my medulla oblongata

Monday, January 31, 2011

Istilah SMS Nohfee.

SALAM.

Hai to all young ladies n old guys. Hari ni, tiba2 idea aku datang menyimbah2 macam kucing kena simbah air sebab curi ikan. Mungkin ini adalah tanda2 aku kena berhenti menulis buat masa terdekat untuk focus dalam study aku kot? Ye la, markah quiz aku dah aku tengok lain macam je angkanya..tak boleh jadi ni..jangan katakan physics je, calculus pon..? oh… parah aku nak backup final nanti.

Bercerita pasal final.. tiba2 aku teringat kan kelas physics aku hari tu.. korang pernah tak dengar formula ni

E=mc2…?

Pernah dengar tak? mesti la pernah kan.. kalau angpa suma nak taw, formula ni dicipta oleh albert enstein time die tengah dok dalam bilik ayaq. Wow~~ duduk dalam bilik ayaq pon boleh dapat formula physics. hebat betol albert enstein ni. tapi, lepas die kaji dulu la formula ni.. lepas tu, baru boleh disahihkan.

Nak dijadikan cerita..uhuk uhuk.. time aku tengah dok dalam bilik ayaq tadi.. aku terpikir pulak nak buat entri yang ni.. adakah aku albert enstein juga???

Sebenarnye banyak kan maksud yang kita cuba nak sampaikan dalam setiap sms yang kita hantar. Pernah tengok tak simbol2 ayat macam ni

- Huhuhu

- Lalalala

- Kui3

- Haha

- HAHA

- ROFL

- LMAO

- LOL

- Blueek!

- *aww

- Ngee

- Grrrr

- Sighs~~

- Sob sob

- hohoho

- brb

- gtg

- tc

pernah Nampak tak? atau kita sendiri yang pernah guna ayat2 ni kan? ok, ini adalah istilah SMS aku. aku hanya akan gunakan ayat2 ni bila….

Huhuhu- tak berapa nak suka.

Lalalala- innocence

Kui3- mischievous

Haha- lawak

HAHA= hahahahaha (lawak squared)

ROFL=Rolling On Floor Laughing- ahahahahahaha( ni kalau lawak gila, yang bila aku gelak, aku akan jatuh katil/kerusi)

LMAO=Laughing MyAss Off- ni untuk orang yang loyar buruk kat aku.

LOL=Lauging Out Loud- kalau aku malas nk type ‘hahahaha’ banyak2/malas nak caps lock HAHA

Bluekk- muntah ala2 manja.

*aww- trying to be “gedik” as much as I can

Ngee- sila rujuk istilah diatas (*aww)

Grrr- geram/marah.

Sob sob- sedih.

Hohoho- bahagia (take note; BAHAGIA dengan GEMBIRA, berlainan maksud ye. )

Brb=Be Right Back-nk escape dari chatting dengan orang yang aku tak nak chat.

Gtg=Got To Go- rujuk Brb

Tc- I do really mean it, which is TAKE CARE. =)

Kalau aku busy, aku akan kata busy. Aku takkan guna brb atau gtg. Aku jenis yang terus terang. =)

Tapi kalau aku MALAS nak layan orang tu..aku akan guna brb dan gtg. Hehe. SIOT kah aku? oh tidaaaak. Aku berterus terang je. ;)

Cinta jenis macam manakah anda?.

SALAM.

Hai… sehari sudah aku tak update entri kan? adoi. Time duduk rumah ni jugak la, aku malas nk online. Bukannye ape, tak de tujuan aku nak online. And takde bahan nak membahan orang. Jadinya, aku bukak laptop, aku bukak mangafox, aku baca kenji. Terbaeeeek.

Kalau tak pon, aku akan dengar lagu, buat miming mulut…buat video clip sendiri. Phew~~ nikmat sehh.. tengah aku dok berMIMING lagu2 favourite aku… termasuklah lagu MENYESAL by 6IXTH SENSE, tiba2 aku rasa aku dapat idea nak buat entri baru ni.

Korang tahu tak macam mana korang boleh suka/cinta pada seseorang? Tak tahu? Ok, good, biar Dr.Nohfee ulas sedikit pasal ni. uhuk uhuk…Sebenarnye, cinta/suka ni, boleh dituntut ilmunya ataupon ianya akan datang/hadir dengan sendirinya. Contoh;

1) Cinta yang dituntut ilmunya.

Kita tak kenal orang tu…tapi die rakan FB/BLOG/FRIENDSTER(ade lagi ke orang pakai Friendster. Kui3)/MYSPACE. Kita ber’comment2 dengan die. kadang2 boleh jadi 48 jam satu hari. Punya la asyik dok comment. Dan dari comment tu la, kita start suka/cinta dekat die. sebab gaya die menulis. Sikap die yang kita lihat dari cara die comment. Tambahan lagi, kalau muka die hengsem! Memang cup of tea la! Tang tang tu jugak kita suka kat dia, asek teringat kat dia.nak mesej selalu. Tak nak berenggang dengan phone atau laptop masing2 sebab nak mesej dengan die. bila dah set date nak jumpe, mulalah…. kalau perempuan, tak de la kesah sangat muka lelaki tu macam mana. Tapi lelaki tu…. Nauzubillah… muka tak setaraf dengan ciri perempuan yang dia nak. Macam mana tu?

2) Cinta yang hadir dengan sendirinya.

Time korang tengah jalan2 dengan kawan korang, tiba2 ade sorang ni (lelaki/perempuan/penkid/shemale) menarik perhatian korang. Nak kata cantik/hengsem, bagi kawan2 kita, dia ni tak de la cantik/hengsem sangat. Tapi, tiba2 kita rasa sangat tertarik dengan dia. Padahal, kita tak pernah pon bercakap apatah lagi berjumpa sebelum ni. terus kita cari orang tu dekat fesbuk. Search punya search…at last! Jumpa pon! Teros tekan butang add. Once die approved, teros mulakan 1st step.

Agak2nye, percintaan mana satu kah yang akan bertahan. Ok, jawapan cliché’ adalah seperti ini

“ mana2 pon boleh bertahan, depends on the couple”

So, korang rasa cinta jenis yang mana satukah yang akan bertahan. Dan korang pulak tergolong dalam cinta yang macam mana? X mao jawapan cliché naaa

*bukan semua orang tergolong dalam golongan ini*

Saturday, January 29, 2011

Penang-KL-PJ.

SALAM,

Ohiyoo to all readers! Wah speaking pulak si nohfee ni. yeay! Hari ni aku balik rumah!! Yeay yeay, happy macam budak darjah 1 dapat handphone nokia.

Aku dengan penuh rasa bahagia nye turun la dari kolej aku, nak pergi ke tempat tunggu bas nak balik rumah masing2. Actually kena turun sebelum pukol 8.30.n guess what? Aku dan rakan2 aku dengan penuh condifent nye tunggu pukol 8. Wow! Dan… kami mengambil gambar.

[baju kurung bukan penghalang.]



Gambar lagi


Akhirnya bas berjalan jugak pada pukol 10 mlm.wattaheeck! aku beli tiket kata pukol 9. Alhamdulillah. Lagi terasa nikmat bila seat sebelah aku kosong. Fuuuhhh~~ gila tak nikmat? Dah la aku bawak beg laptop.lepas tu beg sandang lagi. Then aku bawk luggage. Terbaeeek la! Aku rasa sebelah aku memang ade orang. Tapi lelaki la.. then aku terdengar, ade senior ynag uruskan bas2 ni cakap

“jangan duduk sebelah perempuan ye”

Alhamdulillah…. Nasib baik lelaki tu tak duduk sebelah aku. save one seat untuk aku. bas ini sangat memahami. Terima kasih abang senior!

Tiba2 aku bau something,. Haih~! Dah start dah. Ini la yanga ku tak suka bila naik satu bas dengan lelaki yang ramai. Mesti ade je bau perfume yang sangat memeningkan kepala aku. siap bau se PATTERN pulak tu. Ini sangat mendukacitakan aku. hope bakal suami aku tak kan guna perfume tu. Ok, aku dah hafal dah bau perfume tu.

Tengah aku dok syok tidur dalam bas tu, tibe2aku rasa ade air dok jatuh setitik setitik. Walawehhh, bas bocor ke weh??? So, aku pon discover atap tu, dan aku dapati bas itu bocor, berbekalkan ilmu engineering yang aku pelajari, aku pon betolkan bas tu

Kalau la betul….. haha. Ok, sebenarnye tak. lepas aku rasa ade air dok menitik tu, aku pon beralih tempat. Ish! sakit pulak hati aku. aku dah tak boleh tidur dah. So, aku pon dengar lagu. Macam biase. Habit aku kalau tengah dengar lagu, aku akan miming sekali. Nasib baik orang yang duduk dekat seat sebelah aku punya sebelah tu tidur+bas gelap. Kalau tak, mesti die ingat aku gila.

[hentian duta...3 minutes to go!]


At last,. Aku sampai pon jalan duta.

“dik, nak naik teksi?”

“takpe, terima kasih.”

“sama-sama, terima kasih dik”

Ha… berbudi bahasa pon orang KL ni.

*Malaysia negara ke3 paling kurang ajar? bullshit pandai reader digest menipu.


Wednesday, January 26, 2011

Apabila berjumpa dengan mangkok hayun dengan mangkuk jamban, ini la RESULT nya.

SALAM

Baru tadi je aku keluar dengan entri baru. Kali ni aku nak letak lagi entri baru. Sighs~=.=”

Bukan ape, entri sebelum ni aku ade cakap pasal BUDI BAHASA sikit kan? lagi sekali…aku nak cakap pasal budi bahasa SISWA SISWI kita. Tadi, aku dengan penuh kegesaannya, nak pergi cc..print lab report. Mak aih.. ramai pulak yang beratur.. takpe takpe.. aku tunggu. Aku kan PENYABAR.. lepas tu, orang pertama…settled. Orang kedua…settled. Masuk orang ketiga… tak settle2 jugak.. siap boleh bukak internet pulak dekat cc nak print tu.. walaweeehh, lain kali bawak sekali printer tu masuk bilik sendiri eh… amik sekali pc pc tu.. panas je perot aku tengok dorang.

[tak cukup printer tu? nah, haamiik printer ni sekali]

So, without thinking twice, aku pon bergegas balik ke bilik, terpaksa batalkan hajat aku nak print memandangkan jam dah nak dekat pukol 2. Ye la, kelas Bel aku pukol 2. So, kena la siap2. Lepas habis kelas bel, aku pon dengan happy nye nak pergi print dekat library. Aku baru je kot duduk… lepas tu ade la seorang ni kat belakang aku.

Die dok buat muka ketat. Aduh. Aku pon kata dengan die.

“eh awak, kat sebelah ni, pon boleh guna jugak”

Lepas tu, die pergi jeling aku…360 darjah punya. Terbaeeek la perangai kau kan.. Pastu die kata,

“kat sebelah tak boleh nak read pendrive”

Dari aku senyum dekat die, teros aku tarik muka masam macam buah oren. Aku pon keluarkan pendrive aku, aku kata..

“nah, KAU guna la pc ni”

Aku taw die budak sem 4 dan ke atas. Sebab tu aku guna kan KAU. Ade aku kesah kau sem berapa sekalipon? Bila kau tak hormat orang, kau juga tak layak untuk dihormat, no matter how old are you.

[caya la nenek sorang ni!]

aku pon pergi la ke pc lain nak print. (sebenarnye, pc yang aku guna tadi tu pon tak boleh nak baca pendrive aku. haha)

lepas aku dah habis print, aku tengok die tengah buat muka sebal die lagi…sebab tak boleh nak print jugak. ha, padan muka kau! Puas hati aku.

[macam ni kot muka die time tu]

tu la.. cik kak.. lain kali berbudi la sikit. Kalau kau berbudi sikit…sikit je.. dengan aku pon, aku boleh bagi tahu dekat kau

“pc ni pon tak boleh nak read pendrive”

At last, sempat jugak aku submit lab report geology aku, tepat pukol 5pm. Phew~~ lega.

Habis cerita. Thanks for reading. =)

Salah nombor? Errrkkk!

SALAM..

hai hai hai! Kali ni, aku bangun dari tidur dengan penuh senyuman sampai ke mata! Ye la, kelas start pukol 2. Eh, eh, pukol berapa nohfee? Ye, pukol 2pm! Tapi aku bangun tadi tak de la lewat sangat kan. ade la dalam pukol !@#$%^&*. Sebenarnye, aku teringin SANGAT nak bangun lewat. Tapi…. One thing about me.. kalau dalam area pukol 7.30-8am, mesti perot aku sakit. Natural call pulak daaaa… memang terbaik waktu natural call! Nice one..

[orang lain tidur, aku dah bangun, good nohfee!]

bila aku dah bangun awal..aku akan teros menghadap laptop buku. Tengah dok syok buat tutorial…tiba2 ade miss call. Aku call balik.. oh… housemate aku punya number la..

then, time dekat kelas pulak.. aku Nampak sampai ade 3 misscall. Mak aiiiihhh.. sape pulak yang call ni? sampai 3 kali pulak tu. Aku pon message la orang tu. Then, orang tu kata NI SIAPA?

[eh, kau yang call aku tadi, ok! aku debikk kang kau baru taw]

Watttaheccck? Kau call aku, lepas tu kau tanya aku siapa? Memang terbaeeek la kau kan? aku pon tanya die balik, die ni siapa.. mana taw, kawan2 aku nak main2 kan aku kan… then die cakap nama die a**r. ok, this guy….confirm aku tak kenal. So aku pon reply la yang die nk dah salah number. As a malaysian, patutnye, cakap la ‘sorry’. Ni takkk. Sighs~~

Bukanny aku ni hadap sangat orang kata SORRY ke tak ke.. tapi, BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Tolonglah amalkan…

Lagi best kalau orang yang silap number tu lelaki… lepas tu, bila dapat tahu yang orang yang diCALL/SMS tu perempuan.. baeeek nye layan. Siap boleh message tiap2 hari pulak. Kalau la orang yang diCALL/SMS tu jantina yang sama, aku tak rasa dia akan jadi polite. Kenapakah?

Ye, sebab charge positive takkan tertarik pada charge positive. Ok, aku faham.

Bila dah jadi kes macam gini… aku terpikir pulak… sebenarnye orang yang salah number ni memang betol2 salah number ataupon die memang dah tahu tu KITA? Tapi.. saja nak berkenalan.. ala.. macam drama2 melayu tu..

Bagi aku la kan.. kalau korang (boys) yang nak mengorat girl yang korang minat. Jangan la mintak number dekat kawan2 diorang. Please la.. be gentle. Pergi mintak sendiri. Cari la sejuta idea pon, janji kau dapat number die SENDIRI. Bukan atas pertolongan orang lain.

Ye, ye, aku tahu tak de akan ade lelaki yang macam Bruno mars dalam JUST THE WAY YOU ARE, dengan Neyo dalam ONE IN A MILLION. Tapi, still… u can make an effort.

Jap2.. kenapa aku bercakap pasal tips nak mengorat perempuan pulak ni? haha. Berbalik semula pasal number tadi. Pada siapa2 yang akan melalui situasi SALAH NUMBER ni, sila berbuat seperti ini

Caller 1 : weh, kau tahu tak, tadi aku Nampak mak limah jalan kengkang!

Caller 2: ha? Er, saya rasa awak dah salah no ni.

Caller 1: errrkk! Yeke? Oh, maaf2..

Caller 2: ok.

-the end-

*maksud the end adalah tok sah dah dok contact number tu lagi naaa..

Monday, January 24, 2011

Jatuh… itu la AKU!

SALAM.

Hai , mulakan hari anda dengan secemerlang merlangnya ya!

Ok itu adalah trademark hari ni. semalam memang bertungkus lumus aku menyiapkan Lukisan Kejuruteraan Kebudakteraan, dengan BEL. Plan mula2 nak update blog jugak lepas buat BEL, tapi, memandangkan habis buat bel pon pukol 2 pagi, jadinya.. sadakallahulazim je la..

Bangun pagi tadi, muka aku teros masam. Ah, menipu je semua iklan colgate tu.. bangun pagi2 teros senyum!! Tipu tipu!!! Aku bangun dengan muka sebeekkk.. mengantuknya… tidur pukol 2 lebih, bangun pukol 6.30 am..? wow!

Dengan muka yang penuh sebal, aku pon siap2 nak pergi kelas. Tiba2, kad matriks aku hilang entah ke mana. Ade kaki pulak kad matriks aku ni…pergi bersiar2. Aduh~ penat mencari. Once dah jumpa.. lega gila! Kat tempat aku ni, kalau tak pakai kad matriks, kena saman. Walaweeeeh, kesian la dekat aku yang duit semakin hari semakin menipis ni. semua nak SAMAN. Kang ade jugak yang aku buat peraturan sendiri.

Aku dengan jayanya pon masuk la kelas ECM (lukisan kejuruteraan). Tunggu punya tunggu..mak aiiih.. rupanya lecturer sakit. Tak de message pon? Nasib baik la aku call lecturer tu. Kalau tak, tunggu je la dorang dekat dalam bilik tu.. terima kasih, nohfee. Sama2, feera. =_=”

Time nak balik pulak.. aku dengan condifent nya, jalan..plan nak amik gambar la kan.. BIASA LAH, PEREMPUAN…..

Tengah dok baeeeek nye nak amik gambar, aku tak perasan pulak yang ade batu tak sempurna lagi pembuatannya. Aku main lalu….

Dan…

Gedebuk!! Aku JATUH!

Paling segan adalah apabila aku jatuh depan budak yang aku minat. Adeh~~ nasib baik kawan2 aku ade, support dari belakang. Haha! Then, aku dengar budak2 lelaki kelas aku yang turut MENYAKSIKAN situasi itu cakap “eh, jalan elok2 ye”

Nak je aku toleh belakang, lepas tu kasi cokelat DAIM aku dekat die.

Time terjatuh tu, sempat pulak aku tekan butang snap picture. So, ini la gambar yang sempat aku snap time terjatuh. Aku snap gambar TAR JALAN. Ye ye.. nasib baik handphone aku ni tak terjatuh. Kalau terjatuh… phew~~~nikmat gila!

Aku rasa aku memang sebati dengan kasut sports je la..sejak aku pakai WEDGES ni, banyak je kejadian2 jatuh yang aku alami. Berapa puluh scar tah yang dah mengguris permukaan kulit kaki aku ni. tak termasuk lutut lagi. Sorry Mr.Kulit.


ini lah gambar2 yang sempat aku snap SELEPAS aku terjatuh Depan budak yang aku minat


* cool je aku rasa kalau pakai BAJU KURUNG dengan KASUT SPORT!

Saturday, January 22, 2011

FAKERS, YOU ARE FAKE…. =)

SALAM…

Hai, ish, bunyi tajuk kali ni macam scary pulak kan? takpe2, aku dah cover dengan senyuman di akhir ayat kan..? ok HALAL.Di entri sebelum ni, aku ade nak cakap pasal budak2 FAKE ni kan? so, this is the entry!

Apa itu FAKE?

FAKE is to make something seem real in order to deceive people.

Atau dalam bahasa Melayunya adalah, membuat sesuatu, Nampak nyata untuk menipu orang lain.

Korang rasa, orang yang FAKE ni, elok ke tak?? contohnye, dia pergi kelas agama, baru pakai tudung.. tapi, kat luar…mak aihhh, gila ABAH seksi la..


Ape pendapat korang?

Ok la… bagi pendapat aku.. fake tu ade jugak kebaikan die.. tak semua benda kat dunia ni ade keburukan je kan? mesti ade jugak the good side. Contoh

Mak: feera, sedap tak mama masak hari ni?

Feera: sedap ma..

Malangnya hari tu mak kita terbuat masin. Tapi, disebabkan kita nak jaga hati mak kita, so..kita pon terpaksa la cakap sedap kan? hehe. jangan tipu..jangan tipu..

Tapi.. kita tak boleh la teruskan penipuan kita tu… kita kena la selitkan sedikit komen.

Contoh,

Mak: feera, sedap tak mama masak hari ni?

Feera: sedap ma..tapi….. mama punya masakan hari ni agak masin SIKIT.

Kita puji. Then kita kritik. Nice one~~ aku pernah la sekali dua , tiga , empat, lima enam kali tengok AF dulu.. aku suka tengok Syafinaz komen budak2 af tu.. die akan puji dulu.. lepas tu ..ayat keramat die adalah.. TAPI……

tapi kalau macam contoh yang pertama sekali aku bagi.. pasal budak bertudung kat kelas agama, tapi kat luar seksi gila tu… ape pendapat?

Bagi aku… perempuan tu tak bersalah. Die menghormati keadaan/suasana/majlis yang dihadiri. Mesti akan ade yang kata, “fake gial perempuan tu! Jadi je la diri sendiri! Menyampah gila tengok..”

[kau FAKE la mengong!]

Relax.. bukan semua tempat kita boleh jadi diri sendiri taw! Contohnye la, jenis kita memang yang suka pakai jeans, dengan t-shirt lengan pendek. Let say, kalau ade majlis pengkebumian, tak kan la kita nak pakai jeans kita tu jugak pergi pengkebumian tu? Semata2 nak tonjolkan keperibadian diri sendiri? Oh gimme a break!

Mesti la kita akan pakai baju kurung time majlis pengkebumian/kenduri/doa selamat. Takkan itu pon FAKE jugak?? kita Cuma menghormati majlis. Tak faham aku, bila kita niat nak menghormati majlis, tapi ade jugak manusia yang nak perli2. Aduh~~ panas telinga aku dengar walaupon perlian tu bukan ditujukan pada aku. tapi… as a GIRL.. mesti la aku pon terasa.

*Nak ubah orang bukan dengan cara perlian. Tapi, ubah dengan kata2 yang lembut. Supaya orang lain tak sakit hati nak menerima teguran kita.

Persamaan Filem-Filem Seram Malaysia.

SALAM…

Hello , hai, holla… penat betol hari ni.. tiba2 rasa macam malas nak basuh baju. Aduh~ dobi pulak…. Ade la sedikit masalah teknikal yang berlaku.. jadi, aku kenalah basuh manual. Ish! pemalas betol anak dara sorang ni. basuh je la guna tangan, tak payah nak mengeluh2 ni. baik mak.

Lepas habis je test physics tadi.. kitorang teros plan on the spot..nak pergi tengok wayang. Ala..cerita khurafat tu.. hari tu, memang nak pergi jugak dengan kawan2 aku yang lain ni. tapi, disebabkan keMALASan yang melampau, terpaksalah aku beristerehat atas katil.

[ini kawan saya yang suka bergambar JUGA. hehe]


Sampai je dekat jaya jusco (mall yang paling femes dalam kalangan budak2 uitm penang), kitorang teros g serbu kaunter tiket. Ye2 aku hiperbola.. actually kitorang usha time dulu..then baru g serbu. Hehe. hari sabtu memang rm6 je ek? tak payah guna kad student pon boleh dapat murah?

*aku kuno sikit bab2 nak analisis harga tiket, selalu main beli je, tiba2 hari ni jadi prihatin sikit.

Belum masuk wayang lagi, popcorn kitorang dah tinggal ¾. Alahaaai. Lapar betol anak orang ni. baru masuk scene ke berapa tah..popcorn dah habis. Macam mana popcorn tu boleh habis? Aku rasa aku amik ‘sikit’ je? Hehehe.

Permulaan cerita KHURAFAT ni agak dramatic sikit. Ade scene yang terkejut ni semua. Tapi aku masih tak terasa terkejut. Bila time2 nak akhir la baru bulu roma aku rasa meremang sikit demi sedikit. Apa yang aku tengok cerita ni banyak betol SCENE GELAP. Maksud aku disini, bil eletrik lupa nak bayar ek? hehe. waktu siang pon, hospital tak bukak lampu ek? walaweeehhh. Scary jugak kalau ade hospital macam tu.

Paling gerun time aku tengok syamsul yusof angkat mayat tu. Aduh~~ mula2 aku ingatkan die nak tinggalkan je..dalam hati aku

“tolong la.. jangan kata die nak angkat mayat tu…”

Sekali tu.. memang betol2 la kan die angkat mayat tu… cun la!! Serius cerita ni sangat beza dengan cerita seram lain kat Malaysia ni. sebab ape? Mana ade cerita seram lain yang hantu die betol2terpacak depan screen tu… terkejot aku time dorang nak bawak jenazah anna tu.. hantu tu betol2 mencapub depan screen. Memang GILA terkejot.

Tapi yang buat lawak nye time dekat hutan.. aku confused, aku tengok ju on ke aku tengok khurafat ni? kenapa HANTU die Merangkak2?? Aduh~~ jangan pandang belakang dulu pon hantu merangkak jugak. Ubah idea sikit ye lepas ni…;)

Lagi satu skrip filem ni agak skema.mungkin sebab skop production kot. Opszzz.

*soundeffect lagu Gerak Khas*

Lagi satu kalau cerita hantu dekat Negara kita ni.. memang akan ade ek SCENE TINGKAP TERBUKAK TERTUTUP, TERBUKAK TERTUTUP? memang KENA ade ke?oh… mungkin untuk tunjukkan betapa kuatnya jin tu kot…?

Kalau tak RADIO/KASET/CD ROSAK, mesti RADIO/KASET/CD TERTUTUP time bawak kereta. Nak menunjukkan yang ade benda tu. Huishhhh..

Kalau nak tengok hantu je.. mesti tengok CERMIN BELAKANG(scene dalam kereta). Waaah… ade idea lain tak???

Tapi.. overall, aku rasa filem ni memang layak la dapat kutipan 40 juta. Punggung aku pon tak de la pecah tengok cerita macam ni. berbaloi RM6 aku. terima kasih SKOP PRODUCTION & GRAND BILLIANCE sebab hasilkan filem2 macam ni yang buat aku tak rasa rugi melabur RM6 aku.



*tak sabar nak tengok cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Tengok iklan die pon dah meremang bulu tangan aku ni.

Friday, January 21, 2011

kokurikulum itu bosan. tidur itu nikmat. test 1 phy esok itu....maaak aihhh!

SALAM..

Again..setiap kali aku balik kokurikulum, mesti aku akan update blog. Ye! Blog itu satu kemestian. Tiada facebook yang lain. pagi tadi je.. aku dikejutkan dengan muzik alarm tone handphone aku lagi.. again… which is aku rasa macam nak lempar je kat luar tingkap.

Tapi..bila fikirkan muka ustazah aku, terus sejuk hati aku. bercakap pasal sejuk2 ni.. semalam time tidur.. phew~~ sejuk sampai ke tulang! Tak pernah2 rasa sejuk macam tu before this..mungkin ade kaitan dengan aku baca yasin beramai2 semalam tu tak? HEHE

Dengan penuh kelam kabut nye, aku pon bersiap2..mencari baju kurung yang tak perlu diIRONkan memandangkan masa begitu mencemburui aku. aduh~ aku pon main sarung je baju kurung kedah kaler hitam aku dengan shawl. Ya, kawan2 SHAWL.

Terlupa seketika yang aku ade kelas CTU.

CTU=agama

Dengan penuh bangga nya aku pon menapak ke bilik kuliah. Dan seperti biasa, aku dan rakan2 ku, akan diperli.. erm.. perli ke? Sebenarnye, mungkin nak bagi kesedaran kat kitorang. Tapi kata2 ustazah aku tu sangat menusuk + menikam ke jantungku.

[uwaaa!.mak, nohfee TERmakan cili tadi! ]


Sometimes we need to be FAKE, isn’t it? Takpe, pasal fake ni, akan aku jelaskan di next entry nanti ye.

Speaking about next entry.,.. next day, aku ade TEST physics! Oh.. test physics JEEE.. lek ar derrr.

[chill... blogging dulu]


Ok sambung…

sejak belakangan ni, masa tidur aku seperti disingkatkan. Aku rasa aku baru je tidur.. tapi..tibe2 handphone aku dok melalak bunyi alarm dah. Terpaksalah aku bangun… satu tabiat aku ialah, aku suka suki je nak snooze kan alarm tu.. dah la aku snooze within 30 minutes. Memang cari nahas. Kalau dulu, kelas pukol 8, bangun pukol 7.30 pon sempat lagi nak terhegeh2 dan boleh jalan sorang2 pergi kelas. Tapi sekarang…. Kolej aku dengan bilik kuliah SANGAT jauh…

dah la jauh.. lepas tu kena pulak melintas depan kolej budak laki. Haiyaaa. Kalau melintas tu boleh terima lagi.. tapi kalau dah duk suwiit suwiiit.. aih, memang kau mintak penendang aku lah kan. aku memang akan naik kolej dorang dan bagi penendang penalty dekat dorang sorang sorang

[sape yang buat bunyi time aku kat bawah tadi?!!]


*ok2, aku hiperbola je tadi tu…I wish I could…hehe.. takkan la aku nak naik kolej lelaki semata2 nak tendang dorang? Tak pasal2 aku pulak yang kena tendang dari kolej.

sambung balik…

bukan itu sahaja… kalau aku jalan sorang2.. self confidence aku dengan tidak semena2 akan menjadi kurang. Jadi.. aku lebih prefer jalan ramai2..so, kalau nak jalan ramai2 dengan kawan2 aku… aku kenalah bangun seawal yang boleh dan bersiap sepantas yang bisa. Supaya aku tak ditinggalkan. Hehe. jadi konklusinya… terima kasih ALARM tone linkin park aku..sebab dok annoying kan aku pagi2 dan secara tak langsungnya buat roh aku kembali ke jasad aku.. walaupon dalam keadaan tidak tenang dengar muzik tu. ;)

Thursday, January 20, 2011

dari NOHFEE... terimalahhh...

SALAM,

letih betol aku hari ni... ingatkan bila cuti umum ni, boleh la aku nak LAJAKKAN tidur aku sampai ke tengah hari.. tapi tiba2, aku dikejutkan dengan alarm phone aku. serabut betol aku dengar ringging alarm aku ni.. lagu BREAKING THE HABIT-LINKIN PARK. rasa macam nak hempas pon ade jugak handphone ni.. memekak je.. tapi bila fikir2kan balik.. huish! sayang wooo handset baru! lagipon, kalau aku letak lagu aizat HANYA KAU YANG MAMPU tu memang seCONFIDENT CONFIDENTnya aku akan teros tidur.. ZZzzzzzz~~ aku bangun awal..adalah untuk membantu kawan2 kelas aku menyiapkan kerja2 proposal yang perlu dihantar pada esok hari.


[fokus itu penting]




ingatkan petang tu, aku nak tidur.. tiba2 annoncement dekat kolej aku dengan jayanya telah dapat mempengaruhi aku dan rakan2 ku...
kitorang pergi solat maghrib berjemaah bersama siswi dan bacaan yasin untuk kolej kitorang.. yelah... kata kolej baru... nak menghindarkan dari berlakunya perkara2 yang TAK DIINGINI. insyaAllah....

lepas dah solat semua, kitorang pon dengan jayanya jugak mendengar tazkirah. alhamdulillah....

[sewaktu tazkirah. bergambar itu penting]

selesai tazkirah....

*bunyi lagu BUNKFACE diTRANSLATE kan menjadi keroncong*

pernah dengar tak bunyi tu? good! tak pernah dengar kan? ye, sebab itu la bunyi perut aku. so, kitorang pon dengan jayanya jugak menapak di dewan makan. order char kuey teaw! walawwwehhh! murah!! RM2.50 je.. tapi udang die.. mak aiiih! ade 4 kot!! boleh dikategorikan sebagai banyak dan SANGAT berpatutan.. terutamanya bagi student yang dah pokai macam aku ni.

tapi...yang tak best nye....

[pinggan dah licin pon, kuey teaw tak mai mai lagi]


selepas 5 minit...

[jom, tangkap gambar dulu!]



selepas 10 minit


[kawan2 aku dah bosan dah ni~~]



setelah 20 minit!


[yes! makanan dah sampai! ok, aku menjilat jari...]


lepas dah makan...


[ye bergambar lagi. biasalah...perempuan...]


dan... bergambar lagi...



[aku bersama TEH AIS dan TELEKUNGku]


kawan2 aku yang BERANGAN nak jadi charlies angle.
BERANGAN itu wajib bagi WANITA.


dan.. penutupnya....

[feera! naik lift cepat!!!]

baik mak!

ok, bye semua....

Wednesday, January 19, 2011

Ceritera Nohfee 1


BEL 260

1) Video clip

2) Speaking

3) Golden vocab

PHYSICS 183

1) Lab report

2) Tutorial

SALAM…

Minggu assignment sudah bermula. Itu bermakna aku pon dengan rasminya akan mula menyibukkan diri aku. ahhhh. Malas pulak rasanya. Aku baru balik dari lab physics. Ala…yang kira2 voltan tu… selama 18 tahun aku hidup, baru aku tahu ‘rupanya, wujud CONDUCTOR PAPER ni’. alahaaai,. Sedih betol nohfee.

Aku sebenarnye dah lama tak berblogwalking. Huhuhu. Aku akan melawat page sape2 yang melawat aku je. Ini bukan kes MALAS. Tapi aku BANYAK betol kerja semenjak dua tiga menjak ni.

Kadang2, aku macam tak tahu nak tulis ape2. So entri aku kali ni, adalah NAK membebel je.

Now kat kampus aku ade EXKEP. Hurm,.. kira macam nak daftra koko la.. alaaahai! Koko pon kena jugak ke kat university? Aku? HAHA. Nohfee mestilah ambik persatuan yang SANGAT tak aktif.

1) Kelab penyayang.

2) Kelab tour (something like that..aku pon tak pasti

Ini la nama2 kelab yang aku daftar. Moga2 dengan keahlian aku dalam kelab penyayang ni, dapat buat aku ni bertambah sayang. HAHAHA.

Korang pernah dengar tak satu binatang ni, nama nya CHARLIE? Tak pernah tengok? Ye, ye…Kejap2 biar aku tangkap gambar jap.


TADAAAAA! Ini la Charlie! Nampak kecik je kan? kecik, comel je… TAPI…..(sorry gmbr blur, megapixel aku sikit je. kui3)

Phew~~~ acid yang die ade dalam badan die ni boleh buat kulit korang melecur. Macam mana aku tahu? Sebab last sem…time tu aku tengah syok study.. tiba2 aku rasa macam ade something dekat kaki seluar aku. aku tengok… CHARLIE ni.. elok jeeee keluar dari kaki seluar aku. alhamdulillah~~ ingatkan die tak rembeskan acid die tu…

Sedar2..esok nye.. mak aih!!!

Die rembes 3 tempat sekaligus! Kat peha aku pulak tu… terlecur jugak la kulit aku.. kan dah ade parut hitam! Parut gara2 charlie.sekarang ni, tak kesah la perempuan ke, lelaki ke..masing2 tak nak tengok/jumpa Charlie tu. Kesian Charlie..


[ ada charlie lagi? mana? mana??]



[aku dah mati la..kena salortape dengan tuan rumah ni.adeh~]


Sedang aku dok sapu2 rumah aku ni..tiba2 aku Nampak berlonggook Charlie yang diSALORTAPEkan. Bukannye ape… senior2 aku kata, Charlie ni, kita jangan penyek=mati kan die macam tu je. Kita kena salortape kan die. bagi die mati pelan pelan. Aku pon tak faham kenapa. Tapi… disebabkan itu dah menjadi tradisi dekat sini, aku pon join sekaki… lepas ni, kilang salortape boleh la bukak cawangan dekat permatang pauh ni ye! ;)

Sampai sini je la segmen membebel aku kali ni. orang kata,

Belajar itu mengantuk,

Tidur itu nikmat.

Korang nak yang mana???

;)


Tuesday, January 18, 2011

Aku suka KAWAN dengan KAU, tapi. . . . .

SALAM,..

-AMARAN-

*penulisan aku kali ni, agak kasar, harap dimaafkan segala kelancangan ayat yang tertera*

Hai bloggers sekalian, ni.. aku nak tanya..pernah tak dapat kawan yang korang memang suka kawan dengan dia, tapi… perangai die yang kadang2 buat kita rasa die ni annoying. Dan kita pulak takot nak tegur die. sebab die ni jenis yang SANGAT fragile…?

Pernah ade tak situasi macam ni???

Alaahai perempuan, susah betol nak tegur. Cepat makan dalam. Ye, itu habit perempuan. Jangan menidakkan.


Entri aku kali ni, bukan la nak bagi tips. Tapi aku nak bagi kesedaran… kesedaran pada semua KAWAN kat luar sana.

Antara kesedaran2 tersebut adalah:

1) JANGAN gedik.

Bukannya aku tak suka ke ape, kita, perempuan ni, ada pelbagai cara gedik. Tapi.. kalau boleh..simpan2 la gedik kita ni. kalau teringin sangat nak gedik, jangan la sampai over the limit.. contoh gedik over the limit

Lelaki: eh peah (bukan nama sebenar), lama tak jumpa kau

Peah : ye la,kau mesti rindu aku kan? bila nak belanja aku makan?

Tak perlu la nak mention pasal rindu2 ni, cik peah oi…

2) Jangan cakap kuat.

Kadang-kadang aku rasa kita ni, (perempuan) ade 3 sebab kenapa kita bercakap kuat.

Golongan 1

- Excited sangat nak sampaikan cerita kita kat kawan2

Golongan 2

- Nak menunjuk2 as if lelaki hot kat sebelah MACAM akan tertarik dengan kita

Golongan 3

- Memang ditakdirkan suara die KUAT. What to do? Hehe

Agak2nye, kita ni tergolong dalam golongan mana ye? Jangan la tergolong dalam golongan 2. Sebab sangat jengkel ok! Bukannye kita akan Nampak cool dengan cara macam tu, tapi sebenarnye, kita Nampak SANGAT menjengkelkan.

3) Maskulin.

Bukannya aku tak suka sangat perempuan yang kasar2 ni. sebab aku pon dulu kasar2 jugak. Tapi, kadang2 kasar kita ni kena la bertempat. Tak boleh ikot suka hati abah kita je! Jangan la depan LELAKI, baru nak tunjuk maskulin…bila depan kawan2, dok mengadu ade lelaki kacau die kat kelas. Eiw eiw!

4) PERASAN.

Ye ye, aku pon perasan jugak. Perasan noh dengan aku. tapi kitorang special case sikit. Tapi, tak perlu la kot kalau nak anggap macam SEMUA lelaki kat DUNIA ni, semua minat dekat kita. Jijik la…

Please.please.please.

Kalau lelaki tu pandang kita or tegur kita, tak bermakna die suka kita. So, please, girl….stop ur nonsense!

5) Kasar versus lembut

Ha.. perempuan macam ni, ade dwi-personaliti betol.. bila layan jantina yang berlainan, alahaaaaii. Lembutnya suara..merdu, ayu. Tapi bila layan kaum sejenis.. mak aih!! Dok buat nada2 marah… oh gimme a break, man!


Aku guna perkataan KITA menggantikan KORANG. Supaya kita(perempuan) sama2 sedar. Jangan buat perkara macam ni. ape la, pandangan lelaki bila pandang/tengok perangai kita macam ni? mesti malu kan, kalau dorang mengutuk belakang? Jatuh saham wehhhh! Aku malas nak sarcastic sarcastic kali ni.. bagi straight to the point..penat la layan orang macam gini. So, please, change for a good life!

To blogger boys + girls : ape pendapat korang bila Nampak girl macam ni?

Inilah FACEBOOK..

SALAM..

Hiyoo, hai, hello.. aku baru je balik dari lab geologi.. alaahaaai! Lab yang kadang2 tak macam lab. Dari minggu lepas aku asek dok kaji batu je kerja.. kalau minggu lepas, batu die agak kecik sikit, minggu ni..mak aih!!! Besau betol! Ade granite…bla bla bla. Dah la kena pakai seluar + baju ke kelas. Tak boleh pakai baju kurung.Nak drop subject ni boleh?

Sempat la jugak time orang tengah buat experiment, aku dok buat kerja aku sendiri. Mentang2 la handphone baru en.. so, aku pon discover la segala jenis wireless yang ade dalam lab tu. At last…

“CONNECTION SUCCESS!”

Nikmat gila tengok ayat tu terpampang keluar dari phone aku. teros aku bukak facebook. Ye ye, facebook mobile je. Betapa kuat nye, tarikan FACEBOOK ni sampai tiap2 kali online je.. mesti facebook jugak yang akan aku bukak. Walaweeehhh. So, bila dah bukak facebook dan agak lama jugak berkecimpung dalam duni per’facebook’an ni, banyak gak benda yang aku perhatikan. Antaranya:



1) LIKE.

Ini bukan favourite aku dulu. Aku sendiri tak tahu apa fungsi like itu sendiri. Sehingga la at one part, aku Nampak lecturer aku online kat depan, die dok LIKE2 message orang. Wah, macam best je.. nikmat pulak aku tengok. So, aku pon ketagih untuk menge’like2 ni. tapi, yang menjadi persoalannya…ade yang dah like.. esok nye pulak aku tengok orang tu dah UNLIKE. La.. laptop aku yang rosak ke ataupon mata aku yang bermasalah? Ermm. Sama je la macam followers blog kan? ade yang kadang2 tu UNfollow kite. Aduh~~

2) Smiley face [ =), ;), =(, =.=” ]

Aku tengok sekarang ni .. macam dah jadi trend. Setiap kali di penghujung ayat je, mesti ade SMILEY emoticon. Aku pon tergolong jugak dalam golongan ni. nak terangkan, sebenarnye, aku letak emoticon di pengakhiran ayat aku, adalah supaya orang lain dapat faham perasaan aku time menaip ayat2 tu. Contohnya

What’s on your mind : =)

Itu maknanya HAPPY. Tak salah kan kita guna emoticon. Sebab aku ade baca beberapa blog yang pemiliknya tulis, “apa motif buat emoticon kat penghujung ayat”. So, ini jawapannye. =)

3) Poke.

Budaya poke menge’poke ni aku pelik sikit., apa fungsinya poke ni weh? Nak aku poke kau? Aduh~~ tak faham tak faham.. ade jugak yang dok menge’poke aku kat facebook.

4) Message berantai.

Aku ingatkan dekat email/handphone je ade message berantai., tak sangka dekat facebook pon ade. Penuh inbox aku sampai berpuluh2, disebabkan message2 berantai ni. terutamanya kalau kita join any SOCIETY/CLUB. Mesti ade je message… adeh~~

5) Penyokong/antifan.

Todiaaaa eh. Bila demam bola sepak melanda, banyak betol fanpage khairul fahmi. Bukan khairul fahmi je, malah girlpren die pon ade jugak. Alhamdulillah ramai penyokong. Tapi bila ana raffali menang AJL hari tu.. ade jugak “penyokong” yang buat page fan untuk ana. Bertuah ana. Tak lupa jugak, fanpage yang tak suka DDR. Siap ade fake account lagi! Wow!

[siapa yang benci aku tu?!]


Aku ingat lagi, waktu aku mula2 buat facebook dulu. Time tu umur aku 15 tahun. Form 3. Time tu, myspace la raja segala social network. Aku bukak facebook semata2 nak main game Guess The Sketch Challenge je. Tapi sekarang…. Wow!

Sunday, January 16, 2011

Malu.

SALAM.

Semalam, entri pertama aku bercerita pasal MALU. Hari ni pon aku rasa nak jugak bercerita pasal MALU. Korang tahu tak ape itu malu? Ok, aku tak rajin nak pergi bukak kamus dewan bahasa edisi ke bla bla bla… tapi aku nak bagi tahu definisi malu aku setelah 18 tahun 3 bulan aku hidup. Bagi aku, malu ni adalah universal. Tengok tempat jugak la kita malu… kadang2 aku tak terasa malu. Sebab ape? Sebab malu aku tu sangat universal.

Sesetengah orang malu nak bagi speech kat depan. Malu depan orang ramai. Aku pulak, pantang Nampak microphone, selagi boleh, aku akan sambar. Tapi tak bermakna aku ni jenis muka yang TAK TAHU MALU. aku malu pada tempat2 yang kadang2 bagi korang ‘eleh, takat tu je kot..? takkan tu pon nak malu?’. ok, aku MALU.

Aku paling malu dengan lelaki. Adeh~~ ini fakta. Aku memang SANGAT pemalu dengan lelaki.

Nak dijadikan cerita, dulu..time 1st sem, aku duduk dekat kolej Baiduri nama nya. Kat bawah kolej tu memang ade café. Aku memang akan makan situ je bila balik kelas. Melainkan kalau kawan2 aku ajak aku pergi foodcourt. Café kat Baiduri ni, hanya perempuan sahaja yang dibenarkan makan kat situ. Lelaki tak boleh masuk. Tapi, kalau foodcourt, boleh campur. So, memang agak jarang la aku nak pergi foodcourt untuk makan.

Tiba2 pulak..sem aku sekarang (sem 2), tak de system café dah. Semua dah jadi foodcourt. Campur lelaki dengan perempuan. Ahhh, sudah! Dah la aku tak suka campur2 ni. bukannye aku mengamalkan sikap berkecuali. Tapi… kan aku ni pemalu sikit (eiw eiw).

Start jadi foodcourt ni la.. aku dah jarang nak turun makan kalau takde kawan lebih dari 2 orang. Mesti ade yang kata ‘eiy, poyo gile budak ni, gedik..makan je lah’. Ah, ape aku kesah dorang nak cakap ape, ape yang penting aku MALU. bukannye aku ni bajet hot ke ape tak nak lalu depan lelaki. Tapi, ini la kelemahan aku.

Pada kawan-kawan lelaki aku…aku sebenarnye malu nak bercakap dengan korang, kalau nak tahu. Tapi aku KENA gak cakap dengan korang. Sebab aku tahu, mana boleh survive doee dok kat uitm penang ni kalau takde lelaki. Engineering. Paham paham je la. Kebanyakan nye lelaki.

Apa yang aku cuba nak sampaikan disini adalah.. cara MALU aku lain dengan cara MALU orang lain. aku malu tang ni. angpa malu time nak bagi speech. Aku tak de pon kata angpa gedik ke apa ka sebab MALU nak bagi speech kat depan.

So, tolongla jangan kata aku GEDIK sebab tak mao jumpe segerombolan lelaki dekat dewan makan. Aku MALU, please ngertik dong.

*aku pernah BERPULUH kali jatuh sebab pakai wedges. Jatuh depan orang ramai. Tapi aku tak malu. sebab aku pikir, macam la orang laen tak pernah jatuh. Aku tak suka tengok orang lain berasa MALU. kalau orang tu jatuh kerusi, aku dengan pantasnye , akan palingkan muka aku dari tengok situasi tu. Bukan style aku nak gelak guling2 tengok orang jatuh.