ni complicated in what way? Oohh, aku taw dah. Complicated in our own way. Nak tahu? Nak tahu? Jom scroll bwah lagi.

Kalau entri lepas aku cerita sal complicated wanita dari segi handbag. Now, aku nak cerita pasal wanita dengan perangai yang complicated.



1st situation,

Wanita : ish!! asl call die ni tak dapat dapat pulak? What?? Off? Aku call sekali lagi…

A few seconds later. . . .

What??!! Tutup lagi!! Kenapa die dah berubah? Die tak sayang aku lagi ke???

Lelaki..lelaki.. tak kesian ke , tengok gf korang buat assumption merapek kat korang? Sebenarnye, kaum perempuan ni paranoid. Sebab perempuan tu sayang betol2 kat korang. Once u give a piece of heart to a girl, they will give u the whole heart for you. But, once u give a piece of shit to a girl, they will give u the greatest shit! Kalau x nak shit balik, jangan la buat shit dengan perempuan

Eh eh nohfee, dh pandai mencarut pulak, contoh je ok?

2nd situation,

Lelaki : syg, I betol x de pape dengan alisya(another contoh).. kitorang sama dewan kuliah je. Xde pape pon

Wanita: tipu! Dulu pon u ckap tak de pape!

Haaa. Ini bahaya abang2 sekalian. Sekali lelaki tu menipu girlpren die, smpi ble2 girlpren die susah nk percaya balik walaupon dah maafkan. Jangan salahkan perempuan kalau perempuan tak percayakan anda!



3rd situation,

Lelaki: oh, dengan boypren u dulu, u lain, dengan I, u lain? ape ni?

Wanita: ape u cakap ni?

Fahamila wahai rakan2 berlainan jantinaku.. perempuan memang pantang/tak suka LANGSUNG bercerita pasal ex-boypren die. once die dah suka korang.. die akan suka korang. Boypren lama.. dah say goodbye lama dh pon. Tu pon actually depends on YOU jugak. Kalau lelaki tak pandai jaga girl die, girl die akan keep on buat perbandingan antara korang dengan ex die dulu. Nak ke? So, kena la pandai jaga.

Ok la, kali ni, aku bagi 3 situasi je la.. kalau nk lebih2, leh la baca entri aku yang ini. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman kawan2 aku. Pengalaman aku? Simpan buat kamus daaaa. Jadi rujukan di masa hadapan. ;)

Saturday, December 25, 2010

1, 2, 3, Tadaaaa!

SALAM,

Aku baru je lepas usha group facebook untuk intake uitm student dis 2010. Wah, masing2 excited nak masuk UiTM. Tahniah pada yang terpilih, pada yang tak terpilih, tidak bermakna, and tidak bagos, tapi mungkin bukan rejeki rezeki anda. Cuba lagi. Nasihat berbayar dari nohfee. ;) kenapa berbayar? Oh.. sebab berukband aku tak berbayar lagi untuk month ni.. PTPTN, tolong la msuk dgn kadar yang cepat. Hehe.

Ok, smbung balik pasal intake UiTM ni.



Aku teringat pulak time aku nak msuk uitm bulan jun hari tu. Ada yang berunsur lawa, lawak, geram, tragis … aku ingat kan aku tak dapat UiTM.. so, plan nk p matrix da.. tapi aku tak jadi nk p matriks, nak gak la uitm. Tak sanggup aku nak msuk matrix. Dah la aku ni jenis yang malas nk study. Kompem2 aku kena tendang 1st sem kalau p gak matriks tu.

Cop2. Aku tak mao cte sal matriks la. Aku nak cte sal uitm. Yes! Uitm!

Tbe2, kwn aku sms aku

“feera, kau dapat uitm penang, diploma kejuruteraan awam, tahniah!”

Oh, sebenarnye, aku soh kawan aku tolong cek kan sekali. Sebab time tu, line internet dipotong disebabkan tak bayar hal tertentu.alhamdulillah.. penantian yang membuahkan hasil. Dapat gak masuk uitm. Aku di’invite masuk ke group fb uitm penang kemasukan 2010 oleh cik caza. Semua pon style excited tahap cipan la dapat masuk penang ni.

[betol ke aku dpat uitm ni?!]



Nak dijadikan cerita. . . .

Time hari pendaftaran tu, abang aku yang drive. aku, n mak aku dok kt belakang. Bpk aku dok kt depan. Kitorang pon melepasi pondok guard uitm penang. Waah, pelajar2 baru disambut meriah gla! Rasa mcm dihargai pulak. Hehe. Thanks PM-PM sekalian! Then, aku dapat kertas kaler pe tah.. aku dapat kolej Kristal! Happy + excited nye! Sedap gak nme kolej aku ni.. KRISTAL Aku teros kol kwn aku,

“wana, aku dpt kolej Kristal weh! Kau kolej ape? Jom jumpe!”

Aku kol kawan aku teros.. nak tunjuk betapa excited nye aku! Lepas dah parking kereta.. aku pon keluarkan beg-beg aku. Ye BAG-BAG. Bukan BAG. Aku bawak 2 luggage. 1 bantal. 1 baldi. (perlu ke, aku nk list out kn?) oh haruslah aku list out kan nak menunjukkan yang aku bwk BANYAK gila barang, style nak duduk penang, tak nak balek2 umah dah.

Then, kitorang sume pon menuju la kea rah kolej Kristal. aku Tanya PM tu,

“bang, kolej Kristal kat mana ek?”

Abang tu agak pelik dengar soalan aku. Ke, muka die memang mcm gitu. Aku pon tak tahu. Aku teruskan lagi perjalanan yang berbatu-batu (under construction site). Waah!! Lawa gile kolej KRISTAL aku!! Abang aku pandang dengan muka tak puas hati. Ah, mesti die nk menangkan puncak alam die. Tak kesah la.. then, aku , mak aku, bpk aku, n abg aku berasak2 nk menuju ke lif. Nak nek lif. Tapi, aku musykil . aku Tanya abang aku. . .

Nohfee: “krol, asal rmai sangat laki ni weh?”

Khairul: “la.. nama pon tempat dak2 kejuruteraan. Memang la ramai laki”

Nohfee: oohhh. Ok.

Bila sampai depan pintu lif kolej, aku tak puas hati, aku Tanya lagi abang aku.

Nohfee: khairul, kau biar betol? Aku Nampak semua lelaki kt sini pakai baju kemeja je semua..takkan dorang 1 kolej ngn aku kot?

Khairul : mungkin dorang hantar adik kot.

Nohfee: tak kan la weh.. ni dh mcm siswa je sume… x npk satu jenis dengan aku pon(perempuan)

Khairul: jap2, aku p Tanya PM .

Aku pon usha je la.. ‘bakal2 housemate’ aku ni yang SEMUANYA lelaki. Ah, ok je kalau aku nak duduk kat cni. Boleh rambang mata aku ni haaa. Tiba2 aku teringat cerita HANAZAKARINO KIMITACHIHI. Ala.. cerita ni pasal budak perempuan ni berlakon jd laki, and duduk kat dlm hostel lelaki seb nk kenal ngn laki yang die minat tu. Wooo. Kembali ke dunia nyata, nohfee.

Abang aku pon bagi tahu, yang sebenarnye, ni kolej untuk lelaki.

[whaaat?!!]

Kolej perempuan kt sne. PM tu pon bawak la kitorang g kolej perempuan. Mak bapak aku dah start membebel cakap banyak. 1, 2, 3, TADAAAAA! Walaweeeh! Asal kolej perempuan ni jauh beza dengan kolej tadi? Nmpk OLD la.. tadi npk BARU! Nk KRISTAL balek ah mcm ni! gatal eh kau, nohfee!

Then, aku pon jumpe la bilik BETOL aku. Kat BAIDURI. Waduh waduh waduh.. nasib baik ada lif. Kalau kena naik tangga, tak pasal aku kena korbankan lemak yang TERlekat kat badan aku ni.

Ini la pengalaman masuk uitm aku. At least aku dapat gak la jejak kaki kt KRISTAL tu en? En? En? Gatai bertuah betol nohfee ni.

Anugerah Seksa Kami

Tengah aku dok makan udang sedap2, tiba. . . . .

Eh eh jap..

SALAM

Ok, proceed.. tiba2, aku nampak ada …



Anugerah skrin la!!! Wow wow wow! Mesti artis kita pon bagi panahan skrin baeeek punya! Ni yang best nak tengok ni? walaaweeh.. aku bukan lelaki. So, kerja aku melihat noh hujan aku sahaja. Yes! Noh hujan. Mula2 happy je dengar nama noh hujan. Tbe2, bila die keluar dengan mizz nina (sound effect; bunyi guruh)… aduh!

*pang pang pang* bagi pelempang untuk diri sendiri. Ape la nohfee! Tunang orang pon nak ke? Heheh.

Ok, aku tak nak cerita pasal sharifah aleya dengan adik die pakai seksi seksa ke, or cerita pasal pakaian terlampau artis2 kita. Apa yang aku nak ceritakan adalah filem Negara kita. Ya, filem Negara kita!

Bak kata pak aziz satar kita,

“kalau dulu2 lighting agak susah. Kadang2 sampai tumbuh cendawan atas muka ni”

Dan sampai la sekarang ni. sedar tak sedar.. sebenarnye, filem2 negara kita sedang melakukan anjakan paradigma. Anjakan ke arah bagus dan serta yang tak bagus.


Kalau dahulu, filem2 banyak mengenengahkan bait2 puitis yang diluahkan oleh pelakon. Banyak maksud mendalam. Berbeza pula dengan filem + drama sekarang yang lebih kepada straight forward.

Melihat kepada kekalahan pelakon senior tadi, membuatkan aku berfikir kembali. Kita dah tak minat untuk melihat filem2 yang over acting, menangis beria-ia… tapi, kita lebih memandang tentang filem2 yang berunsur keinsafan yang cara lakonannya tidak pula melampau.

Mungkin sebab tu la kot Rashid sibir dah kurangkan drama2 dia… bukan aku kata drama die tak best. Tapi selera kita dah pon berubah. Cerita2 syamsul yusof yang jadi permainan selera kita.

Ok la, aku tak nak cerita lebih2 pasal ni, sebab aku pon kadang2 tak suka jugak tengok filem yang ada kembar. Macam Tokyo drift kembarnya kl drift. Hantu ju on kembar dengan hantu jangan pandang belakang. X mao x mao x mao cerita psal ni dah. Jom layan teen awards pulak! E’eh, edward cullen menang? mizz nina, amik balek la.. ;)

[aku menang! yes!]

Friday, December 24, 2010

nak kena dah ni!!!

SALAM. . . .

ape yang nak kena dah ni nohfee? hehehe.
dah jadi rutin harian aku untuk bukak laptop tiap2 hari. 1st tab aku bukak untuk facebook. 2nd tab untuk blogspot. 3rd tab untuk formspring. kalau dulu aku bukak 2 tab je. tapi skg dh maju, aku tambh jadi 3 tab!

semua orang ada aim masing2 kan? aku pon.
blog aku ni dah berumur genap 1 tahun, lebih beberapa hari je. dah besar dah pon blog aku ni. hahah. dulu blog aku ni suka merapek pasal diri aku sendri.. emo la, apa la, tapi since aku baca ade 1 blogger ni tulis

"blog is not A DIARY, but blog is THE ART of diary"

aku ambik masa yang lama untuk reveal maksud yang cuba disampaikan oleh blogger sorang ni. dah lama2 baru la aku tahu maksud dia...

dulu followers aku 6 orang je. tak pon 8 orang je.. sekarang ni dah 99 orang! wow!!! satu anjakan paradigma!

aim aku before habes hari untuk tahun ni, aku aim follower aku at least 100. alhamdulillah.. tinggal 1 je lagi nak jadi 100.

thanks a lot pada followers yang rajin follow up blog aku (ceh, ade ke?). aku appreciate sangat2. cm ne aku nk balas jasa korang? aku akan melawat blog2 korang yang ade update baru, then, aku akan tinggalkan komen kat entri korang. terima kaseh!

waaah! aim aku dah nak mengena ni!!!
99 + 1 =100,
so, sape orang yang ke 100 ek? hehhee


200 blog !





Thursday, December 23, 2010

Gembira? Budak pmr la tu..

SALAM.

Waaah, agak rude plak kan tajuk entri aku kali ni? bukan apa, bila aku bukak

Facebook : “tahniah pada aku, straight a!”

Bila aku bukak blogspot,

“tangisan kegembiraan tengok adik aku/kakak aku/anak buah aku dapat straight a”

Bila aku bukak Friendster..

Jap2, ade lagi ke orang guna friendster? Ish, habis madu makan sepah sampah dibuang betoi.


[BERAPA KALI MUKA AKU NAK MASUK DAA]

EH, silap masuk gmbr pulak.. suka betol aku dengan beruk ni. alaahai.



[kemurungan yang dialami aku]



Bukan aku nak jealous sebab dulu2 aku tak dapat penuh a. tapi aku jelous sebab aku sedih time orang dok gembira dengan result masing2. Bukan result PMR ok. Tapi result kolej aku. Amboi amboi amboi uitm penang, baeeek nye tarikh bawak keluar result kolej. Sekali dengan result pmr. Waduh waduh waduh.

Aku baru terpikir, kalau aku dapat kolej nanti, boleh la aku save duit sikit. Boleh up speed berukband aku ni ke, ape ke.. ni, lepas dapat taw yang aku tak dapat… berderai, punah, hancur, musnah, roboh sudah segala angan2 mat jenin aku tu..

Oh.. tiba2 aku terimbau saat2 aku nak menghantar photocopy kad aktiviti aku.

Ape tu kad aktiviti? Ok2, biar aku jelaskan pada pembaca2 sekalian. Kad aktiviti tu perlulah diisi dengan kupon2 aktiviti. Kira nye mcm ni la. Kalau siapa yang pergi aktiviti2 yang dianjurkan oleh kolej, die akan dapat kupon. And kupon tu perlulah ditampal dalam kad aktiviti. Lagi banyak kupon tertampal, lagi banyak la chance nk dapat kolej.

Ok2, balik pada cerita aku. Aku dengan kawan aku sorang ni.. punya la nak sangat dok kolej, kitorang pergi Photostat kad aktiviti kawan aku ni.. pastu tampal muka kitorang kat depan. Fuiyooo! Bajet mcm kompem ah aku dpt kolej ni.

[ok kan idea aku? kacang masak je!]

Tiba2, waktu last day, pihak kolej mintak kad aktiviti original plak dah… waduh waduh waduh paaakkk! Mampus gue sama kawan gue!! Kitorang dah la menipu. Mcm mana ni??

So, apa yang kitorang buat? Hantar je laaaa. Lantak p la.. kalau tak hntr kad aktiviti original, melayang plak RM10 aku. So, aku berserah je.. wahaah.

Sebulan selepas kejadian. . .

“hello, feera, kau dah boleh cek result kolej…”

Ah… kwan aku ni memang suka kacau call aku pagi2. Dulu nk bg taw result, sekarang ni nk bg atw result kolej pulak dah. Adeh~ ok, aku pon pergi la cek.. dengan berukband aku yang dh smpi speed limit die.. aku TERPAKSA jugak menDOWNLOAD Microsoft excel yang diberi.. aku pon cari la nama aku. Waaaa. Dalam 1000 lebih nama tu.. nama aku tak wujud dalam senarai! Mengapakah??? Aku pulak check kwan aku yang seangkatan dengan aku tu.. waaa nama die ada!!

[memikirkan duit ptptn yang tak cukup]


Sedih aku. *pang pang pang* khas untuk nohfee. Kerana berniat nk kelentong orang pejabat.

“sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

Aku memahami sudah erti perbahasa yang satu ni….

Eh eh.. buat cerita style sedih pulak aku. Aku dah sewa rumah dah pon la kt sne.. yes!

SAYALAH BLOGGER ITU ..






live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love

live.laugh.love



wahaha. ni mcm time kat sekola dulu.. time nk mintak maaf kt cikgu.