my medulla oblongata

Friday, March 25, 2011

Grading to determine the true friend.

SALAM, 

hi to all bloggers! tiba2 aku rasa macam nak post pasal kawan. kenapa? ye..krisis kawan tak pernah mengenal umur, jantina, tahap sekolah, pangkat. semua ade je krisis kawan.so, aku disini bukan la nak membebel nak bercerita pasal cara2 nak berkawan. tapi, aku nak bagi klasifikasi ataupon kata lainnya grading khas untuk mengenali jenis kawan- kawan korang.

#1- KENALAN.
ape itu kenalan? kenalan adalah orang yang kita kenal sebab die floormate kita, ataupon course mate kita.jumpa, then say hi, ask why, wish bye. itu sahaja.. kira, kalau terserempak baru tegur la.. takde la macam nak keluar hangout together gether. 

#2- GOOD FRIEND
good friend adalah bila kita perlukan dia , kita cari dia. such as.. kalau nak study..kita mesti nak study dengan die. sebab die pandai. bila nak makan, kita cari dia...atau dengan kata lainnya..kite kawan dengan die BERSEBAB. ye, die akan layan kita, dan kita pon seronok kawan dengan dia. tapi..untuk share susah senang..kita tak mungkin dapat bersama dengan dia. sebab ape? kita mungkin boleh mendengar masalah dia,tapi adakah kita betol2 mendalami apa yang die sedang rasa? hell NO. sebab kita tak berapa mengenali dia. tak kenal siapa sebenarnya dia.


#3 BEST FRIEND
mengikut hukum bahasa inggeris, perkaraan "best" berasal dari perkataan "good". walaubagaimanapun, "best" diletakkan di bahagian "superlative" bagi menunjukkan THE MOST (paling). best friend ni adalah kawan untuk bergelak ketawa, kawan mengumpat sama2 , kawan yang menjaga perasaan kawan dia..takot2 kalau tersinggung. senang berkawan dengan mereka, sebab mereka tahu the art of treating their friend. best friend ni jugak yang akan ade dengan kita time kita susah mahupon senang. mereka tidak sampai hati untuk berkata TIDAK pada anda. kerana anda adalah best friend mereka.


#4 KAWAN SAMPAI MATI
kawan jenis ni tak kesah untuk buat apa demi kawan die. die sanggup ponteng kelas semata2 untuk jaga kawan2 die,.sanggup bersengkang mata malam2 jaga kawan die kalau sakit. tak pernah merungut. boleh berkata TIDAK. sebab each other dah kenal kawan die jenis macam mana. dari a to z boleh faham perangai kawan die, so..die taw macam mana nak handle kawan die kalau kawan die tengah tension, sakit hati, merajuk dan sebagainya. kawan jenis ni jugak sanggup tinggalkan boyfriend semata2 sayangkan persahabatan anda. 



so, fikir2kan lah..kawan korang yang korang tengah berkawan sekarang ni, jenis yang macam mana? bila korang dah taw jenis kawan...korang tak perlu la terasa hati, ataupon sakit hati, ataupon rasa macam nak bunuh diri kat kb mall je bila dorang buat tahik dengan korang, at least u know the grading for them. ;)

tips pembubaran lemak

SALAM

hi to all bloggers! hari ni, aku nak berkongsi tips sikit macam mana nak kurus. ok, aku tak de la kurus mana pon. tapi...well..nama pon share. tak semestinya kena kurus baru boleh share..betol tak? this is not based from my own experience. tapi ni from others experience. so, let's give it a try!

1) secawan teh tiap2 pagi
ni bukan teh jamu semua tu ye! contoh teh..lipton, boh, camomile, green tea, earl grey..dan macam2 lagi. aku dapat source ni dari website ptptn..laman kesihatan tak silap aku. dah lama aku search menda ni. so, agak dah lupa website die. mengikut kata website tu, secawan teh ni bukannya yang diletakkan dengan gula. no sugar at all. just a cup of tea, ok. 

remember, NO SUGAR

2) do not skip meal.
oh..yang ni, setelah aku tanya kawan aku yang dulunya gemok, sekarang ni..pergh~ mantop! die kata..never ever skip meal. wajib makan ikot masa. tapi, jangan la pulak melantak. at least, breakfast makan biskut oat crunch tu ke... then tengah hari makan nasi. tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. petang makan biskut. malam makan nestum. memang tak kenyang. tapi at least kita alas perut kita dengan makanan. kesian perut kalau korang tak sumbat makanan dekat die.



3) baring/tidur selepas makan.
orang dulu2 selalu kata..jangan baring lepas makan. tapi, aku agak degil dulu..aku baring je...kire nak buat experiment la. so conclusion yang aku dapat..kalau kita baring lepas makan, perut kita akan rasa senak. kenapa? sebab makanan tidak dapat dihadam dengan betol. korang bayangkan..korang start enjin kereta, teros nak berjalan. takke semput kereta tu nanti. patotnye, lepas start enjin kereta, bagi enjin tu panas dulu..then baru bawak., get the idea?

4) buah-buahan
orang melayu suka sangat jamu buah-buahan selepas hidangan makanan berat. itu style barat la kawan! jauh bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W. cikgu biology aku time aku form5 dulu ade bagi tahu.. sepatutnye, kita makan buah-buahan sebelum makan nasi/makanan yang berat. kenapa? sebab kita akan dapat menyimpan kandungan vitamin dan zat dalam buah-buahan tersebut. tapi kalau kita makan nasi dulu, kandungan vitamin dan zat dalam buah yang kite makan selepas makan makanan berat akan menjadi kosong. konklusinya? makan buah dulu, baru makan nasi...

jadikan buah-buahan sebagai kawan baik.


5) air
kalau minum air tu... beli la air yang masam2 sikit. bagi pecah kandungan lemak dalam badan. jangan la order carrot susu. dahla makan masak LEMAK cili api, pastu order air carrot SUSU,. macam mana la lemak tu nak dihapuskan? jadi, pilihan terbaik adalah air2 yang ada unsur masam., macam fresh orange( no sugar, pure one) dengan air limau. 


agak2 cukup tak 5 tips? sebabnya..aku rasa kalau aku share tips yang lain..akan nampak cliche. ramai sangat yang buat tips nak kuruskan badan dengan idea2 yang sama. so, pape hal, selamat mencuba kepada aku dan korang semua! =)



Thursday, March 24, 2011

kau GEMOK, kau ANNOYING!

"eh, kau gemok la! "
"eh, kau lapar ek? kesian kau"
" eh babat dah datang,"

SALAM, 
hi to all bloggers! esok test agama, hari ni aku b'blogging. terbaeeek. tiba2 aku dapat idea nak buat pasal gemok versus kurus. yea yea.. lame idea. but...who cares? mostly girls suka cakap macam ni...

kurus: eh, i dah gemok la.. i nak diet

tapi....

gemuk: ape aku kesah? janji aku sehat.

aku gemok dari kecik, who cares?

orang yang dah kurus, suka kata yang diri die gemuk, dan orang yang gemuk pulak buat relax je bila datang nya soalan mengenai makanan. bila cerita pasal diet. mereka akan buat dunnoe je. again...who cares?

actually, kurus sangat pon tak elok dan gemuk sangat pon tak elok. bila si kurus menasihati si gemuk

"eh, badan kau dah besar la..kau kena diet sikit ni"

then si gemuk jugak patot beri nasihat jugak pada si kurus

"eh, kau kena kuat makan ni, berat badan tak cukup"

well, nasihat menasihati kan budaya kita. orang yang gemuk selalunya lack of confidence. *ada jugak case orang gemuk yang terlebih confidence which is very annoying.* kenapa lack of confidence? sebab takot orang mengata yang dorang gemuk dan tak larat nak buat apa2. eiw, that is so lame. pernah satu kes tu, perempuan yang badannya agak besar ni, buat presentation kat depan..then kena kutuk kaw2 dengan budak2 laki kat belakang. teros muka budak perempuan ni merah menyala macam lampu break kereta bapak aku. well, guys..stop annoying girls with "kau gemok, kau tak cantik". indeed...perempuan yang gemuk kadang2 lebih cantik dari perempuan yang kurus. and stop annoying girls with "kau gemok, kau tak larat". uhuk uhuk..helllo??? masa aku dekat sekolah dulu..ade kawan aku sorang ni yang agak gemuk. die peserta yang ke 9 yang berjaya sampai ke puncak gunung jerai..and others..who are-very-the-kurus-one....terjelopok kat belakang. so.. stop that annoying assumption. bila aku dengar je orang yang suka kutuk/mengejek perempuan gemuk/badan besar/rangka besar/punggung besar/dada besar ni, darah menyirap aku mesti tersembur2 dekat muka dengan telinga aku. mula la darah sarcastic aku muncul tunggu untuk diTRANSLATEkan menjadi kata2 yang pedih.


bagi aku, kau kurus ke,kau gemuk ke, kau tetap lawa. kadang2 tu, manusia tak pandai menilai. "BMI dah perfect, tapi kenapa badan aku nampak gemuk? " yang besar tu adalah rangka. girls n guys, just keep ur mouth shut. tak payah la nak kurus bagai, kalau dah badan tu macam kerengga. kadang2 kita nampak je badan kita besar depan cermin., padahalnye..BMI still di zon yang selamat.jangan la risau....
*rasa sangat annoying bila dengar orang yang dah kurus nak diet. 

next entry : tips diet (untuk aku dan korang)


Monday, March 21, 2011

MARAH atau SARCASTIC?

hi to all bloggers! =)
so, how was ur weekend? yea yea.. minggu ni aku langsung tak update blog kan? my bad. aku kena siapkan autocad yang asek dok kena tekan OFFSET>ENTER>80>PASTE. OFFSET>ENTER>180>PASTE. what the fffuuuuu? dah naik juling mata aku ni ha membuat roof plan autocad. cisss!
ok la kali ni, aku nak share sikit la. sebenar2nya, ape yang dimaksudkan dengan blog? bagi aku la kan.. BLOG IS NOT JUST A PLAIN DIARY, BUT BLOG IS THE ART OF THE DIARY. ape pulak pandangan korang?

ok ok....let start. blog kadang2 boleh mengecilkan hati , deodenum, dan pancrease. kenapa boleh jadi macam tu? yea yea.. kadang2 some kind of straightforward-entry pon tak elok jugak. and, entry full-with-anger-mood pon tak elok jugak. sebab tu la wujudnya perkataan SARCASM. not too straight and not too bend. bila dah start buat sarcasm, ramai akan ketwa sendiri2 je bila baca entry korang..tapi kalau korang buat too-straight-forward-entry. orang pon akan pelik je baca entry korang. "asal dengan minah/mamat ni? berang tiba2..." secara tak langsung, orang tu pon akan click butang merah atas sebelah kanan sekali. nak? tak nak kan? kan dah kurang unique visitor nanti.., ;)


yea yea, kite memang marah orang tu... kita memang benci orang tu and kita memang nak dump orang tu . tapi cara untuk melepaskan segala2nya di blog, dan bagi orang ramai baca is not the best way to exprees ur mad-ness. yes, korang boleh marah. tapi...yea..SARCASM.. please please and please gunalah sarcasm. ramai orang kata, "eh, suka hati aku la! blog aku..aku nak tulis ape2 pon." eh y'olls.. look here, blog bukan untuk mencampak fitnah hasil ketukan keyboard yang dihasil oleh korang. tapi..kalau la korang dah ketagih sangat nak beblogging and kutuk orang yang nak dikutuk, then, i think you should private the entry. agak tak bersesuaian bila korang buat public. * aku tahu aku tahu, ramai yang akan pangkah entri aku ni..whatever*.

ada yang anggap blog ni sebagai diary kita. every single thing kita akan update. dari luar sampai la ke dalam. semua akan diupdate. tapi....tapi..tapi...tapi... korang kena la taw the art of updating the diary aka blog. korang kenalah tahu, yang baca blog korang bukanlah sorang dua je,.. ok ok, kalau sorang dua je pon, but still..they're human though. aku respect dengan BEN ASSHARI. kalau tengok, die ni memang sangat la suka meng'update entry. even kalau die marah pon, die akan update jugak. tapi tak pernah langsung aku tengok die memaki hamun orang lain dalam entry2 die. walau marah macam mana sekalipon, die akan gunakan mood SARCASM.



ok la ok la.. blog aku ni pon tak de la bagos sangat., kadang2 aku pon hembur jugak kemarahan aku, lupa nak set mode SARCASTIC. so, entri aku kali ni, sebenarnye, nak menasihati kita semua termasuklah aku sekali. last but not least ...... BLOG IS NOT JUST A PLAIN DIARY, BUT BLOG IS THE ART OF DIARY-zafirah tajudin, 2011. =)

Sunday, March 13, 2011

Perkara yang GIRLS tak suka pasal BOYS

SALAM.
Hi to all bloggers! tiba-tiba hari ni rasa macam nak update entri..mungkin setelah aku keluar dengan kawan2 plkn aku dulu2..dekat Jaya Jusco (jj) ni ha..nampak la pulak beberapa orang lelaki yang agak annoying disitu. Uhuk uhuk… pernah tak korang tengok lelaki suwit suwit perempuan? Erm…. Yea yea.. mesti akan ade nye suara nak backup lelaki bile aku tanya soklan tu..antara jawapan backup yang paling popular adalah..

1)      La..kitorang saja je buat macam gitu
2)       Jangan nak bajet hot sangat la perempuan2 tu sume
3)      Normal la..lelaki suka kacau perempuan..

Hell NO man! Bagi la seberapa banyak alasan pon nak backup kaum lelaki tu..aku tetap TAK SUKA. So, di entri aku kali ni, aku nak lists kan beberapa perkara yang akan buatkan PEREMPUAN tak suka pasal LELAKI.
Ok, let’s start from the beginning!

1)      PERASAN.
Ini la jenis lelaki yang banyak aku jumpa dari aku zaman sekolah lagi. Perasan yang perempuan tu syok gila kat die..sampai kecoh2 kan kat satu sekolah yang perempuan tu syok kat die..padahlnye, perempuan tu, kenal laki tu pon tidak…mak aiihhh. Perasan betol. Lagi satu kalau lelaki yang perasan handsome dan ramai yang meminatinya. Wattttaaaa?

2)      BAJET HOT
Ape kah itu bajet hot? Berdasarkan kamus teori aku, aku mengatakan yang bajet hot ni kebanyakannya terdiri daripada manusia-manusia yang culture shock. Baru datang Bandar. Ataupon, baru jejakkan kaki ke kampong. Ade pulak pergi ke kelas pakai spek kaler hitam? Ade matahari ke dalam kelas ni kawan? haha. Dan yang paling best nye kalau lelaki tu bajet hot bagai nak rak. Sekali tu, kena marah dengan lecturer depan2…puih..pueh hati eden nengoknyo

3)      SWEET TALKER
Kadang2 sweet talker ni ok jugak..bagi sejuk kan hati kita. tapi aku bukan nak mention kan sweet talker yang akan persuade people to buy their products tu. Tapi aku nak mention kan “sweet talker” tak bertauliah disini. Bukan main sweet betol ayat2 die. kalau la perempuan tu boleh cair..memang dah cair macam air dah. Bila suruh die bekukan balik..die buat dek je.. maksudnye..lelaki tu memang manis betol bagi janji..tak kesah la janji jenis hape sekalipon, tapi bila mintak untuk ditepati..hampeh..serabai je aku nengok.

4)      GAMES.
Selalunya, GAMES la yang akan menjadi punca pergaduhan pasangan2 sweet couple ni. sebab ape? Sebab perempuan tu paranoid ingat boy dorang ade orang lain. eh eh…kawan2, dorang sebenarnye bukannya ade perempuan lain or nak curang or pape je la.. tapi sebenarnye dorang sebok dengan game dorang je.. kalau lelaki tu boleh angkat call or msj once kat girl tu time die tengah main game..i think, perempuan tu patot sangat2 la bersyukur. Sebab boys=games. Disebabkan tu jugak la..perempuan tak suka sangat teman lelaki die jenis yang gila sangat dekat game.

ni la dota korang kan? kan? kan?

5)   AMBIL KESEMPATAN
Sangat2 la aku tak suka lelaki yang SUKA ambil kesempatan ni. kalau perempuan ni baik sangat dengan die, mulalah lelaki ni ambil kesempatan nak mempergunakan perempuan ni untuk dapatkan apa yang die nak. Kira perempuan ni macam batu loncatan untuk die la. Suruh tolong itu la..suruh tolong ini la.. suruh tolong print out notes la..suruh tolong sign kan attendance la. Bullshit! Another type of ambil kesempatan adalah pegang tangan perempuan tu tak mintak izin, pegang badan perempuan tu sesuka hati mak pak die je. 

6) MINUM AIR BERBUNYI
Pernah tak korang dengar orang tu hirup air..dalam gelas or cawan guna straw*terutama bagi minuman yang berais*, then bila air tu dah habis, die still sedut jugak. kan dah mengeluarkan bunyi kurang senang.. no manners betol. Kebanyakannya aku tengok lelaki la yang suka buat cam gitu. Kawan2 perempuan aku masih dalam keadaan terkawal. Bukannya kitorang benci dengar ..tapi bunyi tu sangat menjengkelkan. Lelaki akan Nampak sangat tak cool bila buat perkara yang satu ni.

7)      UPDATING STATUS FB *ALWAYS. . . .
Maksud status aku disini.. adalah status di facebook. Sekejap single..sekejap lagi married, lepas sehari, engaged. Lepas 2 hari open relationship pulak…lepas sepuloh minit single balik. Hurm..yang ni tak semestinya lelaki taw. Ade jugak la perempuan yang jenis cegini jugak. ape sebenarnye motif korang update status relation banyak2 ni? ni tak cukup kasih sayang ke hape? Erm…lagi 1, entah sahih ke tidak engko ber’relation2 ni.

8) SELEKEH
Ok, ini depends pada perempuan. Ade perempuan yang suka tengok lelaki selekeh, dan ade gak perempuan yang merasa jengkel bila tengok lelaki selekeh. Selekeh dimata perempuan ni adalah bila lelaki tu tak iron baju kemeja die p kelas, bau badan yang kuat, kasut kotor. Tapi, in my case…aku suka lelaki yang rambut selekeh. Maksud selekeh aku..rambut die lurus dan sengaja dibuat serabai… pergh~~~ girls are easily fall in love with bad boys. tapi bukan bad boys yang selekeh mekeh tu. Ni bad boys yang ade gaya. Bad boys yang selekeh mekeh? Uhuk uhuk… tak kot.

aku minat betol lelaki yang rambut macam ni. pergh~~


ok guys? Kalau boleh tolong la elakkan dari buat perkara2 macam yang telah aku lists out kan tu. Kitorang perempuan ni bukannya memilih sangat dengan gaya korang. Cukup la kalau korang ade penampilan yang smart. *smart tak bermaksud skema..semua tu. Even lelaki yang pakai short, tshirt dengan cap pon, kitorang boleh kategorikan lelaki tu as a SMART man.  =)

Saturday, March 12, 2011

INLAH PEREMPUAN> guys, take note!

SALAM
Hai to all bloggers! semakin hari semakin jarang pulak aku mengupdate blog ni. bukan malas, or tak larat or tak de idea. Tapi aku sangat2 lah busy. Even nak makan pon aku berkira sikit masa aku..apetah lagi nak berblogging. Ye la.. mana taknye, final aku dh nak dekat. Ade la dalam sebulan lagi. Hurm..sedang aku dok godek2 facebook aku tadi, aku terperasankan something., orang selalu kata yang lelaki ni SIMPLE je. Perempuan yang COMPLICATED. Aduh~~ mengapakah…?
 hari ni tiba-tiba mood berkongsi aku datang. Ni bukan style kongsi makanan ke minuman ke.. tapi..tapi..tapi.. aku nak kongsi pasal apa yang korang perlu tahu pasal GIRLS. Siapa kata perempuan ni complicated sangat? Moh lee kite bace tentang perempuan a.k.a AKU.

tiba2 teringat pulak cerita korea ni.

1)    PERHATIAN.
Bukan saja lelaki. Tapi perempuan pon perlukan perhatian. Bukannya tak cukup kasih sayang ke ape ke.. tapi..tapi..tapi…tak semua masalah or cerita boleh dibagitahu dekat family sendiri. So, kaum2 lelaki ni haruslah bagi perhatian dekat girl korang. Kadang2, girl akan buat something untuk tarik perhatian boy. Bukannye bermaksud girl ni gedik ke ape, tapi girl ni nak lebih perhatian dari boy je..

2)    MERAJUK.
Mostly….yea.. perempuan memang suka merajuk. And that’s the only way on how to express something that we are strongly dislike. Most of lelaki, kalau marah, dorang akan diam je. Mungkin tu cara korang nak protes sesuatu.berlainan pulak hal dengan perempuan. Perempuan kalau boleh nak lelaki tu tahu yang die sedang TAK SUKA dengan sikap/cara/perbuatan lelaki tu. Ye la, nak cakap depan2, tak sampai hati...yela..kan perempuan kan lembut hati. So, merajuk is the only way.,.like I said just now..lelaki pon takkan la nak biarkan je kan? so… MAAF is the best word!

3)    ANGIN SUMATERA.
Ha..part ni. aku pon tergolong sekali. Kadang2 tu mood perempuan ni memang sukar diramal. Kadang2 mood OK, kadang2 mood kurang OK, dan yang paling best kalau mood TAK OK LANGSUNG. As we all know, perempuan ade hari2 yang dorang tak rasa macam nak berkelakuan baik. Ade masa hormone perempuan ni membuak2 naik. Lelaki kena la tahu yang perempuan ni bukannya acuh tak acuh je bila berbual dengan korang.Cuma perempuan akan switch mood die based on the way u treat her.


4)    GEDIK.
Ini yang perlu lelaki tahu. Setiap perempuan ade kegedikan masing2. Yang membezakan kegedikan tu adalah…samada gedik tu annoying ataupon tak. ade sesetengah perempuan hanya akan tunjukkan kegedikan dia dekat kwan2 perempuan die sahaja, bukan pada lelaki.. ade jugak perempuan yang akan tunjukkan kegedikan die pada lelaki dan bukan pada perempuan. Dan added jugak yang simpan kegedikan mereka dan tunjukkan pada teman lelaki mereka. So, guys…jangan ingat semua perempuan PERFECT without this word-GEDIK. Ok?
kami gedik dengan peminat kami sahaja.


 5)    CONTROL.
Mesti ramai yang kata, ish ape la perempuan tu control cun depan boyfriend die. jijik gila tengok…! Hey hey hey you! Perlulah korang faham..bukannye perempuan tu nak sangat control ayu. Tapi, bila dah berhadapan dengan orang yang kita sayang.. everything will be so much different! Kalau dengan kawan2 lelaki perempuan tu, die makan bagai nak rak. Tapi depan lelaki yang dia sayang, makan kadang2 tak boleh nak telan dah. Perempuan ni kalau boleh nak jadi yang terbaik untuk lelaki yang die betol2 sayang2. Bukannye die nak cover cun ke  hape. Tapi, situasi ni memang betol2 INVOULANTARY ACTION…which means, tidak disengajakan. Kadang2 tu ade je couple yang start dari jadi kawan dulu..pastu baru couple. Time jadi kawan ….makan depan laki tu bukan main hadap lagi..tapi bila dah couple..teros jadi ayu. *tapi kalau aku, 1st date memang kaku habis la makan depan lelaki yang kita sayang, tapi, dah masuk 2nd date, aku dah jadi biase and tak kesah sangat. So, kalau kes2 control ni biasenye berlaku pada 1st date. ;)

So guys….sebenarnye kitorang ni mana ade complicated sangat. Korang perlu la mendalami art of treating girls. Cara2 ni semua korang takkan dapat dari buku2 fiksyen ke non fiksyen ke..ataupon dalam game dota korang. Tapi, cara2 ni korang akan dapat bila korang perhatikan perempuan betol2…bukan dengan nafsu, tapi dengan pemikiran yang tajam. =)

*tak tahu la apehal aku dok rajin cari gambar2 korea ni....

Sunday, March 6, 2011

aku dapat masuk balik mrsm!!!

SALAM,

hi to all bloggers! apa yang korang tahu tentang MRSM? ha... kalau bercerita pasal budak mrsm, mesti korang dah set mind korang dengan 'oh budak pandai....', 'oh,, budak skema',. 'oh, budak pandai speaking'.., 'oh budak  24 jam dengan buku'..

aha.....disebabkan aku bukan jenis yang macam gitu la.. aku DIKELUARKAN dari mrsm merbok. dan ditempatkan ke UITM PENANG. *due to spm la...
\
dan tadi aku kembali ke mrsm merbok tadi. untuk ape? untuk amik sijil spm.aku boleh bagi tahu tujuan aku je la p sne. bukan result spm aku. hehehe. bila dah jejak ke sekolah lama, mestilah banyak kenangan2 "terindah" masa lampau dikembalikan.. jom tengok betapa seronoknya aku dok kat merbok ni ha dulu2




selamat datang ke merbok!

cikgu homeroom

bermulalah kisah nyaaaaa. . . . . . . . . . . . .

kelas aku dari pandangan atas


ini junior.

tempat aku selalu menjerit suruh budak2 diam. 

aspuri. tempat histeria..bla bla bla

tempat jarang pergi

port lepak aku dengan kawan2 aku yang malas nak study kat kelas. *tu yanga sek kena condemn*

this is TEMPAT MENGUSHA.

DS. aku

cermin yang aku slalu tengok sebelom pergi kelas

aku tak tahu kemenda ni. tapi lepas kes histeria, depa tampal menatang ni kat setiap pintu yang wujud kt mktb aku

tempat bergayut dengan "mak pak" aku

lepas pukol 7pm, baju bersepah kat atas rumput

katil aku!!!

a-gate-to-escape

ASRAMA= HEAVEN

ingat uitm je ke yanga de cara pemakaian??

shoooot!!! rupenye dulu ade jugak pembelajaran LK

tempat dak batch aku selalu berasak2 nak cop tempat depan

i'm here to date.

pintu pagar masuk dan keluar

masuk mrsm

tapak bazar ramadhan 

no idea.


SERIUS SUMPA GILE doe!! aku rindu MRSM MERBOK!

Wednesday, March 2, 2011

cover cun? eiwww!

SALAM.
ha....hachhum! hachhum! *sedut hingus* aih... dah berhabuk dah blog aku ni ha..lama tak update. minggu azab dah lepas which is minggu test. sekarang ni tengah tunggu minggu merana pulak. minggu nak dapat result. terbaeeekkk. ok2, aku tak nak la cerita yang aku main hentam buat TEST LK hari tu ataupon aku duduk sebelah orang yang aku suka time buat TEST LK tu, ataupon mata aku kena love byte dari menatang charlie tak guna tu... tapi aku nak bercerita tentang pengembaraan aku ke Jaya Jusco Penang. yeah bebeh!

ahad hari tu, lepas aku balik dari test physics, aku dengan kawan aku plan p jj. release tension la konon. mostly classmates aku melepak main bowling dekat PACIFIC. alaaa...yang aku penah cerita kat entri before this tu... he he he 

[klik pada gambar untuk ke link pasal PACIFIC tu]

so, aku dengan kawan aku ni pon pergi la melepak ke Jaya Jusco.sampai2 jaya jusco ni je, kitorang p tengok tiket wayang yang available. macam biase. aku memang la sangat support cerita2 melayu ni. so, aku decide nak tengok cerita KEMBAR SIANG. so, kitorang pon beli la tiket tersebut without student price. cis!!! sementara nak tunggu cerita tu start. kitorang pon pergi la menternak lemak dekat kfc. WHATTT? kfc again? yeah...kfc. tu kan makanan favourite aku kalau nak pergi berHANG OUT hang out ni. tak pon secret recipe. tapi. memandangkan duit ptptipu aku ni flow macam air terjon yang kite boleh tengok kat lebuhraya ke utara tu... jadinye, aku pon plan la makan kt kfc. kfc is the best walaupon aku taw akan ade AYAM YANG TERBANG.

dah habis bayar, tiba2 boleh pulak aku p angkat tray letak makanan tu. aduh~~ patutnye kawan aku tu la angkat! sebab die lebih gagah dari aku. terlupa pulak aku... takpe2..buat kerja amal bukan selalu. masa ni la nak tunjuk amal aku. hehe

sempat jugak la aku p kedai POPULAR. terliur aku tengok novel THE LAST SONG by NICHOLAS SPARK. waahhh, aku baca sinopsis kat belakang buku tu je la.. nak beli..memang duit dah nak sengkek dah. kalau harga buku tu 10sen 2, memang dah lama aku beli buku tu masalahnye, harga buku tu boleh bagi aku makan untuk satu minggu kot! 

nasib baik aku tak nampak ade adegan2 cm gini dalam pawagam.

masuk masuk je pawagam tu, memang dah start la kan cerita tu. memang gelap gelita la kan pawagam tu. memang aku tak nampak la kan jalan nak pergi tempat duduk aku tu. nasib baik tak jatuh je. dah la aku ni rabun2 ayam sikit. meh sini, nak bagi tahu. cerita ini LAWAK. erm...disebabkan aku tak berapa sangat nak suka cerita HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG, so aku nak bagi rating cerita KEMBAR SIANG ni up sikit dari hantu kak limah. cerita ni memang kemas die punya edit. kembar KAMAL ADLI. kembar INTAN LADYANA. serius agak kemas edit yang dorang buat. 

cuma..aku tak berapa nak faham motif cerita ni. next!!! aku pergi menternak lemak lagi. aku dengan kawan aku ni pergi la makan abc., wah....lama gak x mkn abc yang sedap ni. tengah nak bangun dr tempat duduk tu, tiba2 terserempak pulak dengan classmate(s) aku. memang masing2 gelak je la kan. mana tak nye? JJ...laa.. ni kan port lepak budak2 uitm penang! ha ha. mana2 pergi mesti nampak muka yang sama je. no wonder,.,.dan aku sampai bilik aku tepat jam 9 malam. keluar pukol 11am. balik pukol 9pm. terbaeeekkk!

seriously memang lepas tension gila la kan bila dapat tengok movie ni... makan pon boleh release tension. so, lepas ni, kalau aku tension, aku cari makanan dengan movie,. pergh~~layaaann. ok la, aku nak mengeprint lab geology aku, bye bye! thanks for reading. =)



*best jugak first date yang tak cover2 cun ni.