my medulla oblongata

Tuesday, April 24, 2012

Edisi Love Eiw Eiw : Give and Take.



assalamualaikum

lama betei aku tak menjejakkan kaki ke dalam dunia blogging ni. aku kurang pasti kenapa setiap kali aku bukak je www.blogspot.com, aku hanya mampu melihat posts blogger2 lain dan aku masih kaku untuk menaip panjang panjang lebar tanpa ada had 140 aksara. barangkali aku terlalu melebih lebihkan twitter dan facebook sampai menganaktirikan blog aku sendiri. ahh sudah, jenis blogger apakah aku ini? keh keh keh.

untuk berlaku adil, hari ini, aku dengan rasa kekok  kaku nya menulis ingin mengupdate sedikit blog aku yang dah lama terbiar ni.. engko nampak keadilan aku disitu?

macam mana pulak dengan keadilan dalam bercinta?

pernah dengar perkataan "give-and-take-"? kalau pernah dengar, bagus. yang belum pernah dengar, aku teringin nak berkongsi serba sedikit. dalam percintaan, adakah engko orang atau pasangan engko orang adalah pesen pesen pesen manusia yang hanya tahu meminta tanpa pernah memberi? kalau ye, cuba fikir-timbang kembali hubungan engko orang.



[gambar hiasan-google image]


agak agak bosan jugak kalau pesen lelaki je yang bagi kuderat nak bagi makwe dia happy memanjang. yang makwe dia? hanya tahu senyum, terharu, cakap terima kasih, menangis. bagi yang lebih power, barangkali akan cium pipi pakwe dia sambil menangis nangis manja. ahh sudah lelaki pon sama, jangan tunggu makwe je yang belikan jam tangan, purse, tali pinggang dan seumpamanya ke engko orang.

 *kunyah sireh, mulut 360 darjah*

awal awal hubungan tu, barangkali benda benda cenggitu dikategorikan sebagai benda benda sweet, tapi kalau dah selalu seorang tu je yang buat benda benda sweet, dan pasangan dia hanya mampu menerima, aku yakin suatu hari nanti akan jadi kes ungkit mengungkit masa bergaduh. tak pon, salah seorang daripada mereka ni akan bosan. dan tentunya pihak yang memberi ni lah yang akan rasa bosan. kalau si penerima tu pulak yang lebih2 rasa bosan, memang makan maki.

yang si pemberi ni pon satu, jangan lah terlalu manjakan pasangan engko orang tu dengan pelbagai hadiah engko orang belikan, kalau engko orang tengok dia tu takde kuderat nak buat benda sama ke engko orang. bila banyak memberi, tanpa sedikit penerimaan dari orang tersebut, banyak jugaklah benda benda yang dapat diungkit. lama lama belum sampai tahun pertama, engko orang senang senang boleh dump pasangan engko orang tu.

common sense itu perlu. cakap cakap serupa "la, semalam u merajuk ke?" atau "kenapa u tak cakap u jeles i keluar dengan dia semalam?" pesen pesen ayat macam ni, mungkin mintak kaki kalau ditanya tak kena gaya. kita nak orang treat kita baik baik, tapi kita treat orang tu macam sampah. tak ke rasa diri tu mintak penampor sedas? engko orang tahu makwe/pakwe engko orang tu kuat jeles orangnya. lagi engko orang nak keluar senyap senyap belakang dia dengan orang lain. lepas tu tanya "u jeles ke?" soalan apakah ini? soalan nak mintak kena dump ke macam mana ni?

nasihat aku, bila makwe/pakwe tu dah treat engko elok elok, engko treat lah dia elok elok jugak. hargai dia. hargai bukan sahaja dengan hanya reti, senyum terima kasih, terharu, menangis sahaja tahu? cuba hargai dengan belikan pasangan engko orang barang yang dia suka. kalau dah sayang, coklat kopiko pon orang tu terima je. untung untung, dia simpan coklat kopiko engko orang tu sampai bila bila. nilai sentimental katanya. cuba reti menghargai. dan janganlah terlalu banyak memberi dalam satu satu hubungan tu, takut takut, silap hari orang yang banyak memberi menyinga, mengungkit  segala yang pernah diberi. cuba dalam satu satu hubungan tu amalkan sikap memberi dan menerima, atau dalam bahasa omputeh ringkasnya give-and-take.

itu sahaja kot bebelan aku kali ni, insyaAllah, ada masa lagi aku update lagi blog ni. :)