my medulla oblongata

Saturday, July 30, 2011

"Memilih" is NOT a Crime.

SALAM

semalam baru aku balik dari pergi construction site. 1st time pergi. tapi takde best sangat sebab aku pergi tu pon dh 80% dah siap. tapi interesting jugak la ..sebab ni first time tengok kawasan pembinaan rumah and so on. disebabkan kawan2 aku cakap kalau nak naik prebet pergi batu kawan tu, mahal gila nak mampos kena caj nanti, so kitorang decided mintak kawan aku tolong drive kan. hurm... macam aku cakapkan, aku sangatlah tak selesa naik kereta orang lain selain dari ayah, abang or kakak aku. so, aku pon diam je la sepanjang perjalanan nak ke batu kawan tu. dengar muzik untuk elakkan aku takut sangat.


then after all, masa nak balik baru aku berani sikit nak bercakap apa semua, sebab dah selesa dengan cara die bawak kereta. tengah dok sembang2 tu, tiba2 terkeluar topik pasal lelaki idaman. like..YES, LELAKI IDAMAN.

aku pon cakap la yang aku nak kalau boleh nak ada harta sendiri sebelum kahwin dan lelaki tu kena lagi tinggi dari aku kedudukan dia. then kawan aku tu cakap..

"kau ni memilih sangat la ."

aku cakap la yang aku kena ada kereta, dan rumah sendiri serta pekerjaan tetap dan ade at least master sebelum aku kahwin. well, aku sebenarnya sangat pandang tinggi dekat kakak aku, sebab die ade semua tu sebelum nak kahwin bulan 11 ni. die dah ada kereta, dah ada rumah sendiri, dah ada pekerjaan tetap, dan sedang ambil master! i'm proud of you, my sister!



kakak aku pernah cakap

"kita kena ade semua ni dulu sebelum kahwin, supaya kita ada backup kalau terjadi apa2"

bukan nak paranoid ke apa, tapi even kalau dalam sesuatu meeting ke apa...mesti akan ada pro n cont kan? bila aku dah besar macam ni, baru la aku rasa apa yang kakak aku cakap tu seriously betul. 

but then, kawan aku cakap lagi..tak elok kalau macam tu, sebab takut nanti lelaki pulak yang bergantung dekat kita. who says? bukan lelaki ade ego yang perlu dijaga ke? maruah yang perlu dijaga ke? well, aku prefer lelaki yang ade ego yang tinggi.

so, bila ada kawan lelaki aku yang protes dengan apa yang aku cakap as 

"perempuan kena ada harta sendiri sebelum kahwin"

tu aku rasa macam nak sepak laju2 dekat dorang. everybody has their own preference. kau tak nak sokong takpe, tapi jangan condemn. 

wah, kemain lagi aku nak berfalsafah dalam blog ni. bukannya apa, tapi aku rasa kita tak patut untuk condemn pilihan orang tu, beri nasihat lebih baik dari kau menghajing orang tu. tak salah bagi nasihat. 

emo betul aku ni ek. oh mungkin sebab aku bengang dengan kawan aku lagi sorang ni. aku pantang kalau orang tu mintak tolong kat aku bagai nak rak semua, lepastu, bila aku mintak tolong, he/she doesn;t have any effort to help me. at least by saying

"sorry, aku tak dapat nak tolong kau" 

would be ok, rather than u asked me to asked someone else's help. oh that's pathetic. seriously PATHETIC. well, kawan jenis macam ni aku rasa, aku akan singkirkan siap2 dari list untuk aku tolong dia suatu masa akan datang. orang selalu cakap

"biar la orang buat teruk dekat kita, kita buat je baik dengan orang tu. "

tapi, bukan itu cara aku. cara aku macam ni


TREAT PEOPLE AS YOU WOULD LIKE TO BE TREATED. KARMA'S ONLY A BITCH IF YOU ARE.

aku sentiasa pegang quote ni dalam hidup aku. ;)

#aku rasa aku dah mula "jumpa" balik diri aku. 
#oh thanks kawan .

thank you baca entry nohfee

Saturday, July 23, 2011

Kisah Aku.

SALAM


hari ni, mood aku datang balik...macam first2 mood aku buat blog dulu. lantak p la orang nak kata apa... ok kali ni, aku nak bercerita kenapa aku nak sangat kembali pada diri aku SEM 1 dulu. yes, SEM 1 DULU2...


masa aku sem 1 dulu, aku sangat la tak kisah apa yang orang nak kata pasal aku. kalau dulu, aku sangat la tak kisah pergi kelas pakai baju kurung cotton dengan sport shoes. again, i repeat, SPORT SHOES. bukan snickers ok. aku sedar ramai je yang dok kutuk aku kat belakang.. dok kata

" die ni budak petaling jaya? serious? aku ingatkan die ni duduk ceruk mana tahhh"


 tapi.. perangai aku dulu like... ADA AKU KESAH? ini dunia aku!

aku pergi kelas, jalan sorg2 pon tak kesah. kalau kelas start pukul 8pagi, 6 pagi aku dh bangun. pukol 7 aku dah siap semua nak pergi kelas dah. smpi kelas around 7.30. ade lagi 30 minit sebelum pukol 8....aku dengar lagu, sambil buat sudoku. ahhh amannya..

lepastu pulak..aku jenis yang malas nak amik tahu hal orang. oh korang nak pergi keluar jalan2? keluar la..aku tak mao p..kecuali kalau 1 class involve. mungkin sebab tu, masa aku sem1, aku tak rapat sangat2 dengan budak2 kelas aku. aku ke hulu ke hilir dengan dorang, tapi aku tak get involve dengan dorang. gila amaaannnnn~~

sem 1 aku mana ade active sangat fb2 ni semua. aku balik2 bilik je..kalau tak tidur, aku study. kira macam study tu amat penting gila. bercita2 besar nak tebus kekalahan aku masa spm. lagi best sebab masa sem 1, takde siapa2 yang minat /suka aku. so aku takde la penat nak pikir pasal masalah orang lain. hidup aku dengan best friend aku masa sekolah menengah dulu, wana. apa2 pon, aku study dengan dia. walaupon kitorang different course. dia electrical, aku civil. tapi, boleh je kalau nak study sama2. 

TAPI.....

start sem2, aku dah mula hilang fokus. aku mula main2. aku mula get involve dalam ermm.. well semua remaja pon curious about LOVE kn? so aku pon couple. aku lupa cita2 tinggi aku nak cover balik result spm aku dulu. aku lupa yang aku masuk uitm ni sebab apa...







sem 2, masa aku enjoy the whole time. aku dah mula buat perangai aku masa kat mrsm dulu. study last minute. masa final. lagi la banyak dugaan datang. masa ni la aku rasa penyesalan aku betul2 datang. salahkan semua benda yang aku dah mulakan....so apa yang aku mulakan, aku kena la akhiri. tang nak akhiri tu yang payah. tapi aku sedar. kalau aku tak akhiri...sampai bila2 pon aku akan jadi macam niiiii la jugak. takkan kemana.

during examination.......ini la masa yang paling tegang dalam hidup aku. nasib baik ade parents , keluarga dan kawan2 aku....mereka la yang paling banyak memberi aku harapan suruh study betol2. sedarkan aku kembali pada matlamat utama aku masa jejakkan kaki pertama kali ke uitm ni. thanks a lot~~ i love you so much!

masuk sem3, aku ingatkan aku boleh jadi balik macam aku masa sem1. rupa2nya tak. aku amsih dibayangi bayang2 aku masa sem2. aku tengok kawan2 aku semua dah mula kedepan..dah mula fokus. aku? aku masih dengan perangai lama aku. tiba2, semalam aku terfikir pasal diri aku sendiri. sampai bila aku kena hidup dalam dunia orang lain? sampai bila aku nak tengok SAHAJA orang lain yang mula fokus dalam study..? oh..sangat la aku tak sanggup. 




well, cuti seminggu ni buat aku betul2 berfikir tentang diri aku. muhasabah kan diri aku. apa yang aku nak dalam hidup aku. apa matlamat sebenar aku. aku dah bosan jadi aku seperti sebelum ni. 

bagi aku ruang untuk jadi kembali diri aku masa aku mula2 jejakkan kaki di uitm. aku dah bosan dengan laughless moment aku sebelum ni. worthless.

dan blog aku ni..? yes blog! the other side of me! HAHAH. aku still nohfee dalam blog ni. ok, thanks sebab baca entry aku kali ni. ini la kisah aku. kisah aku, yang aku sendiri jadi ketuanya, aku sendiri yang manage. 

motif aku buat entry ni? supaya one day, agak2 bila aku lupa daratan balik, aku boleh baca balik entry aku yang ni., so, kirenye entry aku kali ni selfish sikit la..tak pikir perasaan korang pon, sama ada korang suka ke tak.. pikir pasal aku je., HAHA, ok that's all. kbye.


ps, aku dah mula balik get involve dengan lagu2 Couple Band. yeaaahh.,. ini baru dunia aku. ignorance is a bliss. aku lebih selesa begini.

Thursday, July 21, 2011

Your Status.

SALAM

wahh setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment yang errmmm  macam mintak campak lombong tu. at last aku sempat jugak ber'tumblr. bukannya apa, once aku dah start tumblr, dah tak boleh nak berhenti. menghadap la aku screen laptop ni samapi mata pon sakit. then sambung amik spek mata, pakai sambung tumblr lagi. perghhh betapa kuatnya pengaruh tumblr ni. 

to the guys out there, here i wanna say...

Tumblr is a Dota for us, girls~ yeaaahhh!


sedang aku ber'tumblr tadi, aku ternampak pulak ade gambar pasal status relationship ni semua. #erm, apa status relationship aku ya? yes figured! awww <3

ok, aku nak share kat angpa semua la ni pasal status relationship. jom baca jom!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


1) For those who are in a relationship,
relationship ni bukan setakat "i love you", "you love me", "i miss you", "you miss me", "11", "13", "24", but it is how you face the bad times together. aku penah baca ayat ni kat mana tah , ayat tu kata lebih kurang macam ni la
"kalau couple tu bergaduh dan bergaduh dan bergaduh je selalu, tapi masih boleh ketawa di akhir pergaduhan, means couple tu adalah couple yang sesuai."
tak semestinya bila facing bad times together, solution nya ada satu ja-break up. tidaaaaakkk. ade banyak lagi solution lain. so, for those who are in a relationship, stay involve and take care of each other.

2) For those who are STILL involve with an EX,
kalau ade peluang, ketepikan ego masing2... and make a move. but if there's someone involve, move on! yeah, susah nak move on, but still...you have to..ade berjuta lagi dekat luar sana. hilang satu, datang lagi..jangan risau. u'll find the right one!

3) For those who are in a long distance relationship,
PERCAYA. itu adalah benda penting. percaya dengan relationship yang korang ada. and keep the connection! ;)



4) For those who are in "confused-stage",
HAPPINESS. cari la ...korang lebih happy macam mana. kalau happy dengan orang tu, then stick with it. tapi, kalau rasa happy single...then, just move on. remember, happiness is the answer. just do whatever makes you happy,

5) SINGLE
for those who are single, remember this
" DON'T RUSH THINGS, YOU'LL FIND IT SOON!"


aku dapat semua sumber ni dari...

http:// prinsipemo.tumblr.com


p/s; jangan buat keputusan ketika anda marah, u'll regret it, sooner or later. trust me.


cheers
;)





Wednesday, July 20, 2011

Rokok dan Flat 3A

SALAM

hai. friend, enemis, frenemies. errr. wujud tak frenemies? lantak la. oh btw, kali ni, aku bukan nak keluarkan pasal isu ye kawan2. tapi ini adalah topik yang aku nak cerita dekat korang.

pergi mid valley. yes mid valley. dah lama tak pergi sini. sebab dok busy pergi jusco seberang prai dgn sunway carnival tak pon pacific dekat penang tu. errrr. ok sambung. aku dengan kawan2 aku ni pergi ke mid dengan dipandu oleh kawan aku, akina. she's the one who drove the car! kitorang pon nak pergi amik la kawan aku sorang lagi, fatin dekat rumah die dekat puchong., dekat koi kinrara. at last kitorang terlepas simpang, terussssss je pergi ke astro. wow wow wow. baju dah meletup dah ni. macam nak p audition af. =="

nasib baik la kawan aku yang driving tu jenis yang cool. seriously cool gila. kitorang pusing2. akhirnya sampai la jugak dekat rumah si fatin ni. kitorang sampai ke mid dalam pukol 1 lebih selepas habis round2 cari tempat parking, oh goshhhh, aku nasihatkan siapa2 yang nak p mid valley tu, tak payah nak drive sangat la kannnn. naik public transport je laaa. serious nak cari parking susah. 

next, aku dengan kawan2 aku pon plan nak p tengok harry potter. as usual, filem2 blockbuster ni mesti la ramai gila peminat dia kan? so, tinggal 4 tempat kosong kat depaaaaannnn sekali. oh , memang tak la aku nak sakitkan tengkok aku semata2 nak tengok emma watson kan? oh sangat tak berbaloi.

kitorang pon tengok la cerita...Flat 3A. ok cerita melayu, pengarah baru. nak jugak tengok apa hasilnya. disebabkan kawan aku yang fatin ni dah kempunan sangat nak tengok cerita melayu, so kitorang pon masuk la pawagam , tengok cerita tu.

ok, firstly aku nak bagi taw.... at first, cerita tu sangaaaaattt la stereotype! hantu ju onn memang takkan lari dari menjadi hantu dalam filem2 seram tempatan. tak faham aku. lepas tu ade je lagi taktik lama nak terserempak dengan hantu....wave radio tu berubah2. errrm..tak nak kupas banyak2. sila ke link ini nak baca. 

tapi yang minit2 terakhir masa dekat atas bumbung tu ok la. tak pernah lagi kot ada ustaz lawan "hantu" dekat atas bumbung rumah. yang lain dari lain jugak. ini la antara filem yang aku tengok ustaz nya tak pakai WHOLE baju putih + serban.  ustaz dalam cerita ni..cool. pakai baju kaler biru, dengan kain merah. 

ini la ustaz nya. cool!


dan diakhir cerita jugak, ada twist . orang yang kita tak sangka , boleh jadi anak kepada bomoh. kira berkait la cerita ni.. boleh la pergi tengok. 

out of 10, aku bagi rate cerita ni 4 la. 4/10. 4 disebabkan ade twist character diakhir cerita. itu aku puji. dan pasal pakaian ustaz tu dan scene atas bangunan tu. yang lain.... ermmm..? biase2 la. hantu merangkak.. errr, itu part yang sangat spoil mood aku nak tengok cerita2 seram tempatan ni. hantu merangkak. c'mon la...guna idea lain la... kalau tak melekar kat dinding, mesti merangkak. haiyooooo

"hantu" filem ni.


bila bercerita pasal rokok ni,  tadi masa aku nak balik rumah, aku naik la satu lif dengan lelaki ni. makkk aiihhh, die merokok dalam lift. woi, tak nampak ke dah tertera dekat situ, no smoking? awat dok smoking jugak? ni bahasa inggeris dapat pangkat berapa masa spm dulu cheqqq? awat dok teqok sangat english tu? simple english pon tak boleh faham ka? =="

err aku ni memang pantang sikit kalau ade orang smoking duduk kat sebelah aku. lagi best kalau dok semboq asap dia. rasa macam nak suruh dia kunyah ja batang rokok tu. sighs.

apa yang best sangat rokok ni?

kalau suka entry ni, boleh LIKE 

Tuesday, July 19, 2011

to this SECRET READER,

SALAM


hai secret reader! pasal grenade pon boleh jadi isu? ok la ni, aku nak buat hang yang boleh jadi isu dlm entry aku kali ni, boleh dak? kira kira boleh la kan? ok shoot.

so here's the thing



kau ada blog tak? erm, kalau takde, buatlah satu... kesian kau tak tahu apa tu fungsi blog. 

aku pon reply la "blog aku bukan blog bapak kau". tiada kaitan dengan blog faiz tapit tu ye., tapi aku guna perkataan tu sebab yes, this is my blog. aku dah cukup tapis banyak kot apa aku tulis, 

ada jugak yang sensetep dengan lagu grenade ni ek? adui.

erm ok la bro/sis, aku bukan nak jadikan isu ke apa.. tapi itu adalah topik aku nak buat dalam blog aku. so, anda mahu baca, baca la. kalau takde...ade cross button kaler merah kat sebelah kanan screen laptop kau tu. click ja. your choice. nak klik ke tidak,. so, anda memilih untuk tidak click butang itu. dan membaca blog saya, terima kasih bro/sis. sangat menghargai kunjungan anda. ;)

next, sekali lagi aku mahu tegaskan ini bukan ISU tetapi TOPIK. sila bukak kamus dewan bahasa version brapa pon boleh untuk mengetahui maksud ISU dan TOPIK.

"BODO"
erm, ok la fine., aku tak dapat dekan. aku kurang cerdik sikit la. tapi aku tak bodoh,. terima kasih la judge aku cara macam tu.. tapi aku rasa lecturer aku pon tahu kot aku ni bodoh ke tak. awwwww ;)

eh waiiiiiiiiiittttt bukan eja bodoh supposely like this ka 
BODOH...?

la..aku ka hang yang bodoh? lulz~

jap2. seriously. not siyezly. kalau nak sebut pon, jauh beza sebutan ayat tu. perbaiki lagi noohh. 

ok la. aku nak update entry baru pulak, eh lupa

THANKs my GUEST. kalau boleh tinggalkan la nama, baru nampak berani sikit, berlindung di balik nama anonymous / Guests ni memang la berani gila. cuba berlindung di bawah nama sendiri. 

oh terima kasih jugak pada siapa2 yang baca blog ni noohh. cheers mate! ;)


lupa nak link kan. ini adalah link entry aku pasal grenade



Monday, July 18, 2011

Fresh Couple.

SALAM

ok, mood aku dah tenang selepas buat entry yang ini. akhirnya aku selamat sampai ke tanah tumpah lahirnya aku, petaling jaya jam 5.45 pm. oh  waiiitttt. aku bertolak pukol 12 ok? dan sampai ke petaling jaya dalam masa nk dekat 6 jam? bapaaaakkk ah. berbaloi la aku naik bas SHAMISHA. SHAMISHA, esok lusa kau tak payah la jual tiket kat aku. pandang sebelah mata pon aku tak hengen! ade pulak berhenti kemain banyak stesen dia. lepas tu senang2 ja nak suh penumpang naik bas lain. kepala hotak dia. aku dulu pon penah kena. sedih betol. dah la masa tu aku budak sekolah lagi. bodoh2 la aku pergi naik bas rapid. dem! aku benci kau shamisha!

ok sambung cte.

nak dijadikan cerita...aku pon duduk la dibelakang seat sepasang couple yang suwit lagi muwit ni. aku dengan kawan aku, peja ni mula2 buat bodoh je la..tengok yang laki ni lentok2 kepala dekat bahu perempuan tu. then, peja tidur. aku still stalking couple depan ni. amboiii. mak nam betol aku ni. bukannya apa..curiosity aku ni meninggi pulak tengok dorang.


weh agak2 la nak bermesra pon tak perlu kot dalam bas. ni mesti fresh couple? fresh couple ni  couple yang baru sebulan dua. darah masing2 masih panas. semua yang haram jadi halal.

masa ni la, masa yang paling kita kena hati2. masa ni la nak berindu2 sakan. padahal nye 1 universiti. keluar kelas, kelas couple dekat depan., tiap2 hari jumpa. tapi malam2, mesej

"i miss you."

ermm.. apakah..? 

kenapa? sebab darah kita masa tu tengah panas lagi. sayang tahap rasa macam nak bawak bini/laki je malam tu. tak pkiaq apa dah. 

asyik2 dalam mesej atau call, mesti akan ada punya perkataan "i miss you" ataupon "i love you". paling best kalau dah bincang teros nama anak~ wow wow

kalau yang sweet lagi. ada la lambang cinta mereka. ade couple song. masa tu la, dok dengaq lagu jenis2 cegini

CINTA MATIKU-6ixth sense
PAWANA-6ixth sense
PEMILIK HATI-6ixth sense.
DADALI *ak tak sure tajuk nama apa tah

sungguh sweet! fresh couple jugak akan mula la pergi beli cincin couple. ukir nama dekat cincin tu. untuk nampak lebih sweet. 

tapi..lepas dah 3 bulan, 4 bulan couple. nak masuk setahun jagung. ade nye nak macam tu lagi dah? oh no.. mesti suam2 kuku je. mula2 couple je yang akan selalu 24 jam mesej, 24 jam call. tapi dah lama2 nanti... akan hilang macam tu je.



sebenarnye dalam couple2 ni kan. pada pendapat aku, tak perlulah kita nak bagi gedebukkkk sebijik aku bagi kat kau kasih sayang aku. ambik byk2. lepas tu dah lama2 dah tak macam tu dah, apa yang penting dalam couple ni adalah consistency, sama jugak macam solat. bukannya 2 3 hari je kita solat, berzikir, baca mathurat, yassin, al quran...lepas dah 3 hari, dah tak buat semua tu..? mana pergi consistency?

dalam hal couple ni, yang penting adalah consistency. kalau tunjukkan kasih sayang kau sikit2 pon takapa.janji consistent. bukan bagi kasih sayang gedebuuukk sebijik..lepas dah lama2 teros jadi bosan. kenapa bosan? ye la, sebab segala jenis aktiviti yang couple lain buat,semua kita dah buat, sebab tu bosan.

so, pada sesiapa yang baru couple tu...fikir 2, 3, 4, 5, 6 kali sebelum decide nak buat sesuatu. memang la akan nampak sweet,

 "oh die tidur atas bahu couple die dalam bus...aww sweet! "

"wahh bf die cium dekat dahi dia. awww sweetnya! "

"wahh dorang minum, share straw! aww sweet nye!"

"wahh dorang main suap2. aww sweet nya!"

stop thinking that way, please..??? kalau kau buat benda2 tu sekarang, bila dah kawin, kau nak buat apa? buat bodo? bosannnn je memanjang. 

ok la, sampai sini je entry aku kali ni, tengok cerita 321 cinta ni best jugak. berani gila sam tu luahkan perasaan. wow wow~~

kalau suka boleh LIKE

Sunday, July 17, 2011

stop inviting us, u fake!

SALAM

wahh dah nak masuk seminggu aku tak update blog.. al maklumla.. pelajar terpuji, mesti la study selalu *oh maannn dean pn x dpt. haha* whatever feera, whatever..

ok, actually pos aku kali ni multireason. nak anggap apa pon, anggap lah.

AMARAN KERAS; entry ini bersifat peribadi., sekiranya anda tidak mampu untuk mambacanya, sila tekan cross merah disebelah kanan pc/laptop anda. sekian terima kasih.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

apa ? tak nak tekan? ok fine~~ baca la.... hehe 

susah tak nak lupakan kisah lama? for sure not. yes this is rhetorical question, aku tanya aku jawab. sama jugak dengan kisah aku ni. 

2 tahun aku berada di suatu tempat yang banyak sangat tinggalkan kenangan paling aku tak suka. but why must be that place? yes,. sebab manusia yang menghinap dalam kawasan tu menyebabkan aku telah menoktahhitamkan kawasan tu dalam list tempat aku nak ziarah bila aku dah besar nanti. 


aku ingatkan kisah tu berhenti sampai disitu sahaja, tepat 8 disember. aku ingat kisah tu akan berada dititik noktah disitu sahaja. tapi..... 

"kalau dorang datang,aku nak boo dorang"


er... masih katak dibawah tempurung lagi mereka rupanya, aku ingatkan segalanya dah berubah. perjumpaan kembali yang telah diaturkan dibalas dengan caci maki aku dan rakan2 aku. kenapa? disebabkan luka lama yang telah berdarah kembali.

manusia yang paling aku hormati satu masa dahulu tiba2 menjadi manusia yang paling aku benci pada saat ini. kenapa? kenapa perlu ungkit kisah lama? tidak perlu membandingkan "mereka", dan "mereka" dengan kami. dari perspektif aku...oh itu sangat la kejam.

"disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga"

ayat tu sentiasa berlegar dalam fikiran aku. kalau hanya "kau" sahaja yang baik. tidak akan terserlah kebaikan "kau" sekiranya sahabat2 kau masih serong pemikirannya. aku hormati, sanjungi cara "kau". namun bukan cara kau mengendalikan sahabat2 kau.


dihentam, dicaci, dipandang sinis. YES AKU KESAH! besar sangat perkataan SENIOR dalam konteks kamus hidup anda. perhalusi lagi erti perkataan itu.

kau jemput, kau tak jemput....aku dah tak kesah. terima kasih menjemput, tapi awasi la rakan2 kau. boleh kau atasi mereka? sekiranya boleh, akan ku jejak kembali "tempat" tu pada tarikh itu. tapi....

aku bukan jenis manusia yang pergi ke suatu tempat tu semata2 untuk membiarkan diri aku dan sahabat2 aku dicemuh. jauh sekali dihina. yes, aku sedang condemn kamu semua!

source tumblr


atau..sebenarnya sahabat2 handai kau itu hanya bermain mulut sahaja? tiada simpan niat di hati? kalau begitu jawabnya, nahh ini jawapan aku

"terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata....hang boleh blah!"

ok, setakat ini sahaja post aku. oh kalau ada yang terasa, aku tak mao kata sorry. ok bye, 




Monday, July 11, 2011

Futsal! futsal!

SALAM

jyeeaaahhh. at last satu kelas aku semalam ramai2 berkumpul p main futsal dekat futsal mak mandin *ini la kot nama tempatnya*

bangun pagi2. macam biase la.. tak de la pagi sangat aku dengan kawan aku bangun semalam. dalam pukol 8 suku kitorang bangun, siap2 nak p main futsal. dan teka la aku dengan kawan2 aku ni semua pakai baju apa? yeaaahhh betol tu! aku dengan kawan2 aku pakai baju macam nak p mid valley, one utama, klcc, jaya jusco seberang perai la. cmon feera, kau kat penang, bukan dekat kl. 

ini kira macam family day untuk kelas aku la. disebabkan ade la beberapa orang kawan aku yang dah pindah kelas, so...motif utama adalah untuk jumpa balik kawan2 yang dah pindah kelas dan kenal dengan lebih "rapat" dengan kawan2 baru yang baru masuk kelas kitorang. 

"rapat" hang la feera oi! depa tu ada awek dah semua. 

betui ka?? ok fine. 

oh kenalkan..ini la kawan aku, Faizul yang paling suka tiru gaya aku senyum. errrkkkk. 

budak2 lelaki kelas aku datang mai amik kitorang dekat kolej *budak laki mostly duduk luar dan bawak kenderaan sendiri*, dan ramai2 pergi dekat tempat futsal tu. masuk masuk je kereta, aku dah baca bismillah dah.. bukannya apa.. tapi.. err,, aku hanya percayakan 3 orang je dalam hidup aku kalau nak naik kereta..which is bapak aku, abang aku dengan kakak aku. in fact aku bawak kereta sendiri pon aku tak percaya kat diri aku sendiri.

waittt feera? sejak bila kau reti bawak kereta? lesen motor pon tak ade lagi!

ok fine.

lepas dah bayar court, kitorang tunggu giliran. after budak laki main, kitorang pulak main. makkkk aiiihhh.. psaipa depa dok p tengok kitorang main, ni yang aku nak pengsan ni. angpa kalau tak tengok kami main bulih dak? sebab....... 

dulu, aku dengan jiran2 kawasan rumah aku ni dulu, waktu kecik2 suka main bola sepak. setiap kali main bola sepak je, mesti aku akan lari, dan bila aku lari je, mesti jatuh sebab terpijak bola ataupon nak berebut bola.



dan benda yang aku nak jauhi tu la yang terjadi, akhirnya bontot aku menyondol juga ke tanah. gedebuuuukkk! masa tu tak pkiaq sakit dah. dok pkiaq, ramai tak yang nampak aku? tiba2 aku dengar kawan2 lelaki aku dok sebok gelak dan buat pertanyaan stereotype

"eh, dia ni ok tak?"


"maaaaaakkkk cheqqq malu!! awat dok jatuh depan depa! ohmaigooddd"

eh feera, kau memang bukan selalu jatuh depan orang ka?

==" yeah yeahhh

sempat posing walaupon penat lari . ulang balik semula BERLARI, bukan nye tendang bola. hahah

lepas dah penat main 1 game *baru 1 game je* terus kitorang melantak spagethi dengan mihun yang kawan2 aku bawak. wowww! dah boleh jadi menantu dah dorang ni. 

lepas dah main futsal punya la lama ... kitorang satu kelas pon gerak pergi makan dekat Gelas Besar. well, at first..aku tengok apa yang besar nye kan kedai ni. rupe2nye gelas die seriously BESAR. dan harga segelas RM1-RM1.20 je. wow wow. jom ramai2 p makan dekat Gelas Besar depan Politeknik seberang prai ni. oh lupa nak bagi tahu. apahal la dalam kereta kawan aku tu, dok pasang lagu cintan cintun ni. ini yang aku lemah ni...dok ingat kisah silam, nasib baik tak kluaq lagu Cinta Matiku, kalau tak Mati aku nak dengar lagu tu! thank God, depa tukaq stesen radio. traxx fm pon traxx fm la... afiq oi.. 


berlepak ramai2. yeaahhh kelas D., huihh assabiyah betui. oh hye budak civil. ;)

lepas dah buat kecoh, makan dan minum dan lepak, aku dan kawan2 aku dihantar pulang oleh mereka. seriously korang baik woiiii. duit minyak tak yah bayar. thanks a lot guys!

then tadi.......kelas pukol 8 am.


"feera bangun feera! dah pukul 7.30!" kawan aku kejut aku.

"whaaaaatt?? weh kau mandi dulu, aku gosok baju...auchhhh!!! weh peha aku wehh! "

"peha aku pon sama jugak feera"

well, masa ni la baru teringat..oh semalam before main futsal, kitorang tak buat regangan pon. errm tapi kalau buat regangan pon sure akan sakit jugak.al maklumlah, budak2 yang jarang beriadah ni, muscle kami memang manja sikit.

kitorang pon pergi la kelas. la... rupe2 nye semua budak perempuan pon sakit kaki jugak ke? wahh, memang bertuah betul. budak laki buat relax je. al maklumlah tiap2 hari practice futsal. =="

woi! next family day aku tak nak main futsal dah! aku nak pergi berkelah! SEDIM jom? ;)

overall, aku dah mula rasa something dengan budak2 kelas aku. bukan rasa love eiw eiw tu ke hape.. tapi aku rasa sayang gila dekat depa semua. sebab entah..aku rasa aku rapat sangat dengan dorang. dan, next sem aku masuk kelas D lagi ye.. ;)

betapa ramai nya bdak kelas aku, bawak satu kampung .


classmate perempuan .. 




classmate. oh yea, aku lagi tinggi dari budak laki tu kan? oh well, i knew it. ;)

ok. itu saja entry aku kali ni. thank you baca entry nohfee.

kalau suka, boleh LIKE


Sunday, July 10, 2011

Penunggu.

SALAM


Pernah tak korang baca buku, then tiba2 terus tertidur? *ok fine memang pernah la kan* tapi bukan itu yang menjadi persoalan kritikalnya. Persoalan disini adalah, betul ke orang kata, kalau kita dah baca buku, boleh la tidur...nanti otak senang nak ingat. Hurmmmm.. aku dengan penuh rasa curiosity nya, pergi la try buat cam tu tadi. Lepas dah habis study pasal ECM.. *oh ecm tu adalah pelajaran yang mengkaji jenis cement, concrete, sand, gravels dan banyak lagi!*, aku pon tidur. Plan nak try la kan.

Masuk2 je dalam dewan test tu, 1st soalan aku tengok

“another test for water besides compressive test is ..............” #lebih kurang cegini la soklannya

Makkk aihh.. ni aku tadi baca sebelum tidur. Walawehhh pebenda ni wehh. Aku ingat gambar die. Tapi aku lupa nama test tu. Macam mana ni? So, aku pon dengan jayanya melukis la gambar dekat soalan tu. Well, experiment aku tak menjadi. Dan kata2 yang cakap lepas study boleh tidur bagi die lekat kat otak tu SERIOUSLY MENIPU. Sebab aku banyak tak ingat apa yang aku study, padahalnya, sebelum aku tidur, aku boleh je explain everything. Demmmmm

ok sudah bercerita pasal test.

ohmaigod.... he's reading my blog. eh...hye ex! thanks for reading my blog. welcome to my blog! dun worry, i'm not talking bad about you. just... well. hurmmm.. a lil bit maybe..? ;)


penunggu. well, ini bukan aku nak bercerita pasal filem Penunggu Istana yang tah pape tu. tapi, hari ni aku nak bercerita pasal Love. sanggup tunggu orang yang korang sayang..like.... for the rest of your life? #for the rest of my life-maher zain. ok, akan ada yang jawab

"of course i am! he's/she's my first love! how can i forget my first love"


sayang tak bermakna love instant. dan love instant kadang2 bermakna sayang. get what i mean? ok macam ni la.. cinta segera macam mee maggi tu kadang2 takkan melahirkan rasa sayang, tapi, kadang2 instant love tu jugak la yang akan melahirkan rasa sayang, yang akan buat korang rasa nak tunggu dia, tunggu dia dan tunggu dia..

"eh hey! kau tak de orang lain ke nak tunggu? kenapa mesti dia?"

well, mungkin dia telah memberi impak yang sangat besar dalam hidup korang. waiting sometimes isn't worth that way. we need to move on. tak salah menunggu, tapi 

sanggup kau tunggu dia walaupon ada yang lagi perfect menanti?

sanggup kau tunggu dia walaupon kau terpaksa tahan cakap kawan2 kau yang benci apa yang dia dah buat kat kau?

sanggup kau tunggu walaupon dia reject kau berpuluh kali?

sanggup kau tunggu walaupon dia bukan jodoh kau?


kadang2 jugak, bila kita tunggu orang tu, kita sebenarnya tutup kedua2 belah mata kita pada orang lain. lagi rapat mata kita ditutup, lagi susah untuk melihat dunia sekeliling. semakin susah melihat dunia sekeliling, makin terkunci minda kita pada seseorang yang belum tentu boleh jadi milik kita. bila kita bukak mata, kita harapkan orang tu akan ada untuk memimpin kita yang sudah lama ketinggalan tentang peredaran dunia sekeliling, namun bila buka mata, hampa. tiada siapa2 yang sudi menghulurkan tangan. -sastera aku sangat sucks, sebab tu aku dapat course engineering-


berbaloi ka menunggu?

pada pendapat aku, ianya sangat la tidak berbaloi. ada yang lebih perfect menanti. orang kata 

" you need to find a new lover, in case to forget the old one"

seriously ayat ni boleh guna pakai 70%. sebab? figure it by yourselves. then u'll know how does it feels.

yes. kadang2 memang menunggu ni berbaloi. macam cerita dekat cekerarama tu. menunggu seribu tahun, at last dapat jugakkk.. but waaaaaaiiittt! itu DRAMA ok. stop wasting your time on people who doesn't know how to appreciate it.



move forward. didik hati supaya tidak mudah terjatuh dalam gaung2 yang tak sepatutnya. go and find for the other one. jangan biarkan korang menunggu kisah silam korang,. you can;t  put your arms around a memory. go n get your life! wake up. don't look back. if you want happiness, never ever walk together with your past,. by then, u'll find your happiness. 


last but not least, 
never ever regret for what have you said before, because once it's blurted out, then that's it. you may fix it according to  your own way, but that will never remain the same. it leaves scars. 

"well, i can use my own cream ok! ada krim untuk hilangkan parut"

oh goshhhh. nampak sangat nak tunggu sangat dia tu. fine. kalau ada gak yang berfikiran macam ni, well, make it worth ok? ;)





Tuesday, July 5, 2011

Instant Love

SALAM


huaaaaa. mengantuk! disebabkan nightmare, aku dipaksa bangun, dan tidak dibenarkan tidur lagi dah oleh sepasang mata aku. oh demmm. nasib baik kelas esok pukul 11. and now, pukol 5.30am. thank God. terserempak terpandangkan someone whom i was very in love to tadi, masa buat test programming, membuatkan aku rasa macam nak update entry about this. oh...bukan pasal cerita aku couple dulu, tapi tentang INSTANT LOVE.

bila bercerita pasal Cinta je.mesti akan ada kata

"Cinta? aku dah bosan la wehh, cerita lain ada dak?"

"Cinta? oh... masa aku sem 2 dulu je la aku couple, then aku broke up."

bila ada cinta, mesti ada kes break up. so, memang dah jadi macam isi dengan kuku la CINTA dan BREAK UP ni. ramai yang sebenarnya confused tentang diri sendiri. kita kadang2 mencari cinta semasa kita sunyi, bukannya ketika kita sudah bersedia. atau dengan bahasa omputeh nye

"FIND LOVE WHEN YOU'RE READY, NOT WHEN YOU'RE LONELY"

instant love. itu la yang nak aku bincangkan untuk entry aku kali ni. sem 1 dulu, couple dengan orang lain, sem 2 dengan orang lain, sem 3 orang lain, dan begitu la seterusnya. kenapa jadi macam ni? tanya balik pada hati? 

"aku sebenarnya dah bersedia ataupon tak nak bercinta?"

source; tumblr

well, kalau untuk lelaki....kalau korang agak-agaknye belum bersedia nak layan kerenah perempuan yang kuat merajuk, ataupon dengan mood perempuan yang swing2 tu, then do no court one! hanya yang betul2 dah bersedia sahaja yang boleh teruskan niat korang untuk ber'couple. kenapa aku cakap macam ni? untuk pengetahuan lelaki..perempuan akan menjadi totally different when they really make themselves immersed in serious relationship. contohnya? sebelum couple, oh...suka la kita tengok perempuan ni, dia sangat la independent! easy out going, happy go lucky! kira macam boleh satu kepala je. tapi, bila dah couple, asal pulak perempuan ni manja gila? mengada2 pulak. kalau dulu, jatuh boleh bangun sendiri, tapi time dah couple, dah jatuh, tak boleh bangun sendiri dah. kena jugak suruh orang papah.





erm, agaknye kenapa benda ni berlaku? benda ni berlaku disebabkan perempuan dah biasa dengan keselesaan yang diberikan. i mean, lelaki tu manjakan sangat perempuan like....

"sayang demam? dah makan ubat belom? pergi la makan..."

kalau sebelum couple, takde nye orang nak pujuk macam tu. kau nak makan ubat, makan la, tak nak makan ubat, kau jugak yang susah. well... university life. tapi lepas couple, everything's changed. semuanya pampered. jangan salahkan perempuan.this is who we are. tapi, jangan sesekali buat perempuan kecewa, sebab once dah kecewa, perempuan akan jadi sangat tabah dan kuat berbanding dari sebelum die couple. jangan tanya kenapa perempuan tu sanggup buat macam2..untuk lupakan lelaki tu. ini disebabkan oleh diri perempuan tu sendiri yang mula immune dengan situasi like-break up.

ok2, berbalik pada tajuk-instant love. kebanyakannya daripada kita harapkan cinta yang kita dapat masa sekarang ni, "kononnya" akan kekal sampai la jinjang pelamin, tapi, tak sangka after 3 months, 4 months, 5 months couple, teros break up? why? macam aku cakap kan ddekat atas tadi., disebabkan diri kita., tanya balik, sama ada sebenarnya kita dah sedia ataupon tak untuk involve dlm love-matter ni semua.

sebab tu la, remaja sekarang ni mostly akan sambut monthnivessary compared to anniversary. kenapa? sebab kebanyakan couple hanya mampu bertahan beberapa bulan berbanding tahun, takut tak sempat nak sambut 1st anniversary, 1st monthnivessary pon jadi la. hehe.





again, for girls pulak, kalau dah bersedia untuk terima perangai lelaki. then u may continue ur dreams to give your heart to him, if NO, then DON'T! well kalau untuk perempuan pulak, kalau korang masih tak bersedia nak hadapi yang lelaki tu akan lebih pentingkan game dari keluar dating, ataupon lebih pentingkan kawan2 dari girlfriend sendiri, ataupon tak boleh nak hadapi kalau nampak lelaki tu mesra sikit je dengan kawan2 perempuan dia, then don;t court one! u should prepared yourselves with those possibilities. tak banyak yang aku tahu pasal lelaki sangat, tapi apa yang aku tahu, DON;T FORCE THEM. bagi perempuan, jangan asek nak ikut rentak sendiri je. sometimes, consideration is the most important part need to be considered.

GIRLS FACT #1
-perempuan akan nampak cool bila berjumpa dengan ex(s) nya depan mata. tapi, percayalah, selagi perempuan tu tak GET OVER their ex(s), surely they will think of you before they go to sleep on that night.

GIRLS FACT #2
- girls move on from you when she realizes, you treating her like shit.

GIRLS FACT #3
-girls will do ANYTHING like; stay up all night long just because she want to talk with you on the phone or giving you something precious to her;  JUST for a guy whom they really love(d).

ok la, cukup la sampai sini je kot entry aku kali ni. so, for guys and girls out there, think twice before you want to start the relationship. either you want the instant love-like-typed, or eternal love-like-typed. 


so, dah bersedia? kalau dah bersedia.. yes YOU MAY SAY THIS WORD OUT LOUD!!!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=