my medulla oblongata

Thursday, February 24, 2011

5 perkara yang paling JENGKEL masa buat exam.

SALAM.
hai...to all bloggers! minggu ni memang minggu MATA PANDA. mana tak nye? tiap2 hari la dok bersengkang mata nak study. nak cover chapter yang tak faham. al maklumlah.minggu TEST..memang cegini. tapi aku tak de la study sampai pukol 3 4 pagi. gila hape nak study sampai pagi2? pukol 1 2 aku tidur la.. hehee. haktuuiii!

bila bercerita pasal exam, mesti aku akan fobia atau tak berapa nak suka dengan beberapa keadaan. nak tahu pe die?

1) lecturer/pengawas peperiksaan lalu/berdiri tengok kertas jawapan aku
maaak aiiihh...tambah2 lagi kalau aku tengah blur2 nak jawab. yang paling best pulak, lecturer/pengawas peperiksaan ni suka pulak tengok kertas jawapan aku time aku tengah blur. so, aku pon akan buat macam tengah kira2 or buat2 tengah berpikir. padahal...aku langsung la tak de idea. tak pon, kalau time aku ade idea...tengah dok syok mengira physics or calculus, tibe2 kalau lecturer lalu, teros aku kaku. takot salah. adoiii

lagi2 kalau muka yang tengok kertas aku tu cm gini.. memang aku ajdi iceberg teros.

2) bunyi handphone.
sangat la aku tak suka bila ade kat kelas mahupon berada dalam dewan peperiksaan. kalau ye pon nak promote lagu yang korang memang hard core gila tu, tak payah la dok active kan mode GENERAL. tolong la active kan mode SILENT. pada yang menggunakan handphone nokia, tekan je lama2 butang # tu. senyap sunyi la nanti handphone korang tu. ke, nak aku tolong silent kan? bukannye ape? once bila berbunyi je handphone tu, automatic ilmu2 kat kepala aku ni pon dok berbunyi girang. lantas, idea2 aku terkubur macam tu je. tak sempat nak tulis, dah lupa... hattoooiii.

3) meniru.
aku paling la pantang kalau meniru time EXAM. aku ulang, EXAM. bukan quiz ye. he he he. quiz aku tak kesah. exam aku memang tak suka meniru dan kasi tiru. ade pulak yang pandang muka aku dengan penuh harapan supaya aku boleh bagi jawapan dekat dia. jawapan aku BOLEH BLAH!

4) meminjam.
ni la habit yang aku tak berapa nak gemar. time exam la barang2 suma tak cukup. tolong la check dulu sebelum masuk dewan peperiksaan tu..sama ada barang2 penting cukup ke tidak. nak dijadikan cerita, time trial spm 2 tahun lepas...ade la sorang ni, terlupa nak bawak pemadam. last2 cikgu soh aku patahkan kepada dua bahagian. dan bagi dekat kawan aku. makkkk aiiihh.,pemadam aku pon dah la ceknonet. ni kan pula nak sedekahkan kat orang., walaweeeh. tapi disebabkan aku fikir2, agak2nye, macam mana la aku kalau kat tempat die,. so aku pon dengan hati yang baik, patahkan pemadam aku, bagi la dia sikit. waahh.romantik gteww!
[nak pinjam barang? hurmmmmmmm]


5) bising.
bising ni bukan setakat yang bunyi bising orang bercakap tu taw! tapi ni bunyi bising dook buat drum kat meja. ape dorang dah gian sangat ke nak pergi jamming? dok ketuk2 meja pulak dah., meh sini meh aku ketok kepala sorang2. time exam, aku memang takkan benarkan eardrum aku mengalami sebarang vibration disebabkan oleh bunyi2 yang muncul. time exam la, aku kalau boleh nak bagi eardrum aku rest sikit. kesian asek dok vibrate je selalu. hehe.

so...itu la diantara 5perkara paling jengkel yang orang selalu buat time tengah buat exam. oh..yang paling jengkel adalah...

*terasa nak buang air time buat exam.
ini yang paling aku MALAS. mana taknya, kalau nak pergi buang air, kena isi form keluar dari dewan periksa.... buatnya aku dah nak tercicir, takkan nak kena isi form jugak? tak pasal2 bercicir2 benda2 tak patot. tak ke jadi 1 hal lagi nak kena mengeMOP? sebab tu la, kalau aku nak masuk dewan periksa je, aku akan usap perut aku, aku akan cakap, "please behave well". wahahah.
[makkk! nak buaaaanggg!]

pernah tak korang mengalami situasi2 cm ni? ataupon korang sendiri yang buat benda2 ni? bek ngaku cepat! oh...aku memang skema sikit. tu la sebabnye, Mr A selalu cakap yang aku ni nerd. nasib baik dia panggil aku NERD. kalau die panggil aku MISS WEIRDO. tak ke parah perit petai aku menerimanya? erm, ok la.. jumpa di entri seterusnya! terima kasih datang membaca entri NOHFEE kali ni. =)


Monday, February 21, 2011

time bila korang boleh tengok muka tak de confident aku?



SALAM,
Hai, selamat sejahtera semua. Macam biase, setiap kali hari isnin menjelma, update aku takkan putus2 bercerita pasal…..

Lukisan kejuruteraan

Ahh..bila lah aku nak pandai buat menatang ni?? dalam banyak2 subject, subject ni la yang paling aku tak reti LANGSUNG! At least kan , biology dulu lebih berjuta kali OK dari LK ni ha… ye, minggu ni aku belajar pasal orthographic. Ape die? oh ok, memang la..ramai yang kata

“ala..senang je ni weh, kau tarik2 n lunjurkan je garisan tu”

Ye, memang la nak tarik garisan, tapi nak tarik garisan mana? Aku tersangat la blur. Tiap2 hari aku subuh, aku doa…tolongla bagi aku ‘nampak’ sikit apa yang aku nak buat untuk LK. Tapi sampai sekarang aku tak ‘nampak2’ lagi apa yang aku nak buat.

Aku sangat la terharu dengan kawan2 aku yang seriously dorang sangat la banyak membantu. Thanks a lot mek, zaty! Seriously aku sangat hargai apa yang korang dah tolong aku. tak lupa gak kat faizul. Pergh~~ die ni memang penyabar gila la ajar aku. baik gila tahap! Seriously thanks. Kalau korang2 yang nak cari calon suami, boleh la kenal2 dengan c faizul ni. =)

Chhhhooooiiii! Apehal dok sedih2 ni pulak nohfee oi? Eh eh gila tak sedih? Test LK aku ni hari ahad ni. memang sedih la kan aku, sampai sekarang masih blur. Kalau korang sume nak tahu. Muka aku ni sangat2 la confident all the time. *padahal dalam hati..kalau lempar paku, boleh meletup jantung aku.

Tapi kalau nak tengok time muka aku SANGAT tak confident, resah gelisah macam aku hilang anak, ataupon kalau nak tengok muka aku berminyak..boleh la tengok aku time aku tengah buat LK. Sebab bila aku tension, secara tak sengajanya….everything turns bad. Macam mana aku nak letak minat dekat subjek ni weh???? Serius aku dah blur tahap. Setiap kali hari isnin menjelma je, mesti aku akan cakap…
“damn! LK hari ni!!!”
Tipu la semua iklan ubat gigi tu..bangun2 tidur je teros tersenyum sampai ke rahang. Aku try nak gak buat senyum pada pagi isnin. Tapi bila tengok je peralatan LK aku kat sebelah katil aku ni ha, aku punya mulut ni teros bertukar jadi bentuk DOME SHAPE. Ape tu dome shape? Ala..macam bentuk diaphragm kita bila kita tarik dan hembus nafas. Nak clear? Jap2, aku cari gambar kat google jap…
Ok jumpa!


Ni ha… Nampak tak yang aku bulatkan tu? Itu namanya diaphragm. Macam tu la bentuk mulut aku bila Nampak alat lukisan aku ni. sadis gile kan?

Tapi lepas kelas LK, aku ade kelas BEL. Ape tu BEL? Bel tu kelas English. Kalau kat skola menengah aku dulu. Kelas English la paling paling aku tak suka. Aku mengantuk tahap! Tapi dah dok kat university ni, kelas English la kelas paling fun…*depends on the lecturer. Diikuti dengan kelas calculus. LK? U are SO fun, that I dun really feel like want to be friend with u.

Ok la, kali ni aku tak de sajian gambar2 aku time buat LK ni. sebab kali ni aku betol2 fokus buat LK. Even ade sms masuk pon, aku biarkan je……. 


ok la..serabai je aku ni cerita panjang2. tunggu update aku seterusnya ye. yang pasti BUKAN pasal LK ok. bye!

*ade tips tak untuk sukakan LK ni? anyone....?

Saturday, February 19, 2011

Aku dah kurus!!

SALAM.,

Hai…. Ehem ehem..hari ni, nohfee nak mula bercerita. Sila buntangkan biji mata anda untuk baca entri aku kali ni ye. =)

6.30 pagi.
Phewww~ bunyi alarm phone ni lagi! Campak jugak kang! Eh jap2, tengok dulu ade mesej ke tak kat phone. Oh ade. Reply dulu.

7.30 pagi,
Eh, mana dorang ni semua. Ni la janji melayu. Kata 7.30. la ni dah pukoi 8 pon x bertolak2 lagi. Memang cakap supa bikin betui.

9 pagi
Akhirnya, aku sampai gak dekaaaat

TAMAN NEGARA PULAU PINANG!!

Ok, cerita nya bermula macam ni. kelas budak2 kejuruteraan awam part 2 ni kena pergi site visit. N decide nak pergi mana. Means, kitorang kena la prepare kan kertas kerja suma bagai. Disebabkan kitorang terlebih due date, kertas kerja kitorang pon ditendang, disepak, ditampar bulat2. Alangkah sedihnye hati kitorang yang dah plan terbaeeek punya nak p Lenggong , Perak. Harapan je la…

Lepas tu, kitorang dapat tahu yang kitorang kena pergi Taman Negara Pulau Pinang. Waduh… pulau pinang jugak ke? Tak de tempat lain ke? Adeh laa…. Nak buat mcm mana? Padan muka kitorang la jugak.
So, dengan bangganya aku nak announce yang kitorang sangat2 la tak menyesal dapat pergi pulau pinang ni ha….. nak tahu sebab ape? (panjang pulak introduction aku kali ni)

Aku gembira bukan sebab dapat tengok pelancong2 asing, Malaysia berbikini dekat tepi pantai, ataupon nampak lelaki lelaki tough lalu sebelah aku, mahupon satu group dengan peja, arif hakim, fizie dengan tika. Tapi…aku gembira sebab aku dapat imbau balik kenangan aku time aku hiking GUNUNG JERAI satu masa dahulu..

apa yang aku cuba nak ceritakan adalah, aku dengan kawan2 aku semua kena mendaki la taman Negara penang tu. Mak aiiihhh! Tinggi pulak aku rasa. Meraung lemak aku mintak disejukkan semula. Kesian lemak, terbakar jugak kau. Turun 20kg!

Permulaan perjalanan naik canopy walk. Ade la kawan aku sorang ni..die tak habis2 cakap “eh nanti ni jangan lupa masuk kat blog eh?” aduh…die perli aku ke ape? Tak dapat nak hidu bau perli disitu. Eh, hai ARIF HAKIM! Time nak naik canopy walk tu.. Walaweeehhh. Ade jugak la yang macam jakon gila tak reti nak naik elok2 canopy walk. Dok goyang sana dok goyang sini.. apa kau ingat tali ni cukop nak tampong berat badan aku? aku goyang kepala kau baru tahu!

jangan menari, jangan cak lempong, jangan poco-poco, jangan breakdance.
Lepas tu, aku teruskan lagi perjalanan pendakian aku. oh sorry la kawan2 aku semua..aku memang la jenis yang akan automatic diamkan mulut aku once aku jejak hutan. Bukannye ape. Aku nak bagi focus yang cukup pada setiap langkah aku. al maklumlah..orang kata hutan ni banyak benda2 keras. Ade jugak la aku jumpe beribu2 benda keras kat hutan tu.. batu oh batu..keras doe!

Bila time part nak naik, memang aku lemah. Dari gunung jerai dulu lagi…aku memang benci naik. Aku suka part turun je.. mula2 aku Nampak ade signboard kata ktorang akan sampai pantai tu dalam masa 5 minit lagi. Sekali tu..aku rasa bukan 5 minit. 15 minit lepas tu baru kitorang sampai. Aku rasa la kan, jam orang yang buat signboard tu rosak kot time nk estimate masa. Kesian betol. Sebenarnye aku nak cepat2 sampai sebab aku dah tak tahan….. Gile ape aku p minum air botol sampai 2 time mendaki. Memang bagos betol time perot aku memproses air tu…time mendaki. Nice one!

akhirnyaaaa sampai jugak!

Sampai2 je, kitorang berkelah dulu tepi pantai. As usual..perempuan…..bergambar itu satu kemestian. Wahh, best nye kalau Mr A pon ade gak! *pang pang* tiba2 ade la dak laki kelas aku cakap
“eh korang perempuan ni memang bawak banyak makanan ek?”
Ye la..mana taknye…satu beg penuh dengan makanan. Maaakkk aihh! Ni nak camping ke hiking? Tapi takpe, makanan2 tu semua dah selamat bertukar menjadi lemak dalam perot aku. next, kitorang naik boat. Walaweeeh! 1st time aku naik bot weeh! Jakon betoi aku. setiap sudut, penjuru aku tangkap gambar, walaupon aku tahu handphone aku takde la sebagus DSLR kawan2 aku. tapi aku tak kecik diri. aku tetap bangga menggunakan handphone NOKIA C3 walaupon hanya 2mp, 2 gig je. Aku tak kesah. Yang penting gambar aku dengan kawan2 aku terpampang dekat NEW ALBUM kat facebook esok lusa aku upload. ;)
Dalam boat aku ni, ade sorang perempuan dari Negara Filipina. Wah..die speaking la! Time ni la aku nak cuba try test power English aku. aku sudah mempraktikkan English dalam kehidupan seharian aku. anda pula bagaimana? He he he.

ni namanya batu buaya.sebab bentuknya macam buaya. 
Lepas dah makan, tangkap gambar dan macam2 lagi…kitorang pon singgah masjid terapung. Ohh..aku ingatkan masjid terapung ade dekat Selangor je, upenye penang pon ade jugee. Terbaeeek. Yang paling aku kagum dengan penang belah island ni kan…kebanyakan rumah adalah dalam bentuk apartment, kondo, atau pon pangsapuri. Ye la..kan tak cukup tanah,. Takkan nak buat rumah dalam laut tu pulak kan? rumah ikan boleh la. Walaupon rumah dorang rumah tinggi2, tapi serius aku suka reka bentuk rumah2 kat situ. Lawa siottt! Aku jadi jakon lagi buat kali ke berapa entah.

Akhirnya masing2 tidur bersepah. Kesian anak-anak ibu letih mendaki.


Disebabkan aku punyalah excited nak update blog ni, balik2 je bilik..aku teros bukak laptop. Transfer dulu gambar2 ke laptop. Dan update! Ok, sekarang aku nak tidur dulu. Thank you for reading.




 gambar2 yang sempat aku snap tadi.


masjid terapung 


i have no idea  




lawa kan?



inilah bangunan tinggi dekat penang tu ha



*aku suggest kan korang sume kalau nak pergi bercuti ke hapa ke, pergola ke TAMAN NEGARA PULAU PINANG. Terbaeeekkk!

Wednesday, February 16, 2011

ek eleh....bowling tu bola je la....

SALAM...

hai to all bloggers! semalam aku keluar, hari ni, baru aku nak update. semalam....aku dengan kawan2 aku semua ramai2 plan nak p pacific. uhuk uhuk...menatang ape pulak tu nohfee? ok ok, pacific tu kira macam mid valley, sunway pyramid, one utama, the curve,  Semua House dekat jalan tar tu ha... walaupon aku tengok keadaan dalam tu memang style romantik terbaeeek dari ladang punya...tapi kedai2 dalam tu jual barang2 murah murah ok!

ok before that..aku nak mulakan cerita aku dengan  masa nak naik bas ke pacific. kitorang plan dah nak pergi dengan kawan2 aku. sekali tu, kawan2 perempuan  nak pergi jeti dulu. nak jumpe family kawan aku sorang ni. so, aku dengan kawan aku sorang ni pon plan bertolak dulu..dengan dak2 lain. time kitorang dah nak sampai ke bus stop tu, tiba2 nampak ade van putih, kawan2 aku dok sebok soh kitorang naik van putih tu.. dah la ade 1 seat kosong je. ade pulak dorang dok soh aku dengan kawan aku p duduk share2 satu kerusi? hello??? kalau badan kitorang dua kecik macam liyana jasmay tak pe la gak! entah2 kalau double badan liyana jasmay dengan juliana evans pon takkan dapat duduk dekat 1 seat kosong tu. hiyaaa.!

lepas van tu berjalan..berlambak pulak bas yang datang. aku dengan kawan aku main masuk je bas yang mana yang kitorang nampak. dah masuk bas, kitorang agak tak confident 'adakah bas ni pergi pacific?' lepas aku dah tanya kawan aku, betol la..bas ni memang pergi pacific. thank you!

sampai2 je..aku teros p melantak kfc. ye ye.. dalam minggu ni je.. lebih dari 2 kali aku makan kfc . tu la Mr A pon cakap, muka aku dah nak jadi cm muka ayam kfc dah. ok, fine fine.. kfc je la menu yang paling sesuai untuk aku makan kalau pergi keluar/hang out. tapi bukan untuk dating. sebab setiap kali aku makan ayam, mesti ayam aku terpelanting. adakah ayam aku hidup? 

lepas dah habis menternak lemak, kitorang pon bersukan la..ye! majulah sukan untuk negara! ramai2 pergi serbu tempat bowling. last aku main bowling time aku form2. ingat lagi? hell no! aku tak ingat pon aku main macam mana. yang aku tahu, aku selalu hempas bola je time main bowling dulu. tu pon sebab aku kena teman kawan aku pergi dating dengan admirer die. aku paling la suka keluar dengan depa time tu..sebab 1 sen aku tak yah keluar. wow!

so, aku dengan muka confident nye, jadi la orang pertama untguk campakkan bola bowling tu. ek eleeehh.bola je pon! aku main campak je. nasib baik tak pecah je lantai tu haa..well, biase la kan..first time'er..adat la tu.. mula2 aku tengok aku satu pon TAK strike. cisss! siot punya bola. tak de ong betui! kawan2 aku dah start up. aku baru 27. depa dah 50 lebih..memang terok betol aku main!

ade gaya pemain bowling negara tak? of course yes!

tiba2.... disebabkan bola kaler PINK! aku strike semua!! walaweeehhhhh.. next round pon sama! i love pink and yellow man!! campak punya campak..aku dapat la 68. while depa yang speed aku tu dapat bawah sikiiit je dari aku. ni la yang dikatakan strategi di akhir perlawanan. ha ha ha.sorry la ek zaty n wani. =p

tengah dok window shopping semalam..aku nampak skirt labuh. aku teringin gila nak pakai! aku nampak orang yang tinggi2 ni lawa bila pakai. nak gak aku try. nak tengok lawa ke tak. tapi....aku tak tahu nak sepadan kan dengan apa. aku takot pulak dah nak pakai p kelas. takot orang kata
"eh eh die ni..nak pergi kelas ke, nak pergi clubbing?" chhhhoooiiiiii!

tiba2 kawan aku cakap
'feera, nak pakai ni boleh, tapi orang tu kena berani la'.
ok, next sem aku pakai. this sem aku nak kekalkan penampilan baju tradisional untuk ke kelas!

at last, aku beli handbag. murah murah murah! jom la ke pacific! *good promoter*


sempat la tangkap gambar sekilo dua sebelum kena tegur dengan orang kedai ni. hahaha



bila aku cakap aku pergi pacific, ini la antara2 pendapat2 yang aku dapat tentang pacific. hehe







balik2 dari pacific je.. kena menghadap lab report ini. phew~~ berasap otak aku.


ok la... tu je la kot aku nak bercerita dekat sini... bai bai! =)


Monday, February 14, 2011

pernah tak korang ALAMI...?

SALAM...

hai to all bloggers! aku pergi mana2 je blog hari ni, semua dok cerita pasal valentines day. aduh~ eh eh jap...orang jual kerepek datang..
*
*
*
*
erm.... dah beli pon kerepek. baru je setengah jam yang lepas aku tanya dekat housemate aku
"eh ain, hari ni kakak tu tak jual kerepek ke ek?"
tak sangka pulak kakak tu dengar kot permintaan aku tadi..teros terpacul muka kakak jual kerepek tu depan pintu rumah aku. terima kasih kakak kerepek! 

ok, sambung blogging. selama kita hidup ni kan...pernah tak korang alami.....

1) stranger dapat number phone kita

ade sorang kawan aku ni...dapat mesej daripada stranger.. stranger tu dok kate die kenal kawan aku ni ha... siap tahu kawan aku tu duduk aras mana, kelas ape, rapat dengan siapa... wattttaaaa? yang penting, stranger tu satu kampus la.. but still..... KAU SCARY BHAI!



2) tengah dok minum Coke, tiba2 ade orang ckp, "eh, malam ni cuci jamban ek?"


semalam aku beli coke. 1 botol besar ok. lepas tu, time dekat kelas. boleh pulak lecturer aku cakap coke ni boleh bawak p cuci jamban.. mak aiiiihhh..dalam banyak2 hari..kenapa die pilih hari ni jugak nak bercerita pasal coke? lagi satu... lecturer aku yang sorang ni tak habis2 dok kata "some students using their PTPTN money to buy a new branded phone" gluuuup. *terasa*



3) tengah message, tiba2 orang cakap "mesej dengan boipren la tu"

tengah aku dok mesej2... ye la, aku tahu aku banyak gak la bermesej sekarang ni.. tapi takkan la aku tak de langsung sms dengan kawan aku kan? hey, MAISARA, kau boyfriend aku ke???
[ ye ni yang dorang dok kate boipren aku? maaakk aiihhh]



4) tengah makan, ade orang sembang pasal SHIT.

ni paling tragis la.. tengah aku dok makan....tiba2 ade pulak yang masuk topik najis2 bagai ni. teros terhenti sesi makan aku. tapi, disebabkan aku lapar, aku makan je teros.... cisss



5) dah datang dan sampai tepat dalam kelas pukol 8, tiba2 dapat tahu KELAS BATAL.

aku pergi kelas LK tadi. dah setengah jam tunggu, baru dapat tahu lecturer tak datang. pergh~~~ buat penat aku berjalan je. bukannya dekat kolej aku dengan kelas tu ha.. macam dari low yatt ke central market. *jauh gilaaaaaa. haha



6) tak makan.

pernah tak, korang tak makan pape..aku ulang APA-APA dari malam sampai lah ke malam esok nye pulak..?





7) samakan muka dengan artis.

aku bukak bukak je facebook aku, ade yang tulis aku ANA RAFFALI..? siap bawak sampai ke picture comment lagi...? chhhooooiiii. tak de artis lain ke nak samakan, aku rela la orang samakan aku macam muka pierre andre ke khatijah tan ke. huuhuh
[aku? oh tidaaaakkkk]




8) ada orang puji korang lawa/handsome

aku selalu tengok, kalau orang puji orang lain kan, mesti orang yang kena puji tu cakap "eh, mana ade laaa"
so, aku nak suggest kan ape kata lepas ni, kalau ade orang puji kita, kita cakap "terima kasih... photostat muka mak pak aku la ni". secara tak langsung nya, kita juga memuji parents kita. ;)




9)  tengah dok asek bersembang, tiba2 ade orang bersin depan muka korang

fuihhhh... gile la.. tak boleh terima kot, kalau orang bersin depan muka aku. nak je aku amik dettol gonyoh kat hidung dia. bagi hilang segala bakteria kuman yang ada.




10) tengah draft blog, tiba2 laptop padam teros.. 

hitam je aku nampak.... nasib baik blogspot ni ade autosaved. kalau tak, tak de nye aku boleh post entry ni. terima kasih blogspot!



ok, la... nak makan nasi lemak. kudos untuk Mr A. 

Saturday, February 12, 2011

Setiap HARI PERTAMA dalam hidup aku.

SALAM,
Hai to all bloggers! hari ni je…aku bangun pukol 4 pagi. Jap..jap…first check phone dulu..ade mesej ke tak. oh ade! Reply dulu. Lepas reply.. uhuk uhuk… aku pon pergi la cari makanan. Boleh pulak pagi pagi buta aku dok p cari makanan..? ye ye, ini la tangga berterusan untuk aku mengumpul seberapa banyak kilo lemak yang boleh dikumpul. Dok cari punya cari.. ala… tinggal nestum dengan biskut oat je? Ok, biskut oat..hari ni giliran kau pulak masuk perot aku.




Tengah dok kunyah2 biskut tu, tiba-tiba aku teringat masa first time aku nak masuk tadika dulu…
Tadika aku dulu.. uniform die smart! Baju skirt kaler oren dengan tie kaler merah. Suka betol aku dengan skirt2 ni DULU. Paling best nye, orang lain pakai kasut kaler putih pergi tadika..aku pakai kasut kaler merah..siap ade tumit seciput lagi! Bila jalan je.. bunyi tumit tu..walaweeh..nikmat betol! Sedap betol bunyi kasut aku bila aku jalan. Tak macam kasut kawan2 aku.. kalau balik dari toilet je, mesti keluar bunyi ala2 bunyi selipar jepun baru masuk toilet.. prraap prruuppp prraaap prrruuup. Haha.



Bila masuk  darjah 1 pulak, first day hari jumaat time aku darjah 1… aku rasa len macam je aku tengok kawan2 aku ramai yang pakai tudung. Aku time darjah 1 , aku tak pakai tudung., aku pakai baju kurung je. Lepas tu, next Friday aku siap2 bawak tudung dengan spek belang2 mak aku punya. Sampai je kelas, aku teros pakai tudung dengan pakai spek belang2 tu. Memang purely macam MAK INCHIK.peh~~


Masuk form 1, first day aku jejak kan kaki dekat sekolah aku..SMK SRI PERMATA. Aku cari dulu sorang dak laki ni. nak tahu siapa? Kenal KAER AF2 tak?? ha.. adik die dulu satu skola dengan aku. aku cari dulu..mana la adik kaer ni.. *padahal aku tak pernah Nampak muka die pon. Sementara mencari adik kaer tu, aku pon carila jugak kelas aku. aku tanya sorang pengawas ni
“kelas 1 Cekal dekat mana?”
Lepas tu pengawas bertugas tu pon bawak aku pergi kelas aku. bila dah masuk kelas, kawan baru aku ni tanya, “ eh, kau kenal ke khairil(adik kaer) tu?” aku geleng je kepala aku. pastu aku tanya.. kenapa? Then, kawan aku tu cakap..”takde la, die yang tunjukkan kau kelas ni kan?”glup~~





Masuk form 4, aku pindah sekolah ke Teknik ERT Setapak, KL. First day, je..ade yang dah buat spoiled! Aku senyum dekat sorang budak ni. die tarik muka masam memanjang, oh..tak cukup kasih sayang la tu. Tak pe tak pe.. Aku pon dok sumpah seranah la die dalam hati. Dah 4 bulan aku dok kat teknik tu, aku dipindah kan keluar ke satu lagi tempat lain. oh lupa nak cakap, budak yang tarik muka masam tu la kawan aku yang paling menangis style terok punya bila dengar aku nak pindah sekolah., she’s my best friend! =)


Masuk la aku ke MRSM Merbok. Cerok mana tah aku pon tak tahu. Melaka kot..? lepas dah dok buat google map, baru la aku taw yang Merbok tu kat ceruk Kedah sana tu ha..dok syok naik kereta sambil bersembang2 dengan mak pak aku, rupa2 nya kitorang dah terlepas simpang nak ke tol sungai petani. Kitorang sampai depan pintu MRSM Pendang! Memang kena penendang je la kalau masuk sini. So, terpaksa la berpatah balik ke Merbok. Sampai2 je depan pintu masuk mrsm merbok.. peh~~ni nak sambut aku datang ke, memang ade kenduri bagai..? siap ade yang pakai baju polis lagi. Gerun aku tengok. Lepas tu,. Dorang yang pakai baju2 polis ni suruh la bapak aku parking kereta dekat padang. Aku pon bawak la keluar aku punya segala macam barang2 untuk mendaftar. Maaakk aaiiiihhh jauh bebenor dewan ni. bila dah sampai dewan nak p mendaftar. Aku heran jap.. eh, aku masuk sekolah convent ke, mrsm ke st georges ni?? ah, tak pe.tak heran la. Abang senior tu tanya aku, bawak gambar tak? lepas tu, aku cari punya cari… walaweeehh. Gambar ade dalam keretaa……KOT..? so, aku pon cakap la dengan die soh tunggu kejap. Aku berlari2 la pergi padang2 yang jauh nak mampos tu. Dah check2 punya check, haiyaaaa.. gambar tarak woo. Wa tinggal dikat rumah.. peh~~ air kelapa dah mengalir laju je kat badan aku ni ha.. takpe2 aku gagahkan jugak kaki aku pergi ke dewan. Sampai2 je dewan.. abang senior tu tanya “mana gambar?ade?”. aku senyum  kambing, sambil geleng. Peluh menitik2. Terima kasih zafirah tajudin, lemak aku kurus sebab kelalaian kau.




Alhamdulillah…masuk uitm penang, hari pertama aku ok ok je.. eh tak la!!! Sama jugak! ade jugak yang tak kena. Ade dekat entri INI. mesti ramai yang ade jugak pengalaman pertama setiap kali pergi tempat baru kan? tapi serius.. pengalaman2 pertama aku, tak pernah yang smooth n silky. asek dapat yang terok2 je., tapi, bila fikir2 balik, pengalaman ni la yang paling best!

Thursday, February 10, 2011

jatuh SUKA

SALAM.

hai to all bloggers! wah, aku rasa gila abah best la bila tak online dan menghadap buku dengan handphone ni. yela..mana taknye, selama aku dok menghadap laptop ni, satu kerja aku tak berjalan. angka perpuluhan untuk markah test n quiz aku pon macam kurang je nombor die. tak syok betol bila tengok result aku tu 2, 3, 4, 5, 6, kali. rasa macam nak campak lombong je kertas tu.

so, lepas cuti raya cina hari tu, aku start buat anjakan paradigma. aku start hadkan diri aku untuk online. aku letak laptop aku kat atas almari baju. supaya aku rasa malas nak pergi ambik. berukband aku ni pulak. aku sorokkan dalam luggage aku. so that aku akan rasa "ala.. nak kena bukak luggage besar gedabak tu pulak..". lepas aku dah berpikiran macam tu, aku akan cakap
"ah..malas ah nak online. study la"

tapi disebabkan aku rindu nak berblogging,aku tetap gagahkan jugak kaki aku ni panjat kerusi untuk ambik luggage semata2 nak ambik berukband aku. tahniah! 

ha.. tanpa melengahkan masa, aku mengumumkan.. yang aku......

jatuh dah. bukan jatuh sebab aku pakai wedges tinggi ni. tapi aku jatuh cinta suka dekat boy ni. peh~~ susah la gak aku nak suka orang ni. tapi ade beberapa benda yang buat aku tertarik dekat die ni.




1) humor
aku sangat dan sangat lah suka lelaki humor ni. sebab kadang2 aku ni akan tension belajar..especially kalau tengah buat Lukisan Kebudakteraan (LK). so humor sangat la diperlukan untuk aku meneruskan kerja2 kebudakteraan aku ni. bukan semua orang boleh berhumor. kadang2 ade humor yang sarcastic. ok, itu punya humor pedih wooo

2) baik
orang kata, budak2 yang suka lepak malam2 dengan kawan2 dorang ni tak baik perangainya. dulu aku pon selalu fikir macam tu jugak. tapi bila aku dah kenal, aku rasa... tak semua la. even abang aku pon kadang2 keluar malam. baik je aku nengok..? apa yang baik nye? ye la... baik. ok, unexplained!

3) melayan.
aku paling tak suka kalau orang suka condemn bila aku bercakap. contohnye la kan. kalau aku tengah marah dekat someone ni, pastu ade orang ni yang hajat dah baik..nak sejukkan hati aku, nak bagi aku tenang, tapi die dok back up someone tu. haih~~ so, aku suka kalau orang tu layan je ape aku nak cakap without complaining. tapi kadang2 kalau aku cakap tak berasas tu, baru boleh complaint ek.

4) respect.
hormat tu sangat la penting. hormat masa, hormat aku, hormat perkara2 yang akan buat aku sensitif. oh.. the main thing, HORMAT sangat la penting.

5) good looking
erm, tipu la kalau aku kata aku langsung tak pandang paras rupa kan? sometimes paras rupa mencerminkan peribadi. sama jugak concept kalau nak pergi temuduga kerja...orang akan tengok first impression dulu. so faham2 je la betapa pentingnya first impression. tapi kan...kalau orang tu muka tak lawa mana pon, kalau hati dah suka..semua nampak ok kan? bau kentot pon boleh jadi macam bau perfume paris hilton! hehe.



so.. itu la 5 point yang buat aku suka dekat boy, walaupon kadang2 kaum2 boy ni suka pakai perfume yang bau die.. makkk aihhh. buat aku rasa macam nak pengsan. tapi... we need each other. *statement x leh bla aku. so, tak heran la kalau aku 24 jam dengan phone aku. ;)

*dah lama tak buat entri yang agak berGENRE personal. entri aku waktu pes time buat blog dulu..memang personal gila. aku broke up pon aku cerita dekat blog! walaweeehhh. 

tapi jangan risau. aku TAKKAN letakkan STUDY dekat tapak kaki. =)

Tuesday, February 8, 2011

aku dipaksa BUAT?!

SALAM. 

hai.. setelah beberapa hari aku tak menge'update blog. oh.. blog sebelum ni, aku draft lama dah. post je baru tadi. mungkin disebabkan kehadiran makhluk2 baru yang semakin banyak guna berukband celcom dekat uitm aku. tu pasal la beruk aku pon jadi lembap macam siput khinzir.

[sape pulak yang panggil nama aku ni ha?]

semalam aku agak berjaga malam la jugak untuk menjaga kawan aku. die sakit pulak. doktor kata allergic. aku tengok.. mak aiiiihhh. sampi lebam2 muka die tu ha.. kesian pulak aku tengok kat die. aku pon bagi la die makan ubat selesema sebab die sangat tak tahan..gatal sangat. so, ubat selesema ni boleh kasi ngantok., so aku pon bagi la die makan, so that die tak kan rasa gatal2 tu lagi. bangun2 je alhamdulillah dah ok semua nya.

akhirnye aku berjaya gak tidur pada pukol 3.30am. 

aku ade la mesej kawan aku soh tolong kejotkan aku pagi esok nye, ye la aku ni kalau dh letih sangat, charlie gigit aku pon, aku tak sedar. eh, hello? charlie tu bahaya ok! sila baca di entri ini.

alhamdulillah..aku berjaya bangun pukol 6.30 tepat. dan.. aku masih tak terima mesej dari kawan aku yang aku soh tolong kejotkan tu. tunggu punya tunggu...7.30 baru die kejut. oh..die terlajak tidur kot. eh..hai asyraf! =)

hari ni hari isnin. hari isnin ni bermaksud aku kena masuk kelas LK (lukisan kejuruteraan). dan yang paling SERONOKnye,  kelas aku tu dari pukol 8am smpi 1pm...straight ok! terbaeeek la! aku sayang LK! aku, dengan lagi 2 orang kawan aku ni memang tersangatlah blur dengan LK ni. ye la..dulu kitorang tak amik LK,. kitorang amik bio. tiba2 blaja LK, idak ke pelik nemenye tu? belajar bio penat2..last2 amik LK..? aduh laaa...

tengah dok buat kerja LK yang SANGAT memenatkan bahu ni...kawan aku sorang bersuara dengan tiba2nya

"eh, perasan tak? kita 3 orang je dak pompuan yang bukan dari skola teknik..?"
aku dengan muka penuh tak percaya nya pon toleh la sekeliling... tengok. 

first...suhaida..teknik
ana..teknik
tika..teknik
naimi...teknik
cikin...teknik
yati.. teknik
hanis..teknik

mak aiiiih! memang betoi la kan..... patotlah kitorang 3 orang je yang ternganga luas time LK. oh... baru aku sedar. sadis betol kami bertiga ni.


lagi sadis adalah aku.sebab aku tak pandai melukis dan nak ber3D. pergh~~ memang kerja aku selekeh serabai babaai la kan. aku tengok semua orang dah siap.. aku pon hape lagi.. tiru scale kawan aku, then buat . tak yah kira2 bagai ni semua. 

ini la muka2 aku tension buat LK. sape tah yang pergi snap picture aku ni... 





terbukti... aku memang tension buat LK.



tiba2 aku rasa menyesal masuk engineering,. uitm puncak perdana, kenapa tak nak amik aku dulu? aku nak masuk bidang filem la!!!!



wah. tension betol aku dengan LK ni ye? ok, konklusi blog aku kali ni adalah, aku benci Lukisan Kejuruteraan. terima kasih.


Monday, February 7, 2011

aku KAHWIN..?

SALAM

hai to all pretty girls and handsome boys. kali ni tak de dah diskriminasi perempuan dengan lelaki. bila bukak fesbuk je, aku nampak semua orang dok buat style sedih nak balik university/sekolah/asrama masing2. ye la..siap ade yang nak DROP hari ahad lagi. terbaeeeek
[lebuhraya utara-selatan]

[ tempat yang kereta aku rosak tgh2 malam tu..ade kat entri ni]

masa cuti aku kali ni, memang flow ikot direction arus eletrik dengan baik! lepas dah bela lemak-lemak dekat rumah, aku dibawa ke penang. uhuk uhuk.. bukan ke uitm. tapi ke rumah cousin ku. untuk ape? untuk menternak lemak kembali. cousin aku buat kenduri doa selamat. dorang kata yang masak untuk 2 hari, hari tu ..cheff. erm..patotlah SEDAP semacam.

bila cousin dah berjumpa cousin... erm, paham2 je la. dan yang paling penting.,. aku mempersoalkan pasal DAGU. ye dagu. ramai dok cakap dagu aku ni lain macam. jom...kali ni aku bagi tunjuk gambar cousin aku semua beserta dagu2 kami.

[ini la syaza. dulu die gemuk. sekarang.. uhuk uhuk.. lagi kurus dr aku kot!]






terjawab tak? aku tak cucuk la. cousin aku semua dagu jenis macam ni. kitorang "pinjam" dagu warisan nenek moyang kitorang. =)

nak dijadikan cerita.. boleh pulak aku mimpi yang aku kahwin dengan sorang ni? dalam mimpi aku tu.. aku istighfar banyak2..menyesal kawin dengan die. dalam mimpi tu jugak..aku hope sangat2 aku BERMIMIPI.
dan tadaaaaaa!! siang pon menjelma, aku pon bangun dengan gembiranya.

time aku nak on the way nak pergi bilik air, makcik sedare aku tanya

"feera, kak siti kawin akhir bulan sebelas ke?"
 aku pon mengangguk dan senyum. time nak angkat kaki je... mak cik sedare aku tanya lagi

"feera punya 27 disember kan?"
aku blurr. pe cite pulak ni? 27 disember? la.. tu kan a day after birthday abang aku. awat pulak ni..lepas tu aku nampak cousin aku dok gelak2 dekat aku. eh eh kejap.kejap. 27? tarikh aku kawen ke??? oh no!!!! jangan kata mimpi aku tu betol..?

alhamdulillah... aku selamat sampai ke uitm penang berseorangan. taraf perkahwinan aku tidak diubah. 


*itu la mimipi paling worst pernah aku dapat seumur hidup.

Thursday, February 3, 2011

ok, saya gedik... *awww

SALAM.

" weh, aku gedik ke tak?"

" kau reti ke gedik?"

fineee.. meh sini aku nak tunjuk kegedikan aku. LOL. tengah aku dok berjalan2 ke blog orang lain, tiba2 aku teringin nak buat soalan ini. nak cuba? jom buat jom.....!
pergi ke link sini and u can copy it. dari aku punya blog..kalau nak copy, tak boleh. harap maaf. bukan sebab aku bajet ke ape. tapi sebab aku pon tak tahu macam mana nak buat supaya korang boleh right click n highlight words aku ni. sorry bangeet ye.

RULES n REGULATION
Put your library music on shuffle. For each question, press the next button for your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds. Most of the time they seem to work though, strangely enough. Okay go! When you’re done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your note.

1. If someone says, “Is this okay?”, you say?

Now Why2-oag  (ok la tu, kena tengok niat dulu. wahah)


2. How would you describe yourself?

Disaat Aku mencintaimu- Dadali.  (watttttaaaaa?)


3. What do you like in a guy/girl?

Nightmare- Avenged Sevenfold  (bapak aaaahhhh!)


4. How do you feel today?

Just The Way You Are- Bruno Mars. (ok great!)


5. What is your life's purpose?

One In A Million- Neyo (yeaaah, that's right!)


6. What's your motto?

Biru- oag  (aku tak blue ok!)


7. What do your friends think of you?

Simple Enough- nevershoutnever  (again... great!)


8. What do you think of your parents?

Soldier - Bunkface. (yes, my parents are the soldier that will always defend me. ;) )


9. What do you think about very often?

Something More- Secondhand Serenade  ( do i need??? LOL)


10. What is 2 + 2?

Stereokumonomu - oag ( fuih~~~)


11. What do you think of your best friends?

Heregoesnothing- nevershoutnever  (sorry kawan2... haha)


12. What do you think of the person you like?

Nikmat Sementara - Statik. (walaweeeehhh, tak nak doe!!!)


13. What is your life story?

Permysuri-aog  (ok, will be.... =)  )


14. What do you want to be when you grow up?

Na Na Na - My Chemical Romance ( !@#$%^&*)


15. What do you think of when you see the person that you like?

On The Brightside - nevershoutnever  ( romantik jugak aku ni. hehe)


16. What will you dance at your wedding?

Menyesal - 6ixth Sense (weh weh!! tak nak doeee!!!)


17. What will they play at your funeral?

I Love You 5 - nevershoutnever  ( aww, so sweet. tapi kau rasa yasin lagi bagus)


18. What is your biggest fear?

A Year Without Rain - Selena Gomez  (sape tak takot kalau tak hujan en en en?)


19. What is your biggest secret?

Bunk Anthem - Bunkface  ( aku tak faham)


20. What will you post this as?

Cry - Mandy Moore.  (ha... bagos la.. aku memang ketawa smpi nangis2 dah ni. wahaha)



ok la, disebabkan aku buat pon saja2.. so, aku dengan sengaja nye nak tag sape2 yang rasa nak buat. sekian. nak kemas baju, esok balik kampung. wow!

additional soalan dari aku. lagu dalam pikiran aku skarang
- "balik kampung.. wo wo wo balik kampung..hati girang!!!" 

ok bye..