my medulla oblongata

Friday, May 27, 2011

Diri Sendiri atau Diri Orang lain?

SALAM

"ok nampaknye ini la last day aku nak update entry dekat rumah. lepas ni aku update entry dekat penang pulak. tsk..."

ok, sebenarnye, aku saja nak menggunakan dialog ni nak bagi sama dengan kawan2 facebook aku yang dok kata 

"ini last status update aku sebelum berangkat ke penang".

tu pon nak sama ke? die boleh la ckap cam tu, sebab kat facebook, hang tu apa ada? update kt blog ja! opppss! so, itu la tajuk yang aku nak cakap sekarang ni. sama kan diri dengan orang lain. like whhhhaaaattt? copy and photostat? yeah! that's it..kopi copy and photostat.

ramai antara kita yang suka tiru cara tu la, cara ni la...well, tak salah nak meniru cara orang. ops...salah2.. apa2 pon meniru tetap salah. apa yang patut korang buat adalah mencontohi cara orang yang korang rasa betul2 boleh dicontohi.. bukannye mencontohi orang yang duduk dekat kaki lima, tarik jarum. oh no... 

tapi..tapi tapi..entry aku kali ni, tak nak cerita pasal "mencontohi orang lain". aku nak bercerita pasal "tiru orang lain" 



disini aku nak tekankan tentang peniruan SIKAP. ramai sangat orang sekarang ni, especially remaja. suka meniru sikap/gaya orang lain. ok, aku faham kita memang dikurniakan sifat ingin tahu yang mendalam dan ingin mencuba sesuatu yang baru. apatah lagi kita yang masih remaja yang masih mencari2 identiti sebenar kita. kerana kita sendiri pon tak kenal sebenarnya dengan diri kita sendiri. kita cuba nak jadi diri orang lain, sebab kita rasa kalau kita tonjolkan sikap kita yang sebenar, takut orang sekeliling tak boleh terima ataupon takot diri sendiri tak diterima masyarakat. well, itulah dilema kita, remaja sebenarnya. perasaan TAKUT.

bagi pendapat aku, kita kenalah jadi diri sendiri. tapi tak bererti jadi diri sendiri macam ni.

Makcik Peah : eh Piah, anak sapa tu? dok pakai skirt, p kenduri arwah. buat malu ja!
Makcik Piah : a'ar, eh..tu bukan anak si Joyah ka? awat dia jadi lagu tu?


mentang2 nak jadi diri sendiri, sampai tak reti nak sesuaikan diri pada satu2 keadaan. itu dinamakan lain. itu dinamakan, kurang didikan. lain maksudnya dengan menjadi diri sendiri. 

kalau kau jenis yang sopan santun, lemah lembut, pendiam, baik hati. tapi, bila kau berperangai cegitu, kau rasa kau macam tak diberi perhatian. so, kau ubah diri kau jadi orang lain supaya orang lain beri perhatian pada kau. 

sebenarnya, tak payah nak ubah diri semata2 untuk jadi center of universe. cukup la kalau korang jadi diri sendiri. tak payah ubah2. kadang2 rimas aku kalau orang yang suka sangat tiru gaya orang lain. oh..orang nak jadi lady gaga, kau pon teringin lah jugak nak jadi macam lady gagap. oh pehlisss... jadi diri sendiri. itulah unik nye korang, tak perlu nak jadi diri orang lain untuk dapatkan keunikan. jadi diri sendiri dan unik tu akan datang dari pemerhatian orang sekeliling. 

kalau kau tengok si Bujang tu handsome. padahalnye, kau sorang je yang kata die handsome. orang lain kata dia biasa je.  ah sudaahh aku dok bagi contoh ala2 pasal couple pulak. contoh lain contoh lain...


ok, contohnya cegini.. kalau kau tengok Tipah tu cara die sangat best. buat sudoku, sambil dengar lagu. p kelas pakai sport shoes dengan baju kurung cotton. perangai slumber je.. kau suka tengok cara dia. kau nak jadi macam dia. 

tapiiiiiii......

bagi orang lain, cara si Tipah ni macam budak kerek. tak cool langsung! tah papa. 

padahalnya, cara korang sendiri dah cukup cool. takpayah nak jadi macam cara/gaya orang lain. lain orang lain pendapatnya. jadi diri sendiri dan biar orang judge korang disebabkan diri korang sendiri. bukan disebabkan korang dah jadi diri orang lain.



nak contoh lagi? ok.

"eh lawa la style kau sekarang ni..macam Fana Hajima dah aku tengok"

ermm..kenapa korang tak nak create your own style? tak payah orang lain nak cakap korang macam die ni la, macam die tu la.. create your own style. be unique as what you are. 

akhir penulisan, aku nak bagi taw, jadilah diri sendiri. kalau nak unik, biarlah unik tu datang dari diri sendiri. tak payah sangat nak dok ikot orang lain. diri korang tu sendiri yang dah unik. tak percaya? p amik ink cop tu, cop kat ibu jari angpa, lepas tu, amik ibu jari kawan anda pulak, cop die punya pulak. tengok , sama tak? tak kan? macam tu jugak dengan diri kita. masing2 ada keunikan masing2.noktah.


_thank you baca entry nohfee_

Thursday, May 26, 2011

Perempuan Diam..? oh itu bahaya....

SALAM


aku pon tak tahu la nak kategorikan ni sebagai apa? cintan ke tak. tapi mostly aku nak cerita pasal girls. yeahhh. girls. mungkin ade yang tak setuju dengan apa yang aku nak tulis ni. tapi.. kalau sorang tak setuju, tapi lagi 99 orang setuju..? macam mana? hehehe


ok, aku bukan nak cerita perempuan dari segi biologinya ataupon FIZIKalnye mahupon KIMIAnya. mostly guys suka berfikir

girl: i'm fine
boy : really?
girl: yea *while hoping he will coax you
boy: ok then. so how was ur day?


mannnn. orang selalu cakap, girls are very complicated in their own way. ermm. yea..sorta, kinda...yea, we are. mostly girls *kecualikan girl yang suka bergaduh dekat tempat awam*, bila dorang diam, kadang2 adalah bahaya. well, bayangkan kalau kau ade kawan perempuan yang mulut kepoh gila. tiba2 hari tu dia diam lepas bergaduh dengan classmate kau. korang *guys* bergaduh dengan girlfriend korang, dan girlfriend korang jadi sangat diam.. ok, itu bahaya. kenapa? aha...so, these are the reasons. 


1) OVER THINKING
lepas dah bergaduh, mostly couples yang jenis lelaki ego gila tinggi ni, tak akan pujuk on the spot. dorang akan biarkan girlfriend dorang tenang dulu..lepas 2 3 hari baru pujuk. well, in my opinion, u guys shouldn't do that. sebab lagi korang tinggalkan perempuan tu macam tu je without explaining the truth, girls will start operating their way of think. creating so much assumption. and wrongly conclude the assumption. there goes a word "break up" in their mind.

L77rj_large\


2) TIRED OF WAITING
berdasarkan contoh yang diberi *yang aku highlight tu*, jangan biarkan perempuan berfikir seorang diri. yea, bagi korang yang lelaki ni 
"bagi la die muhasabah diri...pikir yang mana baik, yang mana buruk"
walhalnya, perempuan akan fikir lain pulak
"ok, die tak nak aku. aku dah letih nak tunggu dia macam ni. "
so, lepas dah letih menunggu, agak2 nya apa langkah seterusnya.? 


3) MELETUP
bila perempuan diam tiba2. ade kemungkinan dia dah sangat marah dan tak dapat nak tahan lagi dah. and burst. ala macam kalau korang asek dok goncang botol coke lepas tu bukak, gas die melimpah. macam tu jugak la dengan perempuan. i mean semua orang pon macam tu jugak en???


4) CRYING INSIDE
korang nampak muka die cool gila kat luar..diam je. tapi dalam hati die..who knows? 

source; tumblr



5) PERHATIAN
ini yang perempuan perlukan masa ni. bagi perhatian yang lebih. if she needs a shoulder to cry, then lend yours(guy/girl). mungkin ini akan mengembalikan diri dia yang sebenar? atau mungkin dengan cara ni, boleh kurangkan rasa sakit hati/sedih dia.




itu je la kot yang aku nak bagi tahu. mungkin tak semua perempuan macam ni. like you said
"girls are complicated in their OWN WAY"
tapi mungkin out of 10...seven will b facing the same thing. 

akhir sekali, aku nak cakap... sila lah lihat inianuarhadi di youtube  hati2 bila perempuan mula mendiamkan diri. that's all. 


_thank you baca entry nohfee_

Wednesday, May 25, 2011

Result aku.....nak tahu?

SALAM


hari yang ditunggu2 dah tiba. hari apa? yep~ hari busybody amik result untuk budak2 diploma uitm. memang dah jadi tradisi aku rasa..dari aku upsr dulu..

" eh, kau dapat berapa?"

" eh, kau dapat straight a?"

 kalau tak nak bagi tahu, 

"la..bagi tahu je la..."

"la..tu pon nak rahsia"

so, untuk orang yang jenis tak faham bahasa macam tu, ini untuk anda

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



like, siapa kau nak cakap cegitu ha? kalau tak, sebelum result keluar nak tegur dekat fb pon agak susah~ tiba2 time result la fb chat aku berlambak. haish~~

trend ni dari dulu lagi. sebenarnya apa motif nak amik tahu result orang lain ni? 

"oh...supaya aku boleh compare kan result aku dengan die"

"oh, kalau die lagi pandai, boleh lepas ni aku belajar dengan die" *well, kalau die kurang pandai dari kau, kau nak buat apa?*

erm...bukannya korang ni akan dikategorikan sebagai "duduk di bawah tempurung" kalau tak taw result orang lain. cukup la kalau orang tu kata "alhamdulillah, ok". dah takde apa yang perlu ditanyakan. jangan la pulak tanya berapa pointer kau dapat. well, deep inside , it hurts man! *well, aku sbnrnye yang terasa sangat*

result tu adalah sensitiviti seseorang, kita ade sensitiviti kita sendiri. contoh sensitiviti
'
"mak kau tak ajar kau ke ha?"

kalaua de je kawan kite ckp cegitu, mesti telinga dah berasap bernanah semua. so, itu adalah SENSITIVITI. jaga sensitiviti orang dan orang akan jaga sensitiviti kita. tak susah pon nak jaga sensitiviti orang. hormati sahaja. kalau orang kata, TAK BOLEH, then faham la perkataan tu. jangan la paksa2 dah.

ok akhir sekali aku nak bagi tahu yang hormati la sensitiviti orang lain., jangan disebabkan nak puaskan hati sendiri, sampai orang lain rasa "kau sumpah annoying". 

ps, for those who keep on asking me 
"feera, kau dapat berapa?"
well, i'm gonna say this, syukur. i got 3 pointer and above. enough i guess..? ok good people.


_thank you baca entry nohfee_

Monday, May 23, 2011

Adakah Anda Salah Seorang Daripada Mangsa Mr/Mrs C?

SALAM

memang best gila kalau kita pasang lagu yang paling kite benci sebagai alarm tone. rasa macam nak hempas je phone tu. setakat ni, lagu alarm tone aku lagu GRENADE-bruno mars tu. tak tahu la asal aku benci sangat lagu tu. maybe sebab lagu tu sangat2 hiperbola yang aku tak boleh terima kot? ye la kott..

kenapa aku suka sangat update entry pasal LOVE. oh, tolong jangan tanya aku. sebab aku pon tak tahu. nak kata falling in love, tanda2 falling in love ni aku tak de ok. oh nak tahu apa tanda2nya? setelah aku dok godek2 tumblr, oh ya, aku jumpa satu gambar yang aku rasa best untuk dibawak blogging. coppp. apa tu Mr/Mrs C? yeahh...again..C stands for Cinta. so here it is! macam mana nak tahu korang ni salah seorang mangsa yang sedang dilamun cinta ataupon tak? moh lee kite membaca yee



1- baca text orang tu berulang-ulang kali.
yeahh. orang yang tengah angau ni, kalau dapat text dari orang yang die suka, memang rasa macam nak usung handphone tu bagi tahu dekat satu kampung, makkkk edward cullen balas mesej Tipah maaakkk! lepas dah excited yang teramat tu, mula la duk senyum sorang2 baca balik mesej2 yang die bagi. kalau baca sekali tak apa, tapi dok baca berulang2 kali. SAHHHH lettewww.


2- Malu bila berdepan dengan dia.
masa ni la.... muka yang sedia merah, lagi bertambah merah bila jumpa dengan dia. tak merah? ok, mesti berpeluh sejuk kan? kalau dulu, boleh je bersembang satu meja, gelak mengilai sekali. tapi bila perasaan tu datang, duduk semeja pon dah tak boleh. mesti nak ke tandas, tengok keadaan muka. ok ke tak? make up cair ke tak. apa yang kita buat depan dia pon rasa macam..semua kekok.


3- Bila fikir tentang dia, YOUR HEART BEATS FASTER
bila tengah dok sebuk buat group discussion, tiba2 kawan korang tanya

"eh, mana C ni ek?"

teros jantung berdegup pantas *ecece..ayat tak boleh bla*. time tu la " eh, die ade sekali ke?", "eh, mana die?", "eh tudung aku ok tak?" . tak keruan. yes, itu la perkataannya. TAK KERUAN.


4- Mula mendengar lagu2 yang slow2 swing~~
contoh lagu jenis cegini macam la lagu "romance-ku ingin kamu" tu.. time tu la terasa macam wah, radio pon tahu mood aku yang tengah falling in love ni. dj radio tu agaknye ada sixth sense kot. masa tu la rasa macam lagu tu dibuat untuk kau dengan orang tu. pehhh





5-  Bau perfume
perfume die. memang akan ingat. *walaupon perfume die serupa je baunya dengan perfume orang lain*. tetap rasa happy bila bau. kalau bau tu datangnya bukan dari orang yang kita minat pon, kita tetap rasa happy gak, sebab akan teringat dekat die.


6- Sedar yang korang akan senyum bila teringat pasal dia.
orang kata kau orang gila pon tak apa. sebab korang rasa "ada haku kesaaah?". bila teringat je orang tu, teros rasa nak senyum. bila ingat cara dia yang macam Mary dalam cerita korea Mary, Marry Me tu, teros rasa nak gelak.


and last one~~


7- EVEN THOUGH THERE WAS NO SPECIFIC NAME MENTIONED, YOU WERE THINKING ABOUT HIM/HER WHILE YOU'RE READING THIS ENTRY~~


so, dah taw siapa yang korang crush? good! teruskan usaha anda. cara macam mana nak pikat perempuan/lelaki..tak dapat la aku nak bagi kat sini, sebab aku pon tak tahu. ye la, citarasa berbeza. lain la kalau aku nak suruh korang mengorat aku, then aku boleh bagi tips macam mana. tapi kalau untuk umum, oh..citarasa sangat berbeza.

hehe. aku rasa entry aku dah semakin geli2 la pulak semakin hari ni. ni yang buat aku malas nak update pasal cintan. ayat aku pon mesti bunga2 gak. hadduuii. lepas ni last aku nak update pasal love2 story ni. lepas tu aku nak update pasal lain pulak.


_thank you baca entry nohfee_






Sunday, May 22, 2011

Love Cycle.

SALAM


baru lepas keluar berjalan2 denagn cousin2. yeah yeah.. terasa macam makan dekat zoo negara pulak. aku dekat zoo negara ke kfc? ok la, kau nak buat birthday party kat atas, memang tu hak kau la kan nak buat bising..maannnn! lain kali tolong la kfc..letak tingkap cermin ataupon penghadang la..supaya orang abwah tak dengar kalau ade orang buat party kat tingkat atas. memang terasa macam makan kfc dekat zoo negara. pehhh. terbaeekkk wokkk!

time tengah dok makan tadi, aku nampak la ade couple yang muda, couple yang dah agak tua, dan old couple. tapi antara tu semua old couple paling sweet. ni yang buat aku terasa macam nak update entry lagi pasal couple. ha... love cycle. nak tahu? jom teruskan pembacaan anda..



1- STRANGER 
mula2 yeah..stranger. nama je duduk satu kampus/sekolah/tempat kerja. tapi kenal pon tidak. agak2 pernah tengok je. tapi tak pernah taw pon nama die. malah tak berkesan pon dalam otak kita rupa die. 

 next. . . 


2- FRIEND.
sekali, nampak muka die dekat facebook. teros add dekat facebook. lepas tu jadi kawan... kalau tak pon, kenal melalui kawan2. time tu la...

"oh...kita pernah satu dewan kuliah ke dulu..?"
"oh...tak pernah perasan pun kau dulu".

yeah..yeah..mesti la tak perasan.. time tu la kita suka kawan dengan dia. nampak la yang die ni perfect. oh, 

"he/she's the most suitable person for me.. cool uh?"


next. . . 


3- BESTFRIEND
segala yang kita rasa, segala yang kita alami, semua kita ceritakan, even dengan bestfriend*same gender* tak pulak kita cerita macam mana kita bercerita dengan die. kira  macam, yeah...he's/she;s the one who can listen to my stories. who can bear for everything. time ni la, kita asek berMESEJ/CALL dengan die.. well, nama pon BESTFRIEND kan?



next. . .




4- LOVE
lepas dah jadi bestfriend.,..well, lelaki dengan perempuan mana boleh jadi bestfriend? mesti akan ade 1 rasa lain akan muncul. so, dari situ kita pon teringin nak berkasih sayang dengan die. al maklumlah..segala cerita kita dah share dengan dia. dan kita rasa die sangat baik dan sangat sesuai dengan jiwa kita. like..

"yeah, i can feel the silence!"

"yeah..he's/she's the one!"


next. . .


5- BOYFRIEND/GIRLFRIEND
erm, lepas dah love bagai..takkan nak biarkan je? mesti la akan jadi boyfriend girlfriend. itu je medium untuk kita luahkan yang kita sayangkan orang tu, dan untuk menunjukkan yang kita *kononnya* ada hak ke atas pasangan kita.


next. . . 


6- HEARTBREAK
bila dah couple, baru taw perangai sebenar macam mana. masa tu la hati jadi pekasam. sakit hati kemain. lagu2 DADALI-SAAT KU MENCINTAIMU, banyak kali pulak kita ulang pasang dengar. seolah2 macam
"wah, radio pon taw aku tengah heartbroken"
masa tu la kita rasa DJ radio yang duk pasang lagu2 yang sesuai dengan jiwa kita yang heartbroken masa tu sangat memahami kita. 



next. . . 


7- STRANGER
lepas dah heartbreak...putus. masa tu la, jadi stranger balik.. masing2 buat buat tak kenal...tak de mesej ataupon call lagi macam mana kita pernah buat dulu. jumpa pon, dah tak tegur macam mana kita dulu kalau jumpa mesti senyum. kawan2 kat sebelah mesti dok mengacau. tapi sekarang...kawan2 kat sebelah dah jadi kurang selesa bila tengok keadaan kekok macam tu.



betol tak?? kita mula dengan stranger. kalau tak sampai ke alam perkahwinan, akhirnya, kita akan end up sebagai stranger balik. itu la love cycle. kalau korang yang dah break up, tapi masih boleh berkawan macam biase, hanya ade 2 je option

1- either YOU AND HIM/HER never had the real feeling before

or

2- YOU AND HIM/HER still have the feeling just like before.


well, kat sini aku nak bagi tips sikit..

TO BE HAPPY WITH A MAN, 
-you must understand him a lot and love him a little-

TO BE HAPPY WITH A WOMAN,
-you must love her a lot, and not try to understand her at all-


oklah, aku nak bela perut aku , masukkan spagethi. 


_thank you baca entry nohfee_



Saturday, May 21, 2011

How to make sure your relationship last long..?

SALAM

wah...nama entry nak baeeek punya english. tapi entry dalam malay language. apa la nohfee ni. tak pe la ek. sekarang ni memang musim break up ek? dekat blogspot ni pon, dah berlambak je aku tengok entry yang berkaitan dengan break up. *termasuklah aku. tu tak masuk dekat facebook aku, update status..erkk. scary pon ade aku tengok, sedih pon ade. ade jugak yang dari

MARRIED/ENGAGE/IN RELATIONSHIP

to 

SINGLE/ OPEN RELATIONSHIP


kalau open relationship tu..aku rasa, baik single je la~~ macam dah takde perasaan je kalau letak open relationship tu.  *in my opinion

so, bila orang sekeliling aku ni asek dok break up je memanjang..benda ni yang buat aku rasa macam nak buat entry macam mana nak bagi relationship tu tahan lama. tapi, ini benda basic. takde nye la aku nak suruh yg lelaki malaysia jadi romantik macam lelaki korea ke hape.. but these are what you should do;


1- JANGAN "EXPECT"
expectation tu la yang paling bahaya sekali dalam sesuatu relationship tu. nak perfect mana sangat la cik kak oi? kalau itu je kemampuan nye, terima je la. jangan expect 

"oh, aku merajuk ni, ak expect die pujuk aku"

tak... never! jangan expect macam tu, kalau si dia tu tak buat macam apa yang korang expect, agak2nye, apa yang akan jadi? mungkin la korang akan ok, tapi deep inside, korang still sakit kan? kesian la weh dekat hati tu..jangan bebankan hati korang dengan small problem macam ni. if u keep on expecting, you are dragging yourself to the worst part in relationship. 

-source; tumblr-


2- JANGAN MINTAK BUKAN2
yes, this is it. jangan la meminta nak jadi couple the best of the year with perfect love. kalau betul2 cinta/suka, they will do their part without you asking for it. 


3- JANGAN NAK 'DEMAND'
kau ingat kau diva ke nak demand2? please la.. jangan demand..kalau date..nak makan lunch je, mesti dekat hotel 5 stars, gila kentut laki tu nak bayar. lain la kalau laki tu anak bos kilang cap duit.


4- JANGAN "ASSUME"
sama la jugak dengan kes "expect" tadi. jangan assume bf/gf kau hebat macam superman/catwoman. kalau sayang, they will do anything for you macam dalam grenade si bruno mars tu *walaupon bagi aku, lagu tu sangat bullshit.*


5- never say "IT'S OKAY, WHEN IT;S NOT"
mostly yang aku tengok..laki ke perempuan ke sama je. bila masa tanya "are you okay?", mesti akan jawab "i;m okay". can you change it too "i am not ok."...? if you are not OK, then say it. kalau dok buat peram perasaan tu buat apa? ingat pasangan korang tu ade sixth sense nak tahu korang ni menipu ke hape? just say it out loud "I AM NOT OKAY!"


6- kalau cakap SORRY, do REALLY MEAN IT.
bukannya cakap je sorry, tapi esok lusa buat balik, tulat cakap sorry balik.. n it happens continuously... lame ok? nak mintak maaf ade 3 cara which is;
1- "sorry"
2- "i will never repeat the same"
3- "what can i do to overcome it?"
kebanyakannya orang selalu mintak maaf terlupa nak bat cara yang ke 3 tu. so, lepas ni... bila dah mintak maaf, tanya balik..apa yang korang boleh buat untuk overcome it.?

-source; tumblr-

7- HATI-HATI dengan perasaan masing2
jangan taw nak bagi mesej, bagi yang sakaikan sakitkan hati je. jangan nak selfish, tahu nak jaga hati dan perasaan sendiri je. tak pikir perasaan orang lain,. kalau nak selfish, please.... duduk dalam gua ok?


8- DON;T BE THE PERFECT ONE, BE THE RIGHT ONE.
-korang huraikan sendiri ayat ni.-



after all, korang kena lah just go with flow. tapi kadang2 memang ade gak jenis manusia yang sekali ketuk, sekali gerak. nevermind, kalau jenis macam tu, korang kena la jadi jenis yang straight forward. kalau korang tengah sakit hati, bagi tahu dengan dia, yang 
"hey sayang, i tengah merajuk dengan you! i nak you pujuk i"
ada berani? kalau tak berani, korang sendiri yang kena tunjukkan betapa korang sayang die., bukan takat boleh cakap je "i love you". tapi, boleh maksudkan perkataan tu sekali. sebab tu la orang2 tua selalu cakap
"kau ingat kalau kau kahwin dengan dia atas dasar cinta je, kau boleh bagi dia makan?"
well, love needs effort.


guys, girls will really appreciate you when you can remember even a little, tiny things about her
girls, blurt it, when you really mean it. never say anything that will dissapoint you in the future.


_thank you baca entry nohfee_

ps; aku dah taw pasaipa aku dok buat tajuk entry dalam bahasa omputih. pasai entry aku macam rojak. campoq bi bm. hadduii





Thursday, May 19, 2011

Kelebihan menjadi SINGLE

SALAM


again...duduk rumah membuatkan aku rasa macam nak update entry 2 puluh kali sehari. tiba2 cuti sem ni pulak, banyak idea nak dicurahkan. masa cuti sem lepas, idea kurang pulak. *idea kurang, bukan takde. sebab cikgu aku dulu ada cakap

"orang yang takde idea ni, selalunya orang mati je". 

wah..pedih sungguh. perkataan ni akan hinggap dekat muka sape2 yang karangan die tak elok, bila cikgu tanya, dorang akan jawab

"cikgu, saya takde idea la.."

debbuuussh. kena sebijik ayat cegitu. hammmiikk! sekarang ni, aku single, so...aku nak gak la bagi tahu kelebihan2 menjadi single ni. sebenarnya kita ni tak loser ok? bukannya kite tak laku...tapi sebenarnya kita nak dapatkan kelebihan2 ni, yang orang couple takde. nak tahu apa? jom2 sambung baca...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



1) boleh tidur dengan nyenyak.
kenapa? ye la.. kalau tengah couple tu..bak kata pujangga.."tidur tak nyenyak, makan tak kenyang". ha, sekarang ni la masa untuk dapatkan tidur yang nyenyak. makan? tok sah cakap la~~~


2) Jimat MASA dan DUIT
wahhh ini yang paling aku suka. kalau tak, 24 jam, kredit habis je..kalau tak mesej, call. kalau mesej boleh terima la jugak..kalau call, tak ke parah tiap2 hari nak kena topup,. asas perbincangan? "hello sayang, tengah buat apa?". uhuk uhuk..lame ok?



3) fokus pada STUDY/KARIER
time ni la masa yang paling sesuai nak study. kalau tak, time nak bukak buku sejarah je...

1 message received
hubby: sayang tengah buat apa?

takkan la kita nak biar kan je kan kalau mesej dari "orang tu". kompem layan..last2 buku sejarah tinggal sejarah je la~~ini la yang akan menghasilkan PROCRASTINATION. hehehe 


4) tak payah nak cas bateri phone 2 kali sehari.
serious, kalau couple..mestilah selalu mesej , tak pon call... battery pon jatuh satu bar..satu bar..lepas tu kite pon pergi cas..lepas dah habis cas, benda yang sama berlaku..n it happens continuously... betol tak? =)



5) boleh bercakap dengan LELAKI atau pon PEREMPUAN
no more jealousy! suka hati la nak kawan berapa banyak laki pon, berapa banyak perempuan ke..ada haku kesahhh? 



6) boleh FLIRT dengan anyone yang kita suka
no more restriction. erm, sebenarnye aku tak nak sertakan yang ni, tapi aku rasa....ade rasionalnye jugak aku list kan ni. kalau kau couple, boleh kau flirt dengan lelaki lain? hadooo? entah2 nak kawan dengan lelaki/perempuan lain pon tak boleh. yang haddooo~~~

hadoo berani?



7) tak STRESS
kalau masa couple, asek dok pikir je
"eh boyfie aku makan apa ye?" 
"sehat tak?"
"eh die tengah buat apa la ni ye"

sekali kalau nampak boypren jalan dengan pompuan lain...

"demmmm you!!!"

teros tak boleh study. adoi. masuk2 bilik pulak...tiba2 kawan punya katil bersepah macam tempat pelupusan sampah. memang super tension. cuba kalau tak couple. super tension tu boleh reduce jadi TENSION je. betol tak? hehe


8) Boleh buat keputusan sendiri.
kadang2 ade jenis boyfriend yang suka mengongkong. peh~~ dasat kalau sape yang dapat jenis ni.. semua keputusan 80% ditentukan oleh partner die. gila kau? macam mana nak enjoy life? mana nak campak masa muda kau? so, time ni la...kita boleh buat keputusan sendiri. tak yah nak pikir hati orang lain*except our beloved family


cukup tak tu? aku rasa cukup kottt. so, siapa2 yang baru lepas putus cinta or yang single lagi tu..jangan anggap ini kelemahan kita. here's the medicine! psycho diri sendiri supaya tak pikir negatif...chill ok? ok,. nice one~~ aku nak tengok wrestling pulak kat tv3 ni. bye2

_thanks baca blog nohfee_

Type Lelaki Yang Perempuan Suka

SALAM,

first of all aku nak ucapkan takziah kepada keluarga pemilik blog telurdibasuh.blogspot.com atas pemergian arwah. semalam baru dapat tahu arwah dimasukkan ke icu sebab athma. tak sangka tadi dapat tahu dari blog theotherkhairul yang arwah meninggal. al fatihah....

With the gloomy atmosphere, aku pon pergi la check tumblr. kot2 ade gambar2 menarik untuk aku jadikan topik kat blogspot ni. oh ya! aku terjumpa satu gambar menarik! dan aku rasa macam nak blog pasal ni dekat blogspot. hehe

bagi aku, nak cari lelaki yang kita suka/sayang memang senang. tapi nak cari lelaki yang suka/sayang kita and vice versa memang susah. kenapa? sebab tak semua lelaki boleh terima kisah silam kita. tak semua lelaki yang boleh terima yang kita pernah ada ex(s) sebelum ni. it's kinda..."susahnya nak cari lelaki yang truly love you". so, kat sini aku nak list kan, perempuan nak kan lelaki yang macam mana? ok here it is!




1- Lelaki yang boleh menerima yang PEREMPUAN TIDAK SEMPURNA.

ok, in fact, lelaki pon tidak sempurna gak. tell me, siapa je manusia yang sempurna dekat dunia zaman sekarang ni? lelaki memang kuat memilih. perempuan pulak...dorang cakap je dorang nak yang ala2 robert pattinson, tak pon macam david becham, kalau boleh dorang nak yang macam prince charming. tapi at last.... couple dengan lelaki yang jauh beza dari list yang dorang dah buat. sebab tu kita selalu tengok "peh, perempuan tu hot...laki die... adoiii". perempuan sebenarnya, tak pikir pon la lelaki ni hensem ke tak. 


2- Lelaki yang boleh HORMATI kekurangan PEREMPUAN

kalau perempuan tu gemuk, lelaki tu takkan lekehkan kekurangan perempuan tu. lelaki tu takkan nak malukan perempuan tu dengan size badan girlfriend die cegitu. trust me, you are worst when you criticize other's natural flaws without noticing your's. 


3- Lelaki yang TAK KISAH dengan siapa PEREMPUAN pernah ber'couple dulu.

lelaki yang takkan bangkitkan "oh.. b tahu la b tak sama macam ex sayang dulu". like...wadeheeekk. memang la korang tak sama. kalau korang sama, aku takkan couple dengan kau. and please. never ever compare yourself to girl's ex ok? totally different. berbeza dari sudut positive ke negatve, tu korang tentukan sendiri.


4- Lelaki yang FAHAM perangai PEREMPUAN yang SEBENAR.

maksud kat sini, lelaki faham.. "oh..perempuan ni jenis cepat menggelabah, so she didn't mean to make those thing to happened". and " oh perempuan ni jenis yang manja". kalau dah faham perangai perempuan, why don;t u guys just go with the flow? 


5- Lelaki yang tak kisah pasal masa silam PEREMPUAN

masa silam...macam perempuan ni pernah dirogol, or didera or sedang mengalami fobia disebabkan masa lampau dia. even perempuan ni dalam keadaan cegini, lelaki kalau betol2 sayangkan perempuan tu, he would'nt leave her for whatever reason in the first place.



aku tak nak buat huraian panjang lebar. sat lagi takde sape nak baca. apa yang aku cuba nak cakapkan kat sini adalah, 

"IF A GUY REALLY WANTED YOU, HE'D ACTUALLY PUT SOME EFFORT INTO TRYING TO GET YOUR ATTENTION AND MAKE SOME SACRIFICES, HE WOULDN'T JUST TELL YOU HE WANTS YOU, HE'D SHOW YOU IN EVERY LITTLE WAY POSSIBLE THAT HE WANTS YOU."
-credit to tumblr-


so, girls? apa yang korang nak sebenarnye? guys with handsome ,fake, face...or guys with those characteristic that i've mentioned above? n guys... will you be our protector? 


ps, tepuk perut, tanya kfc ok?

Monday, May 16, 2011

jaman buta IT aku masa dekat sekola dulu2

SALAM

yahhhoooo! at last aku ade gak tumblr. dah lama aku asyik usha tumblr orang je. sekarang ni masa aku untuk ada tumblr sendiri. dulu kawan aku ade tanya aku
"weh, kau tak nak ade tumblr ke?"

dengan bongkak, angkuh, riak, takabbur nye aku jawab

"tunggu followers blog aku capai seribu"

apa? 1000? like whaaaat? SERIBU? ada haku kesah?


hahaha. kau nak korek mana 1000 tu cik nohfee oi? memang kena berkerja keras la kalau nak 1000. nak dapat 100 dulu pon, ke hulu ke hilir aku berblogwalking. ni kan pulak 1000...dengan berukband ihsan abang dengan kakak aku. tapi untuk dapatkan follower cecah beriban ni...insyaAllah akan aku dapat gak nanti.. jangan risau. 

kenapa aku nak buat tumblr? sebenarnye, kalau macam dekat blogspot ni...bila aku post je..aku teros tempek link blog aku dekat shoutmix page orang lain. la ni...untuk tumblr..aku nak biar orang sendiri yang datang tengok page aku. without knowing.."hey, she's nohfee la!" now, this is really my diary. hehe

tapi..apa2 pon, first tab yang akan aku bukak dekat laptop aku...

1- blogspot
2- facebook
3-twitter (twitter aku macam hidup segan mati tak mahu je aku tengok)
4- tumblr
5- formspring.

banyak tu tab aku bukak dalam satu masa, oh..lupa..tambah satu lagi. GOOGLE. kalau takde encik GOOGLE, macam mana aku nak cari gambar2 cantik bawak mai masuk dalam blog aku kan? hehe.

teringat aku..masa aku form 2 dulu..aku ada belajar KDP ataupon dikenali (among us) LK. bukan lukisan kejuruteraan ok! tapi Literasi Komputer. Komputer Dalam Pembelajaran. dekat sekolah lama (harian) aku, ade subjek ni. tapi terhad untuk budak2 tingkatan 1 dan 2 je.

nak dijadikan cerita, masa aku form 2, haram jadah aku tak tahu pasal komputer ni.. masa form 1, lagi laaaa... buta IT. masa form 2, tak silap aku...aku belajar macam mana nak buat BOOKMARK n HYPERLINK. aku ni pulak bagos betol. pergi duduk antara budak2 yang computer-maniac. aku duduk la tengah2..antara Zul dengan Puteri. memang meradang je la dorang ni bila time LDK. mana taknya, satu habuk pon aku tak tahu. bayangkan, aku nak bukak email sendiri pon tak tahu. nak eject pendrve dari komputer pon tak tahu. friendster aku (dulu jaman friendster) pon, kawan aku yang tolong buatkan. aku budak petaling jaya? serious NOHFEE BUDAK PEE JAY? HAHA. 
FINE.

yang aku tak boleh lupa masa aku sekolah (harian) dulu...aku selalu bertekak dengan budak2 laki kawan aku. cerita die cegini.. aku ni dulu kira kipas susah mati adam af2 tu ha.. hape? tak kenal? ok fine. die budak af masa musim kedua tu ha.. kan masa tahun 2004-2006..dok kecoh pasal fenomena af ni sume. aku la salah sorangnye. yang kawan2 laki aku ni pulak dok gila dekat mawi af3 tu. dok berbalah la aku dengan depa suma..dok backup budak af pooojaan hati masing2. bila sekarang ni aku pk2 balik.. mak aiihhh loser betol aku ni. haha

ini lah dia adam af2. phew..letih google

tapi..once in a life time. bila lagi aku nak backup mati2an untuk ADAM AF2 kn? siap aku ade pin gambar adamaf2, lepas tu tempek dekat pensil box aku. paling best, aku beli majalah manga dengan HAI (nw, terkenal sebagai majalah porn. HAHA), then kerat gambar adam af2, lekat belakang file. bila jalan, semua orang nampak. wahhhh. bangga eden! 

tapi..benda paling lawak aku rasa aku penah buat adalah.. kawan aku si Puteri ni dok sembang dengan aku..betol2 depan muka aku. aku pulak tengah minum air..die pulak sembang benda yang gila lawak..sekali tersembur betol2 dekat muka die. pehhh. terbaeeek! haha.

SMK SRI PERMATA.

serious aku rasa pengalaman aku yang paling susah untuk aku lupakan masa aku dekat sekolah SMK SRI PERMATA. kat situ la, aku kenal MY REAL FRIEND. kat situ la aku jumpa first love aku. kat situ la aku dilabelkan ADAM AF2. kat situ la the only tempat yang aku berani nak skip kelas, lepak dalam bilik cikgu displin. sayangnye, masa for 4, aku kena pindah... nomad pergi sekolah teknik dan habiskan sisa2 masa sekolah menengah aku di mrsm merbok,, kedah. huhuhu. 

ahhh... my young-teenage-time... rindu sangat2..


_thank you sudi baca my entry_
=)

Sunday, May 15, 2011

SUDOKU, thank you.

SALAM.

at last habis gak cerpen aku. tu bukan cerita benar tentang diri aku ye. harap maklum disitu. kalau ade pon, mungkin tak de ah sampai 100% sama. thanks ye pada yang baca cerpen aku. really appreciate it!

semalam aku tengok la AF buat pertama kalinya selepas dah berapa minggu AF ditayangkan... haiyoyo...apa dah jadi af ni weh? pentas kecik. sound system macam sound karoake jamban. nama je susunan muzik dari aubrey suwito. tapi...sound system...aduh~ sabo je leee. af2 jugak yang terbaeeekk. then tadi aku tengok sekejap mentor. mentor punya pentas lagi superb. apa cite af? bajet tak cukup ke?

at last, aku kena menagih simpati abang aku untuk guna berukband die gara2 pemotongan bil celcom beruk aku. haishhh. tunggu next duit ptptn aku la, baru aku boleh bayar. takpe. sabar itu separuh dari iman, nohfee.

aku penah dengar perkataan ni 

"the past lover who still contact each other...either they never like each other once upon a time or they still love each other"

tak tahu asal aku admirer gila ayat ni. haha. fuh~ at last habis jugak aku buat sudoku aku yang aku beli last year before masuk plkn tu. tahun ni baru habis. lihatlah betapa busy nye life aku sampai tergendala proses penSUDOKUan aku. mungkin sem ni, aku banyak sangat tension. tu yang sampai boleh habis satu buku. 



this is my habit. bila aku tension dan tengah mengalami masalah, aku akan cari sudoku(selain dari solat). bagi aku, aku tak boleh selesaikan masalah yang tengah aku alami, tapi for sure aku boleh selesaikan puzzle sudoku tu. disitu aku rasa satu nikmat bila boleh selesaikan satu puzzle. bila dah solve satu puzzle, addicted to another, another , another.... sampai lah habis satu buku. kadang2, menangis pon time buat sudoku sebab tak dapat buat sudoku. tapi sebenarnya, bukan tu je penyebabnya..well, actually bila aku dah rasa tak tahan, sedih sangat...aku menangis time buat sudoku. at least bila orang tengok, "oh...die ni menangis sebab tak boleh buat sudoku la ni". aku lebih prefer tanggapan tu daripada tanggapan "nohfee, are you ok?". of course i am not! dah terang2 aku menangis, then ade orang tanya cegitu. perkataan apa lagi yang boleh aku cakap melainkan "yes, aku ok". fake siot!

bila aku teringat past lover (s), aku akan buat sudoku. aku rasa ni la habit aku yang satu yang tak boleh aku tinggalkan. bila sedih je, teros bukak sudoku. gila pelik. 

even pelik cemane pon, aku tetap rasa sudoku ni banyak membantu aku. sudoku ni tolong aku untuk fikir the easiest way to solve a problem. macam mana pon, masalah kite tetap ada jalan penyelesaian. people's heart is not like a mathematical problem which provides you with only one answer. banyak cara untuk selesaikan masalah. sebab tu la ada yang kita dengar 

"aku selalu kalau nak hilangkan problem aku, aku dengar music...."

"......aku mandi"

".......aku menangis sorang2"


".....aku dengar music"


kite ade banyak pilihan dalam cara untuk selesaikan masalah kite. there's no restriction.there are multi-ways. we are the one who caused the problems, thus we are the only one who can solve for it. no one can help you. so, find ur own style to solve your problem. 


aku ade beli mcd. and aku dapat gelas Coke percuma. well, itu memang sah2 size satu tin coke. aku isi gelas tu penuh dengan air masak. rasa cepat je air tu mengalir dalam tekak aku. tapi kalau la tu air coke, sikit..sikit..minum...lepas 5 minit baru boleh habis. macam tu jugak dengan masalah kita. lagi berat problem yang kite hadapi, lagi sukar untuk kita atasi. tapi...at last kita tetap akan boleh hadapinya by hook or by crook.

woaahhh. apa yang aku cakap ni? ok aku cakap pasal problem. ini la hasil penulisan under pressure. hehe. so, apa2 hal pon apa yang aku cuba nak sampaikan adalah...find ur own trademark. use your OWN trademark to kick away your weakness'/problems. i bet you'll find ur strength from there.try to figure this out ok buddies? =)


thank you spent time baca entry aku. 

Saturday, May 14, 2011

Cerpen: Move On. #3

sambungan; Move On 
                        Move On #2


"papa nak Lean balik minggu ni"
"no papa, Lean tak boleh. minggu ni kena daftar kelas."
"i said, u must come back!"
"pa...please"
"Lean, jangan macam ni. everything depends on you, remember what did doctor told you before?"
"hurmmm"
"hari ni, u collapsed, and luckily Zana notice you. kalau lepas ni Zana tak perasan? how about that?"
"i will take care of myself. pa, dun worry ok?"
"weekend ni papa datang kampus Lean. which day u free?"
"both. ok pa, Lean nak masuk tidur"
"tukar topik.. haish..ok..take care, love"
"ok..love u papa. kirim salam dekat semua ok? assalamualaikum
"insyaAllah i will. waalaikumsalam"



1 message received.

Lean: happy birthday
Syimir: thank you. ingat ek?

duh~~ thanks to facebook la... naseb baik facebook yang tolong ingatkan. haha

Lean: a'ar..ingat.
Syimir: lean, did u received any message before your-wish-message?
Lean: yeah. why don;t we meet somewhere tomorrow?
Syimir: yeahh. sure thing! dekat mana?
Lean: dekat kedai makan bawah ok?
Syimir: ok. i'll make it.


"Leaaannn! "
"apa die?"
"Ardy accident!"
"u must be kidding me"
"no. kawan die call aku" aku kaku. apa patut aku buat? melawat die? no... kau ingat ni drama melayu ke apa. apa aku nak buat? apa aku nak buat? petang itu, basah bantal aku menangis memikirkan keadaan Ardyan. ahh,. siapa pulak yang call ni? sebok je la! whattt? Syimir? demmmm! aku lupa! ceh, nama je banyak main sudoku, tapi kau tetap dasar pelupa jugak la weh!

"hello?"
"ermm... syimir.. aku mintak maaf"
"ha? kenapa?"
"something happened, and i cannot make it today"
"oh ok then. jumpa dekat kampus. bye"

ahh..mesti die kecewa gile aku buat die macam tu. kau memang terok la Lean. lepas sorang, sorang kau sakitkan hati...dengan penyakit kau..entah berapa lama nak tahan, lagi kau nak buat hal. tahniah la Lyana Elferra.

sedang aku menuju ke kelas pada minggu pertama.. tiba2, teringatkan kisah lama aku. dekat sini la Syimir first time jumpa aku. dekat sini la tempat permulaan. sekarang ni? ada siapa perasankan aku tak kat sini? tak datangkan kesan pada orang lain pun la kalau aku lalu kat sini. ceh. tiba- tiba Syimir lalu depan aku. aku tegur, tapi die buat tak tahu. aku tegur lagi. dia masih buat tak tahu. dia marah lagi agaknya dekat aku pasal semalam.. aku cuba pegang tangan dia. tapi tak sampai. aku nampak dia pergi ke arah student perempuan yang sedang berjalan ke kelas juga. aku terdiam.

" Lean, Lean...bangun!"
"bangun la Lean..."
demmm, jangan kata aku mimpi? shoooot! aku mengigau ke? 
"Lean , kau tak apa2 ke?" aku buntu. asal pulak dengan dorang ni. tiba2 aku rasa pipi aku semacam basah. aku menangis?
" kau mimpi apa ni weh? sampai menangis?" 
"ha? er...takde pape. aku ok. ngigau je ni. thanks buddies...serius aku ok." 

lepas kejadian aku pengsan dalam bilik hari tu, Zana tak habis-habis risau kalau aku pejam mata. katanya takot aku pengsan lagi. ada2 je die ni. 

first day in new sem. semua orang dah mula menampakkan perubahan. al maklumlah, dah sem 3. yang pakai dulu pakai tudung bawal, sekarang ni dah start pakai selendang kaler warna warni. yang dulu pakai sport shoes pergi kelas, sekarang dah boleh pakai heels pergi kelas. dulu ade yang rambut lurus, sekarang dah buat ala2 curly. everything's changed! aku..? aku.. ermm..

"Lean! asal kau kering sangat ni?"
"hah? kering amendanyaa?"
"kau dah makin kurus. i mean SKINNY ok?"
"oh really? bagus la. senang nk fit dengan pakaian." malas la nak cakap dengan dia ni, aku gemuk, pon salah, aku kurus pon salah. duh. lecturer subjek Bel masuk. selang beberapa minit. 

"sorry miss, late. i lost"
ceh dah sem 3 pon sesat cari kelas lagi ke? aku angkat muka aku untuk melihat suara yang bagi alasan bodoh tadi.

"hi, my name is Lyana Elferra, i'm from Gombak, Selangor."
"ok, tell us about your interests." Miss Adrina duduk di hujung mejanya.
"er..my interests. erm..blogging, sudoku. ermm..men..?"
semua orang tergelak. Syimir tersenyum mendengar jawapan aku. demm! aku cakap salah ke? takkan la aku ade interests dekat perempuan pulak?
"ok, Lyana, men.. can you be specific on the categorization?"
"hah? errr.. i guess nothing much. i'm not searching for any prince charming, enough for those who can accept me the way i am." aku tunduk ke bawah. i mean....syimir. 
"good Lyana. u may sit. next to Lyana, please..?

1message received
Ardy: i'm ok. thank you for being by my side.
Lean: i'm sorry. tak dapat datang.
Ardy: Ardy faham. jangan risau. Ardy accident sikit je. motor yang remuk teruk.
Lean: alhamdulillah.. Ardy dah keluar dari hospital?
Ardy: dah, baru je tadi.
Lean: jaga diri elok2 taw ardy! btw, i think, we can cancel up our relationship status dekat facebook tu. 
Ardy: everything runs smoothly?
Lean: so far so good. thanks ardy. thanks a lot.
Ardy: anything for you. =)
Lean: ok, take care of yourself. hati2 bawak motor lepas ni. i gotta go.
Ardy: ok. i will. thanks. tc too..


baru je aku nak letak phone dalam beg, tiba-tiba..

1 message received.
Syimir: meet me at foodcourt, after Bel class. 


"sehat?"
"erm... "
"Zana kata kau pengsan hari tu..?
"hah? oh...tak cukup glucose. aku tak makan." mulut tempayan betol zana ni!
"oh...take care of yourself, will you?"
"of course.i will"
"Lean, what happened between us?"
aku tunduk ke bawah. kau yang patutnya jawab soalan tu Syimir..bukan aku.
"i still... need you"
aku diam.
"orang sayang awak lagi"
aku buntu. kenapa mata aku berair ni. please...jangan lah menangis depan die. please..
"can u do me a favour, syimir?"
"yes..?"
" kalau awak sayangkan orang, boleh tak awak cuba jangan contact orang, jangan jumpa orang..try buat macam tu dalam masa sehari..?
"but why?"
"saja. another test for you." aku tersenyum.
"i'll try, but i need to know the reason"
" orang bagi tahu sebab die dekat awak, the day after, ok?"
"erm...sabtu? ok. so...kite still in relationship?"
"well, it depends on ur patient"
"ok, deal."


"Lean, bangun...bapak kau datang"
  
10 minute later
[no response]

15 minutes later
[no response]

"Lean, bangun la.. familiy kau datang ni. 
Lean...? Lean??"
"aunty, uncle, boleh tak tengokkan Lean kejap? die taknak bangun" suara Zana terketar2. 


1 message received.
Syimir: sayang, i did it! we are in relationship, aren't we?"

1 message received.
Syimir: sayang...?
Lean: currently, she is on her way to funeral. recite al-fatihah for her-Zana-


Zana: hello Syimir.
Syimir: Zana, what do u mean by that?
Zana: dia dah tak de, 
Syimir: what do u mean by tak ada?
Zana: Lean dah pergi, Syimir... she's having leukemia. she has stopped responding to treatment about years ago..since die masuk sini. and, aku baru je tahu. her dad bagi tahu just now. aku tak boleh nak ikut ziarah pengkebumian die. 
Syimir: innalillahiwainnailaihirajiun..


dear love, 

congrats dear, u did it! at last! now, keep on doing that everyday. i'll be watching you out! hehe. i love you!

ps-so this is the answer for the reason u've asking before.got it? =p

lots of love, 
Lean.


dear my future husband, 

for once again, you're home alone,
tears running from your eyes,
and i'm far away from you
knowing you are all i want
but i can't do anything, 
i'm so helpless, love.

everyday, new things happened,
so used to feeling the pain
never had real love before,
and i'm so fake
couldn't lie even myself

every thing happened,
only you know the reason,
i can;t help it,
i wanna ask you,
but would that be selfish,
i am healing. 
a heart that can't feel , it's broken
your love is all i know, your love is all i know
your love is all i know, all we both knows.

yes, i've been living this way so long, 
i can differentiate the difference,
and, yeah, it;s killing me dramatically,
cause i can;t have you forever in life,
thanks for looking me,
that's for making you more clearer in my view, 

everyday new things happened, 
so, used to feeling the pain.