my medulla oblongata

Saturday, April 23, 2011

ways to avoid "others" from distracting us. label; LOVE

SALAM.

urghhh.letih betol. betol letih tak tipu. tadi exam ctu, and and and.... aku rasa yea.. tunggu result nanti la baru boleh judge soalan tu senang ke tak. pelik betol aku. orang selalu dok kata, don't judge the book by its cover. habis tu yang angpa dok judge kertas soklan tu pasaipa? chill. semua soklan sama *jawapan sedapkan hati sebenarnya.*. 

bila bercakap tentang exam. mesti ade je benda yang suka sangat distract otak kita. ala...tok sah dok jauh2 sangat contoh. meh aku amik contoh budak2 universiti ke, budak2 sekolah ke...kire yang freshies la.. bila time exam, semua orang tension. semua pantang kena sentuh. semua pantang disergah. mesti ade je yang kena. especially to pasangan couple. yes. actually this is the best time foe each other untuk tak selalu bermesej. but, doesn't mean tak mesej langsung, like LANGSUNG! nanti masalah lain pulak timbul. kadang2 tu, ade jugak yang konpiden terus mintak putus. macam la aku. and..and..and... paling best, adalah time dekat nak exam. aku rasa setakat ni, alhamdulillah aku tak terasa "terkacau" lagi la dengan "new status" aku ni. bukan nak kata aku bagos sangat ke hape. tapi aku nak share sikit la on how to avoid others from distracting us. ; love version;

1) jangan sesekali sebut nama dia. 
why? the more you mention his/her name, the more you love him/her. untuk mengelakkan daripada perasaan "tu" muncul balik, better tak payah sebut dah nama die.



2) jangan lupa amalan wajib dan sunat.
amalan wajib macam solat 5 waktu sekali sehari. amalan sunat macam solat hajat, tahajjud, puasa sunat. korang pon tahu, ye dok? bagi aku, ini la masa yang paling sesuai untuk kita dekatkan diri kita dengan Yang Maha Esa.bukan maksud aku nak kata "eleh die tu, time susah baru nak cari "agama". time senang, lupa diri". no no no.. bukan tu maksud aku. maksud aku, kembali balik ke pangkal jalan, dan sedar apa yang sebenarnya kita dah ketinggalan. macam aku..sedih memang sedih. tapi kadang2, rasa sedih tu takdelah sampai melampau2. sebab kita akan dapat rasa ketenangan yang akan buat perasaan kecewa, duka, remuk redam, patah hati hilang dengan sendirinya. ketenangan tu yang kite perlukan masa2 macam ni.

3) no picture, no phone number, no desktop background.
kalau boleh buang la gambar2 yang ade or any kind of kenangan...simpan masuk kotak, letak bawah katil. tak pon, letak dalam luggage. *hehe. macam aku, dulu...dalam laptop aku seriously banyak gambar2 "lama" aku. tiba2 je laptop aku kena format. and folder gambar aku yang "tu" pon hilang sekali.jangan kata kat diri sendiri
"aku takut satu hari nanti, aku akan rindu die. aku takot aku menyesal delete ni semua"
orang kata, ' a boy who still contact her ex, is still keeping "the love" '
bagi aku, buat apa nak menyesal? itu tindakan kita. by hook or by crook, kite tetap akan padamkan jugak memories tu. macam unggun api jugak. die menyala hanya untuk terangkan kita, lama kelamaan akan padam jugak. tak selamanya die akan terangi kita. 


4) NO NO to lagu sedih
ha...ini A BIG NO ok?orang putus cinta ni aku nengok suka layan jiwa yang lara tu ha. kan dah sedih. tak perlu la nak dengar lagi lagu2 yang sedih. sama jugak konsep dengan luka luaran kat kulit tu. lagi kite cakap luka tu sakit, lagi sakitla luka tu. cuba cakap "ok, luka...kau akan sembuh nanti. aku percaya tu". tu semua mindset kita. lagi sedih kita, lagi senang "benda" tu nak kacau kita. ape "benda" tu..? ala.. yang selalu kacau tengah2  malam tu. apa? tak tahu? ok SYAITAN.

5) beranikan diri.
well, couple2 zaman sekrang ni..mesti ade je simbolik yang akan mengingatkan die pada pasangannya. contohnya macam 
"lagu"
"epal"
"payung"
"hujan"
itu semua boleh jadi simbolik pada percintaan korang. mesti ade je memori disebalik simbolik tu yang hanya korang dengan pasangan korang je yang tahu. so, aku nasihatkan kalau lepas dah break up tu, beranikan diri berhadapan dengan "simbolik2" ni semua. kalau simbolik korang lagu 6ixth sense. why on earth you want to stop listening to tat music..? just because of  OH-LAGU-TU-MENGINGATKAN-AKU-PADA-DIA. jangan...korang kena berani terima realiti. kalau simbolik love korang dulu2 "hujan", takkan sampai bila2 korang nak fobia dengan hujan??


a man in his presentation crack a joke, and audience start laughing loudly. a few seconds later, he crack the same joke, less audience laughing. after a few seconds, the man crack the same joke again, no one laughing. after all, the man said " you are not going to laugh for the same joke, so why must you crying over and over again, for the same reason?"

siapa tak nak ade LOVE macam dalam A WALK TO REMEMBER? everyone wants!


 BUT, I DO FORGIVE, BUT I DON'T FORFET. memang susah nak lupakan semua tu. even, parut kat lutut aku yang aku dapat dari umur 5 tahun ni pon belum hilang lagi.apatah lagi parut yang ditinggalkan baru je tak sampai sebulan. 

PARUT=HEARTBREAK

sape kata parut tak boleh hilang? parut boleh dihilangkan kalau kita guna krim yang bagus. the same thing goes to HEARTBREAK. the medicine of LOVE is LOVE. maknanya disini, kalau love yang buat korang sakit, maknanya hanya love yang dapat sembuhkan hati korang. 

ish, panjang pulak entri aku kali ni. letih je korang scroll down ke bawah, tapi seriously, pada sape2 yang tengah HEARTBREAK ni, try these! 

make him think you're completely happy. when he decides to wave at you like nothing ever happened, wave back, sure. but don;t smile. make him think he meant as little to you as 
you obviously meant to him



p/s mostly aku dapat ayat2 best cegini dari tumblr sorang ni. ni link nye.

Wednesday, April 20, 2011

Exam's mode.

SALAM

tiba2 aku teringat pulak masa sem lepas. hari pertama aku buat exam. last sem, first paper aku CTU which is macam pembelajaran agama la. malam nak 1st paper tu, memang aku dengan roomate *now , ex* aku menyanyi lagu sekolah la, lagu negeri selangor la, lagu wilayah la.. lagu2 jiwang macam ISABELLA dan seangkatan dengan zaman2 lagu tu sampai la aku tertidur. but this sem...? aku berzikir., yea. pada siapa2 yang tak boleh nak tidur malam tu, cara terbaik adalah berzikir dalam hati, sampai la korang terlena dengan sendirinya. * petua abang aku bagi.

nak dijadikan cerita, untuk sem kali ni, 1st paper aku adalah CALCULUS 1. subjek ni la yang aku harap2 sangat dapat B+ dan ke atas. dah lah 3 credit hour. memang aku study macam jadi zombie. tiap2 malam study, tiap2 pagi study, dan tiap2 petang study. pergh~~ *kalau result tak gempak, memang haprak betol aku ni.


semalam, aku baru la terniat nak update blog pasal "girls language". tiba2 time nak bukak laptop... aku tengok laptop aku...starting windows die sumpa lama gila. aku main sudoku, 3 puzzle pon dah siap. so, aku dah syak. ni mesti kes2 virus2 tak cukup education ni. macam mana pulak die boleh terlepas masuk dalam laptop aku? padahal aku dah setting baeeek punya aku punya antivirus. hadeeeeh. so, aku pon pergi la format laptop aku dekat sorang senior aku. aku rasa la senior. sebab die bahasakan diri die "abang" dekat aku. and, muka die pon tak macam muka2 budak part aku. dengan hati yang gundah gulana, aku pon bagi la laptop aku dalam pukol 3 petang mcm tu. then, time malam, pukol 9, aku dpt mesej

" abang dah siap format laptop. nanti jumpa dekat dewan makan kristal, abang hantar dekat situ"

pergh~~ cepat gile doe!!!  aku seronok kemain! sampai teros tolak ketepi buku math aku,. bila dapat je laptop aku, aku tengok.. aku dapat

1) semua old file aku ade balik
2) windows ultimate
3) edit gambar
4) antivirus free 
5) digital furqan 
6) program c++
7) AUTOCAD
8) internet download manager
9) windows live movie maker

 dan yang paling best adalah.. aku dah ade POWER POINT! dulu time aku beli laptop ni, mana ade power point, yanga de cuma WORD je.. hampeh... tapi power point n word aku yang baru ni, tahun 2007 punya la. tapi..tak kesah tak kesah. harga nak format pon murah. rm20 je, 

ok, 23rd ni ade paper ctu pulak. wish the best for me! 


p/s orang selalu kata "GOOD LUCK". aku ni dah la tak selalu dapat luck. boleh tak kalau lepas ni gunakan ALL THE BEST..? kan sedap tu. 

Thursday, April 14, 2011

Orang-Kata-Couple-Ni. . . . . . . bla bla bla...

SALAM

dah lama aku nak buat cerita pasal ni. tapi disebabkan aku rasa, aku tak cukup ayat, aku kena hold on dulu...now baru aku boleh 'berkata-kata' dalam blog aku pasal ni.

love or lust?

orang kata, couple ni syok. sebab ade orang sayang. 

orang kata, couple ni haram, sebab berzina

orang kata couple ni wajib pergi dating, kalau tak dating, tak sah namanya

orang kata couple ni akan bawak sampai ke alam perkahwinan nanti

orang kata, couple ni bf/gf akan amik berat dekat pasangannya (itu yang syok sgt tu)

orang kata couple ni nampak sweet kalau partner die(lelaki) lagi tinggi dari perempuan

orang kata couple ni kalau satu kampus, akan selalu jumpa

orang kata couple ni kalau terserempak je, akan teros senyum ataupon tegur sapa

orang kata couple ni kalau sehari AT LEAST kena ade 1 mesej dalam inbox from their partner.

orang kata couple ni jangan ade sikap pentingkan diri sendiri.

orang kata couple ni kenalah faham pasangan sendiri

aku pulak kata..

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
 COUPLE TU BULLSHIT.
kemain aku mengutuk couple. padahal aku pon tengah couple. tak kesah tak kesah...



hidup kita ni..asek2 ditentukan oleh ORANG-KATA. kalau orang kata baju kau tak lawa..kau teros tak pakai. hey! maybe dekat mata die je die kata tak lawa..dekat mata orang lain, lawa je baju tu.. keep on wearing baju tu. pedulik kan ape orang nak kata.

dulu, time before aku couple, aku selalu pikir.. mesti couple best .. kenapa aku cakap cam tu? sebab aku dengar kawan2 aku selalu cerita kisah SWEET dorang dengan couple dorang. bila dah betol2 kita alami sendiri, baru taw SWEET-TAK-SWEET nya ade couple. kadang2 tu rasa macam nak pelengkung je partner kita tu,kadang2 pulak rasa macam sayang gila je dengan partner kita. kalau boleh tiap2 hari nak mesej partner kita, cakap " ilysm *i love you so much*" tak pon "i miss you"... hamboooi. dengan couple sendiri boleh pulak cakap cam gitu. dengan parents, tak de pulak. kalau cakap macam tu kat partner, satu hapak pon tak dapat. cuba kalau cakap macam tu dengan parents, kan dah dapat doa yang baik2 dari parents kite. tapi kalau aku la yang tiba2 cakap macam tu kat mak or bapak aku, takke mak pak aku cakap "buang tabiat ape anak aku cakap cegini" haha..

parent's love-eternity 

bila couple je. satu perkara yang mesti terlintas dekat minda kita adalah KAHWIN. yes, kahwin. kite nak couple kite tu bakal menjadi suami/isteri kita satu hari nanti. memang kita harapkan macam tu. tapi selalunya apa yang kita harapkan tu la yang takkan menjadi. konklusinya, kalau tengah couple tu, tak payah la berangan2 besar macam istana. save A SPACE for u, yourself as a preparation if there'r something happen to the future.. 

orang kata lagi, "kau senang la cakap, kau tak rasa". 

well, sebab kite tak rasa lagi la, kita kena buat preparation siap2, so that bila kita dah rasa nanti, kita boleh guna preparation yang kita dah buat tu. macam gak time nak exam. bila nampak orang keluar dari dewan peperiksaan, nampak muka depa sedih je,. bila tanya, dorang akan kata

"susah"

why? because of not enough preparation. so, kita kena la pasang strategi or preparation supaya tak jadi macam tu. tapi..tapi..tapi.. semuanya terpulang pada ALLAH. kun fayakun...

konklusinya, kita tak mungkin dapat memegang FATAMORGANA DI TANAH YANG GERSANG. kita boleh melihat, tapi bila kita dekat je, rupanya itu cumalah ilustrasi sahaja. lebih baik kita lihat dari jauh agar ilustrasi tu tidak hilang. 


this is FATAMORGANA DI TANAH YANG GERSANG





Wednesday, April 13, 2011

Pergi tak pergi, SAMA je...baik tak yah pergi.

SALAM

hari ni, aku nak tanya korang...korang pernah tak rasa macam menyesal pergi event/other place. dan korang akan cakap

" pergi tak pergi sama je....baik tak yah pergi"

pernah tak? pernah tak? i bet u guys will say YES. ok la..macam ni, actually aku baru je balik dari majlis PENUTUPAN KOR kat sini. maaakkkk aaiiihhhh!panas weh!! dengan cuaca yang memang bahang tok sah cerita la... memang terbaeeek. ish ish...itu la manusia, bila sejuk sikit, mengomel. bila panas sikit pon mengomel. apa la yang manusia tak mengomel? haddoooi.

banyak bunyik pulak die ni...

baik la.. lemme continue. pagi2 tadi je.. aku memang rasa berat kepala, berat mata, berat badan. tengah dok study calculus, tiba2 aku rasa macam nak rasa suhu dekat dahi aku...la...aku demam ke? patot la aku sejuk semacam. tak pasal2 tengah hari nan panas membahang aku dok pakai cardigan panjang yang tebal. aku pon tidur la dengan nyenyaknya. sekali tu aku dapat tahu yang majlis penutupan kor tu WAJIB hadir. walaweeehhh.. siap ade yang kata kena bar lagi. *maklumlah...perempuan kan suke hiperbola sikit*. aku dengan rasa sakit hati nya, pergi la siap2. sakit otak kepala aku ni. 

sampai2 je kat "majlis" tu, walaweeeehhhh. panas gila. aku pon tengok je la dengan muka yang malas nak tengok. sekali tu...

".....persembahan dari brass band uitm perlis..."

i love brass band! awww

terbeliak mata aku. uitm perlis? wow wow wow! aku pon tengok la dorang nye performance. ok, aku ternganga kejap. sangat sangat dan sangat la WOW! sekali tu bila dah habis acara, ade komander cakap

"....student part 2, tandatangan kehadiran korang time hari jumaat ni"

watttttttaaaa???? haihhh. aku yang demam ni datang rupa2nya sia2 je.. eh eh, actually takde la sia2 sangat sebab aku dapat nasi bungkus dengan air mineral. ok, aku tak marah dah.

tapi... still!!

PERGI TAK PERGI, SAMA JE...BAIK TAK YAH PERGI!!!!!

beruk main laptop? perghhhhh


tiba2 aku teringat kawan aku cakap
"dah datang sini, make it worth babe!"
sampai sekarang aku masih terpikir2 worth ape yang aku dapat?
oh.....dah tahu dah. dapat tengok budak uitm perlis. ok la tu.

Tuesday, April 12, 2011

Cobaan.....

Testing, Testing 1,2, 3... ok cun!

SALAM..

makin dekat final ni, makin banyak pulak dugaan dan COBAAN yang datang. mak aiihhhh. kalau dulu time aku nak masuk uitm, COBAAN yang aku dapat bila aku diberi kunci kolej lelaki. and, sekarang ni, cobaan tu datang lagi. tapi takde kaitan dengan kolej lelaki mahupon perempuan mahupon dwisexual.

nak dijadikan cerita..dari kelmarin ade je benda yang tak kena. pelik gak aku. apahal semua benda macam tak kena je dengan aku ni. oh ye..sebelum tu.. kite sedekahkan la al fatihah kepada arwah ayah kepada kawan aku..bapa die meninggal kelmarin. masa aku nak pergi test LK. sedih sangat bila aku dapat mesej dari die yang mengatakan "abah aku dah takde". 

"al-fatihah"

Test Lukisan Kejuruteraan aku ahad lepas? oh... man! terok gile. aku ingatkan aku sorang je pk soklan tu macam mintak penumbuk, rupenye, kawan2 aku yang pro dalam LK ni pon berpendapat sama dengan aku. so, tak de la nampak sangat kebodohan aku dalam LK ni kan? hehehe. yang paling best nye, lepas masa dah tamat, pengawas peperiksaan(lecturers) boleh pulak dok main kira2
"saya kira sampai 10 kalau siapa tak hantar lagi lukisan die, saya takkan terima dah lukisan die". 
semua pon tahap gabra la kan nak pergi bagi lukisan semua. aku pon dengan muka penuh confident nye, pergi hantar kertas lukisan aku. dan dengan penuh bangga nye, aku melangkah keluar dari dewan peperiksaan. 

dah halfway jalan...tiba2
"Tika, kita tak hantar 1 lagi lukisan kita!!! macam mana ni? OMK!!!"
aku dengan muka penuh cuaknye teros berlari, rempuh je segala jenis manusia yanga de dekat depan aku. menjerit hidung aku bila rempuh manusia yang ade kat depan dewan tu yang rata2nya lelaki. bau..pergh~~~ tok sah cakap la.. kalau nak tahu bau ape, p cium perfume laki. pedih hidung aku. ok2 sambung balik. lepas dah rempuh tu, aku main amsuk je dewan tu..yang dah mula diisi dengan budak2 fakulti lain yang nak buat test pulak dekat situ. terbaeeeek. merah padam muka aku tahan malu. tapi, nak buat macam mana? daripada aku dapat kosong, baik aku tahan je malu aku ni. 

kau busuk, kau OK.

dah habis hantar lukisan aku tu, aku dengan kawan aku ni plan la nak pergi makan McD. yes, McD. mengada-ngada betol. bila lalu depan FoodCourt je, teros juih bibir. "tak nak ah makan sini". padahal, tiap2 hari kat FC ni jugak la kitorang ternak lemak. dasar baju lupakan seterika betol! then, kitorang pon berjalan la sampai ke pintu pagar hadapan uitm aku. tiba2 kawan aku cakap

" feera, kau ade duit pecah tak nak naik bas karang?"
"tak de. kau?"
"aku pon."
"weh nak tukar kat mana ni? kat luar kedai semua tutup... "

bila dah macam gitu, jawapannya kena patah balik la pergi FC balik. at last , kitorang BERmcd di FoodCourt je la. sadis betol.

mengidam aku dengan makanan ni


itu cerita kelmarin. now aku nak cerita pasal semalam. hadddoooooooiiiii. mengeluh jap.

semalam aku kena hantar autocad (see, LK lagi! memang LK ni mnyusahkan hidup aku je). lepas dah print out semalam, kitorang kena la pergi binding pulak. kat tempat aku ni..ade 2 tempat je untuk binding. 1 dekat kolej lelaki yang diberi nama BAIDURI. 1 lagi dekat kolej LELAKI JUGAK yang diberi nama ZAMRUD. aku dengan kawan aku pon call la kawan2 lelaki nak mintak tolong. sekali..hampeh~~ semua malas nak tolong binding kan. cis! time korang mintak tolong, aku tolong je... (ni yang nak mengungkit tiba2 ni). so, aku pon patah balik pergi library, siapkan muka depan autocad folio. lepas tu, aku dengan kawan aku ni dah nak putus asa dah. rasa macam nk stapler je assignment folio ni. then tiba2, kawan aku sorang ni.. DAYAT namanya.. nak tolong kitorang tolong binding kan folio. dari library, kitorang patah balik pergi kolej ZAMRUD. kalau tak memikirkan carry mark aku dan kawan aku yang rendah ni, dah lama aku stapler je folio ni. tak payah letak cover bagai.

dugaan aku nak siapkan kau, folio autocad!


at last, kitorang hantar la assignment AUTOCAD ni. phew~~~ lega! selepas 1 bulan hidup aku diselubungi dengan kehadiran autocad. lepas balik je...kitorang pergi lah ternak lemak dekat FC. haammiik. 1 nasi ayam, 5 pisang goreng, 2 roti sardin. ini akibat lapar tak makan dari pagi..sampai lah pukol 4 petang. at last, sume kerja settled! terasa satu kepuasan yang tak terhingga dalam diri aku, walaupon agak penat.

kepada kawan2 lelaki kelas aku, terima kasih la sebab BANYAK membantu. lepas ni, mintak la bantuan penyepak aku lagi. surely aku boleh bagi. jangan malu2 nak mintak pulak.
 to DAYAT, thanks a bunch dude! you helped a lot... 

to all, thanks baca entri yang macam kebudak-budakkan ni. ye la.. nama pon aku baru je amik Lukisan Kebudakteraan kan? hehe =)


Sunday, April 10, 2011

Cerpen: Cinta Pandang Pertama #2

sambungan dari Cerpen: Cinta Pandang Pertama

1 message received.
Lean: saya nak putus. ok bye.

putus? senang nye dia cakap macam tu! ahhh... benci sangat dah ke dia dengan aku?

Syimir: awak... awak jangan main2 nak putus putus ni semua.

5 minutes later
[no reply]

10 minutes later
[no reply]

30 minutes later
[no reply]

60 minutes later,




Lean: awak rasa mesej saya tu macam gurauan ke?
Syimir: saya tak tahu.
Lean: memang la awak tak tahu. sebab awak tak pernah ambik tahu pasal saya!
Syimir: apa awak cakap ni? awak tak faham saya...
Lean: ye, memang saya tak faham awak. sebab awak kan hebat. saya tak sehebat macam awak.'
Syimir: ok, let us start again. 
Lean: shoot.
Syimir: right... kenapa awak nak putus?
Lean: sebab awak selfish
Syimir: kan saya dah kata, saya susah hati, final nak dekat. saya tak sepandai macam awak.
Lean: pergi hang out dengan kawan2 boleh pulak? saya sendiri pon tak tahu yang awak pergi ber'fixie dengan kawan2 awak. sampailah wawa tanya saya semalam. apa awak fikir, bila kawan awak tanya pasal girlfriend awak, dan awak tak tahu pon yang girlfriend awak sebenarnya pergi mana. apa awak rasa?

[no reply]

Lean: dah la syimir.. saya tak faham dengan awak. mungkin sebab saya tak kenal awak siapa. tiba2 awak muncul dalam hidup saya. i believe in karma. 
Syimir: i love you!
Lean: you don't love me, you just need me!
Syimir: i need both ..love that you loved so much.
Lean: i think i should give you a chance to say a word to defend yourself, NOW..shoot!
Syimir: OK, i am not ready YET in this serious relationship. but... doesn't mean, i'm not going to be unready forever. just gimme some space.
Lean: then?
Syimir: saya tak nak awak fikirkan saya. saya nak awak berjaya dalam study awak. saya tak nak, disebabkan saya, result awak jatuh. saya tak nak semua tu berlaku...
Lean: duh~ bullshit! beside of my parents, u are the reason why i'm here. study! itu lah alasan tah pape yang selalu lelaki bagi kalau nak break up dengan perempuan kan? that is so lame, UNFAIR! could you please just straight to the point?
Syimir: bagi saya masa.
Lean: kenapa susah sangat nak cerita the real thing? saya ni siapa pada awak? kawan awak? musuh awak?
Syimir: girlfriend saya.
Lean: so?
Syimir: saya mintak maaf.
Lean: jumpa saya dekat foodcourt kolej pukol 5pm.
Syimir: kenapa?

5 minutes later
[no reply]


i need a CD and a Laptop! mana pulak CD kosong ni? urghhh. 
yeeeees! found it! 

www.4shared.com [enter]
Jar Of Heart [enter]

downloading. . . . . . . . . 

www.google.com [enter]
jar of heart lyrics [enter]

[burning is completed]


****************************************

Dude,

I know I can't take one more step towards you 
Cause all that's waiting is regret 
And don't you know I'm not your ghost anymore? 
You lost the love 
I loved the most 

And I learned to live, half-alive 
And now you want me one more time 

Who do you think you are? 
Runnin' round leaving scars 
Collecting your jar of hearts 
And tearing love apart 
You're gonna catch a cold 
From the ice inside your soul 
So don't come back for me 
Who do you think you are? 

I hear you're asking all around 
If I am anywhere to be found 
But I have grown too strong 
To ever fall back in your arms 

And I learned to live, half-alive 
And now you want me one more time 

Who do you think you are? 
Runnin round leaving scars 
Collecting your jar of hearts 
And tearing love apart 
You're gonna catch a cold 
From the ice inside your soul 
So don't come back for me 
Who do you think you are? 


Syimir: terima kasih.
Lean: i hope you know the real meaning of the lyric.
Syimir: pictured. have u opened the letter that i gave to u?
Lean: nope
Syimir: go and open it.

Babe, 

I know you can't take one more steps towards me
cause all that's waiting is hurt
and i know that u'r not my ghost anymore
i miss the love,
i loved the most.

i am learning to love you, 
and now i do really want you.

i think i am still yours.
i never run away from you, even leaving scars.
i never throw any jar of hearts.
i never tears our love apart,

yes, i'm asking you all around.
where'd you go?
i'm too weak compared to you.
i have nothing for granted, but love.

i do really hope to have a nice time just like before
baby, i never broke my promises,
i'm back to hold you even tight.

14th April

Lean: Happy 2nd month anniversary sayang!
Syimir: happy day, too sayang!


-the end-

p/s; kalau la semua cerita ada happy ending. everything would always be better than this. 









Saturday, April 9, 2011

Cerpen: Cinta Pandang Pertama.

SALAM

hari ni, aku nak bercerita pasal cinta pandang pertama antara seorang gadis dengan seorang pria.

Kelas buat sem baru. semua orang berpusu-pusu mencari kelas baru. tambahan pula junior2 baru yang masuk. kehulu kehilir mereka  mencari kelas-kelas mereka. aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat pelajar2 baru universiti kampusku. 
"Lean!!!" langkahku terhenti.aku menoleh.
la... Zana dengan Tira rupanya. 
" woi, aku panggil kau dari tadi, takkan kau tak dengar kot?" soal Zana dengan nada mencungap-cungap. 
" tak. aku tak dengar. bising sangat kat sini. maaf.." Zana menangguk tanda maaf diterima. mereka bertiga jalan menuju ke kelas.


'eh, itu bukan budak yang aku tengok dekat facebook hari tu, tu ke? tinggi gak dia ni' monolog Shimir. terus dia menajamkan matanya melihat kad matriks gadis itu.. nama nya... Liyana Elferra. 

*********************

'1 friend request' 

"aik, sape pulak yang add aku ni? ermmmm.. Syimir Rahim.? sape pulak die ni?"

'friend request accepted'

Syimir Rahim: hai, macam mana kelas tadi?
Liyana Elferra: ok. best! tapi agak mengantuk. aku kenal kau ke?
Syimir Rahim: tak. kau tak kenal aku. tadi aku nampak kau masa kau nak pergi kelas.then, aku nampak nama kau, aku cari kat fb ni. 
Liyana Elferra: oh...macam tu ke? hehe..eh sorry la.. line kat sini lembap sikit. gtg! *gotta go*. btw, nice to know you though. =)
Liyana Elferra is offline.



Lean: Wawa, wawa....kau kenal Syimir tak? 
Wawa: kejap2. ni Syimir Rahim ke Syimir Aziz?
Lean: Syimir Rahim x silap aku. nama kat facebook die.
Wawa: oh..die tu..? aku kenal. kenapa?
Lean: tak de la, hari tu die add aku dekat fb. hari tu die ade kata die kelas E. n i was thinking about u, suddenly. sebab kau pon kelas E jugak.
Wawa: whattt? die add kau?? wah..
Lean: kenapa?
Wawa: tak de pape la... (tersenyum)


Wawa: "Lean! Lean!!!"
Lean: hurm...nak apa?
Wawa: Syimir kirim salam. die kata good night dekat kau. eh eh..nah la..baca la mesej ni.

aku pon teros membaca mesej yang diberi oleh syimir kepada Wawa.
kau tolong cakap dekat Lean, aku kirim salam and cakap kat dia, selamat malam.

aku tersenyum malu. eh eh budak laki sorang ni, nak bagi mesej macam ni through Wawa, tak ke malu aku ni..adooooiiii!
Wawa: weh, aku tanya die (syimir), tak nak number phone kau ke? then kau tahu die jawab ape?
Lean: ape die?
Wawa: die kata, nanti die mintak sendiri dekat kau.sweet gak classmate aku sorang ni! haha
Lean: whhaaat? hahaha. tak pe, aku tunggu..
Wawa: kay la Lean, aku nak tidur. esok kelas pagi pulak. goodnight, mimpi kan la si Syimir tu.. 

merah muka aku diusik housemate sendiri. cis! tak guna punya Syimir! 

Syimir Rahim is online
Liyana Elferra is online

Syimir Rahim: hai..
Liyana Elferra: hai..weh...aku tak pernah nampak pon muka kau dekat kampus ni weh?
Syimir Rahim: aku tak popular. aku merendah diri.
Liyana Elferra: ceehhh, tah pape je kau ni. 
Syimir Rahim: eh, aku dah nak kena out ni. aku on kat cc. 
Liyana Elferra: oh...ok2. bye2.
Syimir Rahim: eh kejapp... eh, er..kau tak nak ke bagi number phone kau kat aku? aku ni dah la jarang online. nanti boleh kita contact2.
Liyana Elferra: kalau aku tak nak kasi?
Syimir Rahim: tak pe la..aku faham.
Liyana Elferra: 0172679084 
Syimir Rahim: oh..ok thanks. nanti aku mesej kau number aku.
Syimir Rahim is offline.

Sebulan kemudian. . . . .
14 February.
Lean: weh, lapar doe! nak makan...tapi malas nak pergi beli pulak. haishh
Syimir: la.. aku tengah makan nasi lemak ni.
Lean: wahhhh..sedap!!! tiba2 terasa nak makan nasi lemak!
Syimir: nak aku tolong belikan?
Lean: eh, tak susahkan kau ke? kalau tak, aku ok je. aku nak 2 taw!
Syimir: haha, tak tak susahkan pon. kau tunggu kat depan foodcourt kolej kau, aku datang kejap lagi.
Lean: thanks..

aku nak pergi jumpa die for the first time! agak2nye die ni tinggi tak? eh tapi die kata kat aku, die sama tinggi dengan aku je. eh, mana boleh lelaki sama tinggi dengan aku, katek namanya tu! tak sesuai..tak sesuai.. ah, lantak la! tinggi ke rendah ke, tak kesah la.. janji aku nak nasi lemak aku.

1 message received.
Syimir: dah makan?
Lean: dah..sedap nasi lemak.. tapi agak masin sikit la weh. kau beli kat mana?
Syimir: kat ko-op bawah. tu la..masin kn?
Lean: agak la.. tapi tak kesah la..aku memang lapar tahap. bedal je semua makanan.. hehe
Syimir: oh..haha. weh, kalau aku tanya kau something kau jangan marah taw.
Lean: marah? nak marah kenapa pulak? ce cite ce cite..
Syimir: sebelum pukul 12 tengah malam ni, aku nak lamar kau jadi girlfriend aku.
gedebuuuk! adoooiii sakit kepala aku. bengong punya katil ni! jap2, betol ke die ni yang hantar mesej? lemme check i for twice.
"sebelum pukul 12 tengah malam ni, aku nak lamar kau jadi girlfriend aku."
gosh... macam mana ni? lagi 8 minit nak pukol 12. dah  la hari ni 14 hb februari! walaweehh, sweet betol mamat ni!!

2 minutes later. . . 
4 minutes later. . . 

6 minutes later. . . 

Lean: of course i do!
Syimir: serious??? kau tak main2?
Lean: ye la... bila masa pulak aku main2? betol la.. aku nak. 
Syimir: terima kasih Liyana Elferra. aku akan jaga kau sampai bila-bila.




2 bulan berikutnya. . . 
grrrr.. asek2 kawan die, asek2 kawan die. kalau asek dengan kawan die, baik tak payah couple dengan aku. couple je dengan kawan2 die. kan senang. habis cerita! aku sms, lama gile nak tunggu reply. makk aiiihhhh...ape la die ni.

Syimir: saya dah malas nak mesej lagi dah. tumpukan la perhatian awak dekat study. final dah nak dekat.
Lean: awak marah saya ke?
Syimir: tak.. saya tak marah awak. cuma, test dengan final nak dekat. study je la. tak payah mesej2 lagi dah.
Lean: tapi...? takkan even call sekejap pon tak boleh? or mesej sekejap pon tak boleh?
Syimir: kalau tak busy, ok la. tapi kalau boleh, tumpukan je la dekat study,

SELFISH!!! aku benci kau!!!

Lean: goodluck test esok
5 minutes later..
[no reply]
10 minutes later
[no reply]
a day after
[no reply]
2 days after
[no reply]

5 days later.
Syimir: aku mintak maaf buat kau macam ni. aku takot final ni. 
Lean: tak pe. saya faham. buat baik2.
5 minutes later
[no reply]
10 minutes later
[no reply]
zzzzzz.....

whatttt? 
'Syimir Rahim updated his activities.' 5 minutes ago..
'Syimir Rahim commented on his own status' a few seconds ago..

boleh pulak online? mesej aku sekerat ayat tak boleh pulak? bertuah punya boyfriend! final nak dekat la konon.semalam pon online jugak.. pooodddaaaah! tak hengen aku dengan orang macam ni.

"aku nak putus. ok bye."




p/s cerita di atas, rekaan semata2 mengikut cerita2 yang ade dekat kepala otak aku yang tengah tension study Lukisan Kebudakteraan untuk test esok tengah hari. wish me luck!