my medulla oblongata

Thursday, June 30, 2011

SUKA? go for it!

SALAM


status facebook aku tadi...

Mr Calculus, tonight, i do really need you to be very kind to me. please behave.
xoxo ♥


and now, aku nak reply pada status facebook aku tadi.


Mr Calculus, if and only if u have a face. =="


bapaaakkkk susah! gila punya soalan. ok2, berbalik pada tajuk entry aku kali ni...SUKA??? GO/WORK FOR IT!

pernah tak korang rasa suka dekat orang tu? in fact, tutup mata pon boleh nampak jugak bayang orang tu? *ok aku hiperbola*. tapi kita takut untuk cakap dekat orang tu.

" saya suka awak "

3 patah perkataan pon takut ka? oh yeaahhh. sebab 3 patah perkataan ni la yang akan putuskan hubungan persahabatan, 3 patah perkataan ni jugak la yang akan jatuhkan ego kita. tapi pernah tak kalau kita terfikir, 3 patah perkataan ni la yang akan menyenangkan hidup kita?

"laaa....awat dok kata lagu tu??"

sebenarnya, kalau korang luahkan perasaan korang tu pada orang tu, korang sebenarnya membantu diri korang sendiri. in what way?erm... 

contoh;


"la..asal die pandang aku pulak ni?"

" wehhh jangan la cakap kuat2! nanti die dengar, kantoi la aku!"


kita akan bersikap paranoid. segala yang ada kat sekeliling, kita pandang negatif. padahalnye, orang tu relax je.. kita yang lebih2.


 


berdasarkan pengalaman aku, aku rasa sangat la tenang bila kita dah bagi tahu yang kita suka orang tu. at least in that way, otak kita tak de la sarat nak fikir bukan2.. kalau suka, then move on, kalau tak suka...ok stop till there. jangan berani nak kedepan lagi dah. kecuali kalau dah degil sangat nak sangat kat orang tu.

kita ni takut untuk luahkan perasaan sebab kita takut untuk terima kenyataan. sama ada orang tu suka kita balik ataupon tak. untunglah pada yang cinta berbalas. yang tak berbalas..? jadi la macam cinta penjara tu. ambik la risiko sikit untuk kesenangan masa depan. kalau orang tu tak balas cinta suka korang tu, at least korang taw, tak de la sakit sangat hati tu. cuba bayangkan kalau dah 3 tahun admirer orang tu. lepas 3 tahun baru nak bagi tahu yang korang suka die,. tiba2, die cakap die tak suka korang..? agak2 nye perit tak...??






berbanding dengan lepas 3 minggu jadi secret admirer, korang bagi tahu die yang korang suka die. even kalau die tak suka korang balik pon, at least takde la sesakit, seperit macam 
peram perasaan 3 tahun tu.



c'mon! face the fact!


ada jugak yang jenis tunggu lelaki cakap dulu, baru perempuan tu akan bagi tahu. hurm.... well,. banyak gak la situasi macam ni berlaku-tunggu lelaki luahkan perasaan dulu, takut dikatakan perigi cari timba. bagi aku, kalau korang dah set kan dekat mind korang pemikiran macam ni, cheq dah tak boleh nak buat apa la... boleh la teruskan dengan ke"paranoid"an tu.

ada jugak tu, jenis yang suka main2 kan perasaan je. bila lelaki tu dah bagi hint sikit, perempuan tu pon mula la ade keberanian untuk luahkan perasaan, tapi....lepas dah luahkan perasaan, lelaki tu tak de reaksi apa2 pon. maaaannn! it's hurt ok? kaum lelaki, jangan pandai2 nak bagi harapan kalau rasa2 nye perempuan tu bukan yang terbaik untuk korang. bagi hint pada perempuan yang betul2 korang rasa betul2 nak kat dia. jangan nak main2 kan perasaan perempuan, because u'll get the "feedback" later. 

nasihat aku, kalau tak nak serabut kepala, sebok dok pkiaq 

"awek tu agak2 syok dak kat aku?"

atau pon 

"dia tu minat tak kat aku?"

baik la korang terus pergi cakap dekat orang tu. kan dah terjawab.

"eh eh nohfee ni.... cakap bukan main senang! "



well," life is really simple, but we insist on making it complicated" - confucius.


_thank you baca entry nohfee_



kalau suka boleh LIKE





Monday, June 27, 2011

Marah ke Mengajar?

SALAM


helloooooooooo world! ok hari ni aku nak straight to the point la. aku nak kata yang

AKU TAK SUKA ORANG MENGAJAR MARAH-MARAH. 
hellll nooooooooooooooo!!!


c'mon la..menuntut ilmu ni...takde sempadan. in fact, kalau orang yang paling aku benci datang kat aku soh aku ajar die calculus *example*, aku ajar je kot. aku takkan marah2. sebab.. ILMU KOOOOTTTT. tak perlu nak kedekut2. tak kurang pon seinci ilmu tu. lagi bertambah ada la. bukan sahaja pahala. tapi kefahaman diri kita sendiri pada subjek tu. 

bagi aku, kalau nak mengajar, jangan la dok marah2. ikhlas ke tidak? ouh yeaahhhhhhhhh... aku suka lecturer ECS aku. perghh! best die akan ajar sampai la kita faham satu2. tak marah pon. gua tabik la~~~

tapi, tak semua pon macam tu kan. yang paling best kalau dapat belajar dengan orang yang suka tengking2, kalau salah sikit. erkkkk... cmon la.. cmon la.. cmon la... esok lusa aku sendiri pon tak mao tanya dah kat dia. 

jangan dok jadi lagu ni noohhhh angpa suma.. kalau orang tanya soalan, sila la jawab dengan penuh baik dan tegas. bukannya tinggikan suara macam bunyi guruh,. berderau jugak la darah aku ni. 

erkkkkk apahal aku dok emosi? dokkk dookkk.. aku tak emo aiiihhh.. ni dah cukup tak emo la ni. *uwwaaaaaaaaa maaaakkkk! cheq tak suko dia maaakkk! dia dok marah cheqqqqq. 

hehe. ok la..sampai sini je la kot aku nak tulis. kalau suka , boleh la like

Thursday, June 23, 2011

Facebook~~You're the angel, You're the devil.

SALAM


wahhh. seminggu jugak la aku tak update blog ni. entah sarang binatang apa yang bersarang dektat blog aku ni. for those yang berBLOGWALKING kat page aku ni,sabaq noohhh ..cheq sedang mengalami sedikit tekanan dengan subjek2 yang cheq ambik ni. maaf lambat berkunjung ke blog angpa balik.

ok start!



kalau kita tengok, ada segelintir pasangan couple....kalau tanya

"eh macam mana korang couple ek?"

mesti depa akan jawab

"kitorang kenal dekat facebook. guess what? kitorang satu campus kot.. tapi tak pernah tahu kewujudan dia! nasib baik ada facebook"


yes. dapat gambaran disitu? facebook yang menyatukan couple ni. ada jugak tu yang kalau kita tanya apa punca break up..?

"kau tahu, pagi tadi sebelum aku pergi kelas, aku teringin la nak pergi dekat page die, nak tengok wall die, sekali tu die comment seronok gila dengan perempuan lain!!! so aku decided, mintak break up. aku tulis dekat message, post kat die"

see? break up pon melalui facebook. kadang2, facebook jugak adalah medium untuk cipta dan putus persahabatan. kenapa jadi macam ni?

c'mon .... facebook. 

"what's on your mind?"



ayat tu suruh kita tulis apa yang berada dalam minda kita.. so, kita pon tulis la segala jenis bentuk maki hamun, perli/sarcastic, tak pon post teros je kat wall die;

"kau perempuan/lelaki gampang"

erkkkkkkk. 

lain feel bila kita menulis dengan bila kita bercakap. bila kita menulis, segala perasaan takut akan dunia yang sebenar hilang, lesap. nervous semua tak ada. maki hamun la sesuka hati, lantak la orang tu terasa ke tak. tapi..bila nak bercakap,mula suara keluar jadi macam suara tikus. masing2 soksek kat belakang. takut menyuarakn pendapat secara lisan. kenapa? bukan kah kalau dah berani tulis, berani jugak la untuk berkata-kata..?

berbalik kepada "what's on your mind" tu, kita tulis perasaan yang sedang bersarang dalam kepala kita pada masa tu. tapi..cuba fikir lepas 1 jam atau sehari atau seminggu lepas tu, perasaan yang sama, sebijik, sejibik tu akan datang balik tak? mungkin masa tu rasa macam 

"ish, apa la yang aku fikirkan masa tu sampai aku buat status macam tu"

"ish, apa la yang aku fikir masa tu sampai mintak break up dekat dia"

"ish apa la yang aku fikir masa tu sampai boleh jatuh cinta dekat die yang padahal nye gambar default edit semata2"  

masa tu, baru otak kita sebok nak berfungsi menyoalkan kembali apa yang telah diluahkan oleh hati menerusi medium jari-jari yang tangkas mengetuk keyboard. orang kata, kalau ikutkan hati, makan diri. yes,aku sangat setuju.

mudahnya teknologi mempengaruhi diri kita. atau kita yang senang untuk dipengaruhi? sehinggakan PERASAAN pon dibantu oleh teknologi? 

hebat betul. tapi..tapi tapi...aku bukan nak condemn teknologi ke apa. kenapa? sebab.....disebabkan oleh teknologi macam facebook ni la kita boleh tahu siapa sebenarnya diri orang tu.

"oh...die marah kalau orang buat die macam tu"

"oh..die tengah sedih sekarang ni"

"oh, ini la perangai die.. boyfriend/girlfriend tak guna!"

dari situ kita boleh tahu activity yang dilakukan oleh orang tu. sama ada die baik ataupon tak. ada kawan aku letak status dekat facebook

"boleh nilai orang melalui fb die ke?"

jawapan aku yes. depends on for how long she/he spent her/his time on facebook compared to her/his own life.






"

Saturday, June 18, 2011

LDK ohhh LDK

SALAM


huahhhh., mengantuk nye!nasib baik la kawan aku yang kejutkan nak p LDK pagi tadi. kalau tak, kena repeat next sem la nampaknye. apa itu LDK? ok, LDK adalah Latihan Dalam Kumpulan, atau mengikut kamus NOHFEE, LDK adalah Loser Dalam Kumpulan. 

"awat nya hang kata lagu tu cheqqq oiiii"

la...ye la, sebab aku rasa masa LDK la masa kita untuk membodohkan diri. masuk2 kelas, aku kena jadi orang utan? OHMAIGOD. orang utan,. yes, funny..orang utan. ada yang jadi ayam, penguin dengan lembu, LIKEEEE>> WHAT???? LEMBU? hahaha. 

kadang2 aku rasa LDK ni memang sangatlah membuang masa. boleh tak kalau aktiviti2 tu semua diisi dengan permainan yang bukan seperti kebudak-budakan? like, cmon la... we'r 18, 19, even 20 years old. takkan masih nak main serigala musang..? well, aku selalu dengar lecturer aku cakap

"if you want me to treat you like an adult, then, do behave like one..or else, you choose."

so, right now, we chose to be like a teenager. can you provide us activities related to our stage of age-adolescence? we'r not baby.

buat penegetahuan warga BUKAN UITM, LDK perlulah kami jalani dari sem 1 ke sem 4 if i'm not mistaken.tapi, sem 4 dah start buat kerja amal *correct me if i'm wrong*


tujuan penulisan aku dekat sini, bukan lah untuk condemn aktiviti2 yang dianjurkan oleh universiti aku. tapi, at least... nak tunjukkan cara KERJASAMA pon bukan dengan cara childish.

ok la, bercerita pasal LDK, breakfast, kitorang disediakan roti gardenia coklat satu dengan mineral water, and.. people lined up..like.. whooaaa macam dapat spagethi bolognese dengan air apple celery satu set! ramai nyaaa... well, aku pon beratoq jugak. nampak sangat kami semua dah kebuloq.. roti gardenia pon gardenia la.. 
[ panjangkan?? gardenia bolognese meehhh. haha]


next, ini la salah satu aktiviti yang dilakukan yang aku rasa "ok, lawak doeee hang!! tu la padan muka, dok reka bentuk baju pelik2, kan dah susah nak buat bentuk".


actually aktiviti ni , fasi suruh reka satu bentuk baju yang simple untuk dipakaikan masa tahun 2050. *aku dok pkiaq baju kain kapan ja ni,.*hehe. so, this is the result. 

[pink kaler...my group]


then, habis. apa2 pon, bagi aku yang istimewa tentang LDK ni, adalah duit aku jimat untuk makan tengah hari, sebab dorang prepare kn lunch kitorang, itu la yang paliiinnnggg seronok sangat! *awwww

yang lain? 


"ok, aku berjaya bodohkan diri aku pada hari ini."




_thank you baca entry nohfee_

Wednesday, June 15, 2011

Karma's Only a Bitch If You ARE

SALAM


grrr~~~ tidur aku memang tak nyenyak.. sekejap2 aku bangun., gastrik aku datang menyerang lagi buat kali ke berapa entah dekat uitm. mak aiihhh rasa macam nak guling2 satu rumah ni. at last, aku gagahkan jugak diri aku bangun pada pukol 7am. *well, kelas pukul 8 kan hehe, oh ya.. subuh dulu* pergi jugak la aku ke kelas BEL. dengan batuk, selesema, gastrik segala bagai..aku rasa aircond dekat kelas aku tu macam nak bagi aku terseksa je belajar BEL. it's like BEL ok? apahal aku pasif masa BEL ni? oh no oh no~~!!!


well, perenggan kedua, kita sentuh bab 

" TREAT PEOPLE AS YOU WOULD LIKE TO BE TREATED, KARMA'S ONLY BITCH IF YOU ARE"

tak familiar dengan ayat tu? ok2,. aku bagi ayat ni pulak


" WHAT GOES AROUND COMES AROUND"

mesti semua tengah dok pikir lagu justin timberlake... ;) good one! yang itu la yang aku cuba nak sampaikan dalam entry ni.

ada dok kata, yang baik..akan dibalas baik, yang jahat akan dibalas dengan kejahatan. ada jugak dok kata "tak pa, ang tengok, esok lusa hang pulak kena. nganga hang masa tu!"

kita selalunya nak kan yang perfect sampai terlupa yang kita dulu perlu jadi perfect sebelum demand kesempurnaan. apa yang kita buat, kita akan dapat balik., well, aku pon sedang termakan dengan ayat2 kat atas tu. so, bagi aku ayat kat atas tu bukan la sekadar kata2 tapi, memang betul.

masa kita lakukan sesuatu, tak pernah fikir, what will happen to that person...lantak p la.. depa nak sedih ka, depa nak frust ka..aku kesah apa? sekali, kena dekat batang hidung sendiri..gedebuussssh! rasa la sendiri macam mana kau pernah buat dekat orang lain. 


source; tumblr

sebab tu, kita haruslah fikir sama ada setiap apa yang kita lakukan tu akan memberi kesan tak dekat orang lain, i mean, kesan yang mendalam.. kalau ya, tunggu je la balasan. kadang2 balasan yang kita dapat tu datang tang tu jugak. dok sebok kutuk anak orang lain punya result spm, sekali tu..anak sendiri punya result spm kantoi. ha..kan dah malu? 

tak pon, kalau dulu..korang tinggalkan lelaki tu, sebab korang nak pergi dekat lelaki lain. esok lusa *tak pon bila2 la*, mesti lelaki tu akan buat benda yang sama jugak dekat korang. jangan ingat kita boleh escape dari mendapat sesuatu yang telah kita lakukan pada masa dahulu pada orang lain. semua kebaikan atau kejahatan ada harganya.




korang buat baik, dapat pahala. buat jahat, takkan tak dapat apa2...? well, at least dapat la buah tangan sikit dari kejahatan yang angpa buat dulu. 

apa motifnya?

motifnya adalah supaya kita sedar yang apa kita lakukan dahulu adalah salah. sebagai pengajaran supaya kita tak akan lagi dah buat benda yang sama. kira fair and square la. hang kena, aku pon kena. kalau tak sedar sedar jugak..tak tahu la~~

jadi, pada semua..kalau kita tak nak benda tu berlaku kat kita, kita jangan dok sebok2, gatai2 nak buat benda tu dekat orang lain. bak kata orang ramai, 

"kalau tak nak involve, jangan dok cari masalah"

right? 

source; tumblr



ps, tiba2 rasa takut pulak blog ni kena hack. ohemjaiii. sebab ada blog yang da kena hack. site pon sama. aduh!


_thank you baca entry nohfee _


kalau sudi boleh like page ni

Goodbye Past #1

SALAM

this is not a CERPEN, nor a POEM. this' just a "something"
 to show how exactly i felt through these past 2 days. June 13th and 14th.





Good bye Past, 
now, i can really let go of you,
although the truth kicked me pretty hard,
but that's life.
either you like it or not,
either you want it or not,
or maybe
either you want to face it or not, 
you have to keep on moving,
or else, 
you can just go and pass through the walls of death, 
if you want happiness,
don't ever walk together with your past.
you know exactly how it feels,
i guess, the drama will stop till here,
no more lies, no more tears,
look straight towards the street over there,
lights are welcoming you to the very brightest life for your future,
dare to step forward,
leave the best for the great,
you won't feel bad about it.


xoxo,
-nohfee-





[reality is sucks]



_thank you baca entry nohfee_



kalau suka boleh like sini,

Monday, June 13, 2011

We were through. but......why am i keep on seeing you?

SALAM


AMARAN KERAS: ENTRY INI BERUNSUR PRIVASI. PADA SIAPA2 YANG TIDAK BERMINAT UNTUK MEMBACA, baca la jugak TAK PERLU LA MEMBACANYA. =)


pagi2 tadi je aku bangun, bukan disebabkan alarm clock aku berbunyi, tapi disebabkan calendar alarm aku. patut la aku nak off tak boleh2. rupanya calendar alarm. mula2 aku pandang sekali. then terbeliak mata aku nampak

june 13th - my sayang's.


[credits to tumblr]


(well, suppose to be la.. the real is "ex")

=.="
sedih pulak aku tengok. sebab tak dapat nak wish. phone number tok sah cerita la..,memang dah lupa. facebook pulak dah deleted. aduiii. macam mana nak wish? so.. aku murungkan je diri aku sebab tak dapat nak wish. marah kat diri sendiri sebab buang number dia. nak wish dekat facebook...*as stranger* well ego la pulak. haishhh.

so, the whole day aku muram..pergi kelas..? tok sah cita la...pagi2 nampak beg merah je, terus assume tu adalah dia. tadi masa nak balik dari kelas pon excited tengok sekeliling kalau2 ada beg merah lalu kat kawasan tu...but..well...memang tak ada la kan...UiTM Penang kan besar. kih kih kih..OMK. how disaster i was at that time. 

wah, ni dah macam sesi luah perasaan dah ni. well, kadang2 tak semestinya kita kena bercerita melalui mulut kepada orang lain untuk lepaskan tekanan. in fact, dengan menulis pon boleh lepaskan tekanan. bagi aku, kadang2 bila kita bercakap, kita tak sedar apa yang kita cakap. benda yang kita nak cakap...yang nak cuba sampaikan lain, tapi bila orang lain dengar lain.. tapi, bila aku menulis, aku rasa aku boleh susun ayat2 aku dulu dengan betul supaya tiada yang salah faham dengan maksud yang cuba aku sampaikan. 

[credits to tumblr]


aku rasa lagi la kan, mungkin bukan hari ni je jadi worst, kemungkinan esok jugak. 14 haribulan. setiap kali 14 haribulan, mesti aku rasa something. mesti rasa sedih. kadang2 rasa macam nak skip setiap kali 14 hb menjelma. kalau la tarikh boleh dilonjakkan. best nyewwwwwwwww!

tiba2 aku rasa aku nak skip setiap kali 26hb september. kalau la tarikh2 ni takde dalam calendar..

- JUNE 13th
- 14th every month
-SEPTEMBER 26th

how i wish. . . .  .


_thank you baca entry nohfee_


Sunday, June 12, 2011

Everything Men Should Know About Women after they've BREAK UP.

SALAM

alhamdulillah assignment research aku dah siap. well, alang2 tu, nak jugak buat survey dekat blog aku ni ha, apa pendapat korang tentang filem2 sekarang ni yang banyak sangat scenes yang streotype? dan apakah jenis stereotype nya?

"eh eh nohfee ni , die ni bukan budak engine ke? apahal dok sebok2 buat assignment pasal filem pulak?"

well, ini assignment BEL (english) aku. boleh pilih tajuk sendiri, dan aku pilih tajuk ni sebab....ermmm..sebab aku memang suka seni layar compared to engineering  suka buat survey. 

ok, back to the topic. keadaan perempuan selepas break up. Lelaki mesti akan fikir, 

"oh...lepas break up, hope everything will be back to normal"

well........ in my opinion, as a girl. i don't think so. why..? ok, aku bagi situasi2 bagi memperkukuhkan hujah aku through weeks


selepas break up, 


1st Week.
ah, aku ok. die ingat die tu siapa? boleh buat aku macam tu je? aku boleh la hidup tanpa dia. see? aku tak nangis pon!!

[ credits to tumblr]

2nd Week
eh apahal aku tak boleh dengar lagu Cinta Matiku/Dadali/Belaian Jiwa/ (lagu couple) ni? ah, sudah...kenapa dok ingat kat kisah lama aku ni? aku dengan die dulu kalau nak tengok wayang, mesti beli popcorn, aku dengan die dulu..kalau jalan2..mesti..bla bla bla bla...." lelaki handsome? argh...dia aku lagi handsome!


3rd Week
tomorrow will be our supposed-to-be-5th monthversary.dia ingat lagi tak? hope ade message dari dia. harap supaya something akan berlaku esok. arghhh


4th Week
no sms, no call, no hye from him. die betul2 dah lupa dekat aku kot. takpe la. *baru boleh accept the fact yang dah break up. 


5th Week
eh handsome la lelaki tu! pandai pulak tu.. *untuk hilangkan ingatan terhadap ex yang lama, find a new love but still remember the old one. 


6th Week and so on. . . . . .

 Guy: saya suka dekat awak
Girl: saya pon suka dekat awak
Guy: will you be my girlfriend?
Girl: saya takut.
Guy: takut? kenapa?
Girl: saya takut nak bercinta semula.

perempuan tu akan jadi fobia bila ada lelaki lain yang approach dia. takut perkara yang sama akan berulang kembali. sebab tu tengok ade ramai perempuan2 cantik. tapi dorang benci lelaki., why? maybe this could be one of the trigger. 

[credits to tumblr]

lagi menakutkan kaum perempuan apabila, lelaki janji untuk tidak akan jadi macam ex(s) perempuan tu yang lama. but end up, just the same...

so for guys, jangan la janjikan yang korang takkan jadi macam ex(s) perempuan tu. sebab one day, korang akan termakan dengan kata2 korang sendiri. 

"love by your heart, not your mouth"


_thank you baca entry nohfee_


oh, mintak jasa baik budiman dan budimanita kat luar sana yang suka entry ni, boleh la like page nohfee baru buat ni. =)

[ KLIK SINI ]

dah? ok..terima kasih. =))

Saturday, June 11, 2011

Grenade..? oh pleaseeeeee

SALAM


uh...buta IT jugak aku rupanya. berpeluh aku nak create like page. erm..actually bukannya aku nak populariti ke apa, tapi aku nak post entry blog aku senang la gak nanti..takdela nak kena post entry blog kat personal fb. kat like page sudahh. kalau sudi, boleh la ramai2 like page nohfee yg baru ni ye. hehe



ok dah klik? ok kalau dh klik, terima kasih ye. ok, back to the topic! well, entry aku kali ni, aku nak cerita pasal lagu grenade. oh yeahhh. lagu yang paling aku benci selama aku hidup ni. adui. kesian bruno mars. aku bukan benci dia, tapi aku benci lagu GRENADE ni. so, kali ni, aku nak kasi tahu kenapa aku benci sangat2 lagu ni. jom baca jom

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


easy come easy go, that's just how you live oh, take take it all but you never give.
- senang2 je cakap cinta perempuan ni easy come easy go, well, kalau perempuan tu betul2 sayang kat kau, die takkan easy come easy go. dun't worry~~~


to give me all your love is all i ever asked
-eh hello hello hello? love semua untuk kau? tak dapat la~~~ 


cause what you don;t understand
-see? bukan perempuan je yang susah nak difahami. guys pon sama...

[credits to tumblr]


throw my hand on a blade for ya, i'd jump in front of the train for ya
-haishh.. ada hati ka? try buat tengok



you know i'd do anything for ya
-nak buat anything? ok, pergi mengaji banyak2... (ni kalau orang kita bagi lagu ni kat kekasih depa)



i would go through all this pain, take a bullet straight to my brain
-kalau bullet to dah masuk dekat brain kau, tak rasa pain dah oi..kau rasa macam nak mati je



yes i would die for you babe
-oh baru cakap kat point atas ni. 



tell the devil i said "hey" when you get back to where you;re from
-i thought you were the devil..? oh salah ekk??



mad woman, bad woman that's just how you are
- sat tadi baru kata ang dok gila, bulih mati demi perempuan tu, la ni dok kata die bad pulak? oh pleaseeee



you said you loved me you're a liar cause you never ever ever did baby,
- love(d). past tense. dulu memang sayang,sekarang (kompem) dah tak sayang. cari salah kau pulak. jangan dok cari salah perempuan tu je. muhasabah sikit



but darling i'll catch a grenade for ya
-ha, ni boleh dinamakan b*d*h



yes, i would die for you baby, but you won;t do the same
-taw pon. kau asyik nak salahkan perempuan ni je dari awal lagu, sekarang kau nak cakap macam ni? memang takkan la perempuan ni nak buat benda yang sama untuk kau.


[untuk lelaki yang suka bagi lagu ni kat perempuan]
=
=
=
=
=

[credits to tumblr]

well, 1st aku dengar lagu ni, memang best music die semua, tapi bila aku hayati balik lirik lagu ni. alamaaakk memang automatically aku jadi tak suka kat lagu ni. erm, ni pendapat aku tentang lagu ni. hiperbola sangat. kalau bangsa dorang nak buat sebijik2 macam lagu ni kat kekasih die, well, aku tak kesah sangat. tapi kalau ada yang seagama dan sebangsa dengan aku yang nak buat "aktiviti2" dalam lagu ni, aku bantah gila2. tak masuk akal! 


yang budiman2 di luar sana tu, tak perlu la nak bagi lagu ni dekat budimanita2 korang tu. banyak lagi lagu sweet2..kat luar sana tu. *HAHA

last but not least, yeah... this is my Point Of View. jangan dok marah2 pulak,. kata aku takdak sense of romance langsung. aku layan je lagu Dear God-avenged sevenfold. hehehe. 

_thank you baca entry nohfee_


oh lagi sekali pada siapa2 yang tak klik lagi tu, boleh la klik kat sini balik. 


arigatou~~ =)

Thursday, June 9, 2011

Perkara yang aku wish aku boleh cakap, tapi...

SALAM


haihh~ kecik betul dunia ni. dok kenal dekat facebook, last2 jumpa kat satu kelas. satu kelas rupenye aku sem ni dengan orang tu. =.=

rightt.. letih kalau nak bercerita pasal diri sendiri. tapi itulah yang aku nak ceritakan di entry aku kali ni. lepaskan segala keletihan aku. kadang2 aku sendiri tak tahu apa sebenarnya motif blog aku. untuk share penadapat, tips, ke cerita..? yea yea... nama pon LIVE.LAUGH.LOVE. kadang2 ade love story yang aku kongsikan bersama, sekali dengan tips2. kadang2 aku cerita pasal kehidupan aku. dan kadang2 aku bercerita sesuatu untuk menghiburkan hati. 

tapi..entry aku kali ni, lain sikit dari entry aku yang sebelum2 ni. aku tak mau berkongsi tips atau pendapat, tetapi aku nak berkongsi cerita. tapi...kalau bercerita sangat pon tak best, so aku decided untuk keluarkan key point je. 


AKU LETIH. . . . 


1) Bila terpaksa turun tangga dengan wedges aku yang tak stable ni.
*right, find a new one

2) Bila bukak buku je, mata aku mula mengantuk
*woi syaitan, kau takde kerja lain ke? asek nak kacau aku je~ 



3) Bila nak rasa nikmat tidur je, alarm tone aku *grenade-bruno mars* berbunyi. 
*rasa macam nak campak je handphone sampai ke katil depan.

4)Bila pergi kelas je, nak tegur budak2 baru yang masuk kelas aku..tapi sampai sekarang tak tertegur2 lagi
*eh budak baru, kau takde mulut ke?


5) Bila jalan sorang2 dekat Laman Perdana, budak2 dok pandang macam nak telan.
*apa pandang2? aku tak de pinjam duit korang la!


6) Bila orang dok buat mimik mulut nak cakap dengan aku dari jauh, aku terpaksa pakai spek nak tengok apa yang die cuba sampaikan
*kau boleh tak datang depan mata aku, cakap depan2 aku? aku tak nampak kau la weh!


7) Bila lalu depan Foodcourt kolej je, mesti rasa macam nak menyinggah
*duit ptptn berkepuk ni wooii. haha


8) Bila pergi kelas, tengok gelagat budak2 annoying. *tangan ke bahu, mata ke atas, mulut ternganga
*whatever dude. duhhhh~~~


9) Bila pakai baju kurung kedah yang senteng dekat tangan tu, tiba2 terserempak dengan ustazah masa sem 2 dulu yang suka perli2.
*rasa macam menyesal tak masuk kelab olahragawati acara lari 4 x 400 meter


10) Bila nak pergi kelas BEL, nampak muka orang yang aku tak nak tengok.
*kau dah takde kelas lain ke nak pergi?


11) Bila kelas BEL aku berhadapan dengan kelas "kekasih silam" aku,
*OMK, kau keluar dari kelas tu sekarang!!! *berangan~


12) Bila bukak laptop, tengok bahagian pictures, masih ada gambar "kekasih silam"
* apahal gambar kau ada lagi ni? sila delete sendiri gambar kau. (alasan tak nak delete gambar2 tu)


13) Bila nampak kekasih silam flirting dengan perempuan lain
*well, me and you are so compatible once upon a time. but...you and her? what the hell is that???


14) bila nampak baju kotak2 lalu depan aku
*woiii kau pakai baju macam ni buat apa? kau beli sekali dengan kekasih silam aku ke? HAHA


15) bila nampak couple dok makan dekat foodcourt,
*eh eh korang ni takde kerja lain ke? p study sana tu, nih..pointer berapa? pointer berapa? *tiru gaya ustaz aku sat.


16) Bila tengah makan sorang2, lepas tu ada orang lain pandang aku makan
*kau nak sikit ke ? 


17) Bila tengah period mode, 
*eh, belakang baju aku ade apa2 tak? 


18) bila ptptn dah keluar,
*makkk aiiihhh....panjangnye line kat atm. =.="


19) bila tengah jalan2, tiba2 taik burung hinggap atas tudung
*woi burung, aku sunatkan gak la kau ni kangggg!


20) bila jam dah pukul 6.30 am, (kelas pukul 8)
*ah..6.45 kang la.. (lepas 15 minit), eh, kawan sebelah katil tak bangun lagi.. (30 minutes later), walawehhhh subuh akuuuu!!!! woi, sape dalam bilik air ni?!!!



so, dalam ke duapuluh duapuluh situasi ni, ada tak satu yang korangpon pernah alami n exactly macam apa yang aku rasa? ehehhe. kalau ada, tinggallah comment kat bawah ni ye.. =)


_thank you baca entry nohfee_