my medulla oblongata

Saturday, August 27, 2011

DALAM BANYAK2 TEMPAT, KENAPA LUTUT?

SALAM

terkedu kejap aku bila tengok video wardina safiyyah. macam mana die berubah dari zaman kejahilan sampai ke sekarang. lepas baca dari entry cik epal pasal video ni, well memang betul. 

we are what we eat

and

we are what we read.


bila aku fikir2 balik, yes...kadang2 buku2 yang aku baca #english novel etc, macam bagi satu impak pada aku untuk cuba buat macam apa yang ditulis dalam buku tu. apatah lagi, aku ni jenis yang high curiosity. 

walaubagaimanapun la kan... aku tetap jugak nak meluahkan rasa betapa bencinya aku pada seorang/duaorang/tigaorang penduduk di kawasan rumah aku ni., why?? 

ok here's the story. 

semalam, aku baru balik rumah. dan sangat mengagumkan tiba2 nak naik lift, tengok dalam lift tu dah lawa dan sudah dicat baru. seriously rasa happy tengok lift dah bercat dan lawa. but then...masa nak bukak puasa tadi, bapak aku cakap

"ade orang kikis tulis nama apa tah dekat dinding lift tu"

what??????

woi !@#$%^&*, kau ni apahal ha manusia? kenapa dalam banyak2 tempat kau nak kikis dinding lift tu jugak? apasal? bulu ketiak kau dah habis kikis ke sampai  dinding lift pon kau nak kikis? serious aku cakap, kau BODOH.

otak kita tak sama dengan otak lembu, kita dikurniakan akal. tapi kalau perangai kau dah macam ni..ish2.. mengalahkan otak lembu la nampaknya. oh waittt..bukan dalam bulan puasa ni kau ni bukan kena ikat ke?? a BIG BIG SIGHSSSS

lagi satu jenis yang aku tak boleh terima bila merokok. kau ingat cool ke merokok lepas tu sembur2 dekat orang? cool kepala HO HO HORLICKS kauuuu! kalau kau nak mati, boleh mati sorang2. jangan nak ajak2 aku. oh wait,... bukan merokok tu haram dalam ISLAM ke? ke kau pon sejenis dengan yang kena ikat masa bulan puasa tu? tengok, orang merokok yang tak cari gaduh dengan aku pon dah kena sekali. semua disebabkan kau la ni. ish!

seterusnya. mindset. kita selalu cakap
"Don't Judge The Book By It's Cover". 


yes, it is true. kita tak boleh judge sesuatu atau sesorang tu dengan hanya tengok luaran je. betul tu, tapi kadang2 manusia ni suka sangat salah gunakan konsep "quotes" itu sendiri. bila nampak orang tu dah sah2 penagih dadah...nak mintak sedekah. takkan tu pon nak masih lagi nak cakap don;t judge the book by its cover? cmon la... takkan la sampai bila dah kena penyepak sedas baru taw bila masa nak gunakan quotes yang satu ni? oh cmon....

next aku nak cakap pasal merotan. seriously bosan gila kalau nak cakap merotan dalam kalangan budak2 sekolah. teachers out there, students nowadays are genuinely different compared to students during your time. rotan2 ni dah tak makan saman. bila buat salah sikit, rotan pungkok la..rotan tangan la, sepak muka la. kalau sesuai dengan kesalahan takpe jugak. ini kesalahan kecik, tapi rotan bagai nak rak. macam la dulu2 masa dekat sekolah tak pernah buat?? i'm not trying to be rude. but please. fikirlah dulu sebelum buat.

itu je la kot yang aku nak tulis. but seriously aku anti gila dekat orang yang buat vandalisme dekat lift aku tu..likeeee LIFT AKU ok? kau kikis lift aku? pergi kikis bulu hidung ke bulu kaki kau tu dulu sebelum nak kikis dinding lift. 

Friday, August 26, 2011

Zaman Myspace dolu dolu..

SALAM

lepas sudah speaking test aku, ecs test, dan quiz math. ok it's time for HOLIDAAAYYY YEAYY!

#wait, u have loads of assignments. lecturer tak nak kasi raya la ni. fine. test berderet lepas habis raya. nampaknye, raya ni, orang bukak ketupat, aku bukak buku. hmm, nice one!

ok berbalik pada topic aku. Zaman Myspace dulu-dulu la kan.. hurm... jap aku nak gelak HAHAHAHAHAHAHA

seriously LOL

bodohbetul:

memories ..
memories..memories..

kenapa? kalau sekarang ni, kemain aku tak suka tengok orang tulis ceginiw tah papew jew akuw rasew. macam org takdew lyfe. tapi bila aku bukak balik myspace aku..well, kat myspace dulu kan, kita boleh tulis blog kan? aku mengeja.. aduh~ malu aku. 

aku jadi AQ.
life jadi LYFE
dengan jadi NGUN
this jadi DIZ
kitorang jadi KITORUNK
gila jadi GYLEWR #ni aku tak boleh terima. gelak pecah perut aku baca. hahah. 
lagi jadi AGY #agi hidup agi ngelaban yyeeaaahh! LOL
tak boleh jadi X LEYH.
time jadi tyme.

huhu, thank God yang lain2 aku campor kan english dengan bm. kalau semua bm aku tulis, agak2 rosak ejaan bahasa melayu aku. lingkup...lingkup. LOL


teringat lagi masa zaman myspace. semua orang dok sebok la letak lagu feberet masing2 dekat profile. kalau yang lagu macam slow2 takpe, ni kalau lagu syiok sendiri yang dok bingit telinga tu..memang la..aku close awal2. #sama jugak macam blog. 

then, waktu tangkap gambar. yes! masa ni la masa paling popular perempuan2 untuk tangkap gambar mulut muncung 80 degree angel. takpon tangkap dari atas. takpon tangkap dari tepi, tak pon kembungkan sikit mulut, besarkan mata. well.,.yea yea.. aku pon buat cegitu jugak. and seriously BIG BIG LOL. 

another thing pasal myspace ni dulu2.. kalau orang dah comment gambar kita, mesti kita pon KENA comment gambar die jugak #WTFLMAO. lepastu, comment2 yang dapat pulak lebih kurang cegini

comey...
cun..
nice pic!
awak tomey sgt2
lawa background
santek ah awakkk.. 





seriously LOLOLOLOLOLOLOLOOLOLO

dan bukan trend masa tu untuk kita reply comment satu2 kat gambar tu. kalau facebook ni..setiap comment kat photo ke status ke..satu2 aku reply. kecuali kalau takde apa2 nak cakap..aku like je la kot. tapi seriously Myspace sangat berbeza. #nampak sangat pengguna myspace tak ikhlas nak comment gambar orang tu,. semata2 nak kan orang lain comment gambar die., so that die boleh dpt dalam 200++ comment just for a seriously TAH APA APA picture. 

nama? tok sah cakap la.. ade yang apiz hardstyle la.. aQ MaChO la.. tah apa2. nasib baiklah masa tu facebook hanya akan menerima nama betul. first nama aku kt facebook adalah nama penuh aku. then bila facebook dah jadi popular... start la semua orang dengan nama pelik2 macam dekat myspace dolu2.. =="

then kena ade top friends. masa tu la...kita kena pilih nak letak top friends yang mana satu dekat palingggg top sekali. kang kalau tak letak dekat  top 5, ade yang merajuk pulak.

hide comments? jangan risau..ada taktik untuk baca comments kau kalau kau hide macam mana sekalipon. so, kerja stalking ni sebenarnye sudah dipupuk sejak di zaman myspace lagi ye. haha

pernah sekali tu, aku dengan kawan aku ni  pergi buat satu myspace..letak nama cipanzi. myspace tu semata2 untuk add budak2 hensem. then tengok, dorang ni handsome je ke..ataupon handsome campur pandai. kira buat survey jugak la.. last2 sekarang ni, email tu entah ke mana, password? tok sah cakap la.. dah lupa. #oh maybe kawan aku tu ingat lagi kot. 

masa zaman myspace ni jugak la aku suka comment dekat status artis la..tapi haram depa nak jawab. aku comment beratus2. belum tentu satu depa nak jawab. bapakkkk sombong! tapi sekarang, gunakanlah twitter sekiranya anda mahu berhubung dengan artis kesayangan anda dengan lebih dekat. tidak kira luar atau dalam negara., semua sama sahaja. oh facebook pon sama jugak. tapi facebook aku rasa artis2 kita ni malas nak layan comment satu2. ye la.. mana taknya. baru first status published, comment dah sampai beratus2. like tok sah cakap la~~

tapi selepas aku bukak balik myspace aku tadi, aku tengok.. artis yang masih stay dengan myspace #but still log in via twitter. LOL. adalah azwin andy. kenal tak kenal tak?? oh..aku sangat la gila kan die zaman sekolah menegah dulu. dia adalah drummer kumpulan Estranged. tak kenal? ala...yang lagu,Yang terindah...masih ade..yang tercantik...ITU KAMU. tak kenal jugak? la... yang vocalist die tu budak af ke berapa tah... tak kenal jugak?

ok fine!

yang lain2 macam Joel Madden, Hujan band, dan Pop Shuvit...last post dorang pada bulan November. lamaaaaaaaaaaa gilaaaa doeeee

oh facebook, don;t cry dear....


ok la.. last but not least. aku nak conclude kan, Facebook, aku takkan tinggalkan kau macam mana aku terbengkalaikan Myspace dan Friendster aku. walaupon Twitter dan Tumblr sangat attractive, aku tetap akan bukak Facebook sebagai 1st tab aku. lepas tu 2nd tab twitter 3rd tab tumblr. dan 4th tab blogspot. aduh. blogspot. kau di ranking yang keempat rupenye. hehehe. 


konklusi ke dua. bila nampak ade budak2 dok gunew bahasew macam niew dekat facebook, tak payah lew nak lenting2. sebab macam lew korunk tak pernah pakai bhsew eiw2 macam niew masaew zaman myspace duluw2. 


_thank you baca entry nohfee_

Sunday, August 21, 2011

Puasa...ohhh Raya..!

SALAM

siapa dah beli baju raya????

#oh c'mon...aku tak beli lagi baju raya. 

tapiiiiiiiiiii

aku dah beli tudung raya. nampaknye, baju raya aku tahun ni mestilah dalam lingkungan coulour ungu atau pink2 cerah sikit. #hope dekat jalan TAR tak kan habis baju kurung. sighs. 

TAR? oh deeemmm. teringat kisah lama. Tajudin And Rahman.

semalam,aku dengan kawan2 aku pergi la ke uptown. oh no no no..bukan uptown kat damansara tu ok. ini dekat Perda punya uptown. well...memang baju kurung ni mahal2 ke? adoi. memang la best, aku bawak  limapulohhenget , ade hati nak beli baju kurung. beli pashminar dengan inner je la jawabnye. tak pe, sabar sabar...

kalau ikutkan hati, memang segala jenis pashminar aku nak beli. sebab memang cantik2. tapi harga die..seriously..buat aku rasa macam "ok, sabar, aku boleh dapat harga lagi murah dekat jalan tar." lepas ni aku kena belajar cakap penang la woiii. kalau aku cakap bahasa aku ni, kompem SUSAH nak dapat murah., adoi..adoi...

thanks jugak kat budak2 kelas aku yang jugak turun padang teman aku dengan kawan2 aku "bershopping" mata dekat situ. thanksss noohh. ok lah berbalik pada cerita hari puasa dan raya aku.




tiba2 aku teringat masa aku kecik2 dulu, masa umur aku 6, 7, 8 tahun.. aku suka main bola sepak dengan jiran2 aku ni. al maklumlah, jiran aku yang perempuan ni pon jenis kasar2 jugak. then main dengan lagi sorang jiran aku. aku panggil die 'abang'. sebab die tua 2 tahun dari aku. dan jugak adik kepada abang ni..aku panggil die 'adik' sebab dah die memang adik. kitorang ade 4 orang dan buat team 2-2. aku pon memang akan group dengan 'abang' ni la..sebab aku tak pro sangat main bola sepak ni. takat tendang free goal boleh la.. so die la yang akan skor banyak. then bila dah letih, kitorang pon akan rehat jap.bersembang sembang. errr dan pada waktu itu la, aku akan cakap

"eh jap, nak balik rumah jap, nak pergi tandas".

padahalnyeeee...aku bukan pergi tandas, aku balik rumah nak minum air. plan mula2 nak minum air dekat peti sejuk. tapi aiseyyymannn mak pak aku ade pulak dekat ruang tamu. takot kantoi, aku pon minum la air sinki. legaaa anak tekak aku. then sambung balik main dengan penuh bertenaganya! 

pernah tak korang tengok cerita SPANAR JAYA masa dulu2? ala....yang wardina safiyyah dengan ahmad idham berlakon tu. pasal mechanic..? ok ingat? ha..aku pon bosan2 main la macam tu jugak. tapi kat rumah aku takde kereta nak dibaiki. so, aku akan cari kasut2 bapak takpon mak aku...takpon kakak  aku or abang aku punya kasut. kasut2 or selipar depa ni selalu tersekat batu kat tapak. batu2 kecik macam tu la..so, aku akan buat macam..tengah ada dekat bengkel..ala2 macam cerita spanar jaya tu..korek selipar dengan spanar. habis bogel bunga dekat tapak selipar/kasut depa. yang penting, aku buat benda tu dengan jiran2 aku. awww. sungguh bahagia kami semua.


#macam biasa , bila dah letih, aku akan masuk rumah... dan buat la 'kerja' aku tu.

bila dekat2 nak bukak posa, tengok jejak rasul. oh..lamanya aku tak tengok jejak rasul ni. bila dah besar sikit, waktu tunggu bukak posa, aku tengok cerita ANAK-ANAK RAMADHAN. lepas tu, 2 tahun or 3 tahun lepas tu, muncul pulak cerita DIARI RAMADHAN RAFIQUE. masa tu aku dah besar la jugak.tapi layan je la cerita budak2 tu. al maklumlah, nak mengisi masa lapang sebelum bukak posa. hilangkan rasa tak sabar nak minum air oren/sirap/limau/carrot susu atas meja tu. 

bila dekat nak raya, seminggu or 2 minggu sebelum raya, parents aku akan bawak kitorang pergi shopping dekat jalan tar. kiranye, memang dari aku kecik sampai la aku dah besar panjang ni, jalan tar tu memang favorite place nak shopping raya la. masa shopping tu la..aku memang tak tahan nafsu betol. apa tah lagi, bila banyak pulak jual air2 tin yang sejuk2 dan sedap2 pulak tu kat tepi jalan. teros aku pujuk rayu mak aku nak beli air tu. tapi bila dah beli..mak aku tanya 'fira dah betul2 tak tahan dah ke?'. masa tu aku dah berbelah bahagi. aku teros tak jadi minum air tu. alamatnye tunggu je la masa bukak posa nanti.

dan perkara yang sama berulang la sampai aku dah masuk darjah empat. fikiran pon dah matang sikit. opss. matang BANYAK. 

tapi sekarang ni..jangan haraplah nak dapat semua tu lagi. sekarang ni, jangan kata nak main bola sepak, nak main badminton pon aku dah malas. nak pegang reket tu..tok sah cite la...dah berhabuk dah reket belakan pintu bilik aku. #wait, betol ke belakang pintu? entah la kat mana tah reket tu..

kalau masa kecik2 tunggu azan maghrib sambil tengok cerita jejak rasul..sekarang ni tunggu azan maghrib depan laptop..menghadap laptop. kalau tak facebook, aku tumblr, kalau tak tumblr, aku blog. tak pon, aku tidur sampai bunyi azan. 

kalau masa dulu2 aku pergi shopping dengan family aku, sekarang ni shopping dengan abang aku je la nampaknye. shopping last minute la kan..dah aku pon balik rumah dekat2 nak raya. tapi yang best nye shopping last2 minute ni, baju raya..makkk aihhh serious murah2 gila. especially malam raya. sebab aku selalu shopping masa malam raya. percaya atau tak, last year baju raya aku cotton harga RM32 henget je..termasuk dengan tudung aku. jimat kosss.. last2 nak bagi perabih duit jugak, aku beli cardigan. yang best nye shopping malam raya ni,  masa tu la akan ade lintas langsung salam lebaran tv3 dekat jalan tar. sesak tak yah cerita la. sebab tu la kegunnannya LRT! nampaknye, tahun ni pon aku kena bershopping macam tu jugak la. shopping last minute. 

well, raya dekat KL pon best je kot.. it depends on how you'll seize the day. 


tapi raya kat kampung, kurang sikit warga asing. tu yang nampak kemeriahannya. rasa macam dekat negara sendiri. tapi kalau raya dekat KL ni, rasa macam raya dekat oversea. awwww! yeahh..raya dekat indonesia! yeaah bebeh!


_thank you baca entry nohfee_


Wednesday, August 17, 2011

Secret Song For You.

SALAM

another post for today. ade siapa2 pernah tengok FIRST LOVE x? cerita thailand. well.. kawan2 aku kata, dorang tengok sampai nangis. so.. aku pon DIPAKSA untuk tengok cerita ni tadi smbil makan mcD, yeah..yeah.. say whatever you wanna say. grab a mcD late at night?? 


IT'S FOR SAHUR LAAAA.



lemme give the hint about the strory,cerita ni mengisahkan perempuan ni yang suka laki ni dari start die masuk sekolah sampai la dh habis sekolah., banyak gile dugaan yang berlaku. tapi die tetap suka lelaki ni. lelaki ni yang berjaya ubah die dari seorang perempuan yang hodoh skema, kepada perempuan yang paling hot dalam sekolah dia. lelaki tu yang bagi inspirasi kepada perempuan ni untuk berubah. walaupon banyak gila dugaan, at last die get back with that guy.


ok. nevermind, pada siapa2 yang belum tengok, well..cerita ni memang best. aku bagi rate 6/10 pada jalan penceritaan. tapi..untuk logical thinking. a biigggg no. mungkin cerita ni lebih kepada fairy tale. but, seriously fairy tale..cerita yang kita selalu dengar. tapi ni doang visualize kan, good effort! n i like it! seriously mungkin kalau masa aku tengah couple dulu2, mungkin aku feeling jugak la tengok cerita ni. tapi sekaranng, mostly bila aku tengok cerita..aku hanya reti mengkritik dan memberi pendapat aku. tak pon kalau best, aku akan puji sampai orang lain tak larat nak dengar pujian aku. sampai kawan2 aku cakap

"ish..malas la nak tengok cerita2 macam ni dengan feera. tak de perasaan betol".

hurm..yelahhh kate la apa kau nak kata. aku tak kesah. sampaiiii la satu tahap..kawan aku tiba2 recite a lyrics.

 "   you were there to light my day
you were there to guide me through,
from my days down and on,
i'll never stop thinking of you,

how can i forget all that,
when you're the one who makes me smile,
you'll always be a  part of me,
how i wish you were still mine,

never will forget the day,
how we've met and came this far,
we all know we get this feeling,
but somehow it has to end up here,

i know it's me who said goodbye,
and that the hardest thing to do,
cause you mean so much to me,
and guide the truth for me to you,

for all the things i've done and said,
for all the hurt i've caused of you,
i hope you will forgive me baby,
cause that wasn't what i meant to do.  "


how bout it? best tak lirik tu? ok, tajuk lagu die adalah Secret Song For You. bila kawan aku dah start bagi aku lagu ni..i was like..... tongue-tied. and kinda blur. teros bukak google cari tajuk lagu ni. #yes, aku type some of the lyrics dekat google untuk cari tajuk lagu ni. saiko betol. then, aku bukak youtube dan mendownload, walaupon line beruk celcom dekat tempat aku memang macam HAR*M.

entah psaipa aku dok feeling sangat aihh. aku pon tak tahu.. tapi serious lirik lagu ni best walaupon..ermmmm....bunyi malaysian punya english tu still ada. but nevermind, still best. aku tetap suka. korang pon, pergi la search ye dekat youtube lagu ni dan dengar lagu ni. 

ok. till then. have a good WORDLESS WEDNESDAY! ;)

_thank you baca entry nohfee_

Tuesday, August 16, 2011

#manalah badan tak tembun...

SALAM.

ahhh lega lepas seharian bertungkus lumus menyiapkan kerja yang belum disiapkan. at last. aku berbuka puasa jugak dengan budak2 kelas aku. oppss i mean, 1 kelas aku. kalau masa sem 1 dulu pon, kitorang ade bukak puasa jugak,. kepada orang2 penang, pernah tak makan dekat Route 69? ok, kalau belum pernah , moh le kita makan disitu. sedap pon sedap...

untuk sem 3 ni, aku dengan bebudak kelas aku pergi makan ke BM Tom Yum

'waittt hellooo? apa itu BM Tom Yum??? tak pernaah dengaaaaarrr pon???'

ok lemme explain. BM tomyum ni kira popular jugak la dalam kalangan warga2 penduduk penang dekat bahagian permatang pauh/perda dan sewaktu dengannya. #bak kata kawan2 aku. untuk memastikan sejauh mana kebenaran yang mengatakan tomyum itu sedap, kitorang pon merasa la sedikit demi sedikit tom yum tu



ok. not bad. boleh dijual la tomyum, means sedap jugak. kalau masin ke kurang masin ke, aku rasa mungkin sebab depa posa, tu yang tak dapat nak rasa masakan tu cukup garam ke gula ke apa ke.. kan? 

seriously, credited to my the only classmate, syafiq sebab die yang bersusah payah pergi angkat minuman dan panggil orang tu sebab lambat sangat serve. takpe, aku memahami depa.. sebab bulan posa kan? semua orang nak berbuka on time. i wonder, depa yang dok kerja masa tu, tak lapaq ka? kalau aku laaaaa...memang aku resign tang tang tu jugak. so, overall, thanks a lot syafiq for helped us. lepaih ni bulih jadi calon menantu ahhh. 

ok, berbalik pada cerita aku pulak, aku dengan kawan2 aku pon menumpang la lagi dengan kawan aku sorang lagi.. rahim. #thank God die bawak kereta. sempat la merasa nak solat maghrib kat Jaya Jusco nuhh... again, thanks rahim sebab tolong bawakkan. bila dah alang2 dekat jaya jusco tu hapee lagi. teros serbu dalam jj tu, ade less. sampai 70%!!! well, macam biasa letteeww. nak tahu cara paling senang nak kira discount tanpa menggunakan kalkulator tak?? supaya korang dapat taw harga sebenar? ilmu ni aku perolehi daripada bapak aku. so, singgah la ke entri INI.

memang la berbaloi. p makan mcD. andddd.. aku baru la taw yang air dekat mcD ni, kita boleh refill. uihhh kolot skema jugak aku rupanya ekk. then, telepon prebet, naik prebet sapu yang serious rasa macam kencang gila perut aku ni. kentang goreng McD campoq dengan tom yum campoq dengan ikan masak 3 rasa semua dok main roller coaster dalam perot aku ni. maakkkk aiiiiihhh pakcik, awat bawak laju sangat ni? ketaq lutut cheq kluaq kereta tadi. fuihhhh. 

esok adalah hari nuzul al quran. tiba2 teringat masa aku dekat mrsm merbok dulu. kitorang wajib habiskan baca al quran berkumpulan sebelum sambut nuzul al quran. nak khatam al quran besar-besaran. then makan bukak posa, solat terawikh sekali walaupon dewan maktab aku dulu kipas angin dia memang dicipta untuk orang2 yang tinggi ja.. orang2 yang rendah macam aku ni, memang la tak dapat nak merasa kipas tu. rasa wap dalam dewan tu je la.. tapi, itulah keberkatannya! 

entry aku kali ni, seriously update pasai makanan. tu yang badan aku menembun macam belon dah ni. bila2 masa bulih pecah. tu yang abang aku dok panggil aku belon. 

"nama manja apa?"

"Bell"

"nama penuh?"

"Belon!"

=="

ok la, sampai sini je entry aku kali ni, sok lusa aku jumpa cerita best2 aku update lagi. 

_thank you baca entry nohfee_



Love's Language.

SALAM

haahhh. lama GILA aku tak update pasal LOVE eiw2 ni semua kan? so, hari ni, mood aku tu datang balik untuk keep on explaining about LOVE yang terang-terangan boleh diklasifikasikan sebagai rhetorical question. there will be some explanation regarding love and this couple thingy.

so here it is..
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


TADAAAAAAA...




1) Thinking of you means I Miss You.
pada pendapat aku, kalau kita tengah busy macam mana sekalipon, tiba2 kalau teringatkan seseorang tu, means u ARE really missing her/him. tapi kalau mase tak busy apa semua tu, ingat kat die, bagi aku takde pape makna kot. sebab masa kita tengah bosan2 baru nak ingat orang tu. meaningful kalau waktu kita busy pon kita still ingat kat dia.


2) Holding your hands means I Like You.
kadang2 dengan sentuhan ni akan membuatkan diri kita lebih tenang dan lebih selamat. 


3) Putting my head on your shoulder means Comfort Me.
aku bagi contoh la kan kat sini, kalau korang naik bas dengan mak korang ke apak korang ke, atau abang atau kakak atau adik2 ke.. bila tiba2 tertidur, TIBA-TIBA jugak la terlentok dekat bahu orang sebelah. dan sedaaaap pulak dok landing dekat bahu dia. rasa macaaaammmmmm sooooo COMFORT! yes, comfort! macam tu la jugak dengan point ke 3 aku ni. ;)

4) Bitting lips means I'm Jealous.
kadang2 ade jugak lelaki yang anggap perempuan yang suka bit their lips ni nampak sexy. but in love language sometimes, bitting our lips means we'r in jealousy mood. tak payah nak uji sangat sejauh mana jeles kitorang tu, macam contoh
" ehhh., liyana jasmay tu hot gile lahh!" -kata lelaki kepada teman wanitanya.
oh, do i look like i care? kau cakap macam tu, tapi kau couple dengan aku jugak... ye dak?? 


5) Staring into your eyes means Do You Love Me?
orang kata dari mata turun ke hati. dari mulut naik ke otak.


6) Dreaming of you often means You're Special.
mimpi sekali, oh..mungkin mimpi sahaja. mimpi 2 kali.. oh..mungkin kebetulan je kot. mimpi kali ketiga... ok dah angau, orang kata lagi, kalau kita mimpi sesuatu benda tu, adalah mungkin disebabkan kita terlalu banyka sangat fikirkan pasal tu sebelum masuk tidur. so disini, mungkin sebelum tidur, korang telahpon berfikir tentang orang yang korang suka dan teros bawak sampai ke mimpi. dari pembacaan aku, ada yang mengatakan lelaki yang betul2 sayang perempuan tu adalah lelaki yang akan teringatkan perempuan tu right before he sleep and right after he wake up in the morning, sejauh mana kesahihannye aku belum kaji lagi.




7) Wearing your ring means I'm Yours and You're Mine.
aku bagi konsep orang yang dah kahwin la ye. ok, apa fungsi cincin itu sendiri, dari pemahaman aku masa aku buat folio tentang cara perkahwinan adat melayu masa aku form 3 dulu, aku ade baca satu artikel ni mengatakan yang cincin ni adalah sebagai pengikat hubungan couple tu sendiri.sebagai tanda.. 'oh aku telah dimiliki' atau 'oh ini adalah tanda aku hidup dengan dia'. dari konsep ini la..most of couples out there yang belum berkahwin ..i mean yang sedang bercinta pon nak jugak ada 'cincin couple'. sebagai apa? ye, sama je konsep..sebagai tanda yang dah dimiliki. 


ok, esok aku kena menghadap balik kelas solid mechanics dengan programming which is aku sangaaaaaaattt la tak suka. woi. apahal aku kena belajar programming ni woiii! aku nak jadi engineer, bukan programmer! sabar nohfee sabar, bulan posa ni..tak elok marah2. kurang pahala posa #ayat yang selalu aku dengar. baik mak.

overall, aku rasa, sebenarnye, banyak je lagi any other language of love. tak semestinya yang aku tak list ni, bukan love's language. depends on that girl/boy. tujuan aku update entry ni adalah untuk memberitahu budiman dan budimanita di luaq sana agar lebih memahami pasangan masing2. bukan main ikot daaaann ja. main langaaq tonggang langgang,. sok lusa putuih, dok keriau sorang2. #bulih dak jangan mention pasal diri sendiri? ok mak# ok, don;t make me speak in penang.. hehe. ok la..sampai sini je aku mahu menulis entry ni. esok lusa jumpa lagi noohh di lain entry

_thank you baca entry nohfee_


credits to tumblr.



Saturday, August 13, 2011

Stop Insulting.

SALAM

setiap manusia ada melakukan kesalahan. am i right? dan kita siapa nak menghukum kesalahan mereka dengan kata2 yang keji lagi kesat? oh.. nak jadi serbanistas kot. thanks, but no thanks.

oh yes i am~~

jangan la persoalkan cara aku menghormati orang yang aku hormati. setiap orang ada cara sendiri untuk meletakkan hormat mereka pada orang itu.

paling aku sakit hati bila ada orang yang berniat nak menyedarkan kesalahan orang lain, tapi dengan cara yang salah. dok seronok la mengutuk bagai tu semua. sampai lupa yang ini adalah bulan puasa. at least respect la weh bulan puasa. tak payah nak mencarut sangat. 

bila diri kita ni dah penuh dengan sikap keji, iri hati, sakit hati, dan yang paling penting, KURANG IMAN, itu la yang main sembur je dekat orang lain.

apatah lagi kalau orang2 tu semua tak tahu menahu pon cerita 100%. taw cerita 40% dah kecoh macam taw dari awal sampai habis. lepas tu kutuk berapi, tak hengat syurga. well, itu la sikap kita sebenarnye. 

orang kata 
"api yang marak, jangan disimbah dengan minyak"


kan api tu dah marak. c'mon la. benda dah lepas. lepas je la. jangan la nak hentam kesalahan orang lain macam die tak de peluang nak repent. dah besar, dah boleh pikir. jangan tunjuk je agama tinggi, tapi tak praktikkan nilai agama yang ada. marah, marah jugak, emosi, emo jugak. masa ni la nak tengok tahap nilai agama seseorang tu,. macam mana die boleh tangani masalah tu. kalau caranya betul. alhamdulillah..kalau tak..?

i'm not trying to be an angel here., but i'm so sick of  this attitude problem among us. ini la sikap kita

-bila ada orang marah, akan ade batu api sokong sama.

- bila ada orang buat salah, kita hukum orang tu macam tiada pintu taubat untuk dorang. well, manusia kan "perfect".

-bila emosi, mula menyumpah seranah

-bila tak tahu apa2, sebok dok canang macam tahu semua.

-bila ada ilmu seciput, mula nak berdebat without any reasonable point.

-bila everything goes perfectly awesome, ade yang akan cakap 'mesti ada yang tak kena'

-bila everything has ruined perfectly, ade orang akan cakap 'tu la, tak nak ikot cakap aku'



bila la manusia ni nak berubah? aku pon tak perfect. tapi aku seriously sakit hati dengan mentaliti kita semua yang berlagak macam perfect. 

again, kalau dah salah..jatuhkan hukuman salah. and that's it! tak payah nak ungkit lagi dah. tak payah nak memaki hamun. apa kau dapat? markah quiz kau balik? A+ for that subject? absolutely not. but exactly yes for sins. 


akhir sekali aku nak seru semua orang dan diri aku sendiri. please..

MIND OVER MATTERS.

gunakan la minda yang dikurniakan sebaik yang mungkin, aku tak sempurna pemikiran, dan tak mungkin akan sempurna. sebab setiap hari akan ada je kesalahan yang aku lakukan,. macam mana pulak dengan korang? sempurna tak? 

_thank you baca entry nohfee_      

ok this is the style when someone pissed you off, but you can't say anything to defend yourselves. this is what i feel.




Thursday, August 11, 2011

Waktu nak dapat, kemain...bila dah dapat. . . .

SALAM,

pernah tak korang bagi gula2 dekat orang lain, tiba2 korang dapat susu masam? 

well, itu la yang aku nak blogging pada hari ini. kenapa kita tak reti menghargai jasa orang lain. bukankah buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat? again... i do believe in karma. karma's only a bitch, if you are.

berbalik pada story aku..sifat pentingkan diri sendiri, sikap nak lepaskan diri sendiri memang selalu wujud dalam diri kita. tapi, please...somehow, u need to hide tat kind of attitude. well, aku pon ade sikap macam tu, tapi tolong jangan tunjukkan sangat attitude keji itu.

orang lain dah tolong kita, kalau kita tak nak terima pertolongan orang tu, lain cerita la..tapi ni kalau kita dah MENERIMA pertolongan orang tu, tak rasa ke macam kita patut tolong balik orang tu...? dah buat salah, nak bagi orang lain SAHAJA yang tanggung kesalahan yang dah sama2 buat, dah alang2 semua buat salah, biar semua tanggung, kenapa nak libatkan orang yang dah tolong tu SAHAJA? well, mungkin cara menolong tu tak betol., tapi, kalau diri sendiri dah kunyah makanan diberikan. dah hadam dah pon dalam perot. tu yang tinggal nak bagi taik je kot. hurm.... #wondering.

masa ni, la kita boleh tengok sama ade orang tu jenis yang

"BIAR PECAH DIPERUT, JANGAN PECAH DIMULUT" atau tak...

ataupon,

"PANDAI MAKAN PANDAI SIMPAN" atau tak...

ataupon, 

"PANDAI BERAK, PANDAI KAMBUS" atau tak.

yes, i really need this activity right now. HAHA
zzzzzzz~~


aku bukan nak back up siapa2 atau nak kutuk siapa2. ini adalah entry RANDOM. siapa makan muntah balik, die la yang akan dipanggil bulimia. #peribahasa apa ni? ok, ini peribahasa aku. 

mungkin semangat integriti aku kuat sangat kot. sebab masa dekat sekolah lama aku pon, BANYAK kali benda macam ni berlaku, so aku dah jadi feeling less and heartless dengan kejadian macam ni. cuma......

gentar sikit bila sentuh bab exam. wait... apahal situasi ni berlaku sebijik sejibon macam masa kat sekolah dulu? haha. rightttttt...masa aku dekat sekolah dulu, cikgu ugut la macam mana pon, aku memang hanya akan mendiamkan diri je. kecuali....kalau dah sentuh bab KEBERKATAN. 

but waitttt.. lemme guess. bukan keberkatan tu datangnya dari Allah SWT ke? #ok, aku bukan lah pro agama untuk membincangkan hal2 berunsur agama di blog aku. setakat sentuh dasar boleh la. kang kalau aku sentuh lagi mendalam, terpesong pulak nanti..

bila bercakap lebih2, orang labelkan sebagai serbanistas. TERLALU ramai sangat serbanistas. haiyoyo...



#kan bagus kalau soalan quiz/test/exam senang macam dalam latihan selalu buat kat kelas, kan takde bocor2 dah. kalau bocor lagi, boleh panggil kotex ke, carefree ka, dtg mai tampung. ==" noob


_thank you baca entry nohfee_